You are on page 1of 1

SAJAK

DALAM PERSEKITARAN
KATA-KATA
RANGKAP 1
-Rangkap
"Dia mencipta manusia. Mengajarnya pandai
berbicara". (Ayat Al-Quran, 55:3-4)
-Maksud
Tuhan yang menciptakan manusia. Dialah yang
membolehkan manusia bertutur dan menerima
kenyataan
RANGKAP 2
-Rangkap
Engkau beri kami kata-kata dan akal untuk mengucapkannya. Kami
pindahkan makna dari tempat ke tempat, dari zaman ke zaman
-Maksud
Tuhan telah mengurniakan manusia kebijaksanaan untuk berbicara
tentang
apa-apa yang tergores dalam jiwanya dan
apa-apa terfikir dalam mindanya. Manusia telah bertutur dalam pelbagai
bahasa mengikut tempat dan zaman yang berbeza .

RANGKAP 3
-Rangkap
Engkau jadikan kami bangsa berkulit sawo matang,
belayar di samudera jauh, menjelajah pulau-pulau dan
berlabuh di pantai-pantai semenanjung
-Maksud
Tuhan menciptakan manusia pelbagai bangsa dan rupa
fizikal. Manusia mengembara dan menghuni serata alam
untuk mencari rezeki.

RANGKAP 4 -Rangkap
Kata-kata berselerakan langit, bumi, laut, gunung, awan, hujan dan pohon adalah
persekitaran seperti kami memetik
buah-buahan. Kami sunting istilah imam mentakrif tanda alam dan menjernihkan
tafsiran
-Maksud
Unsur-unsur alam menjadi dalil bagi mengesakan Allah berpandukan Al-Quran
dan hadis serta kitab-kitab terdahulu. Daripadanya juga kita memperbaiki
persepsi kehidupan.

RANGKAP 5
-Rangkap
Kata-kata mengembangkan pengalaman
terbentang di semesta alam memaknakan
kewujudan
-Maksud
Percakapan atau ungkapan yang dituturkan dapat
menambah pengetahuan dan membuatkan manusia
menghargai kewujudan diri.

You might also like