You are on page 1of 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/327816331

Tahap kecergasan fizikal di kalangan pelajar pintar dan berbakat

Article · September 2017

CITATIONS READS

0 15,006

2 authors, including:

Mohd Hasrul Kamarulzaman


Universiti Kebangsaan Malaysia
21 PUBLICATIONS 104 CITATIONS

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

DIFFERENTIATED INSTRUCTION IN ENGLISH LANGUAGE TEACHING (DIELT) View project

ENGLISH LANGUAGE TEACHING AMONG THE GIFTED STUDENTS View project

All content following this page was uploaded by Mohd Hasrul Kamarulzaman on 22 September 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

Tahap Kecergasan Fizikal di Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat


Azrina Binti Md Azhari, Mohd Hasrul Kamarulzaman, Roslina Ahmad Faisal, Nursakinah Mat Hazir,
Muhammad Zaim Bin Esrati, Mohd Rafie Lim, Nurul Suzaina Binti Joli & Noriah Mohd Ishak

Pusat PERMATApintar® Negara


Universiti Kebangsaan Malaysia

azrina.azhari@gmail.com.my, hasrulkamarul@ukm.edu.my, Rosadzwa@gmail.com,


nursakinah11@ukm.edu.my, zaem@ukm.edu.my, norwmu@hotmail.com, eifarmil@ukm.edu.my,
suzaina@ukm.edu.my

ABSTRAK

Pelajar pintar dan berbakat adalah satu aset kepada negara. Penekanan akademik yang diberikan
mungkin berbeza dengan pelajar biasa. Walaubagaimanapun kecergasan fizikal juga memainkan
peranan dalam perkembangan kognitif pelajar. Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kecergasan
pelajar pintar dan berbakat dan melihat hubungannya dengan pencapaian markah dalam sesuatu
matapelajaran pelajar. Kajian ini menggunakan ujian segak untuk mengukur tahap kecergasan fizikal
pelajar dan menggunakan markah subjek biologi akhir tahun. Analisis kajian adalah menggunakan
SPSS Versi 22.0. Kajian ini mendapati bahawa tahap kecergasan pelajar pintar adalah pada tahap
cergas. Analisis juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecergasan fizikal pelajar
antara jantina dan juga terdapat perbezaan yang signifikan diantara tahap kecergasan fizikal pelajar
dengan markah matapelajaran biologi akhir tahun pelajar pintar dan berbakat.

Kata Kunci: Ujian segak, Pelajar Pintar cerdas berbakat, Kecergasan fizikal.
Perkembangan kognitif, Pencapaian akademik
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Pengenalan

Pada zaman sekarang yang menjurus kepada kehidupan yang berteknologi, didapati masyarakat kurang
dalam melakukan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian mereka. Kajian mengenai aktiviti fizikal dan
kaitannya dengan masalah obesiti telah banyak dijalankan oleh para penyelidik terdahulu. Walau bagaimana
pun, menurut Ibrahim et al tahun 2013, sebilangan besar rakyat Malaysia beranggapan bahawa aktiviti fizikal
terlalu sukar untuk dilakukan, tidak memberi kebaikan, terlalu berisiko dan umumnya beranggapan tidak
menarik untuk dilakukan. Tambahan menurut Wee tahun 2013, masalah kurangnya penglibatan pelajar di
dalam aktiviti fizikal di sekolah juga melanda institusi pendidikan di negara ini. Berdasarkan Tinjauan
Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
mendapati sebanyak 33.5% rakyat Malaysia tidak aktif secara fizikal. Ini bermakna hanya 14 juta rakyat
Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang aktif secara fizikal. Aktiviti fizikal sangat perlu dilakukan oleh
semua lapisan masyarakat terutama sekali dikalangan kanak-kanak atau remaja dalam proses pertumbuhan
meraka. Boleh dikatakan setiap ujian yang dilakukan menunjukkan keputusan yang lemah keatas kekuatan
otot, stamina, kelembutan, koordinasi dan kemahiran motor asas, dimana-mana komponen-komponen yang
disebut adalah merupakan komponen yang penting dalam pertumbuhan kanak-kanak dan remaja.
Perkembangan kognitif kanak-kanak juga boleh dikaitkan dengan tahap kesihatan kanak-kanak tersebut.
Kesihatan yang baik boleh dicapai dengan keterlibatan individu tersebut dalam aktiviti fizikal atau sukan.
Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan diantara tahap kecergasan
pelajar pintar cerdas berbakat dan pencapaian akademik pelajar tersebut. Adakah pelajar yang pintar dan
berbakat mempunyai tahap kecergasan yang tinggi ataupun mempunyai tahap kecergasan yang
sederhana atau rendah.

