You are on page 1of 36

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) KAMPUS SERI ISKANDAR, PERAK

DIPLOMA UKUR BANGUNAN

TAJUK
KEJAHILAN

DISEDIAKAN OLEH
1. AHMAD AFIF ZARFAN BIN ABDUL HALIM 2022859616
2. MUHAMMAD ALIF FARHAN HO BIN 2022843392
MUHAMMAD AFIQ HO
3. MUHAMMAD DAREL ADAM BIN ROSIDI 2022462852
4. NORHASZREEN BINTI HAMDAN 2022450768
5. IFFAH MAISARAH BINTI MOHAMAD SABRI 2022661776

KELAS
AP1191C

DISEDIAKAN UNTUK
EN. MUHAMMAD AMIRUL HUSNI BIN MOHD SAZERI
ISI KANDUNGAN
NO. TAJUK
1. 1.0 MAKSUD UMUM JAHIL

1.1 Rasuah
1.2 Pengaruh Rakan Sebaya
1.3 Media Sosial
1.4 Ikhtilat
1.5 Ajaran Sesat

2. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN

3. 3.0 SOROTAN KAJIAN

3.1 artikel-1
3.2 artikel-2
3.3 artikel-3
3.4 artikel-4
3.5 artikel-5

4. 4.0 PERBAHASAN

5. 5.0 KESIMPULAN
PENGENALAN

1.0 APAKAH MAKSUD JAHIL?

Al-Imam Al-Raghib Al-Asfahani membahagikan maksud JAHIL kepada 3 bahagian:


1. Seseorang yang tidak mempunyai ilmu. Ini adalah makna asal kejahilan.
2. Mempercayai sesuatu yang bertentangan dengan hakikat yang sebenar. Contohnya
mempercayai bahawa memakai tangkal boleh mengelakkan diri dari bala bencana.
3. Melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kebenaran. Contohnya meninggalkan solat
dengan sengaja.
Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi pula membuat kesimpulan:"Seorang yang jahil dia tidak
berilmu. Kemudian kejahilannya itu membawa kepada keyakinannya yang bertentangan
dengan hakikat yang sebenar. Selepas itu keyakinan yang melencong pula akan membawa
kepada perlakuan perbuatan yang salah. Oleh itu setiap perlakuan yang batil adalah hasil dari
tiada ilmu dan keyakinan yang salah.

Menurut kamus dewan edisi keempat definisi kejahilan adalah perihal jahil kebodohan ( dalam
hal agama , sesuatu perkara dan lain lain.

Perkataan jahil yang selalu digunakan dalam bahasa melayu berasal dari perkataan arab ‫ُ ْل َه لج‬
(kejahilan).
Erti jahil daripada kamus-kamus bahasa arab ialah:
Kamus Mukhtar As-Sihah:
‫ُ ع لم ضد ُ ْل َهجل‬
Ertinya: “Al-Jahlu (tidak tahu) artinya lawan bagi tahu.”
amus Lisan Al-Arab:
‫ُ ْل َهج‬: ‫ُ ع َِلم ن ق يض‬
Ertinya: “Al-Jahlu lawan bagi tahu.”
Maka dapat difahami erti jahil ialah tidak tahu atau pengetahuannya tidak betul.
Dalam bahasa arab orang yang tidak tahu atau pengetahuannya tidak betul disebut sebagai ‫جاهج‬.
Sungguhnya jahil ini adalah keji dan dicela oleh syarak kerana ada padanya berbagai
kebinasaan. Dan cukuplah jahil ini suatu yang keji sehingga orang yang jahil pun tidak mahu
mengaku jahil dan orang yang jahil pun marah dikatakan sebagai jahil pada hal dia sungguhnya
seorang yang jahil.
1.1 Rasuah
Terdapat banyak contoh kejahilan contohnya rasuah. Rasuah adalah tindakan tidak jujur atau
penipuan oleh mereka yang berkuasa. Rasuah menawarkan, memberi atau menerima apa-apa
yang bernilai dengan tujuan untuk mendorong seseorang untuk bertindak atau memberi
penghargaan kepada seseorang kerana telah bertindak. Kita sebagai umat islam amatlah
dilarang untuk mengambil atau memberi rasuah kepda seseorang. esungguhnya mereka yang
melakukan perbuatan rasuah merupakan orang yang tidak berintegriti, tidak bermoral, tidak
jujur dan tidak amanah. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam memberi peringatan kepada
umatnya bahawa hilangnya sifat amanah dalam masyarakat merupakan antara tanda-tanda
kecil berlakunya hari kiamat. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Anfal ayat 27:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah mengkhianati Allah dan rasulNya, dan janganlah
kamu mengkhianati amanah-amanah (yang diamanahkan kepada) kamu sedang kamu
mengetahunya.”
Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala dan rasulNya melaknat pemberi, penerima dan
pengantara perbuatan rasuah. Laknat Allah Subhanahu Wata'ala bukanlah suatu perkara yang
boleh diambil ringan. Seseorang yang dilaknat oleh Allah Subhanahu Wata'ala adalah mereka
yang jauh daripada mendapat rahmat dan taufiq daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
1.2 Pengaruh Rakan Sebaya
Selain itu, pengaruh rakan sebaya Pengaruh/Tekanan rakan sebaya ialah pengaruh langsung
atau tidak langsung dalam kalangan rakan sebaya, iaitu ahli kumpulan sosial yang mempunyai
minat, pengalaman, atau status sosial yang serupa.
Remaja pada zaman kita sangat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang bermasalah dan
suka melakukan aktiviti negatif seperti mengajak melakukan aktivit yang diluar perbatasan
agama dan norma masyarakat. Misalnya berkunjung ke kelab hiburan, pengambilan dadah dan
melakukan seks bebas.

1.3 Media Sosial


Seterusnya, pengaruh media sosial. Pada zaman kini media sosial menjadi suatu platform untuk
berkomunikasi dan berkongsi cerita dengan orang ramai. Hal ini kerana oleh aplikasi yang
terdapat di laman sosial yang canggih dan menarik perhatian penggunanya. Terdapat banyak
kebaikkan yang kita peroleh daripada sosial media contohnya penghantaran mesej lebih cepat
dan semua maklumat di hujung jari . akan tetapi dalam kebaikkannya, terdapat keburukan yang
boleh kita peroleh jika disalah guna
Sebagai contoh, media sosial dijadikan platform untuk mencaci maki orang lain ataupun untuk
mengaibkan sesorang itu. Hal ini amat merbahaya kerana dapat menjatuhkan air muka atau aib
sesorang itu. Selain itu media sosial boleh menjadikan penggunannya pengaruh dengan hal
tidak sepatutnya seperti mengikuti budaya barat yang bertentangan dengan hukum agama.
1.4 Ikhtilat
Tambahan pula, tidak menjaga ikhtilat juga merupakan contoh kejahilan dalam agama. Ikhtilat
menurut islam yang kita perlu tahu adalah membawa maksud percampuran antara dua jantina
di satu satu tempat. Ia berlaku dalam hal seharian kita. Ia boleh berlaku di pasar, jalan raya dan
lain lain. Dalam hal ini, Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengambil pendapat yang pertengahan
(mutawasit). Iaitu, berserderhana dalam percampuran lelaki dan wanita, tidak mengharamkan
secara mutlak dan tidak juga menghalalkan secara mutlak.
Contohnya
1. dalam keadaan terpaksa. Menyelamatkan dari keburukan yang lebih besar seperti
kehilangan nyawa dalam kemalangan atau keadaan bahaya, kehilangan maruah dan lain
lain.
2. Dalam keadaan keperluan. Dalam mesyuarat, pembelajaran, jual beli, kerja kehakiman
dan melayan tetamu.

Perkara yang dilarang dalam ikhtilat :

1. Pandangan yang berlebihan


Pandangan yang berlebihan adalah ditegah dalam Islam,
“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman supaya menahan pengelihatan dan
menjaga kehormatan….. dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman
supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan” Surah An-Nur : 30-31
Dan sabda rasulullah “…. janganlah engkau menuruti pandangan pertama kamu
dengan pandangan kedua, sesunguhnya pandangan pertama adalah bagi kamu dan
yang kedua adalah dosa ke atasmu”
2. Bersentuhan
sentuhan juga adalah perkara yang dilarang, sabda rasulullah, “Sekiranya kamu
ditusuk kepala kamu dengan besi, adalah lebih baik daripada memegang-megang
lelaki/perempuan yang tidak halal untuk kamu”
Sentuhan yang dimaksudkan di sini, termasuklah sentukan kulit dan kulit atau
berlapik, dan antara analogi mudah yang boleh diberikan, adalah adakah kita boleh
membiarkan alat sulit kita disentuh oleh sesiapa sahaja walaupun ianya berlapik
3. Bercakap lembut
Suara/percakapan juga adalah elemen terpenting yang perlu dijaga, percakapan
yang tidak perlu, berbunga dan bermanja perlu dielakkan.
Perbualan yang ringkas, padat dan mencapai maksud adalah lebih baik daripada
perbualan yang lain.
1.5 Ajaran Sesat
Akhir sekali, ajaran sesat. Ajaran sesat dapat dikesan apabila al-Quran dan hadis
dipertikaikan serta wujud perubahan dalam kefahaman dan syariat Islam yang diamalkan
serta diketahui umum. Golongan sesat juga lazimnya cenderung mengagung-agungkan
pemimpin dan guru mereka melebihi kedudukan nabi serta bersifat taasub.
Ciri ciri ajaran sesat adalah
1. Mencemarkan kesucian Al-Quran dan Hadis seperti memansuhkan,
mengubah, mempertikaikan atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-
Quran dan Hadis. Contoh : Kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya
Al-Bayan memansuhkan semua Kitab Samawi
2. Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum,
Al-Mahdi, nabi dan sebagai tuhan – ajaran Qadiani
3. Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan
perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati
4. Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah SWT seperti menyeru nama-nama
orang yang telah meninggal dunia didalam doa atau jampi – bomoh

