You are on page 1of 4

TEKS MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023

MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG DIRA’IKAN PESERTA-PESERTA KHATAM AL-QURAN.. DIIRINGI


YANG BERUSAHA En Zahari bin Natimi Guru Penolong Kanan Kokurikulum SEK.KEB. BANDAR
PENAWAR, GURU-GURU PENOLONG2 KANAN,, HADIRIN SEKALIAN DIMINTA BERDIRI UNTUK SAMA-
SAMA BERSELAWAT..

Bismillah......................................Alhamdulilahhirabbilalamin.. Wasssala tuwassalamu alaasyarafil ambia iwal mursalin. Waala

alihi wasahbihi ajmain...

Yang berusaha,
En Zahari bin Natimi

Guru Besar Sk Bandar Penawar SK KLUSTER KECEMERLANGAN

Barisan guru-guru penolong kanan, guru-guru, Staf-staf sokongan..Seterusnya yang

diraikan, murid-murid Khatam Al-Quran Peringkat SK Bandar Penawar 2023 serta semua

murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum................

Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan

limpah hidayahnya jua, dapat kita sama-sama berhimpun di Dewan SK Bandar Penawar pada

pagi yang barakah ini bagi menjayakan ”Majlis Khatam Al-Quran dan Penutupan Ihya

Ramadhan Peringkat Sekolah Tahun 2023”.


Hadirin hadirat yang dimuliakan..

Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak sekolah bagi

meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang Tilawah Al-Quran seterusnya

melahirkan sahsiah murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi.

Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi menjadikan amalan membaca Al-Quran

sebagai satu budaya . Kesungguhan Ustaz dan Ustazah serta guru-guru pastinya melahirkan

anak-anak yang cemerlang sepertimana yang diimpikan oleh setiap dari kita..

Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh keikhlasan akan membuahkan

hasil dan diberkati Allah jua. InsyaAllah..

1. Majlis Khatam Al-Quran

Hadirin hadirat yang dimuliakan, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah pada tahun ini
dimulakan. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Al-Fadhil Ustz
Abdul Hadi Bin Hamzah bagi memimpin Majlis Khatam Al-Quran.
Dengan segala hormatnya dipersilakan...

-MAJLIS KHATAM BERMULA –

Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai oleh 30 orang


murid tahun 6 SK bandar Penwar sesi 2023. Tahniah dan syabas diucapkan.

3. Ucapan alu-aluan GPK KOKO Sekolah


Meneruskan aturcara pada pagi ini, dengan segalasukacitanya dipersilakan EN Zahari bin Natimi
GPK Kokurikulum Sk Bandar Penawar bagi menyampaikan ucapan,
Dengan segala hormatnya dipersilakan.....

- UCAPAN Gpk -

Jutaan terima kasih diucapkan kepada cg zahari atas ucapan itu tadi.
5. Penyampaian Cenderamata dan Sijil.
Seterusnya, sampai kita pada acara penyampaian plak dan sijil kepada murid-murid khatam

Al-Quran. Pada tahun ini seramai 30 orang berjaya khatam Al-Quran. Majlis dengan ini

mempersilakan dengan segala hormatnya YgBerusaha........................, GPK Koko SK Bandar

Penawar diiringi oleh Yg Berusaha ................................ bagi menyempurnakan

majlis. Dengan segala hormatnya dipersilakan..

-PENYAMPAIAN SIJIL- rujuk nama peserta khatam

Hari redup udara pun nyaman,

Duduk berehat di taman kekwa,

Al-Quran dibaca jadi pedoman,

Pelita dunia menuju taqwa

Rasulullah SAW bersabda, “ Barang siapa membaca satu huruf dari Al-Quran, maka ia
mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan sama dengan sepuluh kali ganda. Justeru
itu, semoga majlis ini menjadi satu kesinambungan bagi menjadikan amalan membaca Al-
Quran sebagai satu budaya. Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh
keikhlasan akan membuahkan hasil dan diberkati Allah jua. InsyaAllah

6. Penyampaian sumbangan Hari Raya kp anak2 yatim dan murid kurang berkemampuan.

Hadirin yang dihormati seklian..

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim
dan murid kurang berkemampuan SKBP...

rujuk senarai nama...

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berusaha ............. kerana sudi

menyempurnakan majlis.
8. Penutup

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.Dengan berakhirnya majlis penyampaian

cenderamata berkenaan maka Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 20023

menutup tirai. Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih

tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Tidak

lupa, tahniah juga kepada semua murid yang berjaya Khatam Al-Quran dengan jayanya

Akhirnya yang baik adalah datangnya dari Allah jua dan segala kekurangan adalah dari

kelemahan kami jua. Diizinkan Allah bertemu lagi di tahun hadapan. Saya sudahi majlis dengan

lafaz yang mulia...Wabillah....

You might also like