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017). (e-ISBN
978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net 187
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

2. Kajian Literatur

2.1 Kecergasan Fizikal

Kekurangan melakukan aktiviti fizikal boleh menyebabkan terdedah kepada penyakit-penyakit yang
berbahaya seperti penyakit yang melibatkan peparu dan peningkatan kolesterol di saluran jantung.
Selain daripada itu, dengan penambahan lemak dalam badan dan kemerosotan kekuatan otot boleh
menjejaskan postur badan dan akan menyebabkan masalah fizikal seperti kecacatan ortopedik. Oleh itu
kesihatan fizikal manusia perlu ditambah baik dengan aktiviti aktiviti yang boleh meningkatkan fungsi
masing-masing. Menurut WHO Global Recommendations on Physical Activity for Health, saranan
kekerapan melakukan aktiviti fizikal boleh dibahagikan kepada tiga kategori kumpulan umur. Kategori
umur yang pertama bermula seawal 5 tahun sehingga 17 tahun. Kategori umur yang kedua bermula
pada 18 tahun hingga 64 tahun dan yang terakhir berusia 65 tahun dan ke atas. Saranan aktiviti fizikal
bagi Umur 5 hingga 17 tahun perlu dilakukan sekurang-kurangnya 60 minit samaada dalam aktiviti
fizikal tahap sederhana atau tahap tinggi setiap hari. Tempoh yang lebih dari 60 minit akan memberikan
lebih banyak faedah pada kesihatan. Saranan aktiviti fizikal bagi Umur 18 Tahun hingga 64 Tahun pula,
individu ini perlu melakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti fizikal berintensiti sederhana
sepanjang minggu atau sekurang kurangnya 75 minit aktiviti fizikal yang berintensiti tinggi. Untuk
faedah kesihatan yang lebih banyak, aktiviti fizikal tahap sederhana perlu ditingkatkan kepada 300 minit
setiap minggu atau 150 minit aktiviti fizikal tahap tinggi setiap minggu. Aktiviti fizikal jenis aerobik
perlu dilakukan sekurang-kurangnya 10 minit secara berterusan. Aktiviti menguatkan otot perlu
dilakukan sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali. Aktiviti ini
dilakukan dengan melibatkan otot-otot tubuh badan yang utama. Walaubagaimanapun, saranan aktiviti
fizikal yang dinyatakan perlulah sesuai kepada semua individu yang berumur 18 hingga 64 tahun yang
tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang kronik. Manakala bagi individu yang tidak pernah
melakukan aktiviti fizikal, mulakan aktiviti secara perlahan-lahan dan tingkatkan tempoh seperti yang
disarankan secara berkala. Tahap kecergasan seseorang individu dipengaruhi oleh keaktifan seseorang
individu tersebut. Kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua komponen utama iaitu berasaskan
kesihatan dan berasaskan perlakuan motor. Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan merujuk kepada
kekuatan otot, daya tahan kardiovaskular, komposisi badan, kelenturan, dan daya tahan otot. Manakala
kecergasan berlandaskan perlakuan motor merujuk kepada kelajuan, ketangkasan, kuasa otot,
imbangan, koordinasi, dan masa tindak balas. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam
melaksanakan aktiviti harian dengan cekap dan berkesan tanpa berasa letih. Menurut Helen Tan 2002,
kecergasan fizikal acap kali dikaitkan dengan keupayaan seseorang individu menggunakan masa
senggang mereka, bagaimana mereka menentang penyakit hipokinetik dan bagaimana mereka
menghadapi kecergasan tersebut. Peningkatan kepada sesuatu set aktiviti kecergasan dirancang dan
dilaksanakan untuk membantu pelajar mendapatkan keputusan kecergasan yang optimum mengikut
prosedur serta norma yang telah ditetapkan. Oleh itu, satu penilaian piawai dikenali sebagai Program
Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)
diperkenalkan. Program ini dirancang ada tahun 2005 dan telah dirangka untuk dilaksanakan mulai sesi
persekolahan pada setiap tahun. Walaubagaimanapun, ia mula dilaksanakan pada tahun 2008. Program
penilaian SEGAK ini dirancang selari dengan tunjang kecergasan yang terkandung dalam Sukatan
Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Pelaporan
hasil SEGAK akan menjadi komponen kecergasan kepada penilaian berasaskan sekolah. Komponen
kecergasan yang diuji dalam SEGAK adalah komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan iaitu
Indeks Jisim Badan (BMI), kekuatan otot, daya tahan otot, kelenturan badan dan daya tahan
kardiovaskular.

