You are on page 1of 20

KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH

MTK 2043
1 SVM MTK
QUALITY CONTROL
(KAWALAN KUALITI)

DISEDIAKAN OLEH :
MOHAMMAD MUAIZIM SHAH BIN AHAMAD
051002-03-0669

DISEDIAKAN UNTUK :
EN. MOHD AZLAN BIN ABDULLAH
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

1 PENGENALAN I
2 SENARAI RAJAH II
3 SENARAI LAMPIRAN III
4 PENGENALAN UNTUK KOD PIAWAIAN 1-3
MENERANGKAN UJIAN MUSNAH KIMPALAN
YANG BIASA DIJALANKAN
 Ujian hentaman
5  Ujian Kekerasan 4-8
 Ujian Regangan

MENJELASKAN MAKSUD KECACATAN


KIMPALAN
9
 Hakisan
6  Keselitan sangga -
 Rupa kimpal buruk 13
 Keretakan
7 PENUTUP 14
8 RUJUKAN 15
PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan


keizinan dari-Nya, maka telah dapat menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Insyaallah, tugasan ini akan memberikan banyak manfaat
kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat
kajian dan di masa hadapan.Saya, Mohammad Muaizim Shah Bin
Ahamad ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan En. Mohd Azlan Bin Abdullah dan guru-
guru kimpalan yang lain kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan,
dorongan, dan tunjuk ajar cara-cara membuat kajian mengikut kriteria
yang ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak data, laporan
dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan
cemerlang.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
kedua-dua ibu bapa saya iaitu ayahanda Ahamad Bin Saat dan bonda
Zuraila Binti Ramli yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-
kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat
menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk
menyiapkan kajian ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan
wang ringgit.Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan saya iaitu Harith
Hakimi yang sangat memberi segala tunjuk ajar kepada saya. akhir
sekali ,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada
semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan
kerja kursus ini hanya Allah S.W.T sahaja dapat membalas budi
kalian.
SENARAI RAJAH

1) Jadual piawaian D.1.1


2) Jadual piawaian AWS D.1.1
3) Jadual deskripsi kod ASME
4) Contoh mesin yang digunakandugunakan untuk ujian hentaman
5) Contoh mesin yang digunakan untuk ujian kekerasan
6) Contoh mesin yang digunakan untuk ujian teganganregangan
7) Contoh besi yang sedang diuji oleh mesin Universal
8) Contoh besi yang selesai diuji oleh mesin Universal
9) Contoh kecacatan luaran (hakisan)
10) Contoh kecacatan luaran (keselitan sangga)
11) Contoh kecacatan luaran (rupa kimpal buruk)
12) Contoh kecacatan luaran (kerata
13) Contoh bahan yang selesai diuji mesin tegangan
14) Contoh kecacatan luaran “hakisan”
15) Contoh kecacatan luaran “keselitan sangga”
16) Contoh kecacatan luaran “rupa kimpal buruk”
17) Contoh kecacatan luaran “keretakan”
SENARAI LAMPIRAN
PENGENALAN UNTUK KOD PIAWAIAN