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling
tadah) daripada agamanya (Agama Islam) lalu ia mati sedangkan dalam keadaan kafir, maka
orang yang demikian, rosak binasalah segala amal usahanya (yang baik) didunia dan akhirat.
Mereka itulah ahli neraka dan kekal didalamnya (selama-lamanya) (surah Al-Baqarah 2: 217)

Allah berfirman:

‫ل ِل ِا ِِا لِ ِا ْذ َنُل لُْنْ ُ ِيِذَّْ َِّ ِن‬


‫ل ِل ِا ُ لِ ِا ِْيََّْ ذلُ َُِْلُُ ْ ْ َن ْْذ ِلُذد لْنْ ْْ له ل‬ ‫ض نلنَ ِم لَّ ْْ ْذقلُ لُنْ ْْ له ل‬ ِ ‫ْذُِِِ يلُْ ْ ْ َن ْْذ ِلُذد لْنْ ِِ ْض َع‬
ِ ‫ض ْْنْ َنُل لُ ِِ ْض َع‬
ََّْ‫ل ِض َْ ِلْ ِْي‬ ‫ل‬ َ ْ
‫ ل‬. ْ‫ديُِْلا ِلنْاِ ُِِذَّْ ْْْ َدُْدَنْا ْا َقا ُ نْاِ لُِْنْ هل لم ْْ َِْل‬
ْ ً‫ي‬ َ ْ ‫" لم ِهيهلا‬
Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud
memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan:
“Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)”,
serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian
(iman atau kafir), merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah
menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan" (QS al-Nisa’ [4]:
150-151).
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
 Mengenal pasti contoh kejahilan dalam islam
 Mengkaji punca , sebab , kesan dan cara mengatasi isu kejahilan
 Merumuskan tentang kejahilan dalam islam
 Membuat kesimpulan tentang tajuk kejahilan
3.0 SOROTAN KAJIAN
3.1 ARTIKEL 1
IKHTILAT
Pada masa sekarang, ikhtilat ini seolah-olah tidak dapat dielakkan. Ikhtilat berlaku baik di
tempat kerja, sekolah, universiti, institusi dan juga dalam aktiviti seharian. Justeru itu, menjadi
tanggungjawab semua untuk menjelaskan kepada masyarakat berhubung garis panduan ikhtilat
yang sebenarnya dalam Islam. Perhubungan bebas antara lelaki dan wanita jika tidak dikawal
dan dipandu sebaiknya akan membawa kepada pelbagai masalah yang lain seperti perzinaan,
pembungan bayi hasil hubungan terlarang, kekasih gelap dan keruntuhan institusi keluarga.

APA ITU IKHTILAT

Ikhtilat secara umumnya membawa maksud percampuran antara dua jantina di satu-satu
tempat. Ia adalah satu perkara yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ia boleh
berlaku di pasar, jalan raya, ketika solat berjemaaah di masjid, ketika tawaf di sekitar Ka’bah,
ketika wukuf di Arafah, ketika melontar Jamrah dan sebagainya.

Ikhtilat pada asalnya dibolehkan oleh syara’, tetapi dengan beberapa syarat. Jika tidak, maka
sulitlah kehidupan manusia seharian. Namun begitu, kita perlulah membezakan antara ikhtilat
yang dibenarkan dan khulwah yang diharamkan.

Menurut Prof. Dr. Yusof al-Qardawi dalam kitabnya Fatwa al-Muasorah menyebut bahawa
ikhtilat bermaksud percampuran di dalam perhubungan antara lelaki dan wanita

Ikhtilat, sebagaimana yang telah kita sebutkan tadi, hukum asalnya adalah mubah (harus) bagi
memudahkan kehidupan manusia. Tiada halangan padanya kecuali jika ia membawa kepada
perkara yang haram.

Islam melarang seorang wanita berkhalwat bersama dengan seorang lelaki. Menurut Abdul
Karim Zaidan perbuatan ini adalah haram menurut al-Sunnah dan Ijmak. perkara ini disokong
oleh hadis riwayat Ibn Abas r.a daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

”Janganlah seorang lelaki itu bersunyian dengan seorang wanita kecuali disertai dengan
mahramnya’ (al-Bukhari, 5233:4:1987; Muslim, 3336:4:tt)
Firman Allah Subhanahuwata’ala:

‫قۡفُ يْوُظَفۡحقيَ َوۡ ُم َ نيِ ق ُۡ ُ مُۡۡ قم ُ يْو ُُضقُۡ َنيِ قِمِّۡ قمۡلِّ ُق ُلق‬
ُ ‫ م ع َوق م ُٱيقفُ ي َُُۢف ُۡقََخقۡه يمل َٱ يَّ مأ م َُقفُ َىَفۡحقأ يمَقم ُ ي ُ ُ مو مهني‬٣٠‫قََۡخقۡه يمل َٱ يَّ مأ ُ ُ مقفُقق‬ ‫يى ي‬
ُ َُ‫َى‬
‫قۡفُ يْوُ يظَُ قيَ َوۡ ُم ََِّق‬ ُ َِّ‫أ يمَقم ُ ي ُ ُ مو مه‬

Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya
dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.

Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
kemaluannya.

(Surah An-Nur: 30-31)

Kaum lelaki juga diharamkan memandang kaum wanita tanpa keperluan yang mendesak dan
berserta dengan syahwat kerana boleh membawa kepada maksiat. Pandangan yang dibenarkan
adalah untuk kemaslahatan tertentu dalam menuntut ilmu, berjual-beli, rawatan dan
penyaksian.
IKTILAT MEDIA SOSIAL

Di era digital ini sebenarnya lebih banyak menggunakan aplikasi media sosial berbanding
komunikasi interpersonal sesama manusia secara bersemuka. Dalam pasca pendemik juga
merubah aktiviti pembelajaran, mesyuarat dan perhubungan serta interaksi menggunakan
teknologi maklumat dengan pelbagai aplikasi seperti facebook, WhatsApp, We Chat, Google
Meet, Webex, E-mail dan sebagainya. Oleh kerana itu, kita hendaklah berhati-hati
menggunakan medium media sosial ini. Keprihatinan terhadap penggunaan teknologi
maklumat dengan betul mampu memberi kebaikan kepada penggunanya.

Antara bentuk penjagaan pergaulan menggunakan media sosial ialah bijak membuat pemilihan
rakan atau kenalan di media sosial. Pengguna Islam hendaklah menjaga adab ketika
memberikan komentar di alam maya dengan menggunakan bahasa yang sopan, beradab sopan
sekalipun dalam keadaan marah dan tidak menyentuh perasaan dan sensitiviti seseorang. Selain
itu, berhati-hati ketika memuatnaik gambar atau emoji tertentu dan memastikan gambar yang
dimasukkan adalah menutup aurat yang sempurna, beradap sopan, tidak keterlaluan serta sesuai
untuk dilihat dan dikongsikan.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

ْ ِْ ًْ ِْ َِّ ‫ۡاقَِّ َِّ ِن س ِقْيُ ل ٱ‬


‫حعَّْ ِِت قُْ ِ ِْ ْيٱ َْ ْٓ س ِ ِي‬ ْ ‫ۡا ق َّْ س هِ ِضِ ِ ُْۡ ل َِّ ْنع ْ ْا َد مَِّْ س ِه‬
ْ ‫َ َْْللَّْ َُْ ِِِ َْ ذ ْذ ِه‬
‫ِمع لُِْال ِضَِا ْم ُْ و‬

”Oleh itu, janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa kamu bercakap dengan
lelaki yang asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada
penyakit di dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepasa kamu) dan berkatalah dengan kata-
kata yang baik (sesuai dan sopan)”.

(Surah Al-Ahzab : 32)


3.2 ARTIKEL 2

AJARAN SESAT

Salah satu cabaran dalam pengembangan agama Islam sejak dahulu ialah wujudnya pengaruh
yang cuba memesongkan akidah penganut agama Islam. Sejak zaman Nabi Muhammad SAW
hinggalah kepada zaman kini, umat Islam secara amnya tidak pernah sunyi daripada
berhadapan dengan isu penyelewengan akidah dan penyebaran ajaran sesat. Penyebaran ajaran
sesat mungkin dapat dikekang jika setiap individu Muslim berwaspada dan meningkatkan
pengetahuan agama menerusi cara yang betul serta mengelak diri daripada dipengaruhi oleh
kumpulan tertentu yang kebanyakannya mempunyai agenda peribadi.

