You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA

MATEMATIK, SAINS, BAHASA IBAN DAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


BIL 1 2022/2023
TARIKH : 22 MAC 2022
MASA : 3.00 PETANG
KEHADIRAN : SEMUA GURU
TEMPAT : BILIK ASPIRASI SKTG
KEHADIRAN :
PANITIA MATEMATIK, SAINS DAN REKA BENTUK & TEKNOLOGI

1. ENCIK JARAEE BIN JAHARI ( GURU BESAR )


2. ENCIK MOHAMAD HANIF NAWI ( PENOLONG KANAN 1)
3. ENCIK MARTIN RUNDANG NYANAU ( PENOLONG KANAN HEM)
4. CIK JENNIFER ANAK RICKY
5. CIK NUR’ZAHRA BINTI SU’AIDI

AGENDA :
1. Ucapan Guru Besar
2. Perutusan pengerusi
3. Pengesahan minit mesyuarat lalu
4. Perkara- perkara berbangkit
5. Pembentangan kertas kerja/isu/laporan

5.1 Perlantikan Jawatankuasa


5.2 Agihan Belanja Mengurus Kewangan Panitia
5.3 Perancangan Strategik panitia
5.4 Penggubalan RPT
5.5 Buku Rekod Mengajar
5.6 Penulisan RPH
5.7 Penetapan jumlah buku latihan
5.8 Agihan latihan
5.9 Semakan latihan dan buku latihan
5.10 Pencerapan
5.11 PBD
5.12 PLC

6.0 Laporan/aktiviti Panitia


7. Hal - hal lain
8. Penutupan
1.0 Ucapan Guru Besar

Encik Jaraee Bin Jahari selaku guru besar mengucapkan selamat petang dan
selamat datang ke mesyuarat panitia bilangan 1 bagi tahun 2022/2023. Beliau
mengucapkan taniah kepada semua panitia atas aktiviti yang telah dilaksanakan
sepanjang tahun 2022 yang lepas. Beliau mengharapkan setiap panitia dapat
merancang aktiviti dan manafaatkan peruntukan yang akan diagihkan kepada setiap
panitia sepenuhnya.

2.0 Perutusan Pengerusi

Encik Mohamad Hanif Nawi selaku pengerusi mengucapkan selamat datang ke mesyuarat
panitia bilangan 1 2022/2023 yang mencantumkan 3 panitia iaitu panitia sains, matematik
dan Reka Bentuk & Teknologi. Beliau mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua
panitia sepanjang merancang dan melaksanakan panitia dengan baik pada tahun 2021/2022
walaupun di musim pandemik covid 19 dan PDPR. Beliau mengharapkan semua panitia
tahun 2022/2023 boleh merancang aktiviti panitia lebih sistematik dengan peruntukkan yang
akan diagihkan nanti.

3.0 Pengesahan minit mesyuarat lalu

Minit mesyuarat yang lepas dibentangkan kepada semua yang terlibat. Pengesahan
telah dibuat oleh Puan Nur’ Zahra Binti Su’adi dan disokong oleh En. Martin
Rundang Nyanau.

4.0 Perkara- perkara berbangkit


Perkara berbangkit
5.7 Penetapan buku latihan
Pastikan murid menggunakan buku yang betul.

5.0 Pembentangan kertas kerja/isu/laporan

5.1 Perlantikan Jawatankuasa

Cantum Panitia

Penasihat : En Jaraee Bin Jahari


Pengerusi : En Mohammad Hanif Nawi
Setiausaha : Puan Jennifer Anak Ricky
Ahli : Puan Nur’ Zahra Binti Su’adi
Encik Martin Rundang Nyanau

Ketua Panitia Guru


1. Sains : En. Martin Rundang Nyanau
2. Matematik : En Mohammad Hanif Nawi
3. Reka Bentuk dan Teknologi : En Mohammad Hanif Nawi
4. Bahasa Iban : En Martin Rundang Nyanau
5.2 Agihan Belanja Mengurus Kewangan Panitia

Setiap panitia akan diagihkan sumber kewangan mengikut peruntukan yang telah
ditetapkan. Setiap guru dalam Panitia Sains,Matematik dan Reka bentuk dan
Teknologi mohon untuk membelanjakan peruntukan untuk membeli barangan panitia
mengikut kesesuaian semasa berdasarkan aktiviti dan keperluan panitia. Panitia
diminta merekod pembelian, penyimpanan dan penggunaan barangan panitia.
Pengagihan peruntukkan kali ini dibahagikan 2 semester dan semester pertama 70%
dan semester 2 30%.
Tindakan semua guru panitia
5.3 Perancangan Strategik panitia

Guru matapelajaran diingatkan untuk fokus kepada perancangan bagi meningkatkan


prestasi murid bagi tahun semasa berdasarkan TOV hujung tahun 2023. Panitia
disarankan oleh guru besar untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu aktiviti
setahun bagi setiap panitia atau secara bersama dengan panitia lain.