Kod-kod amalan kimpalan diperlukan untuk mengelak daripada berlakunya


kemalanganjiwa, kecederaan atau kerosakan harta benda yang serius apabila
sesuatu projek yangmelibatkan struktur kimpalan dilaksanakan. Terdapat
banyak kod amalan dalam industry dan pemilihannya bolehlah didasarkan
kepada penggunaan untuk bangunan,jambatan,dandang, talian paip dan
keperluan kimpalan yang lain yang mana melibatkan berlainan jenis tegasan,
dalam keadaan kritikal untuk keperluan dan bentuk berbeza.
Terdapat banyak agensi yang menentukan kelayakan kod piawaian Amerika
Utara yang meliputi keperluan kimpalan seperti :
A. American Welding Society (AWS).
B. American Society Of Mechanical Engineeers (ASME).
C. American Petroleum Institute (API).
D. American National Standard Institute (ANSI).
E. Department Of Defenses (Military Codes, dikenali sebagai “Mil Specs”)
 American Welding Society (AWS)
America Welding Society atau AWS banyak mengeluarkan kod piawaian
kimpalan dan ia dikenali sebagai D.1.1 Structional Welding Codes. Piawaian ini
banyak digunakan didalam kimpalan untuk membina bangunan, jambatan dan
binaan lain yang berkenaan dengan kimpalan. Penerangan penuh untuk
piawaian AWS D.1.1 terkandung dalam jadual dibawah. AWS juga
mengeluarkan kod piawaian untuk logam penambah kimpalan (filler metal)
yang menentukan kandungan bahan kimia/unsur dan kekuatan yang
dikehendaki oleh elektrode dan dawai penambah yang dikenali sebagainbahan
lakur (fluxes)

JADUAL PIAWAIAN AWS D.1.1


 American Society of Mechanical Engineers (ASME)
Piawaian American Society of Mechanical Engineers atau ASME biasanya
digunakan bagi menilai kimpalan yang berkaitan dengan dandang, tangki
tekanan dan reaktor nuklear. Sama seperti AWS D.1.1 ASME digunakan
sebagai tambahan keperluan keselamatan pada dandang dan tangki tekanan
yang menyimpan bahan merbahaya. Seksyen IX digunakan untuk menilai
kehendak pengimpal dan kelayakannnya.
JADUAL DESKRIPSI KOD ASME

MENERANGKAN UJIAN MUSNAH KIMPALAN YANG BIASA


DIJALANKAN

 MENGAPAKAH UJIAN MUSNAH PERLU DIJALANKAN?

Ujian-ujian ke atas sesuatu bahan adalah perlu bagi tujuan-tujuan seperti


berikut;
 Untuk menentukan mutu sesuatu bahan. Ini boleh menjadi satu aspek
proses kawalan dalam loji pengeluaran.
 Untuk menentukan sifat-sifat mekanikal seperti kekuatan, kekerasan dan
kemuluran.
 Untuk mengesan kecacatan dalam bahan komponen yang dihasilkan.

 Untuk menilai prestasi bahan dalam keadaan perkhidmatan yang tertentu .

Tidak ada satu kaedah ujian boleh digunakan untuk memenuhi kesemua
kehendak/tujuan di atas, maka berbagai kaedah ujian direka yang dikategorikan
kepada :
1. Ujian Musnah (destructive testing).
2. Ujian Tanpa Musnah (non-destructive testing)
Sifat-Sifat Mekanikal Bahan-Bahan yang digunakan dalam kerja kejuruteraan
dipilih atas sifat-sifat yang diperolehinya. Kualiti sifat-sifat ini dinilaikan dalam
sebutan darjah yang ditentukan oleh Ujian Musnah Piawaian.
1. Kemuluran (ductility) - kebolehan sesuatu bahan ditarik oleh daya tegangan
tanpa putus. Sifat ini adalah penting dalam proses tarikan (drawing) dan tekanan
(pressing).
2. Kebolehtempaan (malleability) - kemampuan sesuatu bahan menerima
canggaan atau ubah-bentuk plastik oleh daya mampatan tanpa pecah. Sifat ini
membolehkan bahan itu ditempa dan digelek.
3. Keliatan (toughness) - kebolehan sesuatu bahan menyerap tenaga dan
mengalami ubahbentuk plastik sebelum ianya patah semasa menerima hentaman
dan kejutan.
4. Kerapuhan (brittleness) - ketidak mampuan sesuatu bahan mengalami ubah-
bentuk plastik dan pecah jika dihentamkan secara mengejut.
5. Kekerasan (hardness) - kebolehan sesuatu bahan menentangcakaran,
kehausan dan tembusan.

 APA ITU UJIAN MUSNAH?