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017). (e-ISBN
978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net 188
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

2.2 Badan Cergas Otak Cerdas

Dari awal lagi slogan “Kesihatan Melambangkan Kekayaan” dan “Badan Sihat, Otak Cerdas” sering
diungkapkan oleh orang ramai. Pelajar yang melakukan senaman atau aktiviti fizikal sedikit sebanyak
dapat mencerdaskan minda mereka. Mereka akan dapat belajar dengan baik dan boleh memberi
tumpuan ketika guru atau tenaga pengajar sedang mengajar apabila mereka mempunyai minda yang
cerdas. Minda yang cerdas adalah sinonim dengan badan yang cergas. Individu yang melakukan aktiviti
senaman dan renggangan setiap hari yang berjadual tidak akan cepat letih dan akan selalu aktif dalam
aktiviti kokurikulum di sekolah mahupun di kolej atau universiti. Sebagai seorang pelajar, aktiviti
fizikal dan renggangan otot adalah antara aktiviti yang penting bagi memastikan tahap kecergasan dan
kecerdasan berada pada tahap yang optimum agar mereka berada pada tahap kecergasan fizikal yang
tinggi dalam menimba ilmu pengetahuan. Apabila seseorang berada dalam keadaan cergas fizikal, dia
tidak akan menjadi seorang yang malas dan tidak aktif (Hassan, 2000). Di samping itu, aktiviti fizikal
dan aktiviti renggangan juga dapat menyegarkan dan melancarkan perjalanan darah dalam anggota
badan. Kelancaran darah diseluruh badan akan membekalkan oksigen yang mencukupi kepada otak dan
otot-otot. Disebabkan itu, badan pelajar akan sentiasa dalam keadaan segar dan sihat. Oleh yang
demikian, kekerapan yang tinggi dalam melakukan aktiviti fizikal dan regangan memberi manfaat
kepada manusia khususnya pelajar yang sedang menuntut ilmu pengetahuan. Oleh itu, menurut Moktar
et al 2011 dan Hassan Basari et al 2011, seseorang dituntut untuk melakukan aktiviti fizikal dan
melakukan aktiviti renggangan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Selain daripada itu, dengan
melakukan aktiviti fizikal dan regangan secara berkala, seseorang pelajar juga boleh mengeratkan
hubungan silaturahim diantara rakan-rakan yang turut sama melakukan aktiviti fizikal tersebut. Dalam
keadaan pelajar yang mempunyai jadual kelas yang penuh dan sibuk dalam menyiapkan tugasan
mereka, aktiviti fizikal ini mampu menyeimbangkan antara kecergasan rohani dan emosi melalui
aktiviti yang dilakukan bersama-sama dengan rakan. Menurut Unit Perancang Ekonomi tahun 2014,
pelajar juga boleh mengisi lapang mereka dengan perkara yang berfaedah dan dapat mengisi masa
lapang mereka dengan melakukan aktiviti fizikal ini dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan
risiko mereka terjebak dalam perkara yang tidak mendatangkan manfaat seperti melepak, merayau-
rayau tanpa tujuan dan menghabiskan masa dengan gejala negatif.

