You are on page 1of 4

َ ‫اء ِف ل ُ ُزومي اجل َ َم‬

‫اع ية‬ َ َ َ ُ َ
‫باب ما ج ي‬

Bab Berhubung Melazimi Jamaah1


َّ ‫َ َ َ َّ َ َ َّ م ُ م ُ م َ َ َ ُ ُ َ َ م ُ َ َّ م ُ َ َ َ م َ م‬ َ ُ ‫َ َّ َ َ َ م َ ُ م‬
‫اَّلل بم ين‬
‫ عن عب يد ي‬،‫ عن ُمم يد ب ين سوقة‬،‫ حدثنا انلْض بن إيسما يعيل أبو الم يغريةي‬:‫يع قال‬ ٍ ‫حدثنا أْحد بن م ين‬
َّ
‫اَّلل‬ ‫ول‬ ُ ‫يك مم َك َم َقامي َر‬
‫س‬
ُ
‫ف‬ ُ ‫ إ ِّن ُق مم‬،‫اس‬
‫ت‬ ُ َّ‫ يَا أَ ُّي َها انل‬:‫ َخ َط َب َنا ُع َم ُر باجلَاب َية َف َق َال‬:‫ َع من ابمن ُع َم َر قَ َال‬،‫ينار‬ َ
‫ي ي‬ ‫ي‬ ‫ي‬ ‫ي ي ي‬ ‫ي‬ ٍ ‫يد‬
ُ ‫ُ َم‬ َ ُ َ َّ َّ ُ ‫ُ َّ َّ َ َ ُ َ ُ م‬
‫ ث َّم يفشو‬،‫ين يَلون ُه مم‬ َ ‫ُ م َ م‬ ُ َ َ َ َ َ َّ َ ‫َ َّ َّ ُ َ َ م‬
‫اَّل‬
‫ ثم ي‬،‫اَّلين يلونهم‬ ‫ ثم ي‬،‫وصيكم يبأصح ياِب‬ ‫ «أ ي‬:‫صَّل اَّلل علي يه َوسلم يفينا فقال‬
َّ َ ‫ٌ م‬ َّ ُ ‫َ َ َ َ م‬ ‫َ م‬ َ َّ ‫م‬ َُ ‫م‬ َ ُ َّ َ ‫َم‬ َ
‫ أَل َل َيل َون َر ُجل بيام َرأةٍ إيَل‬،‫ َويَش َه َد الشا يه ُد َوَل ي ُ مستش َه ُد‬،‫الر ُجل َوَل ي ُ مس َتحلف‬ ‫الك يذ ُب َح ََّّت َي يلف‬
‫َ ُ َ َ مَم‬ َ َ ‫َ َ َ َ ُ َ َّ م َ ُ َ َ م ُ م َ َ َ َ َّ ُ م َ ُ م َ َ َ َّ َّ م‬
َ ‫ان َم َع‬
‫ْي‬
‫اح يد وهو يمن ياَلثن ي‬ ‫الو ي‬ ‫ عليكم يباجلماع ية و يإياكم والفرقة ف يإن الشيط‬،‫َكن ث ياِلهما الشيطان‬
‫ُ ََ َ م م‬ ُ ‫َ م َ ُ َ م َ َ َ ُ م ُ َ َ َ َّ َ م َ م َ ُ َ َ َ َ َ م َ َّ م ُ َ َ َ ُ ُ َ َ َ م‬
:»‫اءته َسيِ َئ ُته فذليك ال ُمؤ يم ُن‬ ‫ من َسته حسنته وس‬،‫ من أراد ُببوحة اجلن ية فليلزم اجلماعة‬،‫أبعد‬