Ujian musnah merupakan satu pemeriksaan ujian bahan yang dijalankan ke atas
bahan dan ia mungkin mengakibatkan kerosakan pada bahan itu. Ujian ini amat
penting bagi menentukan sifat- sifat mekanikal sesuatu bahan seperti kekuatan,
kekerasan dan kemuluran. Ia menentukan mutu atau kualiti sesuatu bahan. Ujian
Musnah juga menilai prestasi bahan dalam keadaan perkhidmatan yang tertentu.
Terdapat 7 jenis Ujian Musnah iaitu;
1. Bend test (Ujian lentur)
2. Break test (Ujian kelar patah)
3. Tensile test (Ujian tegangan)
4. Hardness test (Ujian kekerasan)
5. Impact test (Ujian hentaman)
6. Macro examination (Pemeriksaan makro)
7. Micro examination (Pemeriksaan mikro)
 Impact test (Ujian Hentaman)
Ujian ini menentukan keliatan sesuatu bahan itu. Keliatan sesuatu bahan ialah
kebolehan bahan itu menyerap tenaga hentaman dan mengalami ubah bentuk
plastik sebelum patah. Sifat ini ialah gabungan antara kekuatan dan kemuluran.
Kaedah yang biasa digunakan ialah ujian Izod atau ujian Charpy. Dalam dua
kaedah ini, spesimen berukuran piawai yang berlekuk dihentamkan oleh sebuah
penukul yang berayun atau pendulum lalu memecahkan spesimen itu. Tenaga
hentaman yang diserap untuk memecahkan spesimen diukurkan oleh alat ujian
itu selepas ayunan semula pendulum itu. Jika spesimen itu tidak pecah maka
keseluruhan tenaga hentaman diserapkan dan jika spesimen itu pecah, tenaga
hentaman yang digunakan untuk memecahkan spesimen itu boleh diukur
dengan menandakan ketinggian ayunan semula pendulum itu. Dengan itu
keliatan bahan dapat ditentukan dengan mengukur ketinggian ayunan semula
pendulum itu selepas memecahkan spesimen. Semakin tinggi ayunan semula,
semakin rendah darjah keliatan bahan itu.

MESIN YANG DIGUNAKAN UNTUK UJIAN HENTAMAN


 Hardness test (Ujian Kekerasan)
Dalam ujian ini, satu bebola keluli keras ditekan oleh satu daya/beban yang
tertentu dan melekukkan (indent) permukaan bahan yang diuji. Adalah perlu
memilih kombinasi yang betul di antara saiz bebola dengan beban supaya
bebola yang digunakan tidak terherot dan pengukuran dapat dijalankan merujuk
Gambarajah 9.1. Sebagai contoh, bebola keluli boleh terbenam sepenuh dalam
logam yang lembut seperti plumbum. Dari segi praktik beban P (kg) dan
diameter pelekuk D (mm) dihubungkan dengan persamaan di bawah.
K = 2 D/P
Di mana K ialah konstant dengan nilai-nilai yang tertentu bagi bahan yang
berlainan.

Bahan Nilai K
Logam Ferus 30
Tembaga dan Aloi Tembaga 10
Aluminium dan Aloi Aluminium 5
Pb, Sn dan logam galas putih 1

MESIN YANG DIGUNAKAN UNTUK UJIAN KEKERASAN


 Tensile test (Ujian Regangan)
Ujian ini digunakan untuk menentukan kekuatan tegangan dan kemuluran bagi
sesuatu kimpal. Mesin yang digunakan bagi ujian ini ialah ‘Universal Testing
Machine’ ataupun mesin ujian Universal. Logam diuji dan ditrarik sehingga
putus Ujian-ujian ini dilakukan kepada sebarang bahan kerja yang mempunyai
keratan lintang yang seragam, dalam sebuah mesin ujian (Universal Testing
Machine) yang boleh menunjukkan beban yang dikenakan untuk sesuatu
pemanjangan yang didapati daripada panjang yang tersukat (iaitu panjang
tolok).
Tujuan ujian ini dijalankan ialah untuk memperolehi beberapa nilai sifat
mekanik bahan yang diuji. Sifat mekanik yang dikaji adalah seperti berikut:
 Tegasan tegangan kejuruteraan
 Terikan
 Tegasan alah
 Tegasan tegangan muktamad/ maksimum
 Peratusan pemanjangan
 Peratusan kekurangan dalam luas keratan rentas