Imam al-Shafie (m.204 Hijrah) pernah berkata, “ Jika kamu melihat seseorang boleh terbang
di udara, dan boleh berjalan di atas air, jangan kamu tertipu dengannya sehingga kamu
mengukur peribadi dan amalannya dengan pertimbangan neraca al-Qur’an dan al-
Sunnah.” Pernyataan Imam al-Shafie menggambarkan bahawa sebilangan manusia sangat
mudah terpengaruh dengan keajaiban dan perkara-perkara pelik dan ganjil yang mampu
dilakukan oleh seseorang manusia lain, lantas mengangkatnya sebagai guru. Padahal tanpa
disedarinya, individu yang diagung-agungkan itu mengamalkan ajaran sesat

Ajaran sesat juga boleh dikesan dengan dakwaan ganjil dari para gurunya. Contohnya
seseorang guru mendakwa boleh menguasai jin dan berupaya mengarahkan mereka mengikuti
arahannya dan menundukkan binatang buas di hutan belantara. Sedangkan kelebihan ini hanya
diberikan kepada Nabi Sulaiman ‘alayhissalam. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Imam al-Bukhari dan Imam Muslim menyatakan perkara berikut, di mana Nabi
Muhammad sallallahu ‘alayhiwasallam bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya jin Ifrit telah muncul di hadapanku secara tiba-tiba pada malam tadi, Allah
telah membantuku menguasainya. Aku ingin mengikatnya di salah satu tiang di antara tiang-
tiang masjid sehinggalah menjelang waktu pagi supaya kamu semua dapat melihatnya. Tetapi
aku kemudiannya teringat kepada perkataan saudaraku Nabi Sulaiman yang pernah berdoa:
“Wahai Tuhanku, ampunilah aku, dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak akan
dimiliki oleh sesiapa pun setelahku”. Maka aku pun melepaskan (Jin Ifrit itu) pergi dengan
hinanya.”
Pada tahun 2009, apabila Abdul Kahar Ahmad yang lebih dikenali sebagai “Rasul Melayu”
dibicara dan disabitkan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas pelbagai kesalahan
berkenaan aktiviti beliau selama ini, masyarakat boleh merasa lega kerana satu lagi anasir yang
mencetuskan kekeliruan akidah di kalangan umat Islam di negara ini khususnya di Selangor
akhirnya berjaya dibanteras. Lima pertuduhan telah dikenakan dan Abdul Kahar telah mengaku
salah di atas kelima-lima pertuduhan berkenaan iaitu kesalahan mengajar doktrin palsu,
membuat dakwaan palsu dengan mengisytiharkan diri sebagai rasul, menghina agama Islam,
mengingkari arahan pihak berkuasa agama dan memberi pendapat yang bertentangan dengan
fatwa.Namun hakikatnya, usaha penyiasatan dan penangkapan beliau memakan masa yang
panjang iaitu sejak sebelum tahun 2005 lagi, tahun di mana fail kes terhadapnya dibuka di
Mahkamah Syariah Shah Alam. Fatwa status haram terhadap ajarannya iaitu Ajaran Salah Haji
Kahar bin Haji Ahmad Jalal pula telah difatwakan pada 3 Januari 2007, manakala buku
karangannya bertajuk al-Furqaan-Pembeda telahpun diharamkan di Selangor kerana
menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.

Di Besut, Terengganu, gelagat Arifin Muhamad yang lebih dikenali sebagai “Ayah Pin” yang
membina perkampungan ibadat di kawasan kediaman beliau menarik perhatian awam. Pihak
berkuasa tempatan akhirnya merobohkan binaan-binaan pelik yang dibinanya atas alasan tidak
mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Di samping itu, ajarannya yang dikenali sebagai
Kumpulan Ratib Kuat Ayah Pin sememangnya telah diketahui bertentangan dengan Hukum
Syarak dan difatwakan haram di hampir kesemua negeri sejak tahun 1992 lagi. Namun, cubaan
untuk menangkap dan membawa Ayah Pin ke muka pengadilan seringkali menemui jalan
buntu, biarpun markasnya pernah diserbu pihak berkuasa beberapa tahun lepas. Setakat ini
tindakan yang telah diambil terhadap pengikutnya, adalah didakwa dan disabitkan di bawah
seksyen 10 iaitu berkaitan kesalahan menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama dan
seksyen 14 iaitu memiliki penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syarak.
Sebelum itu pun, beberapa orang pengikut Ayah Pin di Kelantan telah pun didakwa dan
didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu Kelantan atas kesalahan
membuat istiadat atau perkara yang berlawanan dengan hukum syarak atau fatwa yang
dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
‫ض نلنَ ِم لَّ ْْ ْذقلُ لُنْ ْْ لهلل ِل ِا ُ لِ ِا ِْيََّْ ذلُ َُِْلُُ ْ ْ َن ْْذ ِلُذد لْنْ ِا ْْ لهلل ِل ِِا لِ ِا ْذ َنُل لُْنْ ُ ِيِذَّْ َِّ ِن‬ ِ ‫فُُِِّم ََّۡۡ ْ ْ َن ْْذ ِلُذد لْنْ ِِ ْض َع‬
ِ ‫ض ْْنْ َنُل لُ ِِ ْض َع‬
ُ
‫ب ۡۡمُۡق ُ حَُق‬ ‫ا م َق‬ ُ َ
ُ . ‫ۡ هَ َقن مَۡۡمُۡق‬ ‫ح‬ َ ُ
‫دُ ُ حعأي ُاقي ۡۡوُيي َموۡ ُق‬ ُ
‫َ ُۡم ح‬ ‫ح‬
‫دَّۡ َي مۡلوُيي مموف ُق‬ ُ َ
ُ ‫" َأ م ي‬

Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud
memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan:
“Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)”, serta
bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman
atau kafir), merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan
untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan"

(QS al-Nisa’ [4]: 150-151).


3.3 ARTIKEL 3

Penggunaan Media Sosial Baharu: Isu-Isu dan Panduan Perspektif Islam.

Artikel yang ditulis oleh Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman mengfokuskan
tentang isu-isu dalam penggunaan media sosial baharu. Menurutnya, penggunaan media sosial
adalah bertujuan untuk menghubungkan manusia di seluruh dunia dengan lebih pantas. Akan
tetapi, penggunaan yang tidak terkawal dan tidak dimanfaatkan dengan panduan yang betul
telah menimbulkan banyak permasalahan di laman sosial ini. Oleh itu, persoalan hukum sama
ada penggunaan media sosial dibenarkan atau dilarang oleh syarak menjadi tanda tanya bagi
seluruh masyarakat.
Dalam pada itu, Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membuka
lembaran baru dala kehidupan manusia, yang mana kemajuan ini dapat menghubungkan
masyarakat seluruh dunia tanpa sempadan. Berdasarkan kajian Internet World Stats (2021),
daripada 32,776,194, orang penduduk Malaysia, seramai 29,161,765 adalah pengguna internet
telah dicatatkan pada Jun 2021. Hampir keseluruhan daripada pengguna ini melayari internet
untuk melakukan interaksi dan hubungan secara talian.
Beliau juga menerangkan terdapat pelbagai jenis media sosial yang terkenal di kalangan
pengguna maya seperti Facebook, Instagram, Twitter, Snapchat dan lain-lain telah menjadi
pilihan pengguna bagi aktiviti sosial mereka. Laman-laman ini dijadikan sebagai alat
komunikasi yang dilengkapi dengan pelbagain kemudahan seperti ruangan web peribadi,
ruangan perkongsian ilmu, ruangan perbincangan forum, e-mel dan lain-lain. Kemajuan ini
telah memberikan banyak kemudahan kepada semua pihak untuk berinteraksi dan sekaligus
memudahkan urusan mereka.
Dalam artikel ini, beliau menegaskan bahawa faktor dan kesan negatif yang melibatkan
media sosial perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan mahupun masyarakat itu sendiri itu
sendiri kerana masing-masing adalah pengguna media sosial itu sendiri. Justeru, artikel ini
membincangkan mengenai pelbagai masalah dan isu yang melibatkan media sosial sama ada
berkaitan perundangan atau jenayah seperti siber buli, kebebasan bersuara tanpa batas, rayuan
atau pujukan siber dan penyebaran maklumat palsu.
Rumusannya, penggunaan media sosial baharu bersifat terbuka. Ia boleh mendorong ke
arah penggunaan yang positif dan menyumbang kepada komunikasi yang baik dalam
kehidupan manusia. Umpamanya, sebagai medium penyambung silaturahim, penyebaran ilmu
dan dakwah. Di samping itu, ia juga boleh membuka ruang kepada penggunaan secara negatif,
umpama pembulian siber, pengantunan siber, penyebaran maklumat palsu dan
sebagainya.Dalam menyikapi gejala ini, ilmu akhlak berperanan penting dalam mengatur
dimensi kehidupan seharian manusia. Ia perlu diterapkan kepada pengguna media sosial baharu
agar proses interaksi dan komunikasi yang berlangsung dalam dunia digital dapat membentuk
kesolehan digital.
3.4 ARTIKEL 4