2165 – Ahmad bin Mani’ menceritakan kepada kami katanya, al-Nadr bin
Ismail Abu al-Mughirah menceritakan kepada kami daripada Muhammad
bin Suqah daripada Abdullah bin Dinar daripada Ibn Umar katanya, Umar
bin al-Khattab berkhutbah di Jabiyah2 katanya, Wahai manusia,
sesungguhnya aku berdiri di kalangan kamu seperti mana berdirinya
Rasulullah ‫ ﷺ‬di kalangan kami. Baginda bersabda, aku berpesan kepada
kamu tentang sahabat-sahabatku, kemudian golongan yang mengiringi
mereka kemudian orang yang mengiringi mereka kemudian tersebar

1
Satu cara untuk menjaga daripada fitnah ialah bersatu dan berpegang teguh di
atas akidah tauhid. Manusia mudah terdedah kepada fitnah apabila mereka
menjadi lemah kerana perpecahan. Berpecah kerana tidak berpegang teguh
dengan tali Allah.
Firman Allah:
ُ َ
َ‫ِيعاََولََتف َرقواََﵟ‬
َ ‫ّللََِج‬ َِ َ‫ﵟوَٱعَت ِص ُمواََ ِِبب‬
َ ‫لَٱ‬
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan
janganlah kamu bercerai-berai. (Ali Imran: 103)
َٰ َ َ َ ُ ُ ُ ُ ُ َ ُ
٤٦ََ‫ِبين‬ َ ‫ِب ٓواََإِنَٱ‬
ِ ِ ‫ّللَمعَٱلص‬ َُ ‫ّللَور ُس‬
ِ ‫ولۥَولَتنَٰزعواَفتفشلواَوتذهبَرِيحكمَۖۡوَٱص‬ َ ‫ِيعواَٱ‬
‫وأط‬
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-
bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang
kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati);
sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (al-Anfal: 46)
2
Jabiyah ialah sebuah bandar bersejarah yang terletak di Syria yang mempunyai
kepentingan politik dan ketenteraan antara abad ke-6–8. Ia terletak di antara
dataran Hawran dan Bukit Golan. Ia menjadi ibu negeri bagi Raja Bani Ghassan.
1
pembohongan3 sehingga seseorang itu bersumpah padahal dia tidak
diminta untuk bersumpah.4 Sehingga seorang itu bersaksi pada hal dia tidak
diminta untuk memberi saksi.5 Ingatlah jangan sesekali seorang lelaki
bersendirian bersama dengan seorang perempuan6 melainkan yang ketiga
itu syaitan.7 Hendaklah kami berpegang teguh dengan jemaah.8
Berwaspadalah terhadap perpecahan kerana syaitan bersama dengan
seorang yang bersendirian dan dia lebih jauh daripada dua orang. Sesiapa
yang mahukan tempat yang istimewa dalam syurga maka hendaklah dia
melazimi jemaah. Sesiapa yang kebaikannya menyebabkan dia gembira
dan kejahatannya menjadikan dia sedih maka itulah orang yang beriman.9
‫ََ َم‬ َُ َ َ َُ ُ ‫َ َ َ ٌ َ َ ٌ َ ٌ َ ٌ م َ َ َ م َ َ م َ َ ُ م‬
‫ َوقد ُر يو َي‬،‫ ع من ُم َّم يد بم ين ُسوقة‬،‫ار يك‬ ‫هذا ح يديث حسن ص يحيح غ يريب يمن هذا الوج يه وقد رواه ابن المب‬
َّ َ ُ َّ َّ َ ِ َّ ُ َ ‫َ َ َ ُ م َم م‬
‫اَّلل َعليم يه َو َسل َم‬ ‫ري َوج ٍه ع من ع َم َر َع ين انل يِب صَّل‬
‫هذا احل يديث يمن غ ي‬

