You are on page 1of 18
DALAM MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA, DI WISMA PERKESO KUALA LUMPUR KES NO. 14/4-441/23 ANTARA Ching Suet Yeen (No. KIP: 78061 1-08-5796) »Pengadu / Pemohon DAN TE! Industries Sdn Bhd [Syarikat No : 0368220-K] -Responden / Syarikat JYAWAPAN TERHADAP PERNYATAAN TUNTUTAN PENGADU Pihak yang bertikai di hadapan mahkamah yang mulia ini adalah CHING SUET YEEN [ NO. K/P 780611-08-5796] beralamat di Lot 7178, Jalan BBN 1/1A, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan di sini selepas dirujuk sebagai Pengadu / Pemohon dan TE! INDUSTRIES SDN. BHD. beralamat di No. 10, Jalan Mega 3B, Taman Industry Mega, 43500 Semenyih, Selangor di sini selepas dirujuk sebagai Responden, Segala fakta-fakta yang dideposkan di sini adalah dalam pengetahuan Responden sendiri dan/atau daripada dokumen-dokumen yang ada dalam milikan peguamcara Responden atau milikan Responden dan yang Responden mempunyai akses sepenuhnya kecuali dinyatakan sebaliknya. Jika maklumat dan pengetahuan itu tidak bgrasakdaripada dokumen-dokumen tersebut, sumber maklumat dan pengetahuan itu adalah dari nasihat peguamcara Responden yang mana nasihat tersebut adalah dipercayai oleh Responden sebagai betul dan sah. Responden juga mengikrarkan PERNYATAAN KES ini bagi menyokong jawapan pernyataan tuntutan Responden di bawah Seksyen 13 (2) dan Seksyen 15 (2) Akta Perhuhungan Perusahaan 1967, Mahkamah Perusahaan Malaysia Industrial Court Of Malaysia (Ministry Of Human Resources). Merujuk kepada perenggan 5 Penyata Kes, pertikaian di hadapan Mahkamah Yang Mulia ini adalah mengenai dakwaan pemecatan salah Pihak Menuntut oleh Syarikat, yang didakwa tanpa sebab dan/atau alasan yang adil, Syarikat sebaliknya menolak bahawa penamatan Pihak Menuntut telah dilakukan secara sah dan dengan alasan yang gersang dan / atau alasan yang adil. Kecuali diakui secara nyata dan dinyatakan selepas ini, perenggan 9 Penyata Kes diterima mengenai sejarah pekerjaan Pihak Pengadu dengan Syarikat dan selebihnya dinafikan. Syarikat menyatakan bahawa peristiwa yang membawa kepada pemecatan pihak Pengadu adalah seperti berikut: Pertama sekali, Responden menafikan sekeras-kerasnya perenggan 11 bahawa Pengadu ditamatkan perkhidmatan dengan cara yang tidak adil dan tanpa alasan yang munasabah termasuk tappa.siasatan dalaman. Responden ingin menegaskan di sini bahawa Pengadu yang masih dalam tempoh percubaan telah ditamatkan dengan cara yang adil dan atas alasan-alasan yang munasabah seperti berikut:- Bayaran penamatan pekerjaan semasa tempoh percubaaan. Merujuk kepada surat perlantikan, Pengadu telah bersetuju dengan terma dalam surat perlantikan iaitu majikan berhak untuk menamatkan pekerjaan dengan memberi notis satu minggu semasa tempoh percubaan dan 1 bulan selepas pengesahan pekerjaan. Dalam surat penamantan majikan telah memberi pembayaran pemecatan dengan gaji 1 bulan, walaupun terma penamatan hanya 1 minggu. Ini juga dipersetujui oleh Pengadu dan ditandatangan oleh Pengadu. Jadi tiada sebab munasabah Pengadu membuat dakwaan terhadap majikan untuk penamatan pekerjaan tanpa sebab munasabah apabila pengadu telah menandatangani surat penamatan pekerjaan. Butiran sebab- sebab pengadu ditamatkan pekerjaan adalah seperti berikut: Prestasi yang tidak memuaskan Pegadu semasa dalam