2.3 Pelajar Pintar dan Berbakat

Pelajar pintar dan berbakat adalah aset kepada negara dan boleh memberi kebanggaan kepada negara.
Pelajar-pelajar pintar dan berbakat ini bakal menjadi ahli ahli akademik, saintis dan bakal pemimpin
pada masa akan datang yang sangat berguna untuk negara. Seperti yang masyarakat maklum, pelajar
pintar dan berbakat ini selalu diklasifikasikan sebagai seorang yang kaki buku, “nerd”, skema dan juga
kadang-kadang diklasifikasikan sebagai kaki bangku kerana kurangnya penglibatan mereka dalam
aktiviti fizikal dan bersosial. Ini selaras dengan maksud pintar cerdas akademik menurut Piirto tahun
1999 yang mengatakan pelajar ini adalah pelajar yang cemerlang dalam akademik pada tahap-tahap
tertentu. Selain daripada itu, Shabazz (2000) juga mendefinisikan pelajar-pelajar pintar dan berbakat
apabila dilihat dari segi akademik, mereka mempunyai pencapaian akademik 10% teratas di dalam
kelas. Secara umumnya, pelajar pintar dan berbakat mempunyai keupayaan lebih jauh melebihi norma
umur mereka. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas dalam satu atau lebih domain seperti intelektual,
kreatif, artistik, kepimpinan, atau dalam bidang akademik tertentu seperti seni bahasa, matematik atau
sains. Selain itu, menurut Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (1993) pelajar pintar dan berbakat
merupakan individu yang berprestasi menunjukkan atau memperlihatkan potensi untuk melakukan
pencapaian pada tahap luar biasa apabila dibandingkan dengan rakan sebaya mereka dari segi
pengalaman atau persekitaran mereka. Pelajar pintar dan berbakat menunjukkan keupayaan yang tinggi
dalam bidang seperti intelektual, kreatif, artistik, kapasiti kepimpinan, atau bidang akademik tertentu.
Ini biasanya tidak disediakan oleh sekolah biasa untuk memenuhi sepenuhnya keperluan dan
kemampuan mereka (Gail Gros, 2013). Menurut Webb et al tahun 2005, pelajar pintar dan berbakat
boleh menampakkan ciri-ciri diri mereka dengan cara yang positif atau negatif di dalam kelas. Selain
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017). (e-ISBN
978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net 189
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

daripada itu, pelajar pintar dan berbakat boleh digambarkan sebagai kebolehan semulajadi yang dimiliki
oleh seseorang individu dan penggunaan kebolehan itu adalah tidak terlatih iaitu dipanggil bakat. Ini
meletakkan individu tersebut sekurang-kurangnya antara 10% teratas dari rakan sebayanya (Gagne,
2002). Ini berbeza yang boleh dilihat di Pusat PERMATApintar Negara dimana, pelajar pintar dan
berbakat turut sama aktif dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. Mereka sangat teruja dalam
penglibatan sukan yang disediakan di kolej dan oleh itu pelbagai aktiviti sukan dan pertandingan sukan
telah disertai dan dijalankan di Pusat PERMATApintar Negara untuk pelajar ini.

3. Persoalan kajian

Terdapat 2 persoalan kajian yang boleh diperolehi daripada kajian ini.


i. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kecergasan fizikal dengan
markah subjek biologi akhir tahun pelajar pintar dan berbakat.
ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan diantara tahap kecergasan fizikal dengan
jantina pelajar pintar dan berbakat.

4. Metodologi

4.1 Sampel kajian dan Pengumpulan data

Kajian ini dijalankan di Pusat PERMATApintar® UKM yang terletak di dalam kampus Universiti
Kebangsaan Malaysia Bangi, Selangor. Pelajar pintar dan berbakat yang mengambil bahagian dalam kajian
ini adalah pelajar Tingkatan 5. Purata umur dalam diantara 15 hingga 16 tahun, pelajar. Bagi mendapatkan
tahap kecergasan fizikal pelajar pintar dan berbakat, ujian Segak telah dilakukan ke atas semua pelajar ini
iaitu seramai 60 orang. Ujian kecergasan yang dilakukan dalam ujian segak ialah ujian tekan tubi, ujian
ringkuk tubi separa, ujian naik turun bangku dan jangkauan melunjur. Komponen kecergasan yang
terkandung dalam ujian segak ialah komponen ketahanan kardiovaskular, ketahanan otot bahagian bawah
dan atas badan serta kelenturan badan. Manakala bagi mendapatkan pencapaian akademik pelajar, markah
matapelajaran biologi akhir tahun pelajar yang sama telah diambil.

4.2 Analisis data

Data pelajar seperti markah matapelajaran biologi akhir tahun, BMI, data ujian tekan tubi, data ujian
ringku tubi separa, data ujian turun naik bangku, data ujian jangkauan melunjur, tahap kecergasan fizikal
pelajar dimasukkan ke SPPS V.22. Analisis deskriptif, Ujian T bebas dan ujian Anova satu hala
digunakan dalam menganalisis data bagi kajian ini.

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017). (e-ISBN
978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net 190
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

5. Data Deskriptif

5.1 Data deskriptif jantina

Analisis secara deskriptif telah dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan jumlah lelaki dan perempuan.
Perbezaan jumlah pelaar lelaki dan perempuan tersebut adalah seperti graf dibawah.

Jantina
35

25

Perempuan Lelaki

Graf 5.1 menunjukkan seramai 35 orang pelajar pintar dan berbakat tingkatan 5 adalah lelaki iaitu
sebanyak 58.3% manakala selebihnya seramai 25 orang pelajar pintar dan berbakat tingkatan 5 adalah
pelajar perempuan iaitu sebanyak 41.7%.

