You are on page 1of 21

Ceria Dapur

asnaf 2023
PERTUBUHAN KEBAJIKAN NIQ EHSAN MALAYSIA
Ceria Dapur
asnaf 2023
Pertubuhan
PERTUBUHAN KEBAJIKAN NIQ EHSAN MALAYSIA
PPM - 022 – 05 - 14072020

Tarikh
JULAI – DISEMBER 2023

Tempat
SEKITAR KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

Disediakan Oleh
PKNEM
Pengenalan
Program yang dijenamakan dengan nama Ceria Dapur Asnaf 2023 ini merupakan julungkali
diadakan untuk program kebajikan tahunan yang dilaksanakan oleh PERTUBUHAN KEBAJIKAN
NIQ EHSAN MALAYSIA ( PKNEM ) pihak bagi meringankan sedikit bebanan serta menceriakan
penerima sumbangan yang terdiri daripada golongan B40, fakir miskin dan asnaf. Infaq Asnaf 2023
yang kini menjangkau tahun kedua penganjurannya ini bukan sahaja berjaya mencapai cakupan
sasaran penerima sumbangan yang semakin luas setiap tahun bahkan telah melibatkan kerjasama
syarikat-syarikat korporat dan badan bukan kerajaan serta persatuan mahasiswa di institusi pengajian
tinggi juga.

Berbekalkan prestasi penganjuran Infaq Asnaf tahun lalu serta pengalaman yang ada, PKNEM akan
meluaskan cakupan sasaran penerima sumbangan pada program ini dengan 200 keluarag asnaf
pada setiap bulan kali ini kepada beberapa lokasi komuniti sekitar kuala lumpur dan selangor yang
memerlukan disamping lokasi-lokasi tempatan tetap menjadi keutamaan PKNEM
Penaung

Dato’ Khadijah Ibrahim


PERTUBUHAN KEBAJIKAN NIQ EHSAN MALAYSIA
Biodata Penaung
Dato’ Khadijah Ibrahim (juga dieja sebagai Khaty Ibrahim dan Khatijah Ibrahim)
merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang terkenal dari Malaysia. Dilahirkan pada 19
Januari 1960, beliau telah mula muncul sebagai artis ketika berusia 19 tahun setelah
mengikuti jejak langkah abangnya, Latif Ibrahim (Allahyarham) dan kakaknya, Sophia
Ibrahim. "Kupendam Sebuah Duka" merupakan sebuah lagu yang telah menaikkan nama
beliau ke dunia seni hiburan di Malaysia. Beliau juga pernah merakamkan lagu yang
istimewa hasil ciptaan Datuk Ahmad Nawab seperti lagu "NAM Shall Lead The Way" (untuk
Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali - NAM XIII) dan lagu "Malaysia Truly
Asia" (pernah dirakamkan juga oleh artis lain di dalam bahasa utama dunia).

Khatijah Ibrahim juga adalah salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan
album solo di setiap 4 dekad berturut selain M Nasir, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Ramlah
Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza Idris. Khadijah Ibrahim menerima Darjah
Kebesaran – DARJAH INDERA MAHKOTA PAHANG PERINGKAT KE 2 (DIMP) – Dato’ pada
tahun 2009.
Latarbelakang Pertubuhan
• Pertubuhan Kebajikan Niq Ehsan Malaysia (PPM-022-05-14072020) yang beralamat
Block B-2-9 Plaza DwiTasik, Bandar Sri Permaisuri 56000 Kuala Lumpur atau ringkasnya
“PKNEM” adalah satu badan organisasi bukan Kerajaan (NGO) yang bebas dan tidak
berasaskan keuntungan, bukan politik serta merupakan Pertubuhan Kebajikan
sepenuhnya. Ia ditubuhkan pada 14 Julai 2020 untuk memberi khidmat bantuan dan
pembangunan di seluruh Malaysia.

• PKNEM dinaungi oleh Ybhg Dato’ Khadijah Binti Ibrahim dan dipengerusikan oleh Tuan
Akhmarulizam Bin Hj Ahmad bagi menjalankan kerja-kerja amal, kebajikan dan
pembangunan yang menyumbang ekonomi masyarakat luar bandar untuk mencapai
matlamat Pertubuhan.

