You are on page 1of 9

TEKS PENGACARA

MAJLIS APRESIASI TAHUN 6 & GRADUASI PRASEKOLAH


SESI AKADEMIK 2022/2023

ACARA SKRIP CATATAN

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha En. Md Faisal bin Mohd
Salih, Guru Besar SK Taman Midah 2,
barisan guru penolong kanan,
murid-murid prasekolah dan murid-murid Tahun SK Taman Midah 2.

Lagu Hadirin diminta berdiri bagi nyanyian lagu Negaraku.

****LAGU

Hadirin dijemput duduk.

Kata Alu-
aluan
Pemandangan Kuala Lumpur luas terbentang,
Air berkocak di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Assalamuaikum w.b.t dan salam sejahtera,


Yang Berusaha En. Md Faisal bin Mohd Salih, Guru Besar SK Taman Midah 2
Yang Dihormati En. Mohd Nasir bin Ramli, Guru Penolong Kanan Kurikulum
Yang Dihormati En. Ishak bin Bidin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang Dihormati Pn. Mazlah binti Abdul Kadir, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum
Yang Dihormati En Irwan bin Mokhtar, Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas,
Yang Dihormati Guru-guru SK Taman Midah 2 murid-murid Tahun 6,
murid-murid Prasekolah, para ibu bapa, serta hadirin sekalian.

Tepak sirih megah ditatang,


Adat Melayu pembuka bicara,
Yang dijemput sudah pun datang,
Izinkan saya meneruskan acara.

MAJLIS APRESIASI TAHUN 6 & GRADUASI PRASEKOLAH


SESI AKADEMIK 2022/2023

Bacaan Doa Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya
dapatlah kita sama-sama berkumpul untuk meraikan kejayaan murid-
murid SK Taman Midah 2 dalam Majlis Tamat Prasekolah dan Apresiasi
Tahun 6 bagi Sesi Akademik 2022/2023.

Hadirin yang dihormati,


Bagi menambah keberkatan Majlis, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd
Farhan bin Mohd Suhaile.

Dengan segala hormatnya mempersilakan.

***** (DOA)
Ucapan Ketua
Murid Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Mohd
Farhan bin Mohd Suhaile atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Majlis pada pagi ini dimulakan dengan ucapan Ketua Murid. Untuk itu,
majlis menjemput dan mempersilakan Hanna Zaheera Binti Ahmad
Fakrirazzi Sallehuddin, Ketua Murid SK Taman Midah 2 bagi sesi akademik
2022/2023. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

**Ucapan Ketua Murid

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Hanna Zaheera Binti


Ahmad Fakrirazzi Sallehuddin atas ucapan beliau sebentar tadi.
Ucapan Guru Emas tempawan buatmu puteri,
Besar Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Hadirin sekalian,
Seterusnya, tanpa melengahkan masa majlis menjemput Yang Berusaha
En. Md Faisal bin Mohd Salih , Guru besar SK Taman Midah 2 untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

***(UCAPAN)
Penyampaian Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha, En. Md
Sijil Prasekolah Faisal bin Mohd Salih , Guru besar SK Taman Midah 2 atas ucapan
tersebut.

Tamatlah sudah Prasekolah


Tahun Satu menggamit megah
Acara dinantikan satu anugerah
Penyampaian sijil dan juga hadiah

Sidang hadirin sekalian,

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian Sijil Tamat


Prasekolah dan hadiah Anugerah Khas Prasekolah.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan


________________________________ diiringi oleh
______________________________________ bagi menyempurnakan
majlis penyampaian sijil dan anugerah.

Didahului oleh Prasekolah ...................

Dipersilakan penerima

Yang pertama….
**Penyampaian Sijil dan Hadiah**

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih _______________________


atas kesudian menyampaikan sijil dan anugerah itu tadi.
Adat tuan adat berserah
PERSEMBAHAN Mari datang membawa Tuan
1 Adat bersirih adat sejarah
Untuk tuan kami sembahkan

Majlis diteruskan dengan persembahan daripada murid-murid _______________


Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***PERSEMBAHAN***

Penyampaian Hadirin yang dirahmati sekalian,


Sijil Tahun 6
Majlis diteruskan dengan Majlis Penyampaian Sijil murid Tahun 6 Sesi
Akademik 2022/2023.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…………………….


dengan diiringi………………. .………bagi menyempurnakan penyampaian sijil
dan anugerah.

Daripada Kelas PPKI

Dipersilakan penerima
Yang pertama….

Daripada Kelas 6 Al-Biruni

Dipersilakan penerima
Yang pertama….dan

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada..............atas kesudian


menyampaikan sijil dan anugerah itu tadi.

Persembahan Terima kasih diucapkan kepada para penerima dan penyampai Sijil
Murid Murid Tahun 6 sebentar itu tadi.
Prasekolah
Dari kedah ke bandar Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul meriah majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Bagi meneruskan aturcara pada pagi ini, marilah kita sama-sama menyaksikan
persembahan daripada murid-murid prasekolah.

Majlis dengan ini mempersilakan.

*** (PERSEMBAHAN)
Penyampaian Hadirin yang dirahmati sekalian,
Sijil Tahun 6
Majlis diteruskan dengan sesi ke 2 Penyampaian Sijil murid Tahun 6 Sesi
Akademik 2022/2023.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…………………….


dengan diiringi………………. .………bagi menyempurnakan penyampaian sijil
dan anugerah.

Daripada 6 Al-Farabi

Dipersilakan penerima
Yang pertama….

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada..............atas kesudian


menyampaikan sijil dan anugerah itu tadi.

PERSEMBAHAN Hadirin yang dihormati,


3
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan ke3 daripada murid-murid
Progrm Pendidikan Khas Integrasi di bawah bimbingan
____________________________. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*** PERSEMBAHAN 3***

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid Progrm Pendidikan Khas


Integrasi atas persembahan yang bersemangat sebentar tadi.
Penyampaian Hadirin yang dirahmati sekalian,
Sijil Tahun 6
Majlis diteruskan dengan sesi ke 3 Penyampaian Sijil murid Tahun 6 Sesi
Akademik 2022/2023.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…………………….


dengan diiringi………………. .………bagi menyempurnakan penyampaian sijil
dan anugerah.

Daripada 6 Al-Jazari

Dipersilakan penerima
Yang pertama….

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada..............atas kesudian


menyampaikan sijil dan anugerah itu tadi.
Persembahan Terima kasih diucapkan kepada para penerima dan penyampai Sijil
4 Murid Tahun 6 sebentar itu tadi.

Hadirin yang dirahmati,


Sebagai halwa telinga dan halwa mata terakhir pada pagi ini, marilah kita sama-
sama menyaksikan persembahan daripada murid-murid ____________________

Majlis dengan ini mempersilakan.

*** (PERSEMBAHAN)

Penyampaian
Anugerah Khas &
Tokoh
Penutup dan Terima kasih diucapkan kepada murid-murid atas persembahan itu tadi.
bersurai
Hadirin yang dihormati,

Majlis anugerah dirai bersama,


Kecemerlangan diidam menjelma lagi,
Akhir di sini noktah bersama,
Di lain masa bersua kembali,

Kalau ada jarum yang patah


Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit

Dengan penyampaian hadiah itu tadi maka berakhirlah Majlis Tamat


Prasekolah dan Apresiasi Tahun 6 2019.

Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
sekiranya ada terlanjur kata dan terlampau cara sepanjang majlis ini
berlangsung.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan kekurangan itu
wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah.
Sekian wabillahi taufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh

Sesi Fotografi Hadirin yang dihormati,


Jamuan Makan Dijemput untuk menikmati juadah yang disediakan
SENARAI PENERIMA GURU

1. Cikgu Norhasimah binti Majid


2. Cikgu Norliza binti Ansor
3. Cikgu Rohainiza binti Pasari
4. Cikgu Juhan bin Che Yaman
5. Cikgu Nazimatun Shariff
6. Cikgu Edawaty Omar
7. Cikgu Haslydia Azizan
8. Cikgu Shahriza Aziz@Adan
9. Cikgu Aminah Anoi selaku Ketua Panitia Matematik
10. Cikgu Islah Md Zin merangkap GPK Petang
11. Cikgu Siti Nurulaini Md Sidek
12. Cikgu Noridayu Bahrom
13. Cikgu Haninah Hamzah
14. Cikgu Emy Norain Sawal
15. Cikgu Nurulhuda Sharif
16. Cikgu Sarifah selaku Penyelaras Tahun 6
17. Ustaz Zainal selaku SU Peperiksaan
18. Cikgu Norain Abdul Rashid
19. Cikgu Masrinah Salikin *** KIV
20. Cikgu Mohd Haffeezul *** KIV
21. Cikgu Amar Fadhli *** KIV
22. Cikgu Mohd Annuar Buran
23. Cikgu Mahnom Hashim
24. Cikgu Rafidah Mohd Yussup

You might also like