5.2 Data deskriptif BMI

Analisis secara deskriptif telah dijalankan untuk mengenalpasti kategori BMI dikalangan pelajar pintar
dan berbakat. Kategori BMI pelajar pintar dan berbakat tersebut adalah seperti graf dibawah.

Kategori BMI
28 27

4
1

KURANG BERAT LEBIH BERAT NORMAL

Graf 5.2 menunjukkan kategori BMI dikalangan pelajar pintar dan berbakat di Pusat PERMATApintar®
UKM. Seramai 28 orang mempunyai kategori kurang berat, 27 orang adalah kategori normal, 4 orang
dikategorikan sebagai lebih berat dan hanya seorang dikategorikan sebagai obesiti.

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017). (e-ISBN
978-967-0792-22-4). 5th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net 191
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

5.3 Bilangan pelajar dengan tahap kecergasan fizikal mengikut jantina.

Analisis deskriptif telah dijalankan untuk mengenalpasti tahap kecergasan fizikal pelajar pintar dan
berbakat mengikut jantina. Tahap kecergasan fizikal pelajar pintar dan berbakat mengikut jantina
adalah seperti graf dibawah.

Bilangan Pelajar dengan


Tahap Kecergasan Fizikal
(Jantina)
L P

20
13 9 9
0 5 2 2

KURANG CERGAS TINGGI SANGAT TINGGI


CERGAS

Graf 5.3 menunjukkan bilangan pelajar dengan tahap kecergasan fizikal mengikut jantina. Berdasarkan graf
tersebut, dalam kategori kurang cergas, tiada pelajar lelaki dikategorikan dalam kategori tersebut, Cuma 5
orang pelajar perempuan sahaja. Manakala bagi kategori cergas serama 13 orang adalah pelajar lelaki dan 9
orang pelajar perempuan. Bagi kategori tinggi pula, seramai 20 orang pelajar lelaki dan 9 orang pelajar
perempuan dalam kategori ini. Dan yang terakhir untuk kategori sangat tinggi, jumlah pelajar lelaki dan
pelajar perempuan adalah sama iaitu masing-masing 2 orang.

5.4 Kategori BMI dan tahap kecergasan fizikal pelajar.

Analisis deskriptif telah dijalankan untuk mengenalpasti tahap kecergasan fizikal pelajar pintar
dan berbakat mengikut kategori BMI. Tahap kecergasan fizikal pelajar pintar dan berbakat
mengikut kategori BMI berikut adalah seperti dibawah.

Kategori BMI dan Tahap


Kecergasan Fizikal
KURANG BERAT LEBIH BERAT NORMAL OBESITI

15
10 12
9
2 3 2 2 2 2
0 0 1 0 0 0

KURANG CERGAS TINGGI SANGAT


CERGAS TINGGI

Graf 5.4 menunjukkan kategori BMI dengan tahap kecergasan fizikal pelajar pintar dan berbakat.
Berdasarkan graf tersebut, dapat dilihat dalam kategori kurang cergas, BMI pelajar adalah normal ialah

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017). (e-ISBN
978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net 192
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

seramai 3 orang dan kurang berat adalah seramai 2 orang. Bagi kategori cergas pula, 10 orang pelajar adalah
normal, 9 orang kurang berat, 2 orang lebih berat dan seorang obesiti. Manakala untuk kategori tahap
kecergasan fizikal yang tinggi, 22 orang pelajar adalah normal, 15 orang adalah kurang berat dan 2 orang
adalah lebih berat. Dan yang terakhir untuk kategori tahap kecergasan sangat tinggi, 2 orang pelajar
mempunyai BMI yang normal dan 2 orang pelajar lagi mempunyai BMI yang kurang berat.

6. Dapatan Kajian

6.1 Min markah matapelajaran biologi pelajar dan tahap kecergasan fizikal pelajar.

Analisis yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti min markah matapelajaran biologi mengikut
tahap kecergasan fizikal pelajar. Min markah mengikut tahap kecergasan fizikal pelajar boleh
dilihat melalui graf dibawah.