”RASUAH”
ABSTRAK
Rasuah merupakan isu yang hangat diperkatakan dewasa ini samada dalam bidang politik,
perniagaan, personel awam, penguatkuasaan dan sebagainya. Pihak kerajaan memandang
serius permasalahan ini. Justeru itu, Pelan Integrasi Nasional dilancarkan oleh Perdana Menteri
antara lain sebagai usaha untuk menangani rasuah. Rasuah antara gejala sosial atau jenayah
yang sukar di atasi selain daripada gejala dadah di negara kita. Malaysia telah mempunyai
undang-undang yang tegas iaitu Akta Pencegahan Rasuah 1997 dalam usaha menanganinya.
Begitu juga dari segi penguatkuasaan melalui Badan Pencegah Rasuah atau BPR.
Persoalannya, kenapa dan mengapa gejala ini masih lagi berleluasa? Ia bukan sahaja
melibatkan pegawai rendah seba liknya melibatkan orangorang kenamaan yang berstatus
dalam masyarakat. Justeru itu, kertas kerja ini akan membincangkan tentang faktor-faktor yang
berpunca dari sikap individu itu sendiri. Faktor rasuah sering dikaitkan dengan gaji, peluang
dan dasar. Tapi, faktor individu yang terjebak dengan masalah tersebut difokus sebagai punca
utama untuk kertas kerja ini. Oleh itu, kertas kerja ini akan memberi cadangan bagaimana
seseorang individu cuba melindungi dirinya daripada gejala rasuah dan apakah cara ter baik
untuk mengatakan tidak terhadap rasuah . Kertas kerja ini cuba menjelaskan kaedah pendidikan
dalaman (psikologi) individu dan ibu bapa sebagai benteng utama membanteras rasuah.
PENDAHULUAN
Rasuah adalah sinonim dengan hadiah. Bezanya, hadiah mungk in diberikan kepada
seseorang atas rasa keikhlasan yang sebenarnya. Manakala rasuah dilihat sebagai ganjaran
sesuatu ataupun mengharapkan ganjaran tertentu daripada sesuatu pemberian. Ada juga yang
beranggapan rasuah ialah wang sogokan atau duit kopi. Ada juga rasuah yang berbentuk
material atau lebih mudah disebut sebagai hadiah, tetapi hadiah yang bermaksud ada hasil
pulangannya.
Etimologi perkataan rasuah berasal daripada bahasa Arab „al-riswah‟. Istilah rasuah
telah digunapakai dalam bahasa Melayu ya ng bermaksud pemberian untuk menumbuk rusuk
iaitu menyogok, menyuap. Menurut undang -undang Malaysia yang terkandung dalam Seksyen
3(a), (b) dan 4(a)(b), Akta Pencegahan Rasuah 1961 (Pindaan 1971) telah mentafsirkan rasuah
ialah;
“menerima atau memberi apa-apa suapan sebagai dorongan, upah atau galakkan kepada
seseorang untuk melakukansesuatu perbuatan atau untuk tidak melakukan sesuatu perbuatan
yang ada hubungan dengan prinsipalnya .”
Manakala suapan pula, menurut Seksyen 2, Akta Pencegahan Rasuah 1997 ialah;
“wang, derma, pinjaman, hadiah, cagaran beharga, harta atau kepentingan mengenai harta,
iaitu apa-apa jenis harta sama ada alih atau tidak alih atau apa-apa manfaat seumpamanya.”
Secara keseluruhannya, rasuah boleh didefinisikan dengan pelbaga i cara. Tetapi maksudnya
tetap sama iaitu pemberian atau penerimaan sesuatu yang bertujuan melakukan perkara yang
tidak digalakkan sama ada oleh undang -undang atau peraturan harian tertentu yang berkaitan
dengan tugas. Amalan rasuah sebenarnya telah wujud sekian lama kerana ianya merupakan
satu amalan yang universal. Menurut Syed Husin Al Attas (1980), rasuah muncul sejak
masyarakat tradisional lagi. Ini bermaksud masyarakat tradisional dahulu telah mengamalkan
budaya memberi hadiah kepada seseorang sebaga i penghormatan. Tetapi kini budaya tersebut
yang pada asalnya bertujuan mulia telah digunakan sebagai rasuah dalam memenuhi hajat
secara cepat. Justeru itu, walaupun isu ini telah dibahaskan diperingkat global dan domestik.
Persoalannya, adakah rasuah dapa t dihapuskan?
Tiga dekad yang lalu, Gunnar Myrdal (1996) melihat perkataan rasuah adalah suatu
perkataan yang sukar disebut atau menjadi agak sensitif untuk sesuatu kajian di negara-negara
Asia. Walaupun begitu, kajian mengenai rasuah agak menarik di negara Asia kerana negara
Asia adalah antara negara -negara yang terlibat dengan rasuah di tahap yang agak kritikal.
Menurut laporan Gosh (1997), dalam “Economic Review” menyatakan negara Asia terlibat
dengan rasuah secara besar - besaran pada tahun 1996. Keadaan kian meruncing apabila tahun
berikutnya telah berlaku krisis ekonomi di Thailand, Korea Selatan, Malaysia dan Indonesia.
Pada tahun tersebut bukan sahaja isu rasuah yang dibangkitkan, malahan isu kronisme,
nepotisme, tanggungjawab dan akauntibiliti t erhadap pentadbiran awam juga telah
dibangkitkan. Isu tersebut menjadi satu cabaran yang besar terhadap pentabiran awam seperti
Malaysia kerana sedang berusaha mengatasi krisis kewangan dan pada masa yang sama perlu
menghadapi isu -isu rasuah di kalangan masyarakat.
Mengikut Corruption Rangking Index yang dikeluarkan oleh Transparency
International, negara yang mendapat 10 markah iaitu markah penuh dianggap negara yang
bersih dari rasuah. Secara bandingan, markah yang dicapai oleh negara dari tahun 1995 hingga
tahun 1997, terdapat penurunan daripada 5.28 pada tahun 1995 kepada 5.01 pada tahun 1997 (
Zulkifli Idris, 1998). Masalah rasuah bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh
kerana kesan permasalahan tersebut adalah besar khususnya terhadap p embangunan sesebuah
negara. Signifikasi rasuah sebenarnya boleh mengganggu pertumbuhan ekonomi negara
biarpun masalahnya berkaitan dengan masalah sosial. Tetapi, apabila seseorang yang terjebak
dengan rasuah, ia boleh bertindak menyembunyikan pelbagai perk ara, termasuklah perkara -
perkara penting yang mampu mempengaruhi ekonomi negara. Sebagai contoh, memberi tender
kepada kontraktor yang tidak sepatutnya, mungkin menghasilkan kualiti aset yang rendah.
Seterusnya, akan berlaku peningkatan kos seandainya aset tersebut perlu diperbaiki,
terutamanya aset kekal kerajaan.
Akibatnya belanjawan akan meningkat. Selain itu, masalah rasuah boleh mengakibatkan
pelabur-pelabur luar tidak berminat untuk melabur di negara yang terlibat dengan masalah
tersebut terutamanya negara sedang membangun seperti Malaysia. Akibatnya, peluang
pelaburan akan terlepas ke negara lain dan secara tidak langsung mambantutkan perkembangan
ekonomi negara.
Sesungguhnya kesan amalan rasuah sangat besar kepada negara. Lantaran itu ianya perlu
diatasi dengan apa cara sekalipun. Sebenarnya perkara yang perlu dititik beratkan ialah
mengenalpasti apakah faktor utama yang menjurus wujudnya gejala rasuah secara besar-
besaran, seterusnya mengenalpasti cara dan strategi yang terbaik untuk meminimakan masalah
tersebut.

