You are on page 1of 15
International Journal of Education nd Pedagogy EAP eISSN: 2682-8664 | Vol 2, No.2, 109-123, 2020 Ny, ‘tp:/yjms.moe.gov.ny Andes php Yeap International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP) eISSN: 2682-8464 Vol. 2 No. 2 [June 2020] Journal website: http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap PENGARUH KEPIMPINAN DISTRIBUTIF GURU BESAR TERHADAP KEPUASAN KERJA GURU ‘Nur Syukri Hidayati Che Omar" dan Mohd Izham Mohd Hamzah? 2? Faleult lidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, MALAYSIA *Peagaraug penginubuag: stiaizein@gmail.com ‘Article Information: Abstrak: Kepimpinan distribuiif mampu memberi Fesan “Articte history: terhadap kepuasan kerja guru yang akan meningkatkan * prestasi sekolah ke tahap yang lebih tinggi. Pemtadbir Reveiveddate :24Jannary 2020 | masih mengamalkan amalan kepimpinan tradisional dan Revised date: 1SJanvary 2020 | javramg member’ kevakinan serta kepercayaan kepada Accepted date: 31 May 2020 _ guruegurn terutama untuk membuat keputusan dalam perbincangan. Faktor polisi dan pemadbiran, gaji dan To cite this document: akan sekerja merupakan faktor ketidakpuasan havi guru Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amatan kepimpinan distributif guru besar dan Inbungan dengan kepuasan Published date: 5 Tune 2 (Che Omar, N., & Mohd Hamzah, M. (2020). PENGARUH KEPIMPINAN DISTRIBUTE GURU BESAR Kerja guru sekolah kebangsacm di zon Bangi daerah Hulu TERHADAP KEPUASAN KERIA Langat. Kajian ini diharapkan dapat menambah khazanah GURU. International Journal Of imu dalam bidang kepimpinan di peringkat Jabatan Edeation And Pedagogy, 212),109- | Pendidikan Daerah (PPD). Kajian ini juga berupaya 123 memberi garis panduan terbaik kepada guru besar dalam melaksanakan — Kepimpinan. — Kajian—_ difalankan menggunakan kaedah kuansitasif berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang telah diuji kesahan dan kebolehpercayaarnya. Responden kajian sebanwvak 303 responden melibatkan guru-guru dari 11 buah sekolah kebangsaan di zon Bangi, daerah Hulu Langat, Selangor. Analisis deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk mengiyi persoalan kajian menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 20.0. Dapatan kajian menunjukkan terdapat Inubungan positif yang signifikan pada tahap sederhana amtara kepimpinan distributif guru besar dengan kepuasan kerja guru di zon Bangi. Kajian ini diharapkan boleh memberi implikasi yang besar terhadap bidang keitmuan Kepimpinan dalam’ menyediakan guru besar agar dapat mengupayakan tugasan memimpin sekolah serta memberi Kepuasan kerja kepada guru dengan _sempurna. 109 Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved. International Journal of Education and Pedagogy eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 109-123, 2020 ‘hutp:/>myjms.moe.gov.ny/index-phpjeap Kepimpinan distributif merupakan elemen penting dan memberi impak yang besar terhadap guru-guru dan Keseluruhan sistem organisasi sekolah. Kesimpulannya, guru besar perlu melengkapkan diri dengan kepimpinan distributif supaya dapat meningkatkan kepuasan kerja guru secara berkesan. Kata kunci: Kepimpinan, Distributif, Kepuasan kerja, Guru Sekolah Kebangsaan 1. Pengenalan Kepimpinan distributif adalah amalan kepimpinan teragih yang mampu memberi kesan terhadap kepuasan kerja guru demi untuk meningkatkan prestasi sekolah ke tahap yang lebih tinggi. Selaras dengan saranan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, kepimpinan distributif perlu diterapkan dalam sistem pendidikan negara (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013). Walaupun gaya kepimpinan ini memberi peluang kepada setiap individu untuk memberi sumbangan kepada organisasi sekolah dalam pelbagai aspek seperti dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan dan keberkesanan organisasi, namun, faktor-faktor seperti kemalasan, sensitif dan rasa tidak selamat akan menghalang sesetengah guru di sekolah untuk ‘memiberi tindak balas yang positif kepada cabaran yang dihadapi (Harris, 2013). Justeru, disinilah wujud keperluan implementasi dimensi model kepuasan kerja guru untuk menyumbang usaha dengan bersungguh-sungguh kepada organisasi sekolah, Sebubungan itu, kajian berkenaan pengaruh kepimpinan distributif guru besar terhadap kepuasan kerja guru wajar dilakukan bagi mengenalpasti kaitan dan hubungan amalan Kepimpinan distributif oleh guru besar kearah peningkatan kepuasan kerja guru. Kepimpinan distributif boleh wujud dalam suatu bentuk rangkaian dan bukannya struktur hierarki atau struktur piramid (Darlene, 2019). Ini bermaksud Kepimpinan distributif boleh diagihkan kepada semua individu tanpa mengiza hierarki. Kepuasan kerja guru adalah penting kerana ia akan mempengaruhi minat, motivasi dan komitmen mereka techadap tugas (Hamid, 2012). Justeru, perkaitan positif antara kepimpinan dan kepuasan kerja merupakan satu input penting kepada kejayaan sesebuah organisasi (Ilham Ismail, 2015). 