CONTOH GAMBAR BAHAN YANG SEDANG DIUJI PADA MESIN UJIAN UNIVERSAL
CONTOH BAHAN YANG SELESAI DIUJI

MENJELASKAN MAKSUD KECACATAN KIMPALAN

 Kecacatan Luaran
Kecacatan yang dapat dilihat dengan mata kasar tanpa perlu memusnahkan
logam. Antaranya:
1. Hakisan
2. Keselitan sangga
3. Rupa kimpal buruk
4. Keretakan
5. Kurang penembusan
6. Percikan lampau
7. Herotan

 Kecacatan Dalaman
Kecacatan jenis ini dapat dilihat sama ada dengan memusnahkan logam atau
menggunakan pancaran dan lain-lain untuk melihatnya. Antaranya:
1. Keliangan
2. Kurang leburan
3. Lubang udara
4. Keselitan sangga
MENERANGKAN 4 JENIS KECACATAN LUARAN

 Hakisan
Hakisan merupakan pengurangan pada permukaan plat yang dikimpal dan
biasanya berlaku pada panjang kimpal dan ia mudah berlaku apabila mengimpal
sambungan kambi.

Punca-punca berlaku:
 Menggunakan arus kimplan yg terlalu tinggi
 Mengimpal dengan jarak arka yg terlalu jauh
 Pergerakan kimpal terlalu laju
 Sudut elektrod yang salah

Cara-cara mengatasi:
 Laraskan penggunaan arus yang sesuai
 Gunakan jarak arka yang tepat
 Pastikan kelajuan mengimpal seragam sepanjang larian
 Pastikan sudut elektrod betul

CONTOH KECACATAN LUARAN HAKISAN


 Keselitan Sangga
Ia merupakan bendasing yang terperangkap dalam logam kimpal yang lebur
ketika operasi menimbun semasa mengimpal. Keselitan sangga atau bendasing
yang terperangkap akan melemahkan kimpalan kerana ia mempunyai kesan
yang sama dengan keretakan.

Punca-punca berlaku:
 Mengimpal pada logam asas yang kotor
 Pergerakan elektrod yang salah
 Menggunakan arus yang rendah
 Sangga tidak dibersihkan sebelum mengimpal larian yang seterusnya
Cara-cara mengatasi:
 Bersihkan logam asas dari minyak, kotoran dan sebagainya sebelum
kimpal
 Pergerakan menganyam perlu dilakukan sepanjang larian
 Laraskan arus yang sesuai
 Sangga perlu dibersihkan sepenuhnya sebelum lakukan larian
seterusnya

CONTOH KECACATAN LUARAN KESELITAN SANGGA


 Rupa Kimpal Buruk
Kecacatan kimpalan yang dapat dilihat dimana permukaan kumai tidak sama
lebar dan tidak sama rata.

Sebab-sebab berlaku:
 Jarak arka tidak stabil
 Kelajuan mengimpal tidak sekata
 Mengimpal dengan arus yang salah
 Mengimpal dengan elektrod yang lembab
 Kaedah menganyam tidak sekata
Cara-cara mengatasi
 Seragamkan jarak arka
 Seragamkan kelajuan mengimpal
 Mengimpal dengan arus yang sesuai
 Gunakan elektrod yang terdapat di dalam oven

CONTPH KECACATAN LUARAN RUPA KIMPAL BURUK


 Keretakan
Keretakan yang terdapat pada permukaan kumai di mana boleh melemahkan
sambungan.

