You are on page 1of 9

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN
DEKLAMASI PUISI (SAJAK DAN SYAIR)
KO-AKADEMIK PRAUNIVERSITI (KOPRA-U)
PERINGKAT NEGERI SABAH
2023

Anjuran
JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH

dengan kerjasama
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINABATANGAN
PUSAT TINGKATAN ENAM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GARAM, KINABATANGAN

1
KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI PRAUNIVERSITI


PERINGKAT NEGERI SABAH 2023

(KATEGORI DEKLAMASI SAJAK DAN SYAIR)

1. LATAR BELAKANG

1.1 Deklamasi puisi ialah satu persembahan seni pentas yang amat popular dalam
kalangan penggiat sastera. Perkataan deklamasi berasal daripada bahasa Latin
yang bermaksud “declamare” atau “declaim” yang membawa makna membaca
sesuatu hasil sastera yang berbentuk puisi dengan lagu atau gerak tubuh
sebagai aset dan alat bantu. Dengan kata lain, deklamasi puisi ialah pembacaan
puisi yang membabitkan suara, sebutan, nada, intonasi, mimik muka, gerak
badan dan sebagainya.

1.2 Kegiatan deklamasi puisi banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti sekolah,
institusi pengajian tinggi, jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan dan organisasi
tertentu termasuk DBP, sama ada bersempena majlis tertentu ataupun dalam
bentuk sayembara/pertandingan.

2. OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi puisi.

2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk


mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera, sekali gus
membina keterampilan dan jati diri bangsa.

2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu khususnya
puisi.

2
3. SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Penyertaan

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang sedang


belajar di Kolej Tingkatan Enam dan Pusat Tingkatan Enam di seluruh negeri
Sabah

3.2 Syarat Tambahan Pertandingan dalam talian.

3.2.1 Sajak dan syair yang dihantar dan dirakam tidak boleh menyentuh
sensitiviti kaum, tiada unsur subversif atau apa-apa yang sensitif kepada
mana-mana pihak.
3.2.2 Peserta boleh memilih salah satu tajuk sajak dan syair yang disediakan
oleh penganjur.
3.2.3 Sajak dan Syair hendaklah dirakam secara melintang dalam format AVI
atau MP4 dengan resolusi 1080P/720P dan dihantar dalam bentuk
pautan kepada penganjur oleh peserta tanpa iringan muzik.
3.2.4 Suntingan audio dan video tidak dibenarkan.
3.2.5 Durasi video (sajak dan syair) adalah antara lima (5) hingga tujuh (7)
minit sahaja.
3.2.6 Rakaman video yang telah dirakam hendaklah dimuat naik dalam google
form dan dihantar kepada Pegawai Teknikal atau e-melkan ke alamat
yang diberikan.
3.2.7 Setiap peserta hendaklah menghantar borang penyertaan yang lengkap
bersama-sama dengan rakaman video (melalui e-mel) atau google form.
Peserta dikehendaki berpakaian sekolah yang lengkap / pakaian
kebangsaan.
3.2.8 Tarikh penghantaran video berdasarkan arahan yang akan ditentukan
kelak.
3.2.9 Pihak JPN akan membuat penjurian selepas tarikh tutup. Keputusan
hakim adalah muktamad.
3.2.10 Lima (5) peserta terbaik akan dihubungi oleh JPN atau penganjur untuk
pusingan akhir secara bersemuka di Pejabat Pendidikan Daerah
Kinabatangan.

3
4. PEMILIHAN SAJAK

4.1 Penganjur pertandingan akan menyediakan teks sajak yang akan dipilih oleh
peserta.

4.2 Senarai sajak pilihan adalah seperti yang berikut:

Bil. Judul Penulis


1. Suara Dari Pusara Usman Awang
2. Alam Telah Betul Rahman Shaari
3. Ingatan Adalah Musuhmu Yang Setia Latif Mohidin
4. Balada Langit Tua Manusia Sengketa Usman Awang
5. Harga Sejarah Rahman Shaari
6. Suara Dari Masyarakat Burung kepada
Usman Awang
Datuk Bandar
7. Hari Terakhir Sebuah Hutan Muhammad Haji Salleh
8. Bacalah Dalam Bahasamu Baha Zain
9. Bahasa Kita Abizai
10. Ingatan Kepada Kawan “XXIV” Zaen Kasturi
11. Haruman Seribu Mawar Jasni Matlani
12. Mencintai Tanah Ini Lim Swee Tin
13. Gurindam Alamku Musnah A. Aziz Deraman
14. Negeri Ini, Anak Marsli N.O.
15. Puteri Kuala Lumpur Ahmad Sarju
16. Perempuan Itu Kehilangan Ahmad Sarju
17. Kembalilah Kepada Perpaduan Ahmad Sarju
18. Perjalanan Ahmad Sarju