Tindakan semua guru panitia

5.4 Penggubalan RPT

Guru panitia memastikan semua guru mata pelajaran mennyediakan RPT mengikut
kesesuaian pembelajaran sepanjang sesi tahun 2022/2023. RPT yang disediakan boleh
diletakkan dalam google drive menggunakan QR code untuk memudahkan diakses dan QR
code dicetakkan dan diletakkan dalam fail Panitia. Semua panita memutuskan sebulat suara
Rancangan Pengajaran Tahunan untuk kelas bercantum tidak digabungkan cara penulisan
kecuali penulisan Rancangan Pengajaran Harian.

Tindakan semua guru mata pelajaran

5.5 Buku Rekod Mengajar

Buku rekod mengajar guru ditukar dengan sistem ERPH menggunakan google classroom. Ini
adalah satu pembaharuan sistem SK Telok Gelam. Penghantaran ERPH adalah setiap hari
jumaat secara online. Ini boleh menggurangkan penggunaan kertas.

Tindakan semua guru mata pelajaran

5.6 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian

Pengerusi mengatakan bahawa Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi setiap
panitia harus seragam. Ketua panitia harus menyediakan template standard untuk panitia
masing- masing kepada guru mata pelajaran supaya penulisan RPH lebih sistematik dan
tersusun.
Tindakan semua guru mata pelajaran

5.7 Penetapan jumlah buku latihan

Pengerusi mengatakan bahawa penetapan jumlah buku latihan kepada murid tahun 1 hingga
tahun 6 ialah 1 mata pelajaran hanya 2 buku latihan. Murid tahap 1 pula mempunyai buku
kerja daripada KPM manakala tahap 2 tiada buku kerja tambahan. Penetapan jumlah buku
latihan ini bertujuan untuk mengurangkan beban murid membawa beg berat ke sekolah.

Tindakan semua guru mata pelajaran

5.8 Agihan latihan

Agihan latihan untuk murid hanya diberi didalam kelas dan disiapkan semasa sesi waktu
mata pelajaran tersebut. Murid tidak digalakkan diberi kerja sekolah tambahan oleh guru
untuk dibuat selepas waktu sekolah. Pastikan murid mengikuti pembelajaran sepenuhnya
sepanjang sesi PDPC di dalam kelas.

Tindakan semua guru mata pelajaran

5.9 Semakan Latihan dan Buku Latihan

Buku latihan murid perlu dihantar kepada guru besar atau penolong kanan 1 untuk semakan
latihan dan buku latihan. Semakan buku latihan murid dibuat dua kali setahun. Jadual tarikh
penghantaran akan diedarkan nanti.

Tindakan semua guru mata pelajaran

5.10 Pencerapan

Pencerapan dilaksanakan berdasarkan pencerapan kendiri. Guru diminta untuk mengisi


borang pencerapan dan diserahkan semula kepada Penolong kanan. Pencerapan seterusnya
dilaksanakan dengan memilih subjek teras dan guru akan dicerap oleh pentadbir bermula
bulan Mei.
Tindakan semua guru mata pelajaran

5.11 Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD)

Pentaksiran Bilik darjah ( PBD) disi dua kali setahun iaitu semester 1 dan semester 2. Tahap
penguasaan murid diberikan berdasarkan tahap penguasaan yang mereka layak perolehi
daripada Tahap penguasaan 1-6. Tahap penguasaan murid tidak boleh diturunkan tetapi
boleh dikekalkan semasa pengisian tahap penguasaan sepanjang tahun.

Tindakan semua guru mata pelajaran


5.12 PLC
PLC diadakan semasa mesyuarat panitia. Pelbagai cara penyampaian PLC kepada guru - guru
untuk membantu guru dalam pdpc.

6.0 Laporan/aktiviti Panitia


Aktiviti panitia pertama dicadangkan dilaksanakan pada 31 Mei 2022 bergabung bersama
panitia sains, matematik dan Reka Bentuk dan Teknologi.

Tindakan semua guru panitia

7.0 Hal - hal lain

Penyusunan jadual waktu padat kerana sekolah kekurangan guru dan KPM menetapkan
sehari hanya 4 mata pelajaran sahaja. Ini bertujuan membantu mengurangkan beban murid
membawa buku banyak ke sekolah.

Makluman kepada semua guru daripada pengerusi

Agihan peruntukan khas sekolah

1. Pusat Sumber RM1,050.00


2. Bantuan Kaunseling RM350.00
3. Sukan RM140.00
4. BKPS RM289.00
5. Kokurikulum RM33.60
6. Kokurikulum Asrama RM168.00
7. Kertas RM108.00
Makluman kepada semua guru daripada pengerusi

Hidupkan semula HIP sekolah dan rancang aktiviti sesuai untuk murid dan sekolah sepanjang
tahun 2022/2023.

Makluman kepada semua guru daripada pengerusi

8.0 Penutupan
Segala keputusan Mesyuarat akan dibuat semakan semula dan ditangguhkan
pada pukul 1.20 petang.
DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH, DISAHKAN OLEH,

( JENNIFER ANAK RICKY) (MOHAMAD HANIF NAWI) ( JARAEE BIN JAHARI)


SU Panitia , PENOLONG KANAN GURU BESAR
SK TELOK GELAM DARO. SK TELOK GELAM, DARO SK TELOK GELAM, DARO

You might also like