Punca-punca berlaku:
 Sambungan terlalu keras dan tidak mengembang atau mengecut, hasil
kimpalan akan dalam keadaan tegasan tinggi
 Kadar penyejukan terlalu cepat
 Kawah leburan tenggelam
Cara-cara mengatasi:
 Lakukan pra panas pada logam sehingga melebihi 200oC sebelum
mengimpal
 Sejukkan logam secara perlahan lahan
 Gunakan elektrod salutan hydrogen

CONTOH KECACATAN LUARAN KERETAKAN


PENUTUP
Kesimpulan yang dapat dihasilkan oleh kumpulan kami adalah mengenai
aktiviti sebelum, semasa dan selepas kimpalan. Kaedah kimpalan dapat
membantu mengatasi masalah yang dialami oleh pengguna. Setiap yang lemah
mesti akan ada cara penyelesaiannya. Kimpalan juga dapat menjimatkan kos
penghapusan besi atau logam sekiranya besi atau logam tersebut tidak dapat
berfungsi dengan baik. Contohnya, jika terdapat rak yang diperbuat daripada
besi atau logam telah tertanggal atau rosak. Dengan mengaplikasikan kaedah
kimpalan, rak tersebut akan dapat digunakan dengan membuat kimpalan di
bahagian yang rosak atau tertanggal tersebut. Malah pihak universiti telah
memberikan kemudahan yang terbaik untuk pelajarpelajarnya. Dengan
kemudahan yang disediakan akan mendidik pelajar di dalam situasi yang
sebenar. Pengalaman dalam situasi yang sebenar dengan hanya belajar secara
teori sangat berbeza. Pelajar harus mempunyai pengalaman dalam membuat dan
menggunakan peralatan kimpalan untuk memudahkan pelajar mengingati dan
memahirkan pelajar sebelum mengajar di sekolah. Hasil kimpalan daripada
kumpulan kami menunjukkan bahawa kami juga mempunyai kemahiran
walaupun tidak terlalu tinggi kemahiran kimpalan tersebut. Alhamdulillah,
syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya saya berjaya
menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan. Saya telah mendapat
banyak manfaat dan sesuatu yang baru untuk dipelajari sepanjang proses
menyiapkan Tugasan Projek bagi MTK 2043 (Quality Control) Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran ini.

Pada peringkat permulaan ketika saya menyiapkan tugasan projek ini,


saya telah berbincang bersama dengan rakan-rakan daripada kuliah yang
berlainan mengenai tugasan yang perlu kami siapkan. Hasilnya saya mudah
untuk mendapat tmaklumat-maklumat kerana kami bekerjasama dalam mencari
maklumat dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul.

Terdapat banyak manfaat yang saya dapat semasa proses menyiapkan tugasan
ini, antaranya ialah saya mempelajari bagaimana untuk menghasilkan folio yang
bagus berstruktur mengikut format yang betul. Kerja kursus ini juga telah
mengajar saya tentang nilai-nilai murni seperti nilai kerjasama dan
kesungguhan. Dua nilai ini sangat penting sebagai persediaan untuk diri saya
sebagai seorang bakal guru apabila berada di sekolah kelak. Di samping itu,
saya juga dapat menambahkan lagi ilmu mengenai teknologi dalam pengajaran
dan pembelajaran. Daripada maklumat yang saya dapat, saya dapat mengetahui
tentang kepentingan konsep, teori, amalan dan perkembangan Teknologi
kimpalan Jadi saya boleh mula mengamalkannya dan menyampaikannya kepada
orang lain.
RUJUKAN

1. https://www.slideshare.net/ZulkifliHamzah/report-amali-
kimpalan
2. https://www.slideshare.net/Slideshare/what-to-upload?
next_slideshow=48674690
3. https://www.scribd.com/document/414214891
4. https://muhamadnaufalbadarudin.weebly.com/
5. https://zoulvocational.blogspot.com/p/mtk-2043.html
6. https://zoulvocational.blogspot.com/p/mtk-2043.html
7. Buku rujukan Kawalan Kualiti (Quality Control)

You might also like