You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN

MAJLIS PERASMIAN
KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA KALI KE-36
SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN BAHARU

1 Terima kasih saudara dan saudari pengacara majlis.

1. Yang Berusaha, Encik Ahmad Tarmizi bin Sharif


Guru Besar SK Pengkalan Baharu

2. Yang Berusaha, Encik Ahmad Rizal bin Rusli


YDP Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK)

3. Yang Berbahagia Cik Chin Yiew Kin


Ahli Majlis Daerah Kampar

4. Yang Berbahagia Encik Abdul Hamid Nasution bin Ismed Junaidi


Ahli Majlis Daerah Batu Gajah

5. Yang Berbahagia Encik Khairul Salleh bin Mat Isa


Ahli Majlis Daerah Batu Gajah

6. Yang Berusaha Barisan Pentadbir SK Pengkalan Baharu

7. Yang Berusaha Warga Guru SK Pengkalan Baharu dan Barisan AJK PIBK
SK Pengkalan

8. Yang Berusaha En Hasanin, mantan Ketua Kampung Kampung Kepayang

9. Yang Berusaha Guru Besar dan Penolong Kanan Sekolah Jemputan

10. Barisan urusetia dan jawatankuasa pelaksana

11. Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian

2 Salam Sejahtera dan Salam MADANI.

3 Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Sekolah


Kebangsaan Pengkalan Baharu dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan
Komuniti (PIBK) SK Pengkalan Baharu selaku penganjur bersama kerana telah
berjaya menganjurkan Kejohanan Sukan dan Olahraga Kali Ke-36 pada hari ini.
Saya turut berbesar hati dan berbangga kerana dijemput seterusnya diberi
penghormatan untuk menyampaikan sedikit amanat dan seterusnya merasmikan
Kejohanan Sukan dan Olahraga SK Pengkalan Baharu kali ke-36 pada pagi ini.

4 Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan


yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama hadir menjayakan program ini.
Kepada semua jabatan dan agensi yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung, sesungguhnya kehadiran dan penglibatan tuan/puan
menunjukkan kesungguhan dan komitmen dalam menyahut seruan Kerajaan
untuk menerapkan semangat kesukanan dalam diri murid.
5 Para hadirin yang saya muliakan,

Sukan adalah sebahagian daripada agenda nasional yang mampu


menyemarakkan semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Sukan mampu menjadi wadah penting dalam usaha kita untuk membentuk
sebuah Keluarga Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.

6 Sejak berdekad lamanya, sukan telah mengajar kita untuk menyelami erti
perpaduan, bekerjasama dan menanam rasa cinta kepada negara. Sukan telah
mengikat kita sebagai bangsa yang tebal dengan nilai-nilai kasih sayang. Sukan
telah menyatukan kita merentasi garis-garis kaum dan agama.

7 Jangan sesekali kita mencemarkan keindahan dan kedamaian sukan dengan


elemen atau pandangan negatif. Jadikanlah sukan sebagai jambatan untuk kita
lebih bersatu padu dan saling memahami. Jadikan sukan sebagai pentas untuk
kita sama-sama mengharumkan nama negara.

8 Pencapaian cemerlang atlet negara di Sukan Asia Hangzhou 2022 baru-baru ini
merupakan bukti kejayaan Malaysia di arena sukan antarabangsa. Semangat
seperti ini yang kita perlukan sebagai pendorong kepada pembudayaan dan
pembangunan sukan secara menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi.

9 Seperti semua sedia maklum, beberapa orang atlet negara telah berjaya meraih
pingat di Sukan Asia Hangzhou 2022. Antaranya, Azeem Fahmi yang telah
menyumbang pingat gangsa buat Malaysia dalam acara akhir 100 meter.
Kejayaan beliau amat bermakna buat kita semua kerana beliau merupakan anak
watan negeri Perak .

10 Saya berharap dengan pencapaian beliau menjadi pembakar semangat


terutamanya kepada anak-anak muda bahawa sukan adalah kerjaya yang
mampu menjamin masa depan dan akhirnya akan menyumbang kepada ekonomi
diri, keluarga dan negara.

11 Hadirin yang dikasihi sekalian,

Saya memohon semua pihak untuk bersama-sama menyokong sebarang bentuk


aktiviti kesukanan yang diadakan sama ada di dalam atau di luar kawasan
sekolah. Ayuh semua, marilah kita bersukan untuk kesihatan, bersukanlah demi
perpaduan, kesejahteraan dan keharmonian kita bersama.

12 Akhir kata, saya merasmikan Kejohanan Sukan dan Olahraga Sekolah


Kebangsaan Pengkalan Baharu Kali ke- 36.

Sekian, terima kasih


Salutasi

Yang Berhormat,
Madam Sandrea Ng Shy Ching,
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak
Dun Teja

Yang Berbahagia,
Cik Chin Yiew Kin
Ahli Majlis Daerah Kampar

Yang Berbahagia
Encik Abdul Hamid Nasution bin Ismed Junaidi
Ahli Majlis Daerah Batu Gajah

Yang Berbahagia
Encik Khairul Salleh bin Mat Isa
Ahli Majlis Daerah Batu Gajah

Yang Berbahagia
Encik Ahmad Tarmizi bin Sharif
Guru Besar SK Pengkalan Baharu

Yang Berusaha
Encik Ahmad Rizal bin Rusli
YDP Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK)

Yang Berusaha
Barisan Pentadbir SK Pengkalan Baharu

Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Negeri Perak;

Pimpinan-pimpinan Masyarakat Setempat;

Barisan urusetia dan jawatankuasa pelaksana

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian

You might also like