2. Ulasan Kepustakaan Banyak kajian lepas yang berkaitan dengan kepimpinan distributif telah dilaksanakan dan didapati wujud bubungan yang positif dengan kepuasan kerja guru. Dalam satu kajian kes yang dilaksanakan oleh James A. Diaz (2018) bertajuk tanggapan kerja guru terhadap kepuasan bekerja di bawah transformasi dan gaya kepimpinan distributif. Keputusan penyelidikan menunjukkan bahawa guru melaporkan tahap keberkesanan diri yang tinggi dalam gaya kepimpinan distributif, malsh tingkah aku dan amalan kepimpinan distributif adalah positif dan memberi kesan kepada kepuasan kerja mereka. Kajian ini dilaksanakan di sekolah tinggi luar bandar di Selatan tengah Texas. Tambahan, Michael Evan Morris (2016) telah mengkaji pengaruh kepimpinan distributif terhadap kepuasan kerja guru baru di satu sekolah daerah Massachusetts, Amerika Syarikat. Kajian kes kualitatif ini melibatkan sebanyak 11 orang guru baru yang berada di tahun dua dan tiga perkhidmatan. Kajian juga melibatkan 7 orang pengetua, dan 4 orang pegawai pentadbir pusat yang menyokong pembangunan guru baru. Dapatan kajian mendapati guru baru yang terlibat 110 Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved. International Journal of Education nd Pedagogy EAP eISSN: 2682-8664 | Vol 2, No.2, 109-123, 2020 Wy ‘pigs moe govsyindesphpjeap dengan aktiviti kepimpinan melalui model distributif menunjukkan peningkatan kepuasan kerja. Ini memunjukkan terdapat hubungan korelasi yang signifikan antara kepimpinan distributif dan kepuasan kerja guru, Dalam kajian Eres, F., & Akyiirek, M., 1. (2016) yang bertajuk hubungan di antara prinsip kepimpinan distributif pengetua sekolah rendah dan kepuasan kerja guru, matlamat kajian adalah untuk menentukan tahap bubungan antara citi Kepimpinan distributif pengetua sekolah rendah dan persepsi kepuasan kerja guru. Mengikut penemuan kajian, terdapat hubungan yang positif antara ciri Kepimpinan distributif pengetua dan kepuasan kerja guru. Abu Nayeem Mohammad Salahuddin (2011) telah menjalankan kajian di empat buah sekolah menengah di Bangladesh. Hasil kajiannya mendapati implementasi kepimpinan. distributif pengetua masih pada tahap rendah, ini telah menyekat perkembangan professional para guru. Ini bermaksud dalam organisasi yang gaya Kepimpinan pengetua bersifat autokratik, budaya demokrasi adalah pada tahap rendah. Dapatan Abu Nayeem Mohammad Salahuddin (2011) berbeza pula dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Zuridah & Muhd Izham (2018). Zuridal & Muhd Izham (2018) mengkaji tahap amalan kepimpinan distributif pengetua. Kajian ini melibatkan seramai 402 orang guru yang berkhidmat di 10 buah sekolah menengah di daerah Putrajaya. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan distributif adalah tinggi. Garcia Torres, D. (2018) telah menjalankan kajian untuk melihat pengaruh kepimpinan distributif dan kepuasan kerja guru di Singapura. Data guru telah diambil dari TALIS 2013. Sebanyak 9,044 guru dari 431 sekolah terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat pengaruh yang signifikan di antara kepimpinan distributif dengan kepuasan kerja guru. Ini boleh disimpulkan bahawa kepimpinan distributif mempunyai kesan yang penting terhadap kepuasan kerja guru. Dapatan kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian oleh Ramazan Cansoy (2019) yang mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan distributif dengan kepuasan kerja guru, Kajian yang sistematik ini bertujuan untuk menyiasat hubungan antara tingkah laku kepimpinan pengetua sekolah dan kepuasan kerja guru. Manakala dapatan Garcia Torres, D. (2019) telah menjalankan kajian ke atas 1507 guru dari 98 buah sekolah di Amerika Syarikat. Kajian ini bertajuk kepimpinan distributif, kerjasama profesional, dan kepuasan kerja guru di sekolah Amerika Syarikat. Dapatan kajian menunjukkan Kepimpinan distributif mempunyai hubungan positif dengan kepuasan kerja guru. Ini bermakna amalan Kepimpinan distributif’ guru besar mempengaruhi kepuasan kerja guru di sekolab. Kepuasan kerja guru adalah aspek yang penting untuk menjamin kualiti tugas guru yang merupakan tonggak pendidikan sebuah sekolah. Justera dengan mengamalkan kepimpinan distributif, ia secara tidak langsung memberi kesan kepada keseluruhan struktur kecemerlangan sesebush sekolsh, Daripada kajian-kajian dalam negara dan Iuar negara yang dinyatakan menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara kepimpinan distributif dan kepuasan kerja guru. Berdasarkan dapatan kajian yang lepas, maka kajian ini menghipotesiskan terdapat hubungan langsung antara kepimpinan distributif dengan kepuasan kerja guru ML Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved. International Journal of Education nd Pedagogy EAP eISSN: 2682-8664 | Vol 2, No.2, 109-123, 2020 Ny, ‘tp:/yjms.moe.gov.ny Andes php Yeap 3. Penyataan Masala Sokongan guru besar dalam membenarkan guru menentukan visi sendiri menjadi isu dalam usaha melaksanakan pentadbiran distributif di sekolab. Hal ini kerana masih ada pentadbir yang mengamalkan kepimpinan tradisional berbentuk autokratik (Tan, 2018). Guru hanya menerima arahan dan tidak berpeluang membina kemahiran kepimpinan sendiri. Dalam keadaan ini, guru hanyalah pelaksana, tidak mempuyai hala tuju sendiri dan sentiasa mengharapkan pentadbir sebagai ketua untuk menggerakkan dan menyediakan hala tuju tersebut (Norasmah & Rofilah, 2013). Kajian Baidi (2018) mendapati masih terdapat pentadbir yang mengamalkan kepimpinan berasaskan kepada kuasa, monopoli. Kurang keyakinan di kalangan guru besar terhadap guru menyebabkan tidak wujud kerjasama pasukan antara pentadbir dan guru, Amalan hierarki dalam pentadbiran dan pemilihan guru senior dalam jawatankusa membuat keputusan menyebablan guru Jain tidak berpeluang terlibat dalam jawatankuasa ini (Raja Maizatul Wizana, 2013) Kepuasan kerja berkait rapat dengan prestasi dan kualiti kerja yang dilakukan oleh seseorang pekerja dan diterjemahkan ke dalam kejayaan sesebuah organisasi (Aikaterini, Dimitrios & Athanasions, 2014). Kajian yang dilaksanakan oleh Sara (2012) mendapati faktor beban tugas, polisi dan pentadbiran merupakan faktor ketidakpuasan hati guru. Antara masalah lain yang wujud adalah hubungan dengan rakan sekerja yang tidak menyeronokkan merupakan halangan kepada peningkatan kepuasan bekerja. Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Mohamad Fuad (2015), terdapat sebahagian guru yang tidak berusaha dalam melaksanakan tugasan yang diarabkan dan menyebabkan wujud suasana kurang mesra antara guru kbususnya apabila tugasan itu melibatkan guru-guru yang lain maka hal ini telah memberi kesan terhadap ketidakpuasan bekerja mereka. Keberkesanan seseorang pemimpin sekolah ialah pemimpin yang dapat memberi kesan dan pengaruh dalam mempertingkatkan kepuasan kerja para guru. Namun begitu, terdapat keadaan dimana kepuasan kerja guru tidak dapat dicapai kerana dipengaruhi oleh pelbagai aspek seperti gaji, persekitaran kerja, komunikasi dan komitmen organisasi (Rashid et al, 2013), Ronfelt, Loeb, & Wyckoff (2012) menyatakan bahawa ketidakpuasan guru terhadap Kerjanya bukan sahaja meniejaskan prestasi kerja mereka, malah memberi impak kepada pencapaian murid. Justeru, guru besar seharusnya memberikan perhatian kepada aspek kepuasan kerja guru kerana mereka adalah penggerak utama dan agen penyumbang kepada kejayaan sesebuah sekolah. Bagi mengatasi masalah ini, amalan kepimpinan guru besar perlu diperkukuhkan agar guru dapat menghadapi tekanan serta bermotivasi dengan sokongan dan dorongan daripada pemimpin seterusnya mengembalikan kepuasan bekerja dikalangan guru. Tetapi persoalan yang timbul, adakah kepimpinan guru besar yang diamalkan di sekolah mampu memberi kepuasan kerja para guru? Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kepimpinan distributif guru besar terhadap kepuasan kerja guru sekolah rendah Zon Bangi, Daerah Hulu Langat. Melalui kajian ini, unit analisis kajian adalah guru-guru yang sedang berkhidmat di sekola kebangsaan zon Bangi. 4. Metodologi Kerangka konseptual kajian adalah merujuk kepada dimensi-dimensi yang terlibat dalam setiap pemboleh ubah yang dibincangkan, Berdasarkan Hulpia et al. (2009), Kepimpinan distributit merangkumi 3 dimensi iaitu dimensi sokongan, dimensi penyelian dan dimensi kerjasama berpasukan, Penerapan sokongan islah dengan bantuan, penghargaan dan juga meningkatkan 112 Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved. International Journal of Education nd Pedagogy EAP eISSN: 2682-8664 | Vol 2, No.2, 109-123, 2020 Ny, ‘tp:/yjms.moe.gov.ny Andes php Yeap interaksi dalam organisasi. Sokongan diamalkan bertujuan untuk meningkatkan peranan dan tanggungjawab tenaga pengajar dalam organisasi (Hulpia et al., 2009). Sokongan diamalkan oleh pasukan Kepimpinan organisasi dalam membantu guru untuk menguruskan kerja-kerja dalam organisasi. Dalam kajian ini sokongan meliputi galakan dan bantuan yang diberikan oleh guru besar terhadap guru. Penyeliaan dilaksanakan secara menyeluruh iaitu meliputi semua aspek dalam organisasi. Penyeliaan meningkatkan hubungan dan interaksi antara guru besar dengan guru. Fungsi penyeliaan terhad kepada kepimpinan organisasi iaity hierarki (Hulpia et at., 2009). Penyeliaan mempunyai 3 peringkat iaitu prapenyeliaan, penyeliaan dan pascapenyeliaan (Jemaah Nazir KPM, 2019). Kerjasama pasukan adalah kolaborasi dan perkongsian dalam organisasi sekolah antara pemimpin dan guru, Kajian kepuasan kerja guru-guru zon Bangi daerah Hulu Langat berlandaskan kepada teori 9 aspek kepuasan kerja yang direka bentuk oleh Spector (1985) dipetik daripada Spector (1997) untuk menilai dimensi kepuasan kerja dalam sesebuah organisasi. Teori 9 aspek kepuasan kerja merangkumi 9 dimensi utama, Kajian ini memilih 4 dimensi untuk dikaji iaitu kadar gaji yang diterima memadai dengan usaha dan tenaga yang telah dilakukan guru, penghargaan iaitu kepuasan gum tethadap penghargaan yang diberikan berdasarkan hasil usaha mereka, polisi dan peraturan kerja iaitu kepuasan guru dengan prosedur dan peraturan di tempat kerja mereka seperti melibatkan birokrasi dan hubungan raken sekerja iaim kepuasan guru dengan rakan sekerja. Kajian ini juga adalah satu kajian kuantitatif menggunakan kajian berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik untuk mengenal pasti sejauh manakah Kepimpinan distributit mempengaruhi kepuasan kerja guru. kaedah tinjavan dipilih dalam kejian ini kerana darjah kebolehpercaysannya tinggi, kos yang murah dan jangkamasa yang diperlukan untuk melaksanakannya adalah singkat. Model Kepimpinan distributif yang digunakan ialah model ‘kepimpinan distributif Hulpia et al. (2009) manakala kepuasan kerja guru adalah berdasarkan teori 9 aspek kepuasan kerja oleh Spector (1997). Faktor Demografi Guru = Umur © Pengalaman ‘Kepimpinan Distributif mengajar -— + Sokongan © Penyeliaan © Kerjasama pasukan © Tahap pendidikan, | Kepuasan Kerja Guru Gai Ly + Penghargaan Polisi dan peraturan kerja Rakan sekerja Rajah 1 Kerangka Konseptual Kajian 113 Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved. International Journal of Education nd Pedagogy EAP eISSN: 2682-8664 | Vol 2, No.2, 109-123, 2020 Wy ‘pigs moe govsyindesphpjeap Sumber: Telab diubah suai daripada kajian model kepimpinan distibutif Hulpia et al. (2009) dan teori 9 aspek kepuasan kerja oleh Spector (1997) Pemilihan peserta kajian telah dibuat secara teknik persampelan rawak mudah. Teknik persampelan rawak mudah membolehkan setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk diambil atau digunakan sebagai sampel. Saiz sampel ditentukan berpandukan kepada jadual Krejcie dan Morgan (1970) bagi kajian ini. Bilangan saiz sampel melibatkan 303 orang responden. Populasi merupakan satu set pelengkapan data yang mengenai jumlah setiap responden dalam ukuran yang dikaji bagi sesuatu kajian (Zuraidah, 2006). Dalam kajian penyelidikan ini, kajian akan dijalankan di negeri Selangor dan populasi kajian adalah guru-guru sekolah kebangsaan di daerah Hulu Langat. Daerah Hulu Langat mempunyai 5 zon iaitu zon Bangi, zon Semenyih, zon Cheras, zon Hulu Langat dan zon Ampang. Jumlah sekolah kebangsaan di daerah Hulu Langat ialah sebanyak 66 buali sekolah kebangsaan dan jumlah keseluruhan guru yang mengajar sekolab kebangsaan di daerah Hulu Langat ialah sebanyak 4 $85 orang. Bagi kajian ini, populasi kajian yang dipilih adalah sekolah kebangsaan yang berada di zon Bangi. Jumlah keseluruhan guru yang mengajar di sekolah kebangsaan zon Bangi ialah sebanyak 1187 orang guru. Responden kajian pula melibatkan guru-guru dari 11 buah sekolah kebangsaan di zon Bangi, daerah Hulu Langat, Selangor. Bilangan saiz sampel melibatkan 303 orang responden. Pengumpulan data untuk kajian ini adalah dengan menggunakan instrumen soal selidik. Pengkaji telah mengadaptasi daripada kajian Hulpia et al. (2009) untuk mengkaji tahap amalan kepimpinan distributif dan kajian oleh Spector (1997) untuk menguji kepuasan kerja guru dalam pembinaan soal selidik ini. Soal selidik untuk kajian ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian A merujuk kepada maklumat demografi responden, bahagian B merujuk kepada dimensi kepimpinan distributif guru besar dan behagian C pula merujuk kepada aspek kepuasan kerja guru, Secara keseluruban, semua babagian di dalam soal selidik ini digunakan bagi mengumpul maklumat mengenai amalan kepimpinan distributif guru besar dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru. Untuk menganalisis data, kaedah yang digunakan adalah kaedah analisis statistik dekskriptif dan analisis inferensi bagi menjawab persoalan kajian. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22 digunakan untuk menganalisis data kuantitatif. Aras signifikan yang ditetapkan adalah 0.05 (p<0.05). Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh daripada Bahagian A (Demografi) serta untuk menjawab soalan kajian 1 dan 2 melibatkan frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai serta penyusunan data. Manakala soalan kajian 3 pula adalah dengan melihat hubungan kepimpinan distributif guru besar terhadap kepuasan kerja guru. Bagi tujuan ini, interpretasi skor min bagi soalan kajian 1 dan 2 ditentukan merujuk kepada Jadual 1, Manakala bagi soalan kajian 3 pula interprestasi pekali korelasi ditentukan dengan merujuk jadual 2, SI Apakah tahap amalan kepimpinan distributif yang diamatkan oleh guru besar sekolah kebangsaan di zon Bangi daerah Hulu Langat berdasarkan persepsi guru? S2.Apakah tahap kepuasan kerja guru di sekolah kebangsaan dizon Bangi daerah Hulu Langat berdasarkan persepsi guru? 114 Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved. International Journal of Education nd Pedagogy EAP eISSN: 2682-8664 | Vol 2, No.2, 109-123, 2020 Ny, ‘tp:/yjms.moe.gov.ny Andes php Yeap Jadual 1: Interprestasi Skor Min Skor Min Interpretasi 10-180 Sangat rendalt 181-260, Rendah 2.61-3.40 Sedeshana 3414.20 Tinggi 4.21-5.00 Sangat Tinga ‘Sumber: Chua (2012) ‘83 Adakah terdapat hubungan amalan kepimpinan distributif guru besar dengan kepuasan kerja guru? Tadual 2: Tnterpretast Nilal Pekali Korelasi Skor Min Tnterpretasi 1 Sempurma 0.80-099 Sangat kuat 0.60 -0.79 Kuat 040-059 Sederhana 020-039 Lemal 0010.19 Sangat lemah o Tiada hubuagen ‘Sumber: Fauai Hussin et al. (2014) 4.1 Dapatan Kajian Ujian normaliti Kolmogorov-Smimnov telah dilaksanakan terlebih dahulu tethadap data yang diperoleh, Hasil analisis mendapati data yang dikutip adalah bertabur secara normal. Kajian ini berfokuskan kepada guru sekolah kebangsaan di zon Bangi, Seramai 303 orang telah terlibat di dalam menjayakan kajian ini. Sebanyak tiga ciri demografi telah digunakan seperti umur, pengalaman mengajar dan tahap pendidikan dibentangkan dalam bentuk jadual berdasarkan bilangan dan peratusan responden. Taburan demografi responden dipaparkan dalam jadual Jadual 3: Taburan Demografi Responden Bilsngan Peratus Umur 24-31 tahun aL 300 2-39 tabua 91 30.0 40-45 tahun sa 217 46-48 tahun B 43 49 abun ke atas 24 79 Pengalaman mengajar 1-8 tahun 412 370 9-16 tahua 103 340 17-22 tahun 56 18.5 23.25 tahun 4 46 115 Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved. International Journal of Education nd Pedagogy EAP eISSN: 2682-8664 | Vol 2, No.2, 109-123, 2020 Ny, ‘tp:/yjms.moe.gov.ny Andes php Yeap 26 tahun ke atas 18 59 ‘Tahap pendidikan Diploma Pendidikan Malaysia 28 92 Jazah Sarjana Muda (Pendidikan) 