PUNCA-PUNCA RASUAH.
Menurut beberapa kajian yang telah dilakukan ke atas negara -negara Asia termasuk
Malaysia, penyelidik telah mengenalpasti beberapa punca masalah ini wujud. Menurut Quah
(1995), di Asia terdapat dua faktor wujudny a masalah ini iaitu keadaan semulajadi negara -
negara tersebut dan keberkesanan kecekapan pemimpin politik untuk mengenalpasti cara
membanteras masalah tersebut. Manakala menurut Palmier (1985), terdapat tiga faktor penting
yang mempengaruhi wujudnya masalah rasuah iaitu gaji, peluang, dan dasar.
Secara keseluruhan kajian yang dibuat oleh Quah (1995), gaji merupakan faktor utama
yang menyumbang ke arah wujudnya masalah rasuah. Gaji yang rendah telah menjadi satu
galakkan kepada petugas awam untuk melibat kan diri mereka dengan gejala rasuah. Seringkali
pekerja -pekerja awam beranggapan gaji yang disediakan oleh kerajaan di sektor-sektor awam
tidak mencukupi. Apatah lagi apabila mereka membuat perbandingan dengan gaji yang
disediakan oleh sektor swasta. Masalah gaji awam yang dianggap rendah merupakan anggapan
tradisional yang masih dipegang hingga kini. Daripada kajian Quah, beliau menyatakan
masalah rasuah di Indonesia bermula sejak zaman kolonial Belanda lagi. Punca rasuah pada
ketika itu juga disebabkan oleh gaji yang rendah. Begitu juga dengan negara China di mana
rasuah bermula di sana disebabkan gaji pekerja awam yang rendah. Keadaan ini juga
merupakan punca atau masalah kepada negara -negara lain yang sering berhadapan dengan isu
ini. Oleh sebab itul ah seringkali masalah rasuah majoritinya melibatkan pekerja -pekerja
awam. Begitu juga dengan negara Malaysia yang mengaitkan rasuah dengan masalah gaji
pekerja yang rendah.
Sebenarnya gaji rendah bukanlah faktor utama berlakunya rasuah. Ini kerana rasuah juga
berlaku dikalangan personel awam dalam kategori kolar biru, ahli korporat, ahli politik dan
sebagainya yang sememangnya bergaji lumayan. Beberapa kes rasuah yang melibatkan
golongan elit boleh dijadikan contoh samada diperingkat perbicaraan mahkamah a tau masih
dalam siasatan BPR. Kes Tan Sri Eric Chia, Tan Sri Kasitah Gadam, Abdul Kudus Ahmad dan
lain -lain. Ini membuktikan bahawa gaji bukanlah faktor utama berlakunya rasuah. Selain itu,
jika gaji rendah dikatakan sebagai alasan berlakunya rasuah mengap a tidak semua pekerja
berjawatan rendah terlibat rasuah. Kenapa rasuah tidak melibatkan anggota tentera tetapi
melibatkan anggota penguatkuasaan seperti polis, kastam, JPJ dan sebagainya? Padahal gaji
bagi semua personel tersebut adalah rendah. Justeru itu , 4 jenis profesion juga boleh menjurus
kepada amalan tersebut dan menggambarkan profesion tersebut lebih terdedah kepada amalan
rasuah.
Faktor yang ke dua ialah peluang. Peluang juga menjadi penyumbang terhadap masalah
ini apabila orang yang terlibat den gan masalah ini dikatakan mempunyai peluang ataupun
kesempatan melakukan perkara tersebut. Untuk melakukan rasuah, keadaan yang bersesuaian
adalah perlu. Sekiranya seseorang menuntut sesuatu yang dianggap penting daripada pihak
kedua, maka pihak kedua yang mengetahui tuntutan tersebut adalah penting untuk orang yang
meminta, maka ini telah memberi peluang terhadap pihak ke dua menerima sesuatu ganjaran
daripada orang tersebut untuk memastikan pihak kedua memberi apa yang diingini oleh orang
tersebut. Peluang yang dianggap terbuka luas apabila kedua -dua pihak saling bekerjasama
memenuhi kehendak masing -masing dengan mempertaruhkan amalan rasuah sebagai kaedah
bagi menjayakan segala keinginan masing -masing. Selain itu, peluang juga boleh dikaitkan
dengan contoh di atas di mana jenis profesion boleh menyebabkan peluang terjadinya rasuah.
USAHA MENANGANI RASUAH DI MALAYSIA DAN REALITI MASA KINI
Jenayah rasuah telah wujud sejak zaman berzaman. Pelbagai usaha dilakukan untuk menangani
gejala rasuah samada dalam aspek agama, undang -undang, pencegahan dan hukuman. Namun
realitinya usaha tersebut belum menampakkan hasil ianya dapat dihapuskan. Antara usaha t
ersebut ialah:
i. Agama
Hukum Islam terhadap pemberi rasuah dan penerima rasuah adalah jelas iaitu haram. Ini
berdasarkan dalil-dalil berikut:
Hadis Rasulullah saw “Pemberi rasuah dan penerima rasuah masuk neraka”
Hadis riwayat Abu Daud “Sesiapa sahaja yang telah kami lantik untuk memegang sesuatu
jawatan atau kerja dan kami telah tetapkan pendapatannya atau gaji maka apabila ia
mengambil lebih dari apa yang ditetapkan itu dikira sebagai satu penipuan dan rasuah.”
Dan janganlah kamu makan (atau mengamb il) harta (orang-orang lain) di antara kamu
dengan jalan yang salah, dan jangan kamu pula menghulurkan harta kamu (memberi rasuah)
kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta
manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu m engetahui (salahnya) (al Baqarah: 188).
Ini menunjukkan bahawa rasuah bukanlah kesalahan dekad ini sahaja sebaliknya adalah
jenayah yang telah wujud sejak zaman Baginda saw lagi. Meskipun hukum 6 pengharaman
rasuah telah jelas di dalam al Quran dan al Sunnah . Namun masih terdapat perlakuan jenayah
tersebut terutamanya di kalangan umat Islam.
ii. Akta Mencegah Rasuah
Ia dikenali sebagai Akta Mencegah Rasuah 1961, Akta 57. Hukuman bagi pesalah rasuah yang
disabitkan ialah denda tidak lebih RM 10 000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua -
duanya.(AMR 1961, Disemak 1971) Walaubagaimanapun hukuman tersebut dipertingkatkan
kepada penjara tidak kurang daripada 14 hari dan maksimum 20 tahun penjara; dan denda lima
kali ganda nilai suapan yang diterima atau RM 10 000 yang mana lebih tinggi. (AMR 1997)
Hukuman jenayah rasuah dipertingkatkan dari tahun 1961 hingga yang terbaru tahun 1997.
Namun pertambahan kes-kes rasuah masih lagi berlaku termasuklah kes-kes yang digelar “ikan
besar” oleh media.
iii. Badan Pencegah Rasuah
Agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk membendung dan menangani rasuah. Usaha
awal dimulakan sejak 1958 lagi oleh Shah Nazir Alam iaitu Ketua Polis Pakistan sehinggalah
BPR akhirnya ditubuhkan pada 1967. Shah Nazir telah ditangkap di negaranya atas kesalahan
rasuah juga (Ahmad Zaki Hj Husin: 2001) Pada 1973 BPR ditukar kepada BSN (Biro Siasatan
Negara) bagi memberi kuasa yang lebih luas kepada Biro. Akhirnya ia ditukar kembali kepada
BPR sehinggalah kini. Oleh itu, usia BPR telah melebihi 4 0 tahun dalam usaha membendung
dan menangani rasuah di negara ini.
Walaubagaimanapun, wujud persepsi negatif terhadap BPR meskipun telah cuba
melaksanakan tanggungjawab sebaiknya. Contohnya, penguatkuasaan secara pilihan (selective
enforcement) iaitu hanya ikan bilis ditangkap atau dikenakan tindakan tetapi ikan jerung
terlepas. (Ahmad Zaki Hj Hussien: 2001) Persoalannya, pencegahan jenayah rasuah tidak boleh
disandarkan kepada BPR semata -mata kerana jenayah tersebut masih berleluasa di dalam
masyarakat. Justeru pendidikan awal dan budaya anti rasuah di kalangan rakyat mesti
diwujudkan.
iv. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
Ia bertujuan mendidik dan membenteng diri penjawat awam daripada jenayah rasuah.
Melaluinya integriti dan akauntabiliti personel awam cuba diwujudkan dan secara tidak
langsung dapat menghindari amalan rasuah.

FIRMAN Allah SWT:

﴿ ْ ْْ َُ ُ‫ان ِ ْْم ذ ُْ ِمَّ ِْ ُِذقا ُِ ْعنلللَُُ س لا ِن ِاۡ َِّ ْإ ِِ ْهب ْْ لد لَُُ ِِت ذ ْضٱِ ِج ِْيهْنلم ْْم ذ ُْ ْنلم ْعنللل ق‬ ِ ِِ ‫ ْعلْ لَُنْ ْْْْنُلم‬١٨٨﴾
ِ ‫تۡإ ِم س ِه‬

“Dan janganlah sebahagian daripada kalian memakan (atau mengambil) harta (sebahagian
orang lain) antara kalian dengan jalan yang batil (salah dan haram), dan janganlah pula
kalian menghulurkan harta kalian (memberi rasuah) kepada pihak yang mengendalikan
hukuman (pemerintah yang berkuasa dan para hakim), supaya kalian dapat memakan (atau
mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kalian
mengetahui (akan salahnya perbuatan itu).” (Surah al-Baqarah: 188)

Ayat di atas ditafsirkan oleh hadis Rasulullah SAW melalui sabdanya:

َّْ‫ْ ْع‬ ‫لُ ل‬


‫ْه ل‬ ‫ُ لِ ِا‬ ‫ىلِإ‬
ْ ‫ُ لا ل‬ ‫دلْ َي ِا‬
ْ ‫للِ ْم‬
ْ ْْ ِِ‫ُ ُُِر‬ ِِ‫ُْ َ لَ َُ ْا‬.
ْ

