You are on page 1of 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 5 (F)


73430 GEMAS, NEGERI SEMBILAN
Kod Sekolah : NBA 6016 No. Tel : 06-466 6714
E-mel : nba6016@moe.edu.my No. Faks : 06-4666714

SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 5 (F)


73430 GEMAS, NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


KALI PERTAMA (2023/2024)

Tarikh : 29 Mac 2023

Hari : Jumaat

Masa : 1.30 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : Muhammad Amirul Husaini Bin Alias

Kehadiran(Bilangan) : 12 orang
Zarana Binti Idris
Zuliawati Binti Kamaruddin
Mohd Shah Rezwan Bin Mohd Alip
Ubaidillah Bin Muhammad Nor
Fatin Amira Balqis Binti Zamiri
Abd Rahim Bin Mohamed Said
Ahmad Muaz Bin Zainal Abidin
Mohd Norazam Bin Shaidan
Zainuri Bin Zamani
Aifaa Sofia Binti Sezili
Muhammad Amiruddin Bin Hamzah
Rosani Binti Ab Talib

Turut Hadir : Mohammad Azwan Bin Ahmad


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan kerana dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat
ini.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 5 (F)
73430 GEMAS, NEGERI SEMBILAN
Kod Sekolah : NBA 6016 No. Tel : 06-466 6714
E-mel : nba6016@moe.edu.my No. Faks : 06-4666714

2.1 Tiada pengesahan minit mesyuarat dilakukan.


Ucapan Penasihat (Pentadbir)
3 3.1 En. Azwan selaku PK Pentadbiran memaklumkan mengenai penulisan standard
kandungan yang mesti ditulis dalam rancangan pengajaran harian.
Tindakan: Semua guru PJK

3.2 En. Azwan meminta semua guru PJK agar dapat mengajar mengikut
sukatan pelajaran PJK yang telah ditetapkan serta mematuhi arahan keselamatan
semasa melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani.

3.3 En. Azwan meminta Panitia PJPK merancang aktiviti atau program pembangunan
untuk guru dan murid. Beliau menyarankan kertas kerja dapat dihantar lebih awal
kepada pentadbir.
Tindakan: Semua guru PJK dan Ketua Panitia

4 PERBINCANGAN
4.1 DSKP dan RPT
4.1.1 DSKP dan Rancangan Pengajaran Tahunan mesti mengikut perancangan
selama 36 minggu pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
4.1.2 Perlantikan penyelaras mengikut tahun untuk penyediaan DSKP dan RPT
Tahun 1 : Pn. Masjida
Tahun 2 : Pn. Fatahiyah
Tahun 3 : En. Hafizi
Tahun 4 : Pn. Haliza
Tahun 5 : En. Shaifullah Naim
Tahun 6 : En. Hazmy
4.2 Buku Penulisan Rekod Mengajar
4.2.1 Format penulisan RPH adalah yang terkini dan mesti diseragamkan
mengikut Tahap 1 bagi guru yang mengajar Tahap 1.
4.2.2 Format penulisan RPH adalah yang terkini dan mesti diseragamkan
mengikut Tahap 2 bagi guru yang mengajar Tahap 2.
4.3 Pengurusan fail
4.3.1 Setiausaha panitia memohon kerjasama semua guru PJK untuk mengisi
maklumat guru ahli panitia.
4.3.2 Satu salinan jadual waktu yang terkini perlu diserahkan kepada setiausaha
panitia dengan kadar segera bila berlakunya perubahan.
Tindakan: Semua guru PJK dan Setiausaha Panitia

4.3.3 Encik Saifullahnaim memohon agar ujian SEGAK dilaksanakan secara


Berpusat agar dapat diljalankan dengan lebih menyeluruh dan berkesan.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 5 (F)
73430 GEMAS, NEGERI SEMBILAN
Kod Sekolah : NBA 6016 No. Tel : 06-466 6714
E-mel : nba6016@moe.edu.my No. Faks : 06-4666714