tempoh perkhidmatan engganitidak dapat/gagal memperolehi jualan (sales) yang memuaskan walaupun dengan bantuan Pengurus Jualan, En Bryan Fang memberikan kepada Pengadu pelanggan-pelanggannya yang sedia ada dan berkorgsi dengan Pengadu sebahagian komisyennya sebagai galakan dan insentif kepada Pengadu agar boleh meningkatkan prestasi Pengadu. Akan tetapi, Pengadu masih tidak dapat/gagal mendapatkan pelanggan baru (walaupun Pengadu dalam resumenya menyatakan bahawa Pengadu mempunyai latarbelakang, kemahiran dan pengalaman dalam kerja jualan). Pengadu walaupun telah diingatkan oleh En Bryan Fang mana satu pasaran seharusnya ditembusi tetapi Pengadu masih memilih untuk menembusi pasaran yang tidak sesuai atau bukan pasaran sasaran pihak majikan. Sesalinan ‘Sales Analysis Figures’ ditampirkan di sini dan ditandaken sebagai Lampiran “M-1” yang mana menunjukkan kesemua pelanggan di bawah Pengadu sebenarnya adalah pelanggan sedia ada daripada En Bryan Fang sahaja dan komunikasi Whatsapp dengan Pengadu memilih untuk menembusi pasaran yang tidak sesuai atau bukan pasaran sasaran pihak majikan untuk rujukan. Perangai dan sikap Pengadu yang tidak bertanggungjawab dan kurang ajar Adalah amalan pihak majikan bahawa jurujual seperti Pengadu hendaklah mengisi ‘Purchase Order’ bagi pihak pelanggan. Akan tetapi, Pengadu bukan sahaja tidak membuat kerja menurut amalan majikan atau kehendak pelanggan untuk mengisi ‘Purchase Order’ malah merungut kepada pelanggan. En. Bryan Fang menerima aduan dari pelanggan (seorang En Lai daripada Chungley Electrical Trading Sdn. memeningkan dia (penterjemahan). Ini telah menyebabkan pelanggan mengadu mengenai perangai dan sikap Pengadu yang tidak bertanggungjawab dan Kurang ajar. Dilampirkan di sini perbualan Whatsapp antara Pengadu dan pelanggan tersebut dan ditandakan sebagai Lampiran “M-2” untuk rujukan Puan. Rekod mel suara (voice mail) akan dibekalkan sekiranya perlu. En Bryan Fang telah berkali-kali menegur dan mengingatkan Pengadu agar menangani pelanggan-pelanggan dengan baik dan menurut amalan atau prosedur pihak majikan, tetapi Pengadu masih degil dan tidak/enggan berubah. Pengadu juga malas atau enggan mengangkat telefon En Bryan Fang pada hakikatnya Pengadu hendaklah melaporkan terus kepada En Bryan Fang sebagai Pengurus Jualan dan penasihat (mentor) kepada Pengadu. Perangai dan sikap Pengadu sedemikian adalah dianggap sesuatu yang merugikan (disservice) kepada pihak maiikan terutamanya kerana Pengadu diambil sebagai seorang jurujual yang berpengalaman yang seharusnya menjual produk dan menawarkan perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan. Responden melampirkan di sini perbualan antara En Bryan Fang dan Pengadu dan ditandakan sebagai Lampiran “M-3” untuk rujukan perbualan Whatsapp En Bryan Fang dengan Pengadu. Pada 10hb February 2022 Pengadu datang ke premis kerja Respondent selepas menghilangkan diri sejak 7hb February 2022 iaitu 3 hari berturut-turut. Pada masa yang sama pada 10hb February 2022, setelah Surat Penamatan Kerja diberikan kepada Pengadu yang mana Pengadu OKAY telah mengakui menerima dengan menandatangai ke atas surat tersebut dan, Pengadu terus tidak lagi melaporkan diri kepada majikan walaupun dalam surat tersebut notis satu (1) bulan diberikan dan hari terakhir bekerja Pengadu terjatuh