You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

ESKeyBiBi GEMALAI CITRA


(PERMOHONAN JURU LATIH TARIAN SESI 2023/2024)
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU
BERTANGKUP

ANJURAN BERSAMA :

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


UNIT PENTADBIRAN KOKURIKULUM
KELAB SENI DAN BUDAYA
PANITIA PENDIDIKAN MUZIK
1.0 PENDAHULUAN

Unit Ko-kurikulum serta Kelab Seni Budaya dengan kerjasama Panitia Pendidikan
Muzik Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup akan menubuhkan kumpulan tarian
yang melibatkan tarian Tradisional Melayu dan Siam bagi membawa bakat murid
sedia ada sehingga peringkat Kebangsaan. Selain memberi pendedahan pendidikan
asas seni tari kepada murid sekolah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang
nilai nilai keseniaan bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.

Justeru, pihak Kelab danPanitia dan Unit Ko Kurikulum akan mengambil inisiatif
akan mengadakan aktiviti dan Latihan Seni tari dengan menjemput jurulatih luar
daripada Kelab Seni budaya yang terdapat di IPTA khususnya Universiti Utara
Malaysia yang boleh memberi Latihan Seni Tari kepada murid kami. Semoga aktiviti
yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain
sebagai pemangkin untuk memupuk semangat sayangkan kebudayaan yang unik di
Malaysia serta menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama di antara UUM dan
kalangan murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti ini adalah Memberi pendidikan asas seni tari
kepada pelajar UUM kepada murid SK Batu Bertangkup peringkat sekolah serta
meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai nilai keseniaan bangsa sebagai teras
pembentukan masyarakat berbudaya.

Selain itu, program ini dianjurkan dalam peringkat sekolah supaya dapat mencungkil
bakat terpendam murid-murid SK Batu Bertangkup secara menyeluruh. Selain itu,
para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama
baik SK Batu Bertangkup di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang
dianjurkan antara sekolah, negeri dan Kebangsaan
3.0 OBJEKTIF

i. Mengalak serta menarik minat pelajar mengenali dan mempelajari asas-asas


seni tari.

ii. Mendedahkan pelajar kepada satu kaedah pembelajaran tari zapin, inang,
joget, asli serta tarian rakyat yang sistematik.

iii. Menggalakkan pelajar bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni


budaya.

iv. Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian dalam kalangan pelajar


sekolah.

v. Sebagai altenatif mengisi masa lapang pelajar.

4.0 PENGANJURAN DAN JAWATANKUASA

Unit Pentadbiran Kokurikulum dan Kelab Seni Budaya serta Panitia


Pendidikan Muzik bersama-sama guru-guru Sekolah Kebangsaan Batu
Bertangkup.

5.0 AJK PELAKSANA


Berikut adalah Jawatankuasa induk Bulan Kemerdekaan :

PENASIHAT
CIKGU NAZRI BIN BAHARI
(GURU BESAR)

PENGERUSI
CIKGU AZIZI BIN AHMAD
(GURU PK KO-KURIKULUM)

NAIB PENGERUSI 1
CIKGU ROHAYA BT MAT ISA
(GURU PK PENTADBIRAN)

NAIB PENGERUSI 2
CIKGU SUHAIDA BT SALLEH
(GURU PK HAL EHWAL MURID)
PENYELARAS PROGRAM
CIKGU FAIZAL BIN RAMLEE
(PENYELARAS BAKAT MURID)

SETIAUSAHA
CIKGU NOR HASFALINA BT HASAN
(PENYELARAS KELAB SENI BUDAYA)

NAIB SETIAUSAHA
CIKGU NORZAILI BT RAMLI
(KETUA PANITIA PENDIDIKAN MUZIK)

6.0 TARIKH

Tarikh Cadangan Perlaksanaan : 6 SEPTEMBER 2023

(Sepanjang Bulan September secara berkala)

7.0 PERUNTUKAN BAYARAN TOKEN

RM80 PER JAM X 6 SESI SEBULAN

JUMLAH KESELURUHAN : RM480

7.0 PENYERTAAN

8 orang Murid MELAYU

8 orang Murid SIAM


8.0 STRATEGI DAN PERANCANGAN

Pada peringkat perancangan ini, satu mesyuarat telah diadakan pada 3 Julai
2023 bagi melantik ahli jawatankuasa kerja yang bertindak untuk membuat
perancangan program dan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang Latihan
tersebut. Mesyuarat ini turut dihadiri barisan pentadbiran sekolah dan guru
yang terlibat.

9.0 PENUTUP

Diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan meluluskan


peruntukan untuk memberi khidmat Latihan kepada murid kami serta memberi
manfaat yang berguna kepada murid kami. Penghargaan dan ucapan terima kasih
diberikan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Universiti Utara Malaysia
dan Unit Kokurikulum

Disediakan Oleh.

_________________
(NOR HASFALINA BT HASAN)
Setiausaha Program,
Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup

Disemak oleh,

...............................................
(AZIZI BIN AHMAD)
Guru Penolong Kanan Ko kurikulum,
Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup

Diluluskan oleh,

.................................................
(NAZRI BIN BAHARI)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup
Salinan Kepada :

DEKAN
JABATAN HAL EHWAL MURID
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SINTOK KEDAH

PENGARAH
PUSAT BUDAYA DAN SENI
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SINTOK KEDAH

You might also like