You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN JELI (1)

17600 JELI, KELANTAN.

KERTAS KERJA
KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH
PERINGKAT SEKOLAH SK JELI (1)
TAHUN 2023

1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak- kanak
secara menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
melalui persekitaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang
menyeronokkan. Oleh yang demikian, program karnival pendidikan prasekolah
ini dirancang untuk dilaksanakan bagi menyediakan pelbagai aktiviti untuk
menyediakan pengalaman yang bermakna kepada pembentukan peribadi anak-
anak prasekolah. Aktiviti ini juga dimasukkan dalam sebagai aktiviti ko-
kurikulum dan kurikulum di dalam dan di luar kelas prasekolah.

2.0 MATLAMAT
Menyemai perkembangan menyeluruh muri-murid prasekolah dari segi
jasmani, emosi, dan intelek serta memberi maklumat kepada masyarakat
bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah penting sebagai persediaan ke
alam yang lebih formal.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid-murid prasekolah
semasa menjalankan aktiviti selaras dengan aspirasi murid dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025
3.2 Meningkatkan kemahiran merekacipta dalam kalangan murid-murid
prasekolah.
3.3 Menyiapkan murid yang bukan sahaja bijak membaca tetapi juga kreatif
melahirkan idea untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.
3.4 Menggalakkan daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid-murid
prasekolah

4.0 SASARAN
Semua murid prasekolah SK Jeli (1).
5.0 BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 14 September 2023 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Dewan Prasekolah

6.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : En Mohamad Radi bin Mohamed Rosly


Pengerusi : Pn Noriah binti Abdul Hamid
Setiausaha : Pn Azizah binti Mohamed Lazim
Penyelaras : Pn Rosnah binti Mostaffa
AJK Cenderamata : Pn Nurul `Iffah binti Ishak
AJK Dokumentasi : Pn Nurul Fatin Alwani binti Mohd Sorer
AJK Peralatan : Pn Umim Nazira binti Muhamad
AJK Pentas : Pn Siti Nurbadriah binti Yahya
AJK Kawalan Murid : Pn Siti Sharah binti Yaacob
Juri Jemputan : En Muhammad Ridwan bin Arifin
Ustaz Mohd Sukarno bin Saidi
Pn Aimi Bahriah binti Basri
7.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi : Murid berkumpul di dewan prasekolah.


8.15 pagi : Majlis perasmian.
9.00 pagi : Pertandingan bermula.
- hafazan
- nilam cilik
- deklamasi sajak
- nyanyian solo
- amalan STEM
- fashion show
11.30 pagi : Penyampaian hadiah
11.50 pagi : Majlis bersurai

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Kuantiti Anggaran Harga


harga
1 Hadiah Johan x 6 6 unit RM30x6 RM180.00
- Hamper alat tulis
2 Hadiah Naib Johan x 6 6 unit RM20x6 RM120.00
- Hamper alat tulis
3 Hadiah Ketiga x 6 6 unit RM10x6 RM60.00
- Hamper alat tulis
4 Hadiah Saguhati x 42 42 unit RM7x42 RM294.00
- Set tuala
5 Banner pentas 1 unit RM60 RM60.00
6 Kain jersey 4 meter RM10 RM10.00
7 Belon 3 paket RM30 RM30.00
8 Cenderamata Juri 3 unit RM10x3 RM30.00
JUMLAH RM784.00
9.0 PENUTUP
Pertandingan dan acara yang dijalankan di luar kelas ini adalah diharap dapat
meningkatkan kecerdasan fizikal dan kognitif murid prasekolah. Justeru dapat
melahirkan insan yang terdidik, mempunyai jati diri, berketerampilan dan
bakal menjadi generasi yang mampu menerajui masa hadapan negara serta
dapat mengharungi cabaran dan bersaing dalam peringkat antarabangsa.

Disediakan oleh, Disahkan oleh:

…………………………… …………………………………
(ROSNAH BINTI MOSTAFFA) (EN MOHAMAD RADI BIN MOHAMED
ROSLY)
Penyelaras Prasekolah, Guru Besar ,
Prasekolah SK Jeli (1). SK Jeli (1).
KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program Karnival Pendidikan Prasekolah SK


Jeli (1) sesi 2023/2024

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program Karnival Pendidikan Prasekolah


SK Jeli (1) sesi 2023/2024

Ulasan :

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

(MOHAMAD RADI BIN MOHAMED ROSLY)


Guru Besar,
SK Jeli (1)
Tarikh:

You might also like