pada 15/03/2022. Pada hakikatnya, Pengadu masih dibayar gaji untuk satu (1) bulan tersebut untuk penamatan Pekerjaan. Responden sesungguhnya percaya bahawa Pengadu tidak lagi melaporkan diri dari 7hb February 2022 hingga Shb February 2022 untuk tiga hari berturut —turut iaitu komunikasi induk Whatsapp terakhir antara Pengadu dan En. Bryan Fang dibuktikan, dengan perbuatan ini sahaja Pengadu telah dianggap melanggar akta perkerjaan 1955 seksyen 15(2) dan 13(2). Mengikut Seksyen 15(2) Akta Pekerjaan 1955, pekerja_mesti mendapatkan kebenaran daripada majikan untuk mengambil cuti tahunan dan mesti memberikan justifikasi munasabah untuk tidak hadir bekerja lebih daripada dua hari bekerja berturut-turut dan ditandakan sebagai Lampiran “M-7” untuk rujukan menunjukkan tarikh terakhir Pengadu berkomunikasi dengan En. Bryan Fang. Menurut akta perkerjaan 1955 seksyen 13(2), Mana-mana pihak kepada kontrak perkhidmatan boleh menamatkan kontrak perkhidmatan tersebut tanpa notis sekiranya berlaku sebarang pelanggaran dengan sengaja oleh pihak yang satu lagi terhadap syarat kontrak perkhidmatan. Menurut Surat Perlantikan Kerja bertarikh 11/11/2021, Pengadu telah bersetuju dengan enam (6) bulan tempoh percubaan yang bermula dari 15/11/2021 dan dalam tempoh percubaan mana-mana pihak boleh menamatkan pekerjaan dengan hanya memberikan notis satu (1) minggu. Sesalinan Surat Penamatan Kerja bertarikh J 2 dan Surat Perlantikan Kerja bertarikh 11/11/2021 dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai Lampiran “M-4” dan Lampiran “M5” masing- masing untuk rujukan Puan. Sokongan dan galakan daripada Pengurus Jualan (En Bryan Fang) tidak mendatangkan hasil Pihak majikan telah mengisu suatu MEMO bertarikh 01/12/2021 dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai Lampiran “M-6” yang memaklumkan bahawa portfolio dan pelanggan di bahagian utara yang di bawah En Bryan Fang akan dipindah ke bawah Pengadu bagi menyokong dan menggalakkan Pengadu untuk memulakan kerjanya sebagai seorang jurujual bagi pihak majikan. En Bryan Fang telah berbuat demikian atas dasar muhibah (goodwill basis) dengan memindahkan kepada Pengadu pelanggannya dan sebahagian komisyennya sendiri sebagai sokongan dan galakan kepada Pengadu sekiranya Pengadu dapat memungut hasil jualan daripada pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan. Selama tempoh perkhidmatan Pengadu dengan pihak majikan, En Bryan Fang juga telah memberikan tunjuk ajar dan membimbing Pengadu dari masa ke masa cara dan prosedur untuk menangani pelanggan yang sedia ada dan bagaimana untuk mendapatkan pelanggan baru dengan berjumpa dengan Pengadu, dengan _perbualan dan mesej melalui telefon dan Whatsapp. Walaupun begitu, Pengadu Responden bagi pihak majikan sekali lagi menegaskan bahawa Pengadu ditamatkan perkhidmatan dengan cara yang adil dan atas alasan-alasan yang munasabah. Tuntutan Pengadu untuk pemulihan kerja atau bayaran compensation in lieu of reinstatement sebanyak RM15,000,00 sebagai alternatif penyelesaian kes bukan sahaja tidak berasas malah tidak munasabah sama sekali. Responden sesungguhnya percaya bahawa kes ini tidak terdapat sebarang persoalan fakta atau undang-undang yang memerlukan penelitian lanjut di peringkat Mahkamah Perusahaan untuk satu keputusan, Walau bagaimanapun, pihak majikan