3
Orang ramai membiarkan pendustaan berleluasa dan tiada siapa yang
membantah.
4
Isyarat bahawa beritanya kurang dipercayati lalu menyebabkannya berani
bersumpah untuk menyokong ceritanya.
5
Yakni tiada sesiapa yang dapat menjadi saksi sehingga dia menjadi saksi dengan
pembohongan.
6
Kecuali bersama dengannya itu mahramnya. Ini menunjukkan betapa Islam
menjaga wanita dengan menutup jalan yang boleh menyebabkan kerosakan.
Kaedah ini dinamakan Sad dal-Zari’ah dan ini termasuk dalam Maqasid Syariah.
7
Syaitan tidak akan membiarkan manusia melainkan menjerumuskan mereka
dalam kejahatan dengan membisikkan dalam diri mereka, membangkitkan
syahwat, mengangkat sifat malu dari mereka dan memudahkan jalan maksiat.
Tidak ada yang dapat menghalangnya melainkan sifat takut kepada Allah. Oleh
kerana bukan semua orang memiliki sifat ini dalam hati mereka maka ditutup
rapat jalan yang membawa kepada bisikan godaan syaitan.
8
Kata al-Tabari, sebetulnya, maksud hadis ini ialah melazimi jemaah yang berada
dalam ketaatan kepada pemimpin yang mereka lantik. Sesiapa yang membatalkan
sumpah setianya maka dia terkeluar daripada jemaah.
Ini bererti jika ummat telah sepakat berada di bawah seorang pemimpin maka
tidak boleh merebut jawatannya dan tidak dibenarkan memecatnya. Jika dibiarkan
akan menyebabkan banyak kerosakan yang berlaku.
9
Bergembira ketika melakukan kebaikan dan bersedih ketika melakukan
kejahatan adalah tanda orang mempunyai iman yang kuat. Adapun orang
munafik, baik atau buruk tidak ada nilainya baginya; dia hanya hamba tawanan
keinginan dan syahwatnya sendiri.
2
Hadis ini adalah hadis hasan sahih gharib melalui jalan ini. Ibn Mubarak
telah meriwayatkannya daripada Muhammad bin Suqah. Hadis ini juga
ada diriwayatkan lebih daripada Umar daripada Rasulullah ‫ﷺ‬.
َ َ ُ ‫َبنَا إبم َرا يه‬ ‫َ َّ َ َ َ م َ م ُ ُ َ َ َ َ َّ َ َ َ م ُ َّ َّ َ َ َ م‬
ُ ‫ َع من ابمن َط‬،‫يم مب ُن َميم ُمون‬
،‫ ع من أبيي يه‬،‫او ٍس‬ ََ‫خ‬ ‫ أ‬:‫اق قال‬
‫ي‬ ٍ ‫ي‬ ‫ حدثنا عبد الرز ي‬:‫حدثنا َيَي بن موَس قال‬
َّ َّ َ َّ ُ ُ َ َ َ َ َ
ُ َّ ‫اَّلل َص ََّّل‬
َ ‫ «يَ ُد اَّلل َم َع اجل َ َم‬:‫اَّلل َعليمه َو َسل َم‬ َ ‫َ م م‬
»‫اع ية‬ ‫ي‬ ‫ي‬ ‫ قال رسول ي‬:‫اس قال‬ ٍ َّ‫عن اب ين عب‬

2166 – Yahya bin Musa menceritakan kepada kami katanya, Abdul Razzak
menceritakan kepada kami katanya, Ibrahim bin Maimun memberitahu
kepada kami daripada Ibn Tawus daripada ayahnya, daripada Ibn Abbas
katanya, Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda, Tangan Allah bersama jemaah.10
‫َّ م َ َ َ م‬ َ ‫م‬ َ ‫َ َ َ ٌ َ َ ٌ َ ٌ َ َم ُُ م‬
‫الوج يه‬ ٍ َّ‫يث اب ين عب‬
‫اس يإَل يمن هذا‬ ‫هذا ح يديث حسن غ يريب َل نع يرفه يمن ح يد ي‬

Hadis ini adalah hadis hasan sahih gharib. Kami tidak mengetahui dari
hadis Ibn Abbas kecuali melalui jalan ini.11