1s 22.6 Tjazah Sarjana Muda (Bukan Pendidikan) 417 38.6 Sarjaua Pendidikan 20 9.6. SI Apakah tahap amalan kepimpinan distributif yang diamalkan oleh guru besar sekolah kebangsaan di zon Bangi daerah Hulu Langat berdasarkan persepsi guru? Keputusan kajian ini adalah untuk menjawab objektif kajian pertama iaitu mengenal pasti tahap amalan Kepimpinan distributif guru besar dari aspek sokongan, penyeliaan dan kerjasama berpaskan, Bagi memberi gambaran yang lebih jelas, analisis deskriptif seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4 di bawah. Jadual 4: Nilai Min dan Sisihan ‘ahap Kepimpinan Distributif Guru Besar Min Tahap Sokongan 429 ‘Sangat tinggi Penyeliaan 43 Tinggi Keyjasama Berpasukan 428 ‘Sangat tinggi ‘Kepimpinan Distributif Guru Besar 23 Sangar tinggi (Tahap: Sangat rendah = 1.00 ~ 1.80, Rendah = 1.81 — 260, Sederhana = 2.61 — 3.40, Tinggi = 3.41 ~ 4.20, 42 Sangat ting 00) Dalam kajian ini, tahap amalan kepimpinan distributif guru besar diukur oleh 3 dimensi iaitu dari aspek sokongan, penyeliaan dan kerjasama berpasukan. Daripada Jadual 4.4 di atas menunjukkan bahawa skor penyeliaan (min ~ 4.13, SP = 0.408) adalah berada pada tahap yang tinggi. Manakala skor yang sangat tinggi pula adalah sokongan (min = 4.29, SP = 0.506) dan kerjasama berpasukan (min = 4.28, SP = 0.409). Secara keseluruhannya menunjukkan skor tahap kepimpinan distributif guru besar (min = 4.23, SP = 0.395) dalam kalangan guru sekolah kebangsaan di zon Bangi adalah berada pada tabap yang sangat tinggi. ‘$2 Apakah tahap kepuasan kerja guru di sekolah kebangsaan di zon Bangi daerah Hulu Langat berdasarkan persepsi guru? Keputusan kajian ini adalah untuk menjawab objektif kajian kedua iaitu mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru dari aspek gaji, penghargaan, polisi dan peraturan kerja serta rakan sekerja. Bagi memberi gambaran yang lebih jelas, analisis deskriptif seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5 di bawah. Jadual $: Nilai Min dan Sisihan Pia ihap Kepuasan Kerja Guru Min SP Tahap Gali 397 Tinga Penghargaan 375 Tinggi Polisi dan Peraturan Kerja 376 Tinggi Rakan Sekerja 436 Sangat tinggi ‘Kepuasan Kerja Guru 3.96 Tinggi (hap: Sangat reudal = 1.00 — 1.80, Renda = 181 ~ 2.60, Sedevhana = 2.61 340, Tinggi = 341 ~ 4.2. 42 5.00) Sangat ting 116 Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved. International Journal of Education nd Pedagogy EAP eISSN: 2682-8664 | Vol 2, No.2, 109-123, 2020 Ny, ‘tp:/yjms.moe.gov.ny Andes php Yeap Dalam kajian ini, tahap kepuasan kerja guru diukur oleh 4 dimensi iaita gaji, penghargaan, polisi dan peraturan kerja, dan rakan sekerja. Daripada Jadual 4.8 di atas menunjukkan bahawa skor gaji (min = 3.97, SP = 0.561), penghargaan (min = 3.75, SP = 0.524) dan polisi dan peraturan kerja (min ~ 3.76, SP - 0.415) adalah berada pada tahap yang tinggi. Manakala skor yang sangat tinggi pula adalah rakan sekerja (min = 4.36, SP = 0.474). Secara keseluruhannya menunjukkan skor tahap kepuasan kerja guru (min = 3.96, SP=0.319) dalam kalangan guru sekolah kebangsaan di zon Bangi adalah berada pada tabap yang tinggi $3 Adakah terdapat hubungan amalan kepinipinan distributif guru besar dengan kepuasan kerja guru? Keputusan kajian ini adalah untuk menjawab objektif kajian ketiga iaitu mengenal pasti hubungan antara kepimpinan distributif guru besar dengan kepuasan kerja guru. Ia juga menilai hipotesis seperti berikut Hp3_ Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan distributif guru besar dengan kepuasan kerja guru Hasil analisis korelasi dipaparkan dalam Jadual 6 Jadual 6: Hubungan Antara Kepimpinan yutif Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Kepuasan Kerja Gi r Sig. P Tahap Sokongan 047 000 Sederiana Penyeliaan 0.485" 000 Sederhiana Kerjasama Berpasukan 0.465" 000 Sederhana ‘Kepimpinan Distributif Guru Besar 0.537" 000) ‘Sederhana p< 0.01 Hasil kajian seperti yang dipaparkan dalam Jadual 6 menunjukkan sokongan (r= 0.491. p < 0.01); penyeliaan (r = 0.489, p < 0.01); dan kerjasama berpasukan (r= 0.465, p < 0.01) mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru. Secara keseluruhannya seperti yang dipaparkan dalam Jadual 6 menunjukkan kepimpinan distributif guru besar (r = 0.537, p < 0.01) mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepnasan kerja guru dalam kalangan guru sekolah kebangsaan di zon Bangi. Dengan itu Ho3 adalah gagal diterima. 117 Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved. International Journal of Education and Pedagogy eISSN: 2682-8464 | Vol 2, No. 2, 109-123, 2020 EAP ‘hp:/sjms.moe.gov.ny/Index.php Yeap 4.1.1 Kesahan dan Kebolehpercayaan Hasil kebolehpercayaan alfa Cronbach bagi tahap amalan kepimpinan distributif guru besar dan kepuasan kerja guru dalam kalangan guru sekolah kebangsaan dipaparkan dalam Jadual 7. Jadual 7: Kebolehpercayaan Data Pemboleh ubab ‘Alfa Cronbach Bilangan Trem Kepimpinan Distributif Guru Besar 0.932 au Sokongan 0937 9 Penyeliaan 0917 2 Kerjasama Pasukan 0.922 10 Kepuasan Kerja Guru 0.935 24 Gai 0.961 6 Penghargean 094s 3 Polisi dan Peraturan Kerja 0858 7 Rakan Sekeria 0.973 6 Jadual 7 di atas menunjukkan julat kebolehpercayaan bagi tahap amalan kepimpinan distributif guru besar dari aspek sokongan, penyeliaan dan kerjasama pasukan, dan tahap kepuasan kerja guru dari aspek gaji, penghargaan. polisi dan peraturan kerja dan rakan sekerja adalah berada di antara 0.858 hingga 0.973, Manakala alfa Cronbach keseluruhan bagi tahap amalan kepimpinan distributif guru besar adalah 0.932 (31 item), manakala tahap kepuasan kerja guru pula adalah 0,935 (24 item). Maka, jadual alfa Cronbach di atas menunjukkan bahawa instrumen yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diterima. 