“Rasulullah SAW telah melaknat (mengutuk) pemberi rasuah dan penerima


rasuah.” (Riwayat Abu Dawud 3580, al-Tirmizi 1337 dan lain-lain)
“ZINA‫ق‬DALAM‫ق‬KEHIDUPAN‫ق‬REMAJA”
ABSTRAK
Peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja pada hari ini merupakan masalah yang
serius dalam masyarakat. Ramai remaja terjebak dengan masalah sosial yang teruk seperti zina
sehingga boleh merosakkan akhlak dan jati diri remaja tersebut. Maka, tujuan kajian ini
dilakukan adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi remaja Islam terjebak
dalam gejala zina dan kesan buruk zina dalam kehidupan masyarakat khususnya remaja. Reka
bentuk kajian ini ialah kajian analisis kandungan. Bahan-bahan berkaitan dikumpul dan
dianalisis bagi menjelaskan objektif kajian yang dilakukan. Hasil kajian mendapati terdapat
pelbagai faktor keterlibatan remaja dalam gejala zina seperti pengaruh rakan sebaya, media
massa, kejutan budaya, sikap ingin mencuba, pergaulan bebas dan sistem pendidikan. Antara
kesan buruk zina pula seperti hilangnya sifat malu, tersebar penyakit dan lahirnya anak-anak
haram hasil dari perbuatan zina. Maka, kajian ini penting untuk dilaksanakan bagi memahami
gejala zina yang semakin meruncing dalam kalangan remaja.
PENDAHULUAN
Remaja sering dikaitkan dengan masalah sosial. Ini mungkin disebabkan banyaknya berita
masalah yang disebarkan melalui media dilakukan oleh remaja. Perubahan daripada alam
kanak-kanak ke alam dewasa merupakan masa yang mengelirukan remaja kerana golongan
remaja ini akan melalui peringkat perubahan diri yang kritikal dari segi mental dan fizikal.
Pelbagai fenomena ganjil menghujani mental dan fizikal mereka dan golongan remaja yang
menghadapi tekanan ini akan melakukan tindakan-tindakan di luar kawalan. Menurut Azizi
&Rosnah (2007), fenomena ini mungkin berlaku disebabkan remaja yang terlibat ingin
meluahkan perasaan tidak puas hati, ingin membalas dendam dan sebagainya.
Masalah remaja merujuk kepada perbuatan dan aktiviti remaja yang berlawanan dengan
norma-norma masyarakat, undang-undang negara dan agama, seperti mencuri, merompak,
merogol, berzina, membunuh, menagih dadah, menderhaka kepada ibubapa dan seumpamanya
(kes juvana). Masalah ini dianggap sebagai kenakalan remaja kerana orang terlibat masih
belum matang (belum dewasa). Perlakuan jenayah yang dibuat oleh mereka tidak dikenakan
hukuman berat. Hukuman yang dijatuhkan kepada mereka adalah menempatkan mereka di
pusat-pusat pemulihan akhlak dan diberi pendidikan khas (Dollah 2006: 180)
Antara masalah remaja yang akan dibincangkan dalam artikel ini adalah masalah zina.
Zina merupakan perkara yang amat dilarang dalam Islam. Jumhur ulama’ telah bersepakat
hukum zina adalah haram. Menurut Imam Ahmad, dosa yang paling besar selepas dosa
membunuh adalah dosa berzina (Wahbah al-Zuhaili 1997: 96). Perbuatan zina adalah dosa
yang melibatkan seseorang dengan orang lain iaitu antara lelaki dan perempuan. Di dalam al-
Quran Allah meletakkan perbuatan zina tersebut seiring dengan perbuatan membunuh. Ianya
menggambarkan bahawa perbuatan zina tersebut sangat besar dan hina di sisi Allah SWT.
Dalam banyak-banyak perintah larangan Allah SWT terhadap sesuatu perkara, di dalam
perbuatan zina Allah SWT telah melarang manusia dari melakukannya dengan perintah
pencegahan, bukan melarang secara terus. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israa’:32, yang
jelas Allah SWT meletakkan perintah pencegahan kepada manusia sebelum berhadapan
dengan perbuatan zina. Allah SWT secara terang-terangan mencegah manusia daripada
menghampiri apa sahaja perbuatan yang membawa kepada gejala perbuatan zina, sama ada
secara langsung mahupun tidak langsung, sama ada secara sedar mahupun tidak sedar dan sama
ada sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besar perkara. Rasa untuk melakukan zina
menebal dan mengatasi segala-galanya ketika nafsu masing-masing memuncak dan membara.
Godaan syaitan bermaharajalela pada diri mereka. Rasa berdosa dari hasil zina langsung tidak
timbul sama sekali. Akibat godaan syaitan, mereka terdorong dengan perbuatan yang keji itu
dan mengetepikan agama. Yang haram seolah-olah dihalalkan oleh mereka sendiri. Lebih teruk
lagi ada antara mereka mengambil kesempatan untuk tinggal bersama seperti pasangan suami
isteri semata-mata kemaruk seks dan rela melakukan zina yang terlarang itu secara berterusan.
Ekoran seronok dengan zina mereka tidak lagi memikirkan hidup yang penuh noda dan dosa
(Zaman Azad Khan & Mohd Aizat bin Mohd Saleh 2011).
Zina yang dilarang agama Islam itu merangkumi pelbagai peringkat usia dan golongan.
Mereka mengetepikan agama, tidak mematuhi larangan meskipun bakal dilaknati Allah SWT
dan mendapat dosa besar daripada pelakuan zina. Ia tidak kira jawatan ataupun pangkat, miskin
ataupun kaya. Pemimpin besar dan yang berjawatan profesional turut terlibat dalam gejala yang
tidak bermoral ini. Walaupun tangkapan perlakuan khalwat sering kali dilakukan pihak
berkuasa, namun gejala itu dilihat berterusan dan berleluasa. Mereka yang terbabit dilihat tidak
serik daripada hukuman yang dikenakan sebagaimana dipaparkan di akhbar-akhbar (Zaman
Azad & Mohd Aizat 2011).
Faktor Yang Mendorong Remaja Terjebak Dalam Zina
Menurut Abd Rahim (2006: 9), golongan remaja menyesuaikan dirinya dengan faktor-faktor
persekitaran keluarga, persekitaran sosial dan budaya yang akan mencorakkan perkembangan
tingkah laku mereka. Memandangkan remaja merupakan aset kekayaan semulajadi negara dan
bakal memainkan peranan dalam mencorakkan masa depan politik, ekonomi dan
kemasyarakatan di negara kita, maka penyelidik merasakan kajian tentang faktor-faktor yang
mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial perlu dibuat dan dilaksanakan.
Pengaruh rakan sebaya
Rakan merupakan teman yang paling akrab dalam hidup seseorang. Segala masalah dan nasihat
sering dibincang bersama rakan malah rakan juga adalah titik tolak kepada pengaruh gejala
yang sihat mahupun tidak sihat. Kurangnya pengetahuan dalam memilih rakan boleh
membahayakan diri sendiri. Oleh itu, setiap individu mestilah berhati-hati dalam memilih rakan
kerana rakan sebaya memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi remaja kearah
masalah sosial. Muhd Mansur & Siti Nordinar (1988) seterusnya menjelaskan rakan sebaya
mempunyai pengaruh yang banyak terhadap tindakan dan perlakuan seseorang. Hal ini kerana,
mereka mengalami banyak pertukaran fizikal, perkembangan sosial dan psikologi yang sama.
Seltzer& Waterman (1996: 461-482), menyatakan dalam zaman remaja wujud peership
iaitu persahabatan yang unik kepada remaja. Rakan sebaya berumur lebih kurang sama dengan
remaja tersebut. Rakan sebaya bagi remaja terdiri daripada rakan persekolahan, rakan yang
tinggal di kawasan perumahan yang sama, rakan-rakan dalam aktiviti riadah dan sukan yang
sama. Mereka lebih bergantung kepada rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan sumber utama
dalam meniru gaya dan tingkahlaku setiap individu.
Semasa zaman remaja, pergantungan kepada ibu bapa semakin berkurang kerana remaja
mula belajar untuk lebih berdikari. Ruang sosial remaja juga semakin meluas dan mereka mula
menjadi lebih rapat dengan rakan sebaya. Bagi remaja, dirinya amat penting diterima oleh
rakan-rakan kerana hidup sendirian adalah menakutkan. Oleh itu, remaja cenderung untuk
bertingkahlaku sebagaimana rakan-rakannya walaupun tingkahlaku itu bertentangan dengan
sikap diri sendiri bagi memastikan mereka diterima oleh rakan-rakan (Azizah 2012: 124).
Menurut Zainuddin et. al (2008:108) walaupun semasa meningkat remaja pengaruh
rakan sebaya mula kelihatan, namun hubungan yang mantap dengan ibu bapa membolehkan
keluarga terus memberi pengaruh besar dalam kehidupan dari aspek membuat keputusan
penting, pilihan jenis rakan sebaya dan nilai-nilai agama dan budaya.
Hilangnya sifat malu
Antara risiko dan seksaan yang yang dirasakan orang yang melakukan dosa ialah lenyapnya
sifat malu. Malu adalah sumber kehidupan hati dan pokok pangkal segala kebaikan.
Kehilangan rasa malu menyebabkan hilangnya segala kebaikan hamba secara total (Burhan
Sodiq 2012:61). Maksiat dapat melenyapkan perasaan malu. Malu ialah sumber kebajikan,
namun jika rasa malu telah hilang maka hilanglah seluruh kebaikannya (Ismail & Saulah 2012:
113).
Dosa-dosa yang dilakukan akan menyebabkan sifat malu seorang hamba itu menjadi
lemah. Sehingga boleh jadi sifat malu ini terlepas dan hilang sama sekali. Akhirnya seorang
hamba itu tidak menaruh sebarang kesan jika kejahatannya terbongkar atau terdedah kepada
orang ramai. Bahkan terdapat juga di antara golongangolongan ini yang menceritakan keadaan
dan kejahatannya sendiri tanpa rasa malu. Faktor yang menyebabkan golongan-golongan
tersebut bertindak sedemikian adalah kerana dirinya telah terluncur atau terlepas daripada
kawalan sifat malu tersebut (Nik Abdul Aziz 2009:118; Jaafar 2010:27).

Firman Allah Taala:

‫ْق َ ُْ ِ لُُ ُ ِة ن ْا ف َّ ِ ن ِ ا ل ن ْا ْن ِ ْ ااِ ا ْ ز ل ْْ ل ْ ا َّْ ل ْ ض ِ ل‬


ً‫ي‬ ْ ْْ

Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu


adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa
kerosakan)

Surah al-Isra’, 17:32

Berkata Ibn Kathir dalam Tafsir -nya bahawa Allah melarang para hamba-Nya
daripada melakukan zina dan juga perkara yang membawa de kat kepada zina
sepert i sebab-sebab dan seruan-seruannya.

Rujuk Tafsir al-Azim (5/72).

Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW:

ُ‫ا ا ْ ز ْ ْ ِ ْ ِة ن ْا ُ ع ْ ي َ َِّ ُ ه ِ ْ ل‬ ْ ‫ل ْ ْم‬ ْ ِ َْ ‫ا‬ْ ‫ل د ْ ل ْ إ ُ ِ َ َِّ ل ِّ ْ ْۡ اْ ِ ا ل ِم َّْ ُ ِة ن ْاْ ْ ْ ِّ َ ْه‬


ْ ْ ُ ْ ‫ا ِن ْْ ِس ن ْا ُ ل ِ ۡ ْ ْ َّ ِ ِن ُ ل ِ ا ْ ن‬
ِ
‫ل ن ل ل ا ل ْْ ذ ل ن ْ ِي ِ لا ل‬
ْ ِ َْ َ‫َ ْ ُْ قلل ْ َْ ه ِ إ ْْ ْاَ ُ ْ ِه ِْ ْْ ُ ُ َُْ ول ذ ل هْ ِد ل‬ ‫ٱ ل‬ ِ َ ‫ُ َْ ه‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap


anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata
dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan
merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau
mendustakannya.”

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.


