You are on page 1of 4

DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PERTANDINGAN FOTOGRAFI MEMBACA


PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
PERINGKAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

1. LATAR BELAKANG

1.1 Pertandingan Fotografi Membaca yang bertemakan Perpaduan dalam


Kepelbagaian merupakan kerjasama antara Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

1.2 Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat dan kreativiti warga KKM
dalam seni fotografi serta memupuk minat membaca ke arah mewujudkan
masyarakat berbudaya membaca dan cintakan ilmu dalam kalangan warga
KKM.

2. TEMPOH PERTANDINGAN

Tempoh Pertandingan: 10 – 31 OKTOBER 2023

3. KUMPULAN SASARAN

Pertandingan ini terbuka kepada warga Kementerian Kesihatan Malaysia seluruh


Malaysia.

4. TEMA DAN KONSEP FOTOGRAFI

Tema : Perpaduan dalam Kepelbagaian


Konsep : Membaca

5. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Kementerian Kesihatan


Malaysia kecuali kakitangan Unit Sumber Maklumat, Bahagian Khidmat
Pengurusan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

5.2 Setiap peserta hanya boleh menghantar SATU (1) penyertaan sahaja.

5.3 Peserta bebas menggunakan sebarang kamera atau peranti sama ada
kamera DSLR atau kamera telefon bimbit.
DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

5.4 Saiz foto minimum 5.0MB dan 300 dpi ke atas.

5.5 Gambar/karya yang dihantar hendaklah asli dan tidak boleh dipinda atau
diubahsuai atau disunting atau di manipulasi menggunakan sebarang teknik
atau perisian lain-lain.

5.6 Gambar digital, super-imposed tidak akan diterima. Gambar komposit,


gambar helah atau apa-apa sahaja imej digital atau manipulasi juga tidak
akan diterima. Hanya tindakan merapikan imej, seperti memotong,
imbangan cahaya dan warna serta menghalusi dan menajamkan imej sahaja
yang dibenarkan.

5.7 Gambar/karya fotografi mestilah kali pertama dihantar dan tidak boleh
diulang pakai atau guna semula daripada mana-mana pertandingan,
pameran dan komersial.

5.8 Gambar/karya yang dikemukakan tidak mengandungi sebarang unsur dan


elemen negatif yang menyalahi undang-undang, menggugat sensitiviti kaum
dan agama.

5.9 Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau menarik balik
hadiah yang diberikan sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli.
Penyertaan dibatalkan serta merta, sekiranya gambar yang dihantar pernah
memenangi atau menyertai pertandingan-pertandingan fotografi yang lain.

5.10 Peserta adalah bertanggungjawab sepenuhnya, iaitu gambar-gambar


adalah tidak melanggar hak cipta, tanda dagangan, hak moral, hak-hak harta
privasi/publisiti atau intelek mana-mana individu atau entiti dan tida pihak
lain mempunyai apa-apa hak, hak milik, tuntutan atau kepentingan dalam
gambar tersebut.

5.11 Peserta disarankan mendapat kebenaran daripada semua orang yang


muncul dalam karya yang dikemukan dan individu tersebut tidak boleh
membuat tuntutan daripada penganjur. Ini bagi membolehkan gambar-
gambar tersebut digunakan dalam mana-mana media pada masa kini dan
akan datang tanpa sekatan, termasuk tujuan komersial serta tidak terhad
kepada penerbitan, editorial penganjur, siaran akhbar, pemasaran dan
promosi.

5.12 Peserta mempunyai hak cipta terhadap gambar yang dipertandingkan dan
memberi hak eksklusif kepada penganjur untuk mencuci semula,
menerbitkan dan mempamerkan gambar tersebut beserta maklumat yang
disertakan.
DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

5.13 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang


kemalangan, kecuaian, kehilangan atau musibah yang menimpa kepada
peserta semasa mengambil gambar untuk tujuan penyertaan dan
pertandingan ini.

5.14 Hantarkan penyertaan anda melalui pautan


https://forms.gle/guQJeW2n4hFwihZKA

5.15 Keputusan pemenang akan diumumkan melalui e-mel Postmaster KKM dan
laman media sosial Facebook Perpustakaan Kementerian Kesihatan
Malaysia.

5.16 Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.

6. HADIAH

Hadiah adalah seperti berikut:

TEMPAT PERTAMA : WANG TUNAI RM 500.00 + sijil


TEMPAT KEDUA : WANG TUNAI RM 400.00 + sijil
TEMPAT KETIGA : WANG TUNAI RM 300.00 + sijil
SAGU HATI x 3 : WANG TUNAI RM 200.00 + sijil

7. KRITERIA PERMARKAHAN

7.1 Setiap penyertaan akan dihakimi oleh panel hakim profesional bebas yang
dilantik oleh pihak penganjur.

7.2 Penilaian dan penghakiman adalah berasaskan pematuhan syarat-syarat


pertandingan seperti yang digariskan.

7.3 Gambar pertandingan akan dinilai berdasarkan tema, komposisi, keaslian,


kreativiti dan aplikasi teknik fotografi yang terbaik.

8. PENAFIAN

8.1 Semua penyertaan yang dihantar adalah hak milik Kementerian Kesihatan
Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

8.2 Kementerian Kesihatan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka berhak
menggunakan foto yang dihantar bagi tujuan promosi dan pendidikan seperti
poster, cetakan risalah, buku, laman web dan sebagainya.

8.3 Pertandingan tertakluk kepada syarat-syarat pertandingan. Penganjur


berhak meminda semua syarat-syarat tanpa notis.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:

(I) Puan Nor Asykin Binti Mohd Sidek


No.Telefon : 03-8883 2572/012-235 6853
E-mel : asykin.sidek@moh.gov.my

(II) Encik Suhaizi bin Dollah


No.Telefon : 03-8883 3477/012-343 4932
E-mel : suhaizi.dolah@moh.gov.my

You might also like