5. Dapatan dan Perbincangan Tahap Amatan Kepimpinan Distributif Guru Besar Kajian ini mendapati tabap amalan kepimpinan distributif guru besar di sebelas bua sekola kebangsaan di zon Bangi daerah Hulu Langat, Selangor berada pada tahap yang sangat tinggi (M=4.23, $.P=0.395). Para guru bersetuju bahawa guru besar sekolah kebangsaan di zon Bangi daerah Hulu Langat mengamalkan ketiga-tiga dimensi kepimpinan distributif secara kerap di sekolah. Hal ini menunjukkan guru besar mengamalkan kepimpinan distributif iaitu perkongsian tanggungjawab pemimpin dengan pengikut ketika menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin di sekolab. Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang dilaksanakan oleh Zuraidah & Muhd Izham (2018) yang mendapati tabap kepimpinan distributif adalah tinggi. Kajian ini juga menyokong dapatan kajian oleh Zuraidah, Julaini, Yahya & Siti Noor (2016), amalan kepimpinan distributif pada tshap yang tinggi. Dalam dapatan kajian ini menunjukkan dimensi sokongan ‘mempunyai nilai min yang lebih tinggi berbanding dimensi lain. Kajian ini selari dengan Hulpia et al. (2009) yang mana tahap dimensi sokongan adalah tinggi berbanding dimensi yang lain. Guru- guru sekolah kebangsaan zon Bangi bersetuju bahawa guru besar sentiasa memberi galakan kepada guru untuk menetapkan matlamat, visi dan membangunkan profesionalisme guru bersama-sama 118 Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved. International Journal of Education nd Pedagogy EAP eISSN: 2682-8664 | Vol 2, No.2, 109-123, 2020 I ‘pigs moe govsyindesphpjeap semasa mentadbir sekolah, Selaras dengan kenyataan Stemler, Bebell & Sonnabend (2011) yang menyatakan bahawa pembangunan sesuatu visi dan misi sekolah melibatkan mereka yang berada di dalam komuniti sekolah itt sendiri dan bukan sekadar gure besar, Guru-gura sekolah kebangsaan juga bersetuju bahawa guru besar sekolah di zon Bangi telah membangunkan profesionalisme guru bersama-sama. Dapatan ini selaras dengan penyelidikan Tam Hui Teng & Mohd Izham (2019) yang menyatakan bahawa pengetua yang mengamalkan Kepimpinan distributif cenderung untuk membantu dalam pembangunan professional berterusan guru-guru iaitu Komuniti Pembelajaran Profesional den seterusaya meningkatkan pencapaian murid. Tahap Kepuasan Kerja Guru Kajian yang dijalankan ini juga mendapati tahap kepuasan kerja guru di sebelas buah sekolah kebangsaan di zon Bangi daerah Hulu Langat, Selangor berada pada tabap yang tinggi (M=3.96, S.P-0.319). Ini bermakna guru-guru berasa puas terhadap gaji, penghargaan yang diterima, polisi dan peraturan Kerja di sekolah serta pergaulan dengan rakan sekerja di tempat kerja mereka. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Sarifa (2017) yang telah menjalankan kajian kepuasan kerja guru di sekolah menengah di daerah Kota Marudu dan hasil kajian menunjukkan kepuasan kerja guru berada pada tabap yang tinggi. Seterusnya, kajian ini menyokong dapatan kajian Zoolaiha Abd, Rahman (2015) yang mengkaji tahap kepuasan kerja guru-guru dan mendapati ianya berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini juga menyokong kajian oleh Rozi, Abd Latif, Sofiah & Faezah (2017) yang tela menjalankan kajian di enam buah sekolah menengah dan melibatkan 200 orang, guru turut mendapati tabap kepuasan kerja guru berada pada tahap tinggi. Namun kajian ini bercanggah dan berbeza dengan kajian Jessica Anak Bettie (2018) yang menunjukkan tahap ‘kepuasan kerja guru di sekolah menengah di luar bandar daerah Miri, Sarawak berada pada tahap sedethana, Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kepuasan kerja guru berada pada tahap tinggi kerana setiap dimensi yang diukur menunjukkan nilai pada tahap yang tinggi iaitu dimensi gaji. penghargaan, polisi dan peraturan kerja serta rakan sekerja dimana rakan sekerja menunjukkan nilai pada tabap sangat tinggi. Ini bermakna guru-guru berasa puas terhadap dimensi yang dinyatakan dan hal ini meningkatkan semangat melakukan pekerjaan serta tugasan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan kerana kepuasan kerja merupakan salah satu faktor yang penting dalam mencapai objektif sesuatu organisasi. Seseorang guru yang mempunyai tahap emosi yang stabil, berperasaan positif, sentiasa didorong oleh motivasi dan semangat yang kuat serta selalu dihargai oleh orang lain akan lebih gembira dan berpuas hati dengan kerjanya (Haroon et al., 2012). Hubungan Amatan Kepimpinan Distributif dengan Kepuasa Kerja Guru Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat korelasi antara kepimpinan distributif dan kepuasan kerja guru. Nilai pekali pearson ialah 0.537. Ini membuktikan kehadiran hubungan signifikan yang sederhana antara kepimpinan distributif (pemboleh ubah tidak bersandar) dan kepuasan kerja dikalangan guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah kebangsaan yang terletak di Zon Bangi di bawah penyeliaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat. Dapatan ini menunjukkan yang kepuasan kerja guru meningkat dengan amalan kepimpinan distributif dengan nilai signifikan 0.000, yang lebih kecil dibandingkan dengan nilai signifikan yang ditetapkan (0.05). Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kepimpinan distributif mempunyai kaitan yang signifikan dengan epuasan kerja guru. 119) Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved. International Journal of Education nd Pedagogy EAP eISSN: 2682-8664 | Vol 2, No.2, 109-123, 2020 Ny, ‘tp:/yjms.moe.gov.ny Andes php Yeap Dapatan kajian ini juga selari dengan dapatan kajian kualitatif yang dijalankan oleh Michael Evan Morris (2016) mengenai kesan amalan kepimpinan distributif ke atas kepuasan kerja di kalangan guru novis di Massachusetts. Kajian ini juga menunjukkan yang guru novis yang melibatkan diri aktiviti kepimpinan melalui model teragih dilihat menunjukkan kepuasan kerja yang lebih tinggi. Hasil kajian ini juga selari dengan hasil kajian Garcia Torres, D (2018) mengenai amalan kepimpinan distributif pengetua dan hubungannya dengan tahap kepuasan kerja di kalangan guru. Kajian ini melibatkan 9,044 guru dan 431 buah sekolah di Singapura dan mendapati yang secara keselurubannya, pengetua di sekolah terpilih menunjukkan amalan kepimpinan distributif pada tahap tinggi dan kepimpinan distributif pengetua mempunyai korelasi dengan kepuasan kerja guru. Hasil kajian ini juga disokong oleh hasil kajian lampau mengenai korelasi antara Kepimpinan distributif dengan kepuasan kerja guru (Garcia Torres. D.. 2019; Ramazan Cansoy. 2019: Eres. F., & Akyilrek, M., 1. 2016; Tanridgen, A Iscan, S. , 2016; dan Zoolaiha, 2015). Selain daripada itu, hasil kajian ini disokong oleh Hulpia et al. (2009) yang mendapati terdapat hubungan positif’ antara kepimpinan distributif dengan kepuasan kerja guru serta Segaran (2018) yang melaporkan hubungan signifikan sederhana antara Kepimpinan distributif dan kepuasan kerja guru. Dapatan ini menunjukkan yang guru besar di sekolah terpilih mengamalkan kepimpinan distributif yang positif, Guru besar yang mengamalkan kepimpinan distributif cenderung memberi sokongan kepada guru dan menggalakkan pengagihan tugasan serta kolaborasi antara guru-guru. Amalan ini telah mempengaruhi kepuasan kerja guru. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kepuasan kerja guru dipengaruhi oleh amalan kepimpinan distributif. Oleh itu, amalan kepimpinan distributif oleh guru besar dapat meningkatkan kepuasa bekerja di kalangan guru-guru, dan sebaliknya. Kajian ini juga mendapati terdapat hubungan sederhana antara ketiga-tiga dimensi kepimpinan distributif dan kepuasan kerja guru. Berdasarkan hasil kajian, kesemua dimensi kepimpinan distributif mempunyai hubungan sederhana, manakala hubungan antara_—dimensi sokongan dan kepuasan kerja guru menuajukken nilai skor tertinggi diikuti oleh dimensi penyeliaan dan dimensi kerjasama pasukan. Dapatan kajian menunjukkan Kepimpinan distributif mempunyai hubungan positif dengan kepuasan kerja guru. Ini bermakna amalan kepimpinan distributif guru besar mempengaruhi kepuasan kerja guru di sekolah. Kepuasan kerja guru adalah aspek yang penting untuk menjamin kualiti tugas guru yang merupakan tonggak pendidikan sebuah sekolah. Justera dengan mengamalkan kepimpinan distributif, ia secara tidak langsung memberi kesan kepada keseluruhan struktur kecemerlangan sesebuah sekolah. 6. Kesimpulan Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan babawa guru besar di zon Bangi mengamalkan kepimpinan distributif dengan kerap. Penerapan amalan kepimpinan distributif dalam organisasi sekolah membantu pelaksanaan transformasi yang tidak mampu dilaksanakan oleh guru besar sahaja, malsh dapat membantu guru besar dalam mencapai matlamat organisasi. Pelaksanaan amalan kepimpinan distributif dikalangan guru besar akan memberi kesan kepada kepuasan kerja dikalangan guru-guru. Ini adalah kerana guru berasa diberi kepercayaan dan akan melaksanakan tanggungjawab secara berkesan dan seterusnya keyakinan dan kepuasan kerja guru meningkat. Kajian ini menunjukkan kepimpinan distributif guru besar mempunyai hubungan yang signifikan 120 Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved. International Journal of Education nd Pedagogy note eISSN: 2682-8664 | Vol 2, No.2, 109-123, 2020 Wy ‘pigs moe govsyindesphpjeap dan positif dengan kepuasan kerja guru. Dapatan kajian memberi implikasi terhadap pihak pembuat polisi dan pentadbir sekolah bahawa amalan kepimpinan distributif merupakan elemen yang penting untuk meningkatkan kepuasan kerja guru, Justeru, usaha perlu dilakukan untuk ‘menyebar Iuas amalan kepimpinan distributif ini. Hal ini juga menjelaskan bahawa kepimpinan distributif memberi impak yang besar terhadap guru- guru dan keseluruhan sistem organisasi sekolah. Penekanan terhadap kepimpinan distributif di Malaysia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia juga menunjukkan bahawa kepimpinan ini menyumbang kepada kejayaan transfromasi sistem pendidikan negara ke arah yang lebih baik. Oleh hal yang demikian, insentif dan latihan perlu diberi penekanan agar pemimpin dapat meningkatkan kemabiran dan keupayaan mereka dalam memimpin selaras dengan hasrat yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM. 2019) dan pembelajaran abad 21 7. Penghargaan Penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah penyelia, Prof. Madya Dr. Mohd Izham bin Mohd Hamzah, pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia dan suami, anak-anak, kedua ibu bapa, adik-beradik serta sahabat. Rujukan Abu Nayeem Mohammad Salahuddin. (2012). Distributed leadership in secondary schools: Possibilities and impediments in Bangladesh. Arts Faculty Journal, 4, 19-32. Adila Hashim. (2013). Kepimpinan dan motivasi, Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Selatan DimensiKOOP, 41 Aikaterini, Dimitrios & Athanasions. (2014). Teacher's job satisfaction and selfefficacy: a review. European Scientific Jounal, 10 (22), 321-342 Eres, F., & Akyilrek, M., I. (2016). The relationship between elementary school principals’ distributed leadership behaviours and teachers’ job satisfaction, Gazy University Journal, 36(3), 427-449. Garcia Torres, D. (2019). Distributed leadership, professional collaboration, and teachers’ job satisfaction in US. schools. Teaching and Teacher Education, 79, 111-123. Garcia Torres, D. (2018). Distributed leadership and teacher job satisfaction in Singapore. Journal of Educational Administration, S6(1), 127-142. Hamid, N. A. (2012). Hubungan burnout dengan kepuascn kerja: Tinjauan dikalangan guru Bahasa Inggeris di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (tesis sarjana). Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia Harris, A. (2013). Distributed leadership: Friend or foe?. Educational Management Administration and Leadership. 41, 545. Hulpia, H., Devos, G. (2009). Exploring the link between distributed leadership and the job satisfaction of school leaders. Educational Studies, 35(2), 153-171 Mham Binti Ismail. (2015). Pengaruh Kepimpinan beretika dan kepuasan kerja guru terhadap komitmen organisasi di sekolah (tesis doktor falsafah). Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia. 121 Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved. International Journal of Education nd Pedagogy EAP eISSN: 2682-8664 | Vol 2, No.2, 109-123, 2020 Wy ‘pigs moe govsyindesphpjeap James A. Diaz. (2018). 4 case study of the perceptions of teacher job satisfaction working under @ transformational and distributed leadership style. (Ed.D. Dissertations). College of Education, Concordia University-Portland. Jemaah Nazir Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru. Jessica Anak Bettie. (2018). Hubingan Beban Tugas Dengan Kepuasan Kerja Gurn Di Sekolah Menengah di Luar Bandar Daerah Miri (tesis satjana pendidikan). School of Education and Social Sciences, Veritas University College. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Penbangunan Pendidikan Malaysia 2013-202. Putrajaya: Bahagian Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Laporan Taluman 2015 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Laporan Taluman 2014 Pelan Pembangunan Pendidikan Mataysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Perkembangan Kurikulum. Mohamad Fuad Haji Ishak, Ab. Halim Tamuri, Subana Mohamed Lip, Sapie Sabilan, Zetty Norzuliana Rashed & Suziana Hanini. (2015). Tahap kepuasan bekerja dari aspek hubungan rakan sekerja dalam kalangan guru-gura KAFA Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor, 1-18 Norasmah Othmana & Rofilah Md. Saida. (2013). Tahap Kesediaan Guru Sekolah Menengah Harian Mengamalkan Kepimpinan Tersebar. Jurnal Teknologi. Raja Maizatul Wizana. (2013). Amalan pengetua dan guru dalam membuat keputusan kolaboratif di Maktab Rendah Sains Mara di Negeri Johor (tesis sarjana pendidikan). Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Ramazan Cansoy. (2019). The relationship between schoo! principals’ leadership behaviour and teachers’ job satisfaction: A systematic review. International Education Studies, 12(1), 37- 52. Rozi, Abd Latif, Sofiah dan Faezab. (2017). komitimen guru dan kepuasan kerja guru di sekolah menengah harian berprestasi tinggi dan berprestasi rendah di Daerah Kota Bharu, Kelantan, Proceedings of the ICECRS, | (1), 863-874. Kedah: Penerbitan Universiti Utara Malaysia. Segaran & Jamalul Lail. (2019). Kepimpinan distributif guru besar dan hubungannya dengan kepuasan kerja dalam kalangen guru SIKTDI daersh Hulu Selangor. Proceedings of Imernational Conference on Humanities, 428-437. Kuala Lumpur: ICHES 2019. Sara, F, (2012). Job satisfaction among English language teachers in Malaysia. Jnternational Journal of Applied Linguistics & English Literature, \(4), 30-37. Sarifa@ Sarifah Sebil. (2017). Pengaruh kepimpinan distributif dan iklim organisasi terhadap kepuasan kerja guru (tesis sarjana pendidikan). Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah Spector, P-E. (1985), Measurement of human service staff satisfaction: Development of the job satisfaction survey. American Journal of Community Psychology, 13(6), 693-713. Spector, PE. (1997). Job Satisfaction: Application, Assessment, Causes, and Consequences. United Kingdom: Sage Publications Lid. Stemler, Steven & Bebell, Damian & Sonnabend, Lauren. (2011). using school mission statements for reflection and research. Educational Administration Quarterly, 47, 383-420. Tam Hui Teng & Mobd Izham. (2019). kepimpinan distributif dan komuniti pembelajaran profesional (KPP) di sekola rendab. Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017, 257-263. Pulau Pinang, Penerbitan School of Social