Permohonan dan kebenaran ujian SEGAK tersebut akan dipohon oleh


Ketua Panitia Puan Nurul Farhana daripada Penolong Kanan Pentadbiran.
Tindakan: Ketua Panitia PJK

4.3.4 Pn. Mazran memohon agar semua guru dapat membuat analisis PAT
2022 (TOV) dan sasaran 2023 dengan kadar segera dan menyerahkan
satu salinan kepada setiausaha panitia.
4.3.5 Pentaksiran dan peperiksaan akan dilaksanakan secara:
4.3.5.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
a. Pengisian data Tahap 1 (2 kali ) adalah pada Jun dan Oktober
b. Pengisian data Tahap 2 (2 kali) adalah pada bulan Jun dan Oktober
Tindakan: Semua guru PJK

4.3.6 Pencerapan akan dilaksanakan oleh Ketua panitia dan Pentadbir


sekurang-
kurangnya 3 kali dalam setahun.
Tindakan: Ketua Panitia PJK

4.3.7 Puan Narazura mahu semua guru PJK mesti menulis objektif pada papan
putih dan dijelaskan kepada murid sebelum berlakunya pengajaran dan
pembelajaran.
4.3.8 Senarai nota minta akan diedarkan kepada guru PJK untuk permohonan
ABM bagi kegunaan tahun 2023.
4.3.9 Buku pengurusan dan penggunaan alatan PJ dan Stor PJ akan
dilaksanakan bagi tahun 2023 bagi memastikan stor berada dalam
keadaan tersusun, teratur dan kemas.
4.3.10 Puan Norazura memaklumkan bahawa Google Sites Panitia akan
dimanafaatkan dengan sebaik-baiknya pada tahun ini dengan memuatnaik
segala maklumat dan bahan-bahan daripada ahli panitia. Segala
perkongsian bahan dan penghasilan bahan daripada ahli adalah
digalakkan untuk dimuatnaik ke dalam Google Sites.
4.3.11 Ketua Panitia Encik Mazran bermohon agar buku tulis dapat
diseragamkan penggunaannya iaitu hanya satu buah buku bagi
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Tindakan: Semua guru PJK

4.4 Takwim Aktiviti Panitia / PLC


4.4.1 Merancang program kecemerlangan panitia untuk minggu kecergasan
atau bulan kecergasan. Aktiviti seperti senamrobik, kempen kesihatan
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 5 (F)
73430 GEMAS, NEGERI SEMBILAN
Kod Sekolah : NBA 6016 No. Tel : 06-466 6714
E-mel : nba6016@moe.edu.my No. Faks : 06-4666714

dan sebagainya.
4.4.2 Menganjurkan mini pertandingan kemahiran antara kelas sebagai program
pembangunan panitia.
4.4.3 Melaksanakan aktiviti untuk PLC seperti permainan babminton, ping pong,
permainan dalaman dan juga E-sport.
Tindakan: Ketua Panitia PJK

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Puan Norazura mahu semua guru PJK yang melaksanakan aktiviti Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan adalah diminta untuk mencungkil bakat serta
potensi murid yang dapat dikenalpasti semasa sesi PdP dijalankan. Ini adalah
bertujuan bagi memberikan peluang kepada bakat yang dapat dicungkil untuk
diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Tindakan: Semua guru PJK

6 PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh Puan Norazura bt Safiee. Beliau bagi pihak
pentadbir mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Panitia Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan atas kejayaan mengadakan mesyuarat Panitia kali pertama
walaupun secara dalam tallian. Beliau berharap kerjasama panitia ini dapat
dipertingkatkan lagi bagi tahun 2023/24 agar lebih baik dari tahun sebelumnya.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

...... FARHANA…….......... ............... MAZRAN....................


(FARHANA BINTI ARIFFIN) (MUHAMMAD MAZRAN BIN ZAWAWI
Setiausaha Panitia PJPK Ketua Panitia PJPK
Tarikh : 17 Mac 2023 Tarikh : 20 Mac 2023

You might also like