َ َ ُّ َ َ ُ َ ‫َ م ُّ َ َ َ َّ َ َ ُ م َ ُ م ُ ُ َ م َ َ َ َ َ َّ َ َ ُ َ م‬ َ ُ ‫َ َّ َ َ َ ُ َ م م‬
‫ ع من عبم يد‬،‫ّن‬ ‫ حدثنا سليمان المد ي‬:‫ حدثنا المعت يمر بن سليمان قال‬:‫ْصي قال‬ ‫ي‬ ‫ابل‬ ‫ع‬ ٍ ‫ف‬
‫ي‬ ‫ا‬ ‫حدثنا أبو بك ير بن ن‬
َ َّ ُ َ َ ‫َ م‬ َُّ ُ َ ‫َّ َّ َ َ َ م‬ َ َ َ َّ َ َ ‫َ م م ُ َ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َّ َّ ُ َ َ م‬ َ ‫َّ م‬
‫ أمة‬:‫ أو قال‬- ‫ " يإن اَّلل َل َيمع أم يِت‬:‫اَّلل صَّل اَّلل علي يه وسلم قال‬ ‫ أن رسول ي‬،‫ عن اب ين عمر‬،‫اَّلل ب ين يدينا ٍر‬ ‫ي‬
َّ َ َّ َ َّ َ ‫م‬ َ َ َ َ َ َ َّ ُ َ َ َ َ َ َ َ َّ َ ‫م‬ َ َ ُ َّ َّ َ َّ َُ
:" ‫ار‬ َ
‫ ومن شذ شذ إيَل انل ي‬،‫اَّلل مع اجلماع ية‬ ‫ َويد ي‬،‫ لَع ضَلل ٍة‬- ‫ُمم ٍد صَّل اَّلل علي يه َوسلم‬

2167 – Abu Bakar bin Nafi’ al-Basri menceritakankepada kami katanya al-
Mu’tamir bin Sulaiman menceritakan kepada kami katanya, Sulaiman al-
Madani menceritakan kepada kami daripada Abdullah bin Dinar daripada
Ibn Umar katanya, Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda, sesungguhnya ummatku atau
ummat Muhammad tidak akan bersepakat di atas kesesatan.12 Tangan Allah

10
Ahl al-Sunnah wal-Jama’ah telah bersepakat bahawa yang dimaksudkan
dengan itu ialah pemeliharaan Allah terhadap mereka, penjagaan-Nya untuk
mereka, dan bahawa mereka berada di bawah jamin dan keselamatan-Nya.
11
Abdul Razzak berseorangan meriwayatkan hadis ini.
12
Allah menjaga umat Islam dan agamanya daripada mereka bersepakat untuk
mengubahnya atau menerima selain daripada yang disyariatkan. Ini dengan
maksud mereka terpelihara daripada apa yang telah dilakukan oleh orang Yahudi
dan Nasrani dahulu.
Jika berlaku penyelewengan atau kesesatan maka akan ada di kalangan umat ini
yang akan menegur dan membantah penyelewengan dan penyimpangan dari
kebenaran sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan, atau kepercayaan.
3
bersama jemaah. Sesiapa yang menyimpang maka dia akan menyimpang
ke neraka.13
َُ َ َُ ُ‫ُ َم َ ُ م ُ ُ م َ َ َ َ م َ َ َ م‬ ُ َ‫َ َ َ ٌ َ ٌ م َ َ َ م َُ َم‬
‫اود‬ ‫ وقد روى عنه أبو د‬،‫ّن ُه َو يعنم يدي سليمان بن سفيان‬ُّ ‫الم َد ي‬
َ ‫ان‬ ‫هذا ح يديث غ يريب يمن هذا الوج يه وسليم‬
‫م‬ ‫م َم‬ َ ‫ َوأَبُو ََعمر‬،‫ِس‬
ُ ‫الع َق يد ُّي َو َغ م‬ َّ
:،‫اح ٍد يمن أه يل ال يعل يم‬ ‫ري َو ي‬ ٍ‫ي‬
ُّ ‫الطيَال ي ي‬