• PKNEM bekerja rapat dengan kerajaan, badan bukan kerajaan di peringkat negeri serta
kebangsaan dan korporat dalam memberikan maklumat, pendidikan , perlindungan
kebajikan pembangunan ekonomi khusus kepada masyarakat Malaysia dan akan
mengadakan aktiviti-aktiviti berkaitan dangan pertubuhan.
Ahli Jawatankuasa
BIL JAWATAN NAMA
1. Penaung Dato’ Khadijah Binti Ibrahim
2. Penasihat YM Tengku Sadhana Binti YM Tengku Mohd Tahir
3. Pengerusi Akhmarulizam Bin Haji Ahmad
4. Timbalan Pengerusi Ikhzal Azfarel Bin Ideris
5. Setiausaha Agong Mohd Haffizan Bin Alimudin
6. Setiausaha Kerja Rozarudin Bin Mohd Zakuan
7. Setiausaha Akhbar Cik Khadijah Binti Ibrahim
8. Penolong Setiausaha Muhammad Hamdan Bin Anuar
9. Bendahari Muhammad Akmal Bin Al Malek
10. Penolong Bendahari Aidiel Shahputera Bin Baharom

11. Ahli Jawatankuasa Muhamad Jasmin Bin Samoto

12. Ahli Jawatankuasa Sheikh Mohd Qayyum Shafiq Bin Sheikh Mohd Nizam

13. Ahli Jawatankuasa Muhammad Azib Bin Al Malek


SIJIL ROS
Objektif
1. Membuktikan keprihatian kepada golongan yang kurang bernasib baik
iaitu masyarakat yang miskin.

2. Melatih masyarakat bersedekah di menjelang dan mampu


mengaplikasikan amalan mulia ini dalam kehidupan seharian.

3. Memberi keperluan dapur kepada 100 ke 200 keluarga asnaf setiap


bulan.

3. Merapatkan hubungan silaturahim di kalangan masyarakatan.


Sasaran
Seramai 200 orang penerima sumbangan (bernilai RM 143 barangan makanan) setiap
bulan yang diambil dari persatuan penduduk, disasarkan pada Ceria Dapur Asnaf 2023
yang terdiri daripada kalangan ahli keluarga fakir dan miskin, B40, anak-anak yatim dan
ibu-ibu tunggal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Kategori Penerima
Keluarga yang tidak berupaya akibat sakit dan sebagainya

Keluarga yang berpendapatan kurang RM 1,500.00 ( jika anak ramai )

Keluarga yang ada tanggungan OKU dan kurang pendapatan

Warga Emas

Keluarga OKU

Golongan Keluarga B40 / Miskin

Asnaf / ibu tunggal


Kategori Penerima
BIL PERKARA HARGA (RM) KUANTITI JUMLAH (RM)

1 Beras 10kg 28.00


Makanan Kering (Bihun,
Tepung, Gula ,Garam,
2 Susu,Telor, Cili Sos, Ikan 60.00
Masin, Bawang, Kordial, 200 23,200.00
Milo, Ketupat)
5 Minyak masak 18.00
6 Kotak / Sticker 10.00
7 Operasi Pembungkusan 2,000.00
8 Kenderaan / Sukerelawan 3,500.00

Jumlah 28,700.00
Galeri
Galeri
Galeri
Galeri
Galeri
Galeri
Maklumat Pertubuhan
Nama : PERTUBUHAN KEBAJIKAN NIQ EHSAN MALAYSIA
No. Pendaftaran : PPM-022-05-14072020
Penaung : DATO’ KHADIJAH BINTI IBRAHIM
Pengerusi : AKHMARULIZAM HAJI AHMAD
Alamat Surat : B-2-9, PLAZA DWITASIK, BANDAR SRI PERMAISURI, 56000 KUALA LUMPUR
No Telefon : 010 217 3870
Email : pknem.my@gmail.com
Bank : AGRO BANK Cawangan Bandar sri Permaisuri
No. Akaun : 1007401000022361
Kesimpulan
Semoga projek Ceria Dapur Asnaf 2023, ini salah satu Program Tahunan menjadi bukti momentum keprihatinan
masyarakat di Malaysia yang berterusan tanpa mengira latar belakang diri dalam menghulurkan sumbangan serta
mampu meringankan sedikit kesusahan yang dialami oleh golongan yang kurang bernasib baik seperti asnaf dan
fakir miskin. Disamping itu, diharapkan usaha sebegini akan mendekatkan lagi para penyumbang kepada taqwa serta
penghayatan sebenar dalam membantu masyarakat yang memerlukan.
Sekian, Terima Kasih

Keluarga Kita, Malaysia Madani

Hakcipta Terpelihara - Dibawah Akta Hakcipta 1987 Malaysia, tidak dibenarkan mencetak kembali, membuat
salinan atau menggunakan kertas cadangan dan logo yang dipamerkan untuk pengunaan komersial atau
penjualan kerana ia adalah Harta Intelek PERTUBUHAN KEBAJIKAN NIQ EHSAN MALAYSIA. Dan sesiapa yang
melanggar peraturan tersebut akan diambil tindakan oleh pihak berwajib.

You might also like