4.3 Peserta bebas memilih sajak yang telah disenaraikan oleh penganjur untuk
pertandingan peringkat negeri.

4.4 Penyampaian sajak selain daripada sajak yang disenaraikan akan


menyebabkan penyertaan peserta terbatal.

4
5. PEMILIHAN SYAIR

5.1 Tema syair pilihan adalah seperti berikut :


• Syair Cerita
• Syair Kiasan
• Syair Ilmu
• Syair Nasihat
• Syair Semangat Patriotik
• Syair Alam Sekitar

5.2 Tema tidak boleh dijadikan sebagai tajuk syair dan penyampaian syair perlu
menepati tema yang ditetapkan.
5.3 Peserta akan mendendangkan syair berdasarkan pilihan irama seperti berikut:
• Irama Selendang Delima
• Irama Tuk Kenali
• Irama Perantau
• Irama Narasi
• Irama Mayang
• Irama Batu Belah
• Irama Hiasan
• Irama Perindu
• Irama Dodoi
• Irama Dandan Setia

5.4 Peserta wajib menghafal kesemua rangkap tersebut.


5.5 Peserta hendaklah menyatakan tajuk, pencipta dan irama syair sebelum
melagukan syair mereka.

6. PERATURAN PERTANDINGAN

6.1 Peserta pada peringkat negeri hendaklah memilih dan mendeklamasikan sajak atau
mendendangkan syair mengikut senarai sajak dan tema syair yang telah diberikan
oleh pihak penganjur.
6.2 Peserta yang menjadi johan pertandingan pada peringkat daerah layak menyertai
pertandingan peringkat negeri.

5
6.3 Peserta tidak dibenarkan menggunakan alat bantu atau sebarang peralatan muzik
termasuk pita rakaman semasa mendeklamasikan sajak atau syair.
6.4 Perlakuan yang kurang sopan semasa di dalam rakaman atau di atas pentas adalah
dilarang.
6.5 Peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas akan dibatalkan
penyertaannya serta-merta.

7. HADIAH

Peringkat Negeri Sabah :

Johan : Trofi, Hamper & Sijil Penghargaan


Naib Johan : Trofi, Hamper & Sijil Penghargaan
Ketiga : Trofi, Hamper & Sijil Penghargaan
Sagu Hati 4&5 : Sijil Penghargaan

8. HAKIM

8.1 Tiga orang hakim akan menghakimi pertandingan peringkat daerah/negeri dan
peringkat kebangsaan, termasuk ketua hakim.
8.2 Hakim pertandingan peringkat negeri boleh terdiri daripada guru bahasa Melayu,
guru Sastera, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah dan pegawai Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah.
8.3 Panel hakim tidak akan terpengaruh dengan keadaan latar tempat rakaman dan
reaksi emosi/tepuk sorak penyokong.
8.4 Panel hakim tidak akan memilih peserta yang membaca nota/teks, menyentuh isu
sensitif, membuat perlakuan/menggunakan bahasa yang kurang sopan sebagai
pemenang.
8.5 Panel hakim akan memerhatikan mimik muka, sama ada peserta memaparkan
wajah yang penuh yakin, atau dibuat-buat. Mimik muka itu hendaklah bersesuaian
dengan tema sajak dan syair.
8.6 Panel hakim juga akan memerhatikan mata peserta bagi melihat keyakinan peserta
ketika mendeklamasikan sajak atau mendendangkan syair.
8.7 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan tidak boleh dirayu

6
9. ASPEK PENILAIAN

9.1 Deklamasi Sajak

Aspek penilaian deklamasi sajak meliputi suara (70%) serta gaya dan teknik (30%).
Butiran penilaian dalam persembahan deklamasi sajak adalah seperti yang berikut:

ASPEK SUARA (70%) GAYA DAN TEKNIK (30%)

PENILAIAN Vokal Intonasi Nada Artikulasi Kelancaran Penghayatan/Mimik Penampilan/