Min markah biologi dan Tahap


Kecergasan Fizikal
78 73
65 69

KURANG CERGAS TINGGI SANGAT TINGGI


CERGAS

Graf 6.1 menunjukkan min markah matapelajaran biologi dan tahap kecergasan fizikal pelajar pintar
dan berbakat. Berdasarkan graf yang ditunjukkan, didapati tahap kecergasan fizikal dalam kategori
cergas mempunyai pelajar yang mempunyai min markah untuk matapelajaran biologi yang tinggi
berbanding dengan tahap kecergasan fizikal yang lain iaitu min markah adalah 78%. Seterusnya diikuti
dengan tahap kecergasan fizikal tinggi mempunyai min markah 73%. Untuk tahap kecergasan fizikal
sangat tinggi pula menunjukkan min markah pelajar dalam subjek biologi ialah 69% dan juga untuk
tahap kecergasan fizikal kurang cergas min markah subjek biologi ialah 65%.

6.2 Ujian Anova antara tahap kecergasan fizikal dengan markah matapelajaran biologi.

Analisis ujian anova satu hala dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan tahap kecergasan fizikal pelajar
pintar dan berbakat berdasarkan markah akhir tahun matapelajaran biologi. Hasil analisis ujian anova
satu hala tersebut seperti jadual berikut.

Tahap kecergasan N Min Sisihan Piawai


Fizikal
Kurang Cergas 5 65.200 5.7184
Cergas 22 78.318 9.3879
Tinggi 29 72.793 9.0805
Sangat Tinggi 4 68.750 7.5000

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017). (e-ISBN
978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net 193
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

Jadual di atas menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai tahap kecergasan fizikal cergas (min =
78.318) mempunyai markah matapelajaran biologi yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang
mempunyai tahap kecergasan fizikal tinggi (min = 72.793 dan sp = 9.0805), pelajar yang mempunyai
tahap kecergasan fizikal sangat tinggi (min = 68.750 dan sp = 7.5000) dan pelajar yang mempunyai
tahap kecergasan fizikal kurang cergas (min = 65.200 dan sp = 5.7184).

Tahap Jumlah df Min F Sig


kecergasan Kuasa kuasa
Fizikal Dua dua
Antara 949.502 3 316.501 3.975 0.012
Kumpulan
Dalam 4459.081 56 79.626
Kumpulan
Jumlah 5408.583 59

Jadual 6.2 di atas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecergasan fizikal
pelajar berdasarkan markah matapelajaran biologi dengan nilai F = 3.975 dan sig = 0.012 (p<0.05). Ini
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yan signifikan tahap kecergasan fizikal pelajar pintar dan
berbakat berdasarkan makah matapelajaran biologi.

6.3 Ujian T bebas antara tahap kecergasan fizikal dengan jantina

Analisis ujian t bebas dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan tahap kecergasan fizikal pelajar pintar
dan berbakat berdasarkan jantina. Hasil analisis ujian t bebas tersebut seperti jadual berikut.

Tahap N Min Sisihan Ujian t df Sig.


Kecergasan Piawai

Lelaki 35 4 0.583

Perempuan 25 3 0.900 1.911 58 0.011

Jadual 6.2 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecergasan fizikal pelajar
berdasarkan jantina dengan nilai t = 1.911 dan sig = 0.011 (p<0.05). Dari segi min menunjukkan bahawa
pelajar lelaki (min = 4 dan sp = 0.583) mempunyai tahap kecergasan fizikal yang tinggi berbanding
pelajar perempuan (min = 3 dan sp = 0.9000). oleh itu persoalan kajian telah terjawab dimana terdapat
perbezaan yang signifikan diantara tahap kecergasan fizikal pelajar pintar dan berbakat berdasarkan
jantina.

7. Perbincangan

Berdasarkan dengan keputusan analisis data, kebanyakkan pelajar pintar dan berbakat yang mempunyai
markah tinggi dalam subjek biologi mempunyai tahap kecergasan fizikal kategori cergas. Analisis
menunjukkan bahawa min markah untuk markah subjek biologi yang tinggi iaitu 78% adalah terdiri daripada
pelajar yang mempunyai tahap kecergasan cergas. Tahap kecergasan fizikal yang cergas ialah tahap
kecergasan fizikal yang berada dalam kategori sederhana dimana pelajar tidak mempunyai tahap kecergasan
fizikal yang terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Ini menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai tahap
kecergasan fizikal yang cergas sedikit sebanyak membantu pelajar dalam mencapai