sedia untuk menegaskan keadilan sekiranya keperluan sedemikian tertimbul. Penemuan Semasa Perbicaraan Mahkamah Melalui system efiling sesawang MOHR, Respondent mendapat rujukan kepada semua kes yang diadu oleh Pengadu, Justeru, Respondent telah mengambil langkah untuk menghubungi salah satu syarikat dan mendapati Pengadu telah bekerja bersama Syarikat Lepcon Tools Sdn. Bhd. pada (16hb February 2022 hingga 15hb May 2022) masa yang sama bekerja dengan Syarikat Tei Industries Sdn. Bhd. pada (15hb Pemyataan KWSP dari Tei Industries Sdn. Bhd. dan Lepcon Tools Sdn. Bhd. sebagai Lampiran “ M-8 " dan Lampiran “ M-9 ” masing -masing yang menunjukkan bahawa Pengadu telah bermula kerja dengan Syarikat Lepcon Tools Sdn. Bhd, Pada masa sama bekerja dengan Respondent. Pengadu telah di berikan surat penamatan kerja antara sebab kerana gagal datang ke kerja selama 3 hari berturut turut sejak 7hb February 2022 hingga 9 hb February 2022 tanpa apa — apa sebab Pengadu juga telah berhenti berkomunikasi dengan En. Bryan Fang sejak 7hb February 2022 sehingga 1Shb Mac 2022. Bahkan Pengadu membuat tuntutan komisyen serta petrol dan touch & go dengan Syarikat Tei Industries Sdn. Bhd. Untuk 1Shb February 2022 hingga 15hb Mac 2022 padahal kerja dengan Syarikat Lepcon Tools Sdn. Bhd. Pihak Respondent dengan ini mempercayai bahawa Pengadu telah pun menghadiri temuduga dengan Syarikat Lepcon Tools semasa masih bekerja dengan Respondent dan dengan sebab itu telah lalai dan membuktikan pelanggaran dengan sengaja terhadap syarat kontrak perkhidmatan dalam kerjanya dengan Respondent dan tidak peduli untuk berkomunikasi dengan pihak Respondent setelah mendapat pekerjaan dengan Syarikat Lepcon Tools Sdn. Bhd. laitu dipercayai bila— bila masa sejak tarikh terakhir Pengadu berkomunikasi dengan Respondent pada 7hb February 2022. Pelanggaran Syarat Pekerjaan dalam surat perlantikan oleh Pengadu: a). 4 Nature of Employment (You will report to the Sales and Marketing Manager.) Pengadu telah melanggar syarat pekerjaan Pengadu bila tidak melapor kepada pengurus En. Bryan Fang sejak 7hb February 2022 sehingga 9hb February 2022 b). 5. Scope of Work (To perform sales functions and conduct marketing activities under the guidance of your supervisor or the Company's Sales & Marketing Manager.) Pengadu telah melanggar syarat pekerjaan kerana setelah tiga bulan bekerja Pengadu telah gagal mendapatkan sebarang penemuan sebagai asas untuk mancapai pelangan baru walaupun dalam resumenya Pengadu mendakwa berpengalaman dan mahir dalam kerja Sales and Marketing. Resume Pengadu dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai Lampiran “M-10” yang memaklumkan pengalaman dan kemahiran Pekerjaan Pengadu. ). 6, General Conduct (During your employment, you will be expected to conduct yourself in a manner that does not bring discredit to the Company and you will be expected to perform the duties assigned to you in a loyal, efficient, thrustworthy and honest manner.) Pengadu telah sekall lagi melanggar syarat pekerjaan dengan kejadian dimana pelangan syarikat telah memanggil En. Bryan Fang iaitu Pengurus Pengadu dan mengadu tentang tingkah laku Pengadu kepadanya. Dilampirkan di sini perbualan Whatsapp antara Pengadu dan pelanggan tersebut 4 akan sebagai Lampiran “M-2” untuk rujukan mahkamah. Rekod