4.0 PERBAHASAN

RASUAH
Punca dan sebab rasuah dalam kalangan masyarakat

1. Di mana seseorang ingin hidup mewah dan cepat kaya dan sentiasa
mengejar kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa yang dipentingkannya
hanyalah nilai-nilai material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai
seorang penjawat awam yang diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban.
Individu seperti ini tidak mahu mengambil kira langsung bahawa dengan
melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa,
sebenarnya dia telah melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hak-hak
orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya
mendapat hak itu. Sebagai contoh, oleh kerana seorang pegawai di Bahagian
Bekalan menerima suapan secara rasuah, kontraktor yang sepatutnya dan layak
membekalkan peralatan ketenteraan, atau membekalkan makanan telah tidak
dipilih. Perbuatan pegawai ini menyebabkan Kementerian Pertahanan atau
Angkatan Tentera telah dinafikan yang terbaik yang boleh dibekalkan oleh
kontraktor berkenaan. Allah swt telah berfirman: "dan janganlah kamu makan (atau
mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan
pula kamu menghulurkan harta kamu ( memberi rasuah ) kepada hakim-hakim
kerana hendak memakan ( atau mengambil ) sebahagian dari harta manusia dengan
(berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah: ayat 188)
2. Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah menjadi amalan.
Menyara hidup pula melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana
sini. Akhirnya, akibat bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan.
3. Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni. Selain dari itu, kedangkalan ilmu-
ilmu keagamaan, kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai
akhlak yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu
bergelumang dalam jenayah rasuah. Menurut seorang penulis, "nilai" ialah "beliefs
about right and wrong". Manakala "etika" pula ditakrifkan sebagai "thinking
systematically about morals and conduct and making judgments about right and
wrong". (Carol W. Lewis: The Ethics Challenge in Public Service).
4. Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan
antara nilai-nilai yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dalam
agama mendorong seseorang itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah.
Justeru itu, individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang
mengongkong kehidupannya.

Kesan buruk rasuah

1. Menganiayai orang yang sepatutnya berhak mendapat sesuatu seperti, projek


pembinaan dan seumpamanya. Ini akan menimbulkan pula kesan jangka
panjang dimana orang yang dianianya akan turut melakukan rasuah pada lain
waktu, agar pekerjaan yang lain jatuh pula ketangannya.
2. Projek pembinaan akan terbengkalai atau mudah rosak. Jika suatu projek
pembinaan yang sepatutnya diluluskan oleh Engineer atau Arkitek mengikut
kesesuaian spesifikasi ilmu yang mereka pelajari tidak diguna pakai ketika itu
kerana dirasuah dan menerima rasuah dari seseorang kontraktor maka projek
pembinaan itu akan mudah terbengkalai atau mudah rosak. Kerana kontraktor
yang membina projek berkenaan mahu cepat kaya dan inginkan marjin
keuntungan yang tinggi.
3. Menyemarakkan perasaan dendam dan api kemarahan, sehingga boleh
mencetuskan permusuhan. Hal ini biasanya akan terbit dari pihak yang merasa
dianiaya yang mengetahui haknya jatuh ke tangan orang yang memberi
rasuah.
4. Tidak akan ada keadilan dalam keputusan yang dibuat oleh hakim di
mahkamah. Akibat rasuah orang yang sepatutnya bersalah lepas bebas dan
orang yang tidak bersalah pula masuk penjara.
Cara – cara mengatasi rasuah

Ada beberapa cara atau langkah yang difikirkan boleh mengurangkan masalah rasuah
ini daripada berleluasa, antaranya:

1. Kembali kepada Islam dengan menyebarkan kefahaman terhadap konsep Islam


kepada masyarakat seperti menjelaskan hukum Islam terhadap perbuatan rasuah dan
mengenal pasti perbuatan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta‘ala mahupun yang
sebaliknya.
2. Pendidikan Islam sejak dari usia kecil agar membentuk peribadi muslim yang
beriman dan bertakwa, kerana dengan adanya iman dan takwa boleh menghalang
seseorang itu daripada melakukan kejahatan.
3. Membentuk individu beretika mulia dengan menanam sikap amanah, jujur,
menyuruh kepada melakukan kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan.
4. Menanamkan sikap minat belia-belia untuk mempelajari kitab-kitab agama
dan sebagainya.
5. Memperbanyakkan dan mengutamakan aktiviti-aktiviti keagamaan, seperti
membaca, menghafal dan merenung isi kandungan al-Qur’an, mengkaji hadis-hadis
dan kitab-kitab agama.
6. Memberi kefahaman yang jelas tentang makna dan tujuan hidup yang sementara ini.
Terimalah ketentuan Allah dengan redha dan berlapang dada
MEDIA SOSIAL
Punca media sosial sangat diminati masyarakat
Media sosial mampu memberikan kemudahan bagi para pengguna untuk berkomunikasi dan
bersosialisasi. Dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan, tentu saja media sosial lebih
diminati oleh masyarakat dibanding dengan media tradisional. Kemudahan-kemudahan yang
dimaksud yaitu media sosial tidak dibatasi oleh tempat dan waktu, yang artinya siapapun dapat
menggunakan media sosial di mana saja dan kapan saja, asalkan memiliki akses internet.
Dengan demikian, pengguna dapat selalu meng-update informasi kapan saja, dimana hal seperti
ini akan sangat sulit dilakukan pada media tradisional. Selain itu, media sosial juga sangat
diminati oleh masyarakat karena biayanya yang terjangkau bagi siapapun untuk menggunakan
media sosial.

Karena manusia sangat suka memperoleh sesuatu dengan cara yang mudah, maka saat ini
banyak bermunculan perusahaan-perusahaan yang saling berlomba untuk menciptakan media
sosial yang menyediakan berbagai kemudahan dalam menyampaikan informasi. Dari sinilah,
media sosial semakin berkembang dan semakin diminati oleh masyarakat.

Kesan negatif dari media sosial adalah:


1.Violence and sadism.

Kekejaman dan kesadisan juga banyak di tampilkan. Karena segi bisnis dan isi pada dunia
internet tidak terbatas, maka para pemilik situs menggunakan segala macam cara agar dapat
menjual situs mereka. Salah satunya dengan menampilkan hal-hal yang bersifat tabu.Internet
dengan segala kemudahannya dan tanpa aturan yang mengikat, sangat rentan terhadap tindakan
plagiat atau plagiarism. Di kalangan mahasiswa, tindakan plagiat sering di lakukan pada
pembuatan laporan, karya tulis, tugas essay dan lain sebagainya. Tindakan plagiat ini
merupakan sebuah pelanggaran hukum yang dapat di kenakan sangsi bagi siapapun yang
melakukannya baik itu dengan sengaja ataupun tidak sengaja.Secara etimoligis berasal dari
bahasa inggris plagiarism yang apabila di runtut sebenarnya berasal dari bahas yunani yaitu
plagiarus yaitu penculik atau pencuri karya tulis.Dalam kamus besar bahasa indonesia diartikan
sebagai tindakan / perbuatan yang mengambil, menyalin, menduplikasi, dan sebagainya, karya
orang lain dan menjadikannya karya sendiri tanpa sepengatahuan atau izin pemiliknya. Maka,
kita dapat menyimpulkan bahwa ketika kita mengambil idea, kata-kata dan tulisan orang lain
dalam tulisan kita banyak ataupun sedikit kemudian kita tidak memberitahukan bahwa itu
adalah ide orang lain maka kita di sebut dengan plagiator.

2. Interaksi secara tatap muka cenderung menurun.

Karena mudahnya berinteraksi melalui media sosial, maka seseorang akan semakin malas
untuk bertemu secara langsung dengan orang lain.

3. Masalah privasi.

Dengan media sosial, apapun yang kita unggah bisa dengan mudah dilihat oleh orang lain. Hal
ini tentu saja dapat membocorkan masalah-masalah pribadi kita. Oleh karena itu, sebaiknya
tidak mengunggah hal-hal yang bersifat privasi ke dalam media sosial.

Cara Mengatasi Masalah dari Media Sosial


Setiap masalah pasti ada solusinya, begitu pula dengan dampak negatif dari penggunaan media
sosial yang telah disebutkan di atas. Dengan mencari tahu penyebabnya, maka kita dapat
mencegah dampak-dampak negatif tersebut untuk muncul.

Secara umum, ketiga poin pertama dari dampak negatif media sosial di atas memiliki penyebab
yang sama yaitu ketergantungan pengguna terhadap media sosial dengan kemudahan-
kemudahan yang telah diberikan. Untuk mengatasi ketergantungan tersebut, maka perlu
dibatasi tingkat penggunaannya bagi setiap pengguna media sosial supaya tidak menjadi
kecanduan terhadap media sosial.

Dengan mengurangi intensitas penggunaan media sosial, maka seseorang tetap dapat
memanfaatkan waktunya yang tersedia untuk berinteraksi secara langsung terhadap teman,
saudara, atau orang lain yang dekat dengannya.

Selanjutnya, untuk mengatasi kerentanan terhadap pengaruh buruk orang lain sama halnya
ketika kita bersosialisasi di kehidupan nyata, dimana kita harus memilih orang-orang yang
berada dalam lingkaran sosial kita. Namun dalam dunia maya, kita tidak memiliki batasan
untuk berinteraksi dan bersosialisasi dengan siapa saja, sehingga hal seperti ini akan lebih
meningkatkan kerentanan kita terhadap pengaruh buruk orang lain. Untuk itulah, sebaiknya
kita lebih waspada ketika kita berinteraksi dengan orang yang belum kita kenal sebelumnya
melalui media sosial.
PENGARUH RAKAN SEBAYA

Punca-punca pengaruh rakan sebaya

- Kelemahan Didikan Agama dan Moral Diri Remaja


Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala sosial. Kebanyakan
remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang
mendalam.Mereka tidak takut pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan
mereka. Remaja terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama
yang lain. Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan
keseronokan semata-mata.

- Sikap Tidak Mengambil Berat Oleh Ibu Bapa


Sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus dengan gejala sosial.
Terdapat ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kasih sayang terhadap
anak-anak. Anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Ada segelintir
ibu bapa begitu sibuk dengan kerjaya bagi menambahkan pendapatan sehingga anak-
anak terabai dan tidak mendapat kasihsayang yang secukupnya. Sikap ibu bapa ini menyebabkan
anak-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya lalu mereka melakukan perkara-perkara
tidak berfaedah untuk mehilangkan kebosanan. Selain itu, tidak kurang juga ada yang melakukan
gejala sosial ini semata-mata untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.