Muka/Bahasa Tubuh Ketertiban

MARKAH 15 15 20 10 10 20 10

9.2 Dendangan Syair

Aspek penilaian dendangan syair meliputi suara (70%) serta gaya dan teknik (30%).
Butiran penilaian dalam persembahan dendangan syair adalah seperti yang berikut:

ASPEK SUARA (70%) GAYA DAN TEKNIK (30%)

PENILAIAN Irama Vokal Artikulasi Kelancaran Penghayatan/Mimik Kelembut Penampilan/


Muka/Bahasa an/kemani Ketertiban
Tubuh san

MARKAH 30 20 10 10 15 5 10

10 PANDUAN KEPADA PESERTA

10.1 Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian dengan
tema sajak/syair.

10.2 Peserta yang yakin akan menumpukan pandangan matanya kepada kamera dan
penonton, manakala peserta yang tidak yakin pandangan matanya akan lari ke atas
atau ke lantai pentas. Oleh itu, peserta perlu berani memandang kamera dan wajah
penonton.

10.3 Peserta digalakkan untuk menghafal dan menghayati sajak/syair yang ingin
dideklamasikan daripada membaca teks puisi tersebut. Markah akan dipotong jika
melihat teks puisi secara berterusan.

7
11 KELEMAHAN DAN PEMOTONGAN MARKAH

Markah yang diberikan untuk aspek-aspek yang dinyatakan di atas akan muktamad
jika tiada kelemahan dalam deklamasi puisi. Markah akan dipotong jika terdapat
kelemahan-kelemahan seperti yang dinyatakan di bawah ini. Jumlah markah yang
akan dipotong tertakluk pada seriusnya kelemahan itu.

11.1 Ketersasulan.
Tersalah perkataan berbeza daripada tersasul, kerana dalam hal tersalah
perkataan, tiada pembetulan dibuat. Peserta mungkin tidak menyedari
kesalahan itu, dan mungkin juga membiarkannya demi menjaga kelancaran.
Pemotongan untuk kesalahan begini tertakluk kepada kesannya. Jika
perkataan “telah” disebut “tidak”, maka makna keseluruhan puisi akan
berubah. Jika perkataan “tidak” itu disebut “tiada”, makna keseluruhan
sajak itu tidak akan berubah.

11.2 Tertinggal Bahagian Tertentu.


Peserta yang kurang menghafal, atau yang gentar di hadapan khalayak,
mungkin tertinggal baris tertentu. Ada yang tertinggal terus, dan ada yang
teringat kemudian lalu disebutkan. Hal ini menyebabkan bentuk puisi itu
berubah. Oleh sebab kesannya besar, maka markah yang dipotong akan
tertakluk kepada jumlah baris yang tertinggal itu.

11.3 Perlakuan Negatif di depan kamera atau pentas.


Perbuatan peserta yang menunjukkan sikap tidak profesional di depan
kamera dan atas pentas akan menyebabkan markah dipotong.

11.4 Membaca teks.


Peserta yang membaca nota atau teks akan dipotong markah.

12 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

12.1 Peringkat Negeri Sabah


a) Tarikh : 30 Oktober – 24 November 2023.
b) Tempat :
(Pusingan Saringan) Rakaman Video Secara Dalam Talian
(Pusingan akhir) Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan

8
13 JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI SABAH

13.1 Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Negeri Sabah dipengerusikan


oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan jawatankuasa induk ialah
pensyarah Pusat Tingkatan Enam SMK Bukit Garam, Kinabatangan.

13.2 Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Negeri Sabah berhak membuat


keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara
yang tidak diingini demi memastikan kelancaran pertandingan pada satu-satu
masa.

14. AM

14.1 Sebarang pindaan dan perubahan terhadap konsep pertandingan ini tertakluk
kepada pertimbangan pihak penganjur.

1.2 Sebarang tafsiran terhadap konsep pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada
pihak penganjur

Sebarang pertanyaan dan rujukan bolehlah merujuk kepada:

Kasmah Ramzali,
Penolong Kanan Tingkatan Enam,
SMK Bukit Garam,
W.D.T 12, 90200 Kota Kinabatangan, Sabah.
No. Tel.: 089 561909 /
No. Faks: 089 561386
E-Mel :

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Pertandingan Deklamasi Puisi Peringkat Negeri Sabah,


Pusat Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Garam,
W.D.T 12, 90200 Kota Kinabatangan,
Sabah.
September 2023.

You might also like