You are on page 1of 3

TEKS PERHIMPUNAN 26 SEPTEMBER 2022

Salam sejahtera warga dewan.


Jika mahukan sagu maka ruyung harus dipecah. Demikianlah usaha Pasukan Forum Pelajar
Sekolah Menengah Tshung Tsin Sabah 2022 sehingga dinobatkan sebagai Johan dalam
Pertandingan Forum Pelajar Peringkat Negeri Sabah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka yang
telah berlangsung pada 23 Julai 2022 dan dilaksanakan secara hibrid dengan memforumkan
mauduk ‘Potensi pertanian Bandar di Malaysia’.
Dengan ini dijemput Tuan Pengetua untuk menyampaikan piala kemenangan kepada ahli-ahli
pasukan forum yang terdiri daripada
i) Saudara Lim Shen Jie (S2 Zhong) selaku pengerusi pasukan forum sekolah yang
berjaya merangkul anugerah pengerusi terbaik,
ii) Saudari Kierra Kevin Lee (S1 Xiao) selaku Panel Pertama,
iii) Saudara Adryl Lau Wen Chung (S1 Ren) selaku Panel Kedua,
iv) Saudari Avvy Lim Yi Wei (S2 Zhong) selaku Panel Ketiga, dan
v) Saudari Crystal Lim Xue Er (S1 He) Selaku Panel Simpanan

Seterusnya dijemput Saudara Lim Shen Jie untuk menyerahkan Piala Pusingan Pertandingan
Forum Pelajar Peringkat Negeri Sabah kepada Tuan Pengetua.

Pasukan Forum Sekolah akan mewakili negeri Sabah ke Pertandingan Forum Pelajar Peringkat
Kebangsaan yang akan berlangsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP, Kuala
Lumpur pada 3 Oktober 2022. Marilah kita bersama-sama menitipkan doa kepada Pasukan
Forum Sekolah agar dapat menjulang nama negeri Sabah pada peringkat kebangsaan.
Sekian, terima kasih.
TEKS PERHIMPUNAN 17 OKTOBER 2022
Salam sejahtera warga dewan.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Demikianlah usaha Pasukan Forum Pelajar Sekolah
Menengah Tshung Tsin Sabah 2022 sehingga dinobatkan sebagai Naib Johan dalam
Pertandingan Forum Pelajar Peringkat Kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka yang
telah berlangsung pada 3 Oktober 2022 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Kuala Lumpur dengan
memforumkan mauduk ‘Potensi Pertanian Bandar di Malaysia’.
Dengan ini dijemput Tuan Pengetua untuk menyampaikan piala kemenangan kepada ahli-ahli
pasukan forum yang terdiri daripada
i) Saudara Lim Shen Jie (S2 Zhong) selaku pengerusi pasukan forum sekolah,
ii) Saudari Kierra Kevin Lee (S1 Xiao) selaku Panel Pertama,
iii) Saudara Adryl Lau Wen Chung (S1 Ren) selaku Panel Kedua,
iv) Saudari Avvy Lim Yi Wei (S2 Zhong) selaku Panel Ketiga, yang berjaya merangkul
anugerah ahli forum terbaik dan
v) Saudari Crystal Lim Xue Er (S1 He) Selaku Panel Simpanan

Seterusnya dijemput Saudara Lim Shen Jie wakil daripada Pasukan Forum Sekolah untuk
menerima cek cura daripada Tuan Pengetua.

Pasukan Forum Pelajar Sekolah Menengah Tshung Tsin Sabah tahun 2022 akan melabuhkan
noktah di sini. Sekalung budi dan penghargaan diucapkan kepada semua warga sekolah atas
sokongan yang dicurahkan.

Sekian, terima kasih.


Jika mahukan sagu maka ruyung harus dipecah. Demikianlah usaha Pasukan Forum Pelajar
Sekolah Menengah Tshung Tsin Sabah 2022 sehingga dinobatkan sebagai Johan Zon E
(Peringkat Negeri Sabah) dalam pertandingan secara hibrid dengan memforumkan mauduk
“𝐏𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚”.

Ahli-ahli pasukan yang terdiri daripada 𝐋𝐢𝐦 𝐒𝐡𝐞𝐧 𝐉𝐢𝐞 (S2 Zhong) selaku pengerusi yang berjaya
merangkul anugerah Pengerusi Terbaik, Panel Pertama 𝐊𝐢𝐞𝐫𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐯𝐢𝐧 𝐋𝐞𝐞 (S1 Xiao), 𝐀𝐝𝐫𝐲𝐥
𝐋𝐚𝐮 𝐖𝐞𝐧 𝐂𝐡𝐮𝐧𝐠 (S1 Ren) selaku Panel Kedua, Panel Ketiga 𝐀𝐯𝐯𝐲 𝐋𝐢𝐦 𝐘𝐢 𝐖𝐞𝐢 (S2 Zhong)
dan 𝐂𝐫𝐲𝐬𝐭𝐚𝐥 𝐋𝐢𝐦 𝐗𝐮𝐞 𝐄𝐫 (S1 He) selaku Panel Simpanan. Pasukan ini sentiasa bersiap siaga
menjalani latihan di bawah bimbingan Cikgu Chin Yee Fah, Cikgu Wong Tze Ling, Cikgu
Marlina, Cikgu Genevieve, Cikgu Nurlina dan Cikgu Dewiana.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Sekali lagi Pasukan Forum Pelajar Sekolah
Menengah Tshung Tsin Sabah 2022 telah dinobatkan sebagai Naib Johan dalam Pertandingan
Forum Pelajar Peringkat Kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah berlangsung
pada 03 Oktober 2022 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Kuala Lumpur. Pasukan Forum Sekolah
telah menerima cek caru berjumlah RM2,000 sekali gus merangkul anugerah ahli forum terbaik
yang telah berjaya disandang oleh Panel Ketiga Avvy Lim Yi Wei (S2 Zhong).

Sekalung budi, seuntai kasih ditujukan kepada Pengetua Dr Chung Chin Hing yang telah banyak
memberikan sokongan dan dorongan dan Cikgu Jacqueline Lim selaku guru penasihat CEP yang
telah berusaha dalam menyediakan sokongan teknikal yang terbaik serta semua jabatan lain yang
telah memberikan sokongan secara langsung dan tidak langsung atas kejayaan ini. Semoga
pasukan forum SMTTS akan terus mengukir kejayaan dalam arena forum peringkat negeri dan
peringkat kebangsaan.

Sekian, terima kasih.

You might also like