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017). (e-ISBN
978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net 194
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

prestasi akademik yang memuaskan dalam sesuatu subjek. Individu yang kerap melakukan aktiviti fizikal
kebiasaannya akan lebih bertenaga dan mempunyai banyak stamina apabila melakukan sesuatu perkara.
Mereka yang kerap melakukan aktiviti fizikal tidak akan cepat penat apabila melakukan sesuatu kerja dan
individu ini juga umumnya bersifat lebih positif dan lebih optimistik dalam melakukan kerja. Selain daripada
itu, aktiviti fizikal boleh melaraskan peredaran darah, membakar lemak dan kalori serta mengurangkan risiko
masalah serangan jantung dan obesiti serta beberapa penyakit lain. Terdapat beberapa bukti menunjukkan
bahawa melakukan aktiviti fizikal selama sepuluh minit setiap hari boleh meningkatkan tahap kesihatan
mental seseorang seterusnya membolehkan seseorang individu mudah gembira dan dapat mengurangkan
stress (Moktar 2011). Seterusnya melakukan aktiviti fizikal yang konsisten boleh meningkatkan tindak balas
masa, konsentrasi, kreativiti dan keupayaan mental. Oleh itu berlakunya peningkatan pengepaman darah
beroksigen dalam saluran darah dan akan dihantar cepat ke otak. Hal ini demikian boleh menyebabkan
berlaku perubahan dalam merangsang reaksi fizikal dan mental dengan cepat (Morgan & Goldston, 1987).

Selain daripada itu, berdasarkan dengan analisis data juga didapati terdapat perbezaan yang signifikan antara
tahap kecergasan fizikal antara jantina. Pelajar lelaki pintar dan berbakat didapati mempunyai tahap
kecergasan yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan. Kebanyakkan pelajar lelaki tergolong dalam
kategori tahap kecergasan fizikal tinggi (min=4) berbanding dengan pelajar perempuan (min=3) yang hanya
dikategorikan sebagai cergas sahaja. Perkara ini berlaku adalah disebabkan kerana pelajar lelaki pintar dan
berbakat lebih aktif dalam aktiviti sukan atau aktiviti fizikal yang dijalankan di sekolah secara formal ataupun
tidak formal di kolej. Sebagai contoh penglibatan dalam pertandingan sukan, penglibatan dengan aktiviti
sukan dalaman di kolej dan juga keaktifan beriadah pada waktu petang. Ini bermaksud pelajar yang aktif
bersukan memiliki tahap kecergasan yang tinggi berbanding dengan pelajar yang tidak aktif (Michael &
Kenneth, 2005). Selain daripada itu, perbezaan signifikan ini juga disebabkan tahap kecergasan fizikal lelaki
dan perempuan adalah berbeza mengikut umur. Besar kemungkinan tahap umur pelajar perempuan pintar
dan berbakat di kolej ini adalah pada tahap umur yang mempunyai tahap kecergasan fizikal yang tidak tinggi.
Menurut Borms (1986), kanak-kanak perempuan mempunyai tahap prestasi kecergasan fizikal yang berbeza
dengan lelaki mengikut peringkat umur mereka. Ini mungkin disebabkan oleh suasana persekitaran
pengajaran pembelajaran yang diterima oleh pelajar tersebut mempengaruhi kesan terhadap prestasi
kecergasan fizikal mereka. Menurut McKenzie et al (2002), kanak-kanak perempuan mempunyai prestasi
kecergasan fizikal yang lebih baik dalam aspek lompatan dan keseimbangan berbanding lelaki yang
mempunyai pencapaian terbaik dalam aspek keupayaan menangkap dan menyambut bola. Maka pernyataan
ini boleh menjelaskan bahawa, disebabkan ujian segak yang dilakukan ini hanya tertumpu kepada daya tahan
kardiovaskular, daya tahan otot dan kelenturan badan bukan tertumpu pada aspek lompatan dan
keseimbangan menjadikan tahap kecergasan fizikal pelajar perempuan lebih rendah dari pelajar lelaki.
Terdapat kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara pertumbuhan fizikal dengan
ketangkasan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan (Seils, 1951). Menurut Seils (1951) lagi, kanak-kanak
lelaki menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak perempuan dalam semua item ujian
kecuali kelembutan. Dan akhir sekali perbezaan tahap kecergasan fizikal antara jantina dikalangan pelajar
pintar dan berbakat adalah juga disebabkan dengan keadaan fizikal pelajar itu sendiri. Berdasarkan analisis
data, pelajar yang kurang berat lebih ramai dalam kategori tahap kecergasan yang tinggi. Pelajar lelaki lebih
ramai tergolong dalam kategori kurang berat berbanding pelajar perempuan. Ini boleh dikukuhkan lagi
dengan pernyataan Dube et al (2002), komposisi badan seseorang mempengaruhi tahap kecergasan fizikal
di kalangan atlet perempuan.