- Terikut-Ikut Dengan Sikap Negatif Rakan Sebaya


Pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong remaja terlibat dalam gejala sosial.
Disebabkan faktor pergolakan keluarga di rumah, remaja cenderung untuk berjumpa rakan
sebaya bagi mencari ketenangan dan kegembiraan. Sebahagian daripada rakan sebaya
ini pula adalah mereka yang mempunyai perangai negatif. Oleh itu, remaja begitu mudah
terikut-ikut dengan sikap rakan sebaya mereka. Apabila bersama rakan sebaya, remaja
cenderung untuk melakukan perkara tidak berfaedah seperti merokok, melepak di pusat
membeli-belah dan mendapatkan hiburan di pusat-pusat hiburan.
Kesan pengaruh rakan sebaya

- Mula merokok, meminum alkohol atau mengambil ubat-ubatan


- Mengubah cara percakapan mereka, atau penggunaan perkataan yang mereka gunakan
- Memilih pakaian, gaya rambut atau perhiasan yang sama dengan rakan mereka
- Melakukan perkara yang berisiko atau melanggar peraturan
- Mendengar muzik yang sama atau menonton rancangan TV yang sama dengan minat
rakan mereka
- Berpacaran atau terlibat dalam aktiviti seksual.

Cara mengatasi pengaruh rakan sebaya

1. Betul dan salah


Nasihatkan anak anda bahawa dadah, mencuri, atau berlumba basikal secara haram
adalah salah dan memudaratkan.
Bermain futsal pada lewat malam masih boleh diterima, ini kerana anak anda harus
tahu apa yang betul dan salah, serta akibatnya, walaupun ia nampak cool.
Ini akan membantunya berpegang kepada prinsip, teguh integriti dan tidak mudah
untuk terpengaruh dengan rakan sekeliling.

2. Bangunkan harga diri dan keyakinan anak remaja anda


Anda boleh membina harga diri dan keyakinan anak anda dengan mendorongnya
untuk mencuba perkara baru yang mampu menaikkan keyakinan diri mereka.
Selain itu, ibu bapa juga boleh menjadi teladan dalam perkara ini, dan tunjukkan
kepada anak anda bagaimana untuk bertindak yakin sebagai langkah pertama
membina keyakinan diri remaja.
Amalkan juga untuk memuji anak anda atas usahanya jika berkelakuan baik, ini
bagi menaikkan lagi keyakinan diri anak sekali gus membantunya membina harga
diri.

3. Menggalakkan komunikasi
Cuba amalkan konsep open communication bersama anak-anak bagi memudahkan
anda untuk berhubung dengan mereka.
Ini dapat membantunya berasa lebih selesa untuk bercakap dengan anda jika dia terganggu
untuk melakukan sesuatu yang tidak disukainya

IKHTILAT

Pengertian ikhtilat
Ikhtilat ini seolah-olah tidak dapat dielakkan. Ikhtilat berlaku baik di tempat kerja,
sekolah, universiti, institusi dan juga dalam aktiviti seharian. Justeru itu, menjadi
tanggungjawab semua untuk menjelaskan kepada masyarakat berhubung garis panduan
ikhtilat yang sebenarnya dalam Islam. Panduan ikhtilat membantu masyarakat
memperbaiki hubungan antara lelaki dan wanita ketika bermuamalah. Perkara ini
secara tidak langsung dapat merawat perhubungan bebas yang berlaku dalam kalangan
remaja di sekolah atau institusi pengajian tinggi. Malahan, majikan dan warga kerja
juga dapat mengawal aktiviti dan program yang melibatkan percampuran antara lelaki
dan wanita dalam urusan berkaitan pekerjaan.

Kesan tidak mejaga ikhtilat


Perhubungan bebas antara lelaki dan wanita jika tidak dikawal dan dipandu sebaiknya
akan membawa kepada pelbagai masalah yang lain seperti perzinaan, pembungan bayi
hasil hubungan terlarang, kekasih gelap dan keruntuhan institusi keluarga.

Cara mengatasi

Antara adab pertemuan antara lelaki dan wanita ialah:

1. Berlaku ketegasan ketika berbincang tanpa gurau-senda yang berlebih-lebihan


sehingga mendatangkan fitnah dan kemungkaran.
2. Menahan pandangan. Menahan dan menjaga pandangan di sini bermaksud
tidak melihat aurat sesama manusia, memandang dengan pandangan yang
bernafsu atau memandang dengan pandangan yang lama tanpa keperluan.
3. Menghindari berjabat tangan antara lelaki dan wanita.
4. Memisahkan antara lelaki dan wanita dalam situasi tertentu.
5. Tidak bersesak-sesak antara lelaki dan wanita dalam sesebuah tempat.
6. Mengelakkan khalwat atau bersunyi-sunyian antara lelaki dan wanita.
7. Meminta izin suami jika bertemu dengan wanita yang suaminya tiada di
rumah.
8. Menghindari pertemuan yang lama dan berulang-ulang antara lelaki dan
wanita bagi menutup pintu-pintu fitnah (saddu zara’i).
9. Mengelakkan membuat sebarang pertemuan di tempat yang boleh
menimbulkan fitnah, menjauhi perbuatan maksiat dan dosa.
10. Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat dengan sempurna.
11. Mengawal perbuatan dan pergerakan agar sentiasa tenang dan tidak
keterlaluan.
12. Serius ketika bercakap dan berhujah bersama lelaki yang bukan mahram.
AJARAN SESAT

Punca ajaran sesat dalam kalangan masyarakat

Faktor utama mengapa ramai masyarakat kita masih terjebak dengan ajaran sesat adalah
kerana kejahilan.

Golongan ini lebih suka mencari agama dengan jalan yang mudah, mahu sesuatu yang
'tidak diajar' oleh pendakwah arus perdana, akibatnya mereka terjerumus dalam
mengenali seorang 'guru' yang bersifat palsu.

Wujud juga segelintir masyarakat pada hari ini yang sangat mudah terpesona dengan
pemakaian serta tutur kata sehingga tidak menilai kata-kata seseorang itu sama ada
benar atau sebaliknya.

Orang lebih mudah tergoda dengan kata-kata lembut daripada individu berkaitan
sedangkan kata-katanya memberi maksud yang buruk.

Selain itu, perkara yang perlu kita akui adalah penguatkuasaan undang-undang syariah
yang lemah serta terlalu banyak birokrasi hanya untuk menegakkan agama Islam ini.

5 Kesan buruk mengamalkan ajaran sesat

Terhadap individu

- akidah seseorang akan rosak


- banyak masa terbuang dengan aktiviti yang tidak
sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam
- pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin
ajaran sesat
- tindakan dan kelakuan mereka tidak rasional dan
fanatik
- kehidupan tidak stabil dan mengabaikan
tanggungjawab masing-masing.
Terhadap masyarakat

- Berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan


- Menjejaskan perpaduan masyarakat kerana sikap
mereka yang fanatik terhadap kumpulan
- Berlaku keganasan terhadap masyarakat

Terhadap negara
- Menjejaskan prestasi ekonomi negara
- Boleh menggugat kesetabilan politik dan ekonomi

Cara- cara mengatasi ajaran sesat

1. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran sesat
dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses pembelajaran
secara formal atau tidak formal.
2. Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa didedahkan kepada
masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah,
seminar, forum, dan simposium.
3. Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan undang-undang
secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan ajaran sesat
daripada terus menular dalam masyarakat.
4. Program pemulihan akidah. Orang yang terlibat dengan ajaran sesat amat
memerlukan kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia terdapat beberapa buah
pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri Sembilan dan
Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kejahilan bukan sahaja akan melahirkan sikap taksub, malah lebih daripada
itu ia mempunyai implikasi buruk terhadap kehidupan. Ia boleh menyebabkan kebinasaan
kepada seseorang individu, masyarakat, agama dan negara. Di samping merendahkan
martabat insan, kejahilan tidak mengenal nilai-nilai kerjasama, timbang rasa, kecintaan dan
keadilan. Kerana sikap jahil dan taksub itulah, maka perpecahan terus berlaku di kalangan
kita umat Islam. Perbuatan ini ternyata bertentangan dengan syariat Islam.
Kejahilan dan ketaksuban menjadikan diri mereka tidak dapat membezakan di antara
kebenaran dan kebatilan. Hati mereka telah buta daripada keimanan dan ketakwaan.
Sebagaimana kata-kata hukama: “Buta hati kerana jahil lebih berbahaya daripada buta mata.
Bukan sedikit mereka celik mata tetapi buta hati kerana jahil. Golongan ini makin diberi
peringatan atau nasihat makin bertambah bebal dan jahil. Lebih berbahaya lagi apabila
ditambah pula dengan penyakit kesombongan”. Sebagaimana kata Saidina Ali B. Abi Talib
r.a : “Tiada musuh yang lebih Aku takuti daripada kejahilan. Setiap manusia menjadi musuh
selama ia jahil.”
Maka, jelaslah bahawa kejahilan adalah pokok segala kecelakaan dan punca segala bahaya.
Orang yang jahil tergolong dalam maksud hadis Nabi yang bermaksud: “Dunia itu terlaknat,
segala isinya terlaknat, kecuali zikrullah (berzikir kepada Allah), sesesorang yang berilmu
dan seorang yang mencari ilmu. Seorang yang jahil itu tidak akan terkeluar dari kegelapan
kejahilan melainkan dengan nur dan cahaya ilmu pengetahuan. Ia merangkumi ilmu-ilmu
untuk keperluan dan kesempurnaan tanggungjawab diri terhadap Allah, ilmu untuk
mempertingkatkan kualiti hidup diri, keluarga, dan masyarakat.

You might also like