Hadis ini adalah hadis hasan sahih gharib melalui jalan ini. Sulaiman al-
Madani di sisi saya ialah Sulaiman bin Sufyan. Abu Daud al-Tayalisi, Abu
‘Amir al-‘Aqadi dan bukan seorang ada meriwayatkan daripadanya.
ُ ‫ َسم مع‬:‫ود مب َن ُم َعاذ َي ُقو ُل‬
َ ُ َ ‫َ م‬ ‫م‬ ‫م‬ ُ‫م ُ م َم‬ ‫ََم ُ َ َ مَ َم‬
‫ت‬ ‫ي‬ ٍ ‫وس يمعت اجلار‬ ،‫يث‬ ‫ري اجلَماع ية يعند أه يل ال يعل يم هم أهل ال يفق يه َوال يعل يم َواحل َ يد ي‬ ‫وتف يس‬
َ
َ ‫ََ َُ ََ َ ُ َ م َ ُ َُ َ ُ َم‬ َ ‫م‬ َ
َّ َ ‫َ َ ُ ُ َ ُ َ م‬ َ ‫َ َّ م‬
‫ قد َمات‬:‫َل‬ ‫ يقيل‬،‫ أبو بك ٍر وعمر‬:‫ َم ين اجلماعة؟ فقال‬:‫ار يك‬ َ َ‫المب‬ُ ‫اَّلل مب َن‬
‫ سألت عبد ي‬:‫ يقول‬،‫لَع بن احلَس ين‬ ‫ي‬
َ َ ‫َ َ ُ َ م َ َ ُ َ ٌ َ ُ َ ٌ َ َ َ َ م ُ َّ م ُ ُ َ َ َ ُ َ م‬ ٌ َُ َ ٌ َُ َ َ ُ َ ُ َ ‫َُ َ م‬
‫ أبو ْحزة‬:‫اَّلل بن المبار يك‬ ‫ فقال عبد ي‬،‫ قد مات فَلن وفَلن‬:‫ يقيل َل‬،‫ فَلن وفَلن‬:‫ قال‬،‫أبو بك ٍر وعمر‬
َ َ َ َ َ َّ
‫ َوإين َما قال هذا يِف َحيَاتي يه يعنم َدنا‬،‫احلًا‬ َ ً َ َ َ ُ ‫ُّ َّ ُّ َ َ َ ٌ َ َ ُ َ م َ َ ُ َ ُ َ َّ ُ م ُ َ م‬
‫ون َوَكن شيمخا ص ي‬ ٍ ‫ وأبو ْحزة هو ُممد بن ميم‬:‫السك يري َجاعة‬

Tafsiran jamaah di sisi Ahli Ilmu ialah ahli fiqh, ilmu dan hadis. Saya
mendengar al-Jarud bin Mu’az berkata, saya mendengar Ali bin al-Hasan
berkata, saya bertanya kepada Abdullah bin Mubarak, siapakah itu jamaah/
beliau menjawab, Abu Bakar dan Umar. Ada orang bertanya kepada beliau,
Abu Bakar dan Umar telahpun meninggal dunia. Beliau menjawab, si
fulan, si fulan. Ada orang bertanya kepada beliau, si fulan, si fulan telahpun
meninggal dunia. Beliau menjawab, Abu Hamzah al-Sukkari adalah
jemaah. Abu Hamzah ialah Muhammad bin Maimun dan beliau seorang
syaikh yang soleh. Beliau mengatakan ini semasa beliau masih hidup
bersama kami.

Mereka akan tegak di atas kebenaran dan mengamalkan prinsip amar makruf dan
nahi mungkar. Mereka tidak akan berdiam diri terhadap apa yang bercanggah
dengan ajaran Rasulullah ‫ﷺ‬.
13
Iaitu dia telah berpaling dari kebenaran, sesat, dan menyalahi masyarakat Islam
dalam urusan agama khusus amal ibadat maka dia menyeleweng dari jalan hidayat
dan petunjuk hingga membawanya ke neraka yakni dia bersendirian dalam neraka
kerana orang beriman yang taat akan bersama dengan jemaah Islam yang taat di
dalam syurga.
4

You might also like