8. Kesimpulan

Kajian ini telah mengkaji secara tuntas tentang tahap kecergasan fizikal serta tahap pencapaian
akademik dikalangan pelajar pintar dan berbakat dalam sesuatu matapelajaran. Kajian ini menjelaskan
bahawa pentingnya kecergasan fizikal dikalangan pelajar pintar dan berbakat. Ini kerana kecergasan
fizikal amat penting dalam membentuk kesihatan mental dan fizikal yang baik. Jelas sekali kesihatan

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017). (e-ISBN
978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net 195
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

mental dan fizikal yang baik amat diperlukan untuk kalangan pelajar pada masa kini. Pelbagai aktiviti
sukan telah direncanakan untuk pelajar pintar dan berbakat di Pusat PERMATApintar® UKM.
Penglibatan dalam sukan dan kokurikulum amat dititiberatkan dikalangan pelajar sehinggakan markah
kokurikulum termasuk sukan dikira sekali dalam pengiraan PNGK pelajar. Pelajar digalakkan terlibat
dengan aktiviti sukan dalaman dan anjuran pihak luar. Dalam masa yang sama, aktiviti akademik dan
pelajaran tidak boleh diabaikan dan pelajar perlu bijak dalam membahagikan masa diantara aktiviti
sukan kokurikulum dengan pelajaran. Ini selaras dengan motif Pusat PERMATApintar® UKM yang
ingin menjadikan pelajar pintar dan berbakat cemerlang dalam akademik beraliran STEM mempunyai
peribadi yang mulia, mempunyai jati diri yang tinggi serta cemerlang dalam aktiviti sukan dan
kokurikulum. Dengan adanya semua komponen ini, dapat melahirkan pelajar pintar dan berbakat yang
holistik dan amat berguna kepada negara pada masa akan datang.

9. Rujukan

Ibrahim S, Karim N.A, Oon N.L., Ngah W.Z.W. (2013). Perceived Physical Activity Barrriers to Body
Weight Status and Sociodemographic Factors Among Malaysian Men in Klang Valley. BMC Pub
Health, 13: 275

Wee, E. (2013). Contemporary issues in the teaching of PE in Malaysia. Journal of Physical Activity,
Sports, and Exercise 1: 17–20.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid
Sekolah Malaysia (SEGAK). Pekeliling Ikhtisas Bil. 4.

Ahli Panel Buku Sumber Guru Sains Sukan KBSM (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4.
Malaysia: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hassan, Muhammad Haniff. (2000). Pandangan Umum Islam Terhadap Kesihatan dan Perubatan.
Singapura: Perdaus.

Hasan Basari, Norhidayah. (2011). Tinjauan Perkaitan di Antara Komposisi Tubuh Badan dan Paras
Glukosa dalam Darah dengan Kekerapan Senaman Mengikut Kategori Umur dan Jantina. Universiti
Teknologi Malaysia. Johor Bahru, Johor.

Moktar, Zainah. (2011). Awet Muda 7 Rahsia Kesihatan Holistik. Skudai, Johor Bahru: Penerbit UTM
Press.

Piirto, J. (1999). Talented children and adults; their development and education. Ed. ke- 2. Ohio: Merrill
Prentice Hall.

Shabazz, H. (2000). Higher education and African American at-Risk students: The effect of a
sponsorship program on African American middle school at-risk students who are academically
talented. Tesis Ph.D. University of Louisville, Kentucky. Profil Pemprosesan Kognitif Pelajar Pintar
Cerdas Akademik

Gagne, F. (2002). A Differentiated Model of Giftedness and Talent (DMGT). [Personal Notes].

Webb, J.T., Amend, E.R., Webb, N., Goerss, J., Beljan, P., & Olenchak, F.R. (2005). Misdiagnosis and
dual diagnoses of gifted children and adults: ADHD, Bipolar, OCD, Asperger's, depression, and other
disorders. Scottsdale, AZ: Great Potential Press

Unit Perancang Ekonomi, JPM. (2014). Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013: Kesejahteraan
Sosial. Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri, Malaysia.

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017). (e-ISBN
978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net 196
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

Morgan, William P., & Goldston, Stephen E. (1987). Exercise and mental Health. United States:
Hemisphere Publishing Corporation.

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017). (e-ISBN
978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net 197

View publication stats

You might also like