mel! suara (voice mail) akan dibekalkan sekiranya perlu. Dengan ini pihak Responden rasa Pengadu telah melanggar bukan saja etika kerja malah telah menipu perkerjaan di dua syarikat tersebut tanpa meminta kebenaran Pihak Respondent untuk bekerja di syarikat lain. Yang paling teruk ialah Pengadu telah mempergunakan Mahkamah Industri sebagai peralatan untuk menipu kerajaan Malaysia serta menjadikan Syarikat sebagai mangsa system perundngan Mahkamah Industri. Pengadu tanpa perasaan baik hati (Good Conscience) telah tidak datang kerja untuk 3 hari berturut-turut tanpa sebab dan tidak memaklumkan kepada Responden adalah antara sebab Pengadu diberhentikan kerja mengikut akta perkerjaan 1955 seksyen 15(2) dan 13(2). Mengikut Seksyen 15(2) Akta Pekerjaan 1955, pekerja mesti mendapatkan kebenaran daripada majikan untuk mengambil cuti tahunan dan mesti memberikan justifikasi munasabah untuk tidak hadir bekerja lebih daripada dua hari bekerja berturut-turut. Menurut akta perkerjaan 1955 seksyen 13(2). Mana-mana pihak kepada kontrak perkhidmatan boleh menamatkan kontrak perkhidmatan tersebut tanpa notis sekiranya berlaku sebarang pelanggaran dengan sengaja oleh pihak yang satu lagi terhadap syarat kontrak perkhidmatan. Selesai Bayaran Gaji, Komisyen serta tuntutan petrol dan Touch & Go Syarikat mendakwa sebagai fakta menyokong pengakuan. bahawa Pengadu kekal dalam tempoh percubaan sehingga dia menerima notis bahawa dia telah ditamatkan perkhidmatan atau disahkan. Pihak Pengadu kini cuba memutar belit fakta agar sesuai dengan dakwaannya yang tidak berasas. Kesemua gaju, komisen dan tuntutan petrol serta Touch & Go telah selesai dibayar. Dilampirkan disini sebagai Lampiran “ M-11 ” Balasan dan rujukan ringkasan Eksekutif oleh Pihak Pemohon, adalah bulanan jadual yang berikut : Penerangan lanjut boleh diadakan masa bicara mahkamah. *Ogos '2021* A) Pernyataan Komisen 40% (HUTANG) Rujuk kepada Lampiran M-11-A berdasarkan kepada rujukan komisyen untuk invoice Bulan Ogos 2021 dengan pembayaran invoice pada Bulan December 2021. “September '2021* A) Pemyataan Komisen 40% (HUTANG) Rujuk kepada Lampiran M-11-B berdasarkan kepada rujukan komisyen untuk invoice Bulan Ogos dan September 2021 dengan pembayaran invoice pada Bulan December 2021. *Oktober '2021* A) Pernyataan Komisen 40% (HUTANG) Rujuk kepada Lampiran M-11-C berdasarkan kepada rujukan komisyen untuk invoice Bulan Oktober 2021 dengan pembayaran invoice pada Bulan Januari 2022. *November '2021* A) Pemyataan Komisen 40% (HUTANG) B) Pernyataan KWSP C) Pemyataan SOCSO D) Pemnyataan SIP Rujuk kepada Lampiran M-11-D berdasarkan kepada rujukan komisyen untuk invoice Bulan Oktober dan Bulan November 2021 dengan pembayaran invoice pada Bulan February 2022. (Pengadu tidak layak kerana tidak datang kerja dan tidak mengumpul pembayaran dari pelanggan). *Disember’ 2021* A) Pemyataan Komisen 1.4% (HUTANG) B) Pernyataan Tuntutan / "Claim" C) Pemyataan KWSP D) Pemyataan SOCSO E) Pemyataan SIP Rujuk kepada Lampiran M-11-E berdasarkan kepada rujukan komisyen untuk invoice Bulan November dan Bulan December 2021 dengan pembayaran invoice pada Bulan Mac 2022. (Pengadu tidak layak kerana tidak datang kerja dan tidak mengumpul pembayaran dari pelanggan). *Januari'2022* A) Pemyataan Komisen 1.4% (HUTANG) B) Peryataan Tuntutan / "Claim" C) Pemyataan KWSP D) Pemyataan SOCSO E) Pemyataan SIP Rujuk kepada Lampiran M-11-F. (Pengadu tidak layak untuk komisyen bayaran invoice pada bulan April 2022 kerana berhenti kerja) *Februari’ 2022* A) Pemyataan Tuntutan /*Claim" (HUTANG) B) Pemyataan Gaji (Settement) (HUTANG PERNYATAAN BANK IN SLIP) C) Pernyataan Komisen 1.4% (Hutang Feb'2022 Debtor Aging Report 28.02.2022) D) Pernyataan KWSP (Settlement) (HUTANG PERNYATAAN) E) Pernyataan SOCSO (Settlement) (HUTANG PERNYATAAN) F) Pernyataan SIP (Settlement) (HUTANG PERNYATAAN) . (Pengadu tidak layak untuk komisyen dan claim kerana tidak datang kerja) *Mac'2022* ‘A) Pemyataan Tuntutan /"Claim" (HUTANG) B) Pemyataan Gaji (HUTANG) C) Pemyataan Komisen 1.4% (Hutang Mac'2022 Debtor Aging Report 31.03.2022) D) Pernyataan KWSP (Settlement) (HUTANG PERNYATAAN) E) Pernyataan SOCSO (Settlement) (HUTANG PERNYATAAN) F) Pernyataan SIP (Settlement) (HUTANG PERNYATAAN) (Pengadu tidak layak untuk komisyen dan claim kerana tidak datang kerja) Responden menafikan sekeras-kerasnya perenggan 11C bahawa Pengadu telah menandatangani surat kontrak perkhidmatan dan dinyatakan dengan kelas bayaran penamatan perkhidmatan adalah satu bulan dan Responden ingin menegaskan di sini bahawa Pengadu yang masih dalam tempoh percubaan dan Pihak Pengadu kini sekali lagi cuba memutar belit fakta agar sesuai dengan dakwaannya yang tidak berasas. 10. 11. 12, 13. Responden menafikan sekeras-kerasnya perenggan 12 penyataan tuntutan. Pihak Menuntut diletakkan pada beban bukti yang ketat untuk perenggan 12 penyataan tuntutan. Responden menafikan sekeras-kerasnya perenggan 14 penyataan tuntutan. Pihak Menuntut diletakkan pada beban bukti yang ketat untuk perenggan 14 penyataan tuntutan. Responden menafikan sekeras-kerasnya perenggan 15 penyataan tuntutan. Pihak Menuntut diletakkan pada beban bukti yang ketat untuk perenggan 15 penyataan tuntutan. Responden menafikan sekeras-kerasnya perenggan 16 penyataan tuntutan. Pihak Menuntut diletakkan pada beban bukti yang ketat untuk Perenggan 16 penyataan tuntutan. Melainkan diakui secara ekspres dalam Jawapan Pernyataan Tuntutan ini, segala kenyataan, dakwaan dan pengataan Pengadu dalam Peryataan Tuntutan adalah dinafikan oleh Responden seolah-olahnya kenyataan, dakwaan serfa pengataan Pengadu dalam Pemyataan Tuntutan tersebut disebut secara verbatim di sini dan dinafikan secara seriatim. Dengan itu, Responden memohon secara rendah hati supaya Pembelaan Pengadu ditolak dengan kos dan selanjutnya, segala tuntutan Responden dalam Jawapan Pernyataan Tuntutan dibenarkan dengan kos. Bertarikh pada 27 hb _Segterbe~ 2023 Ramaniharan A/L Ramachandran Pihak Responden JAWAPAN TERHADAP PERNYATAAN TUNTUTAN ini difailkan oleh Responden di Industrial Court of Malaysia, Tingkat 14, Wisma PERKESO, No.156, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel : +60392365000. Fax : +60326810100 [Ruj: 14/4-441/23] JAWAPAN TERHADAP PERNYATAAN TUNTUTAN ini difailkan oleh Responden di Industrial Court of Malaysia, Tingkat 14, Wisma PERKESO, No.155, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel : +60392365000. Fax : +60326810100 [Ruj: 14/4-441/23] Diikrarkan oleh Ramaniharan A/L Ramachandran Pada 27 sep 203) i Di Selangor Darul Ehsan) Di hadapan Responden, Batu 9, 43200 Cheras, Selangor

You might also like