You are on page 1of 2

BAHASA MELAYU KERTAS 1

Bahagian C (Soalan 6)
Contoh Soalan Kajian Novel

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

i. Destinasi Impian, karya Mohd. Ismail Sarbini


ii. Sejambak Bakti, karya Rejab F.I.
iii. Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia
iv. Formula Termodinamik, karya Obasiyah Haji Usman

Berdasarkan sebuah novel di atas, nyatakan tema yang terdapat dalam novel tersebut. Kemudian,
buktikan tiga contoh peristiwa yang sesuai dengan tema yang telah dinyatakan.
(10 markah)

Contoh Jawapan:

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 1 ialah Novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I.

Tema yang digambarkan oleh penulis menerusi novel ini ialah kegigihan murid dan guru

memajukan koperasi sekolah. Antara contoh peristiwa yang dapat membuktikan tema yang

dinyatakan ialah kegigihan Razali dan rakan-rakannya serta gurunya memajukan Koperasi

Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Razali dan ahli lembaga pengarah

koperasi sekolah tersebut gigih membangunkan koperasi sekolah mereka. Selain itu, contoh

peristiwa lain ialah kegigihan Razali sebagai penolong setiausaha lembaga pengarah koperasi

dalam menghadapi tentangan yang hebat daripada Munir, Leong dan Silvam yang cemburu

akan kejayaannya sehingga dia dipukul dan disoal siasat polis kerana dituduh mencuri.

Seterusnya, peristiwa ketika Razali berhadapan dengan bapa tirinya juga dapat membuktikan

tema yang ingin diketengahkan oleh penulis. Razali gigih meneruskan kehidupannya dan

berhadapan bapa tirinya yang sering memarahinya kerana bapa tirinya tidak menyukainya.

Jelaslah bahawa tema kegigihan telah diangkat oleh penulis dengan baik berdasarkan bukti

peristiwa yang telah saya kongsikan di atas.


BAHASA MELAYU KERTAS 1

Bahagian C (Soalan 6)
Contoh Soalan Kajian Novel

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

i. Destinasi Impian, karya Mohd. Ismail Sarbini


ii. Sejambak Bakti, karya Rejab F.I.
iii. Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia
iv. Formula Termodinamik, karya Obasiyah Haji Usman

Berdasarkan sebuah novel di atas, nyatakan tema yang terdapat dalam novel tersebut. Kemudian,
buktikan tiga contoh peristiwa yang sesuai dengan tema yang telah dinyatakan.
(10 markah)

Jawapan:

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 1 ialah _____________________________


karya ________________. Tema yang digambarkan oleh penulis menerusi novel ini ialah
____________________________________________________________________________.
Antara contoh peristiwa yang dapat membuktikan tema yang dinyatakan ialah
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________.
Selain itu, contoh peristiwa lain ialah ______________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
Seterusnya, peristiwa ___________________________________________________________
juga dapat membuktikan tema yang ingin diketengahkan oleh penulis.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________.
Jelaslah bahawa tema _____________________________ telah diangkat oleh penulis dengan
baik berdasarkan bukti peristiwa yang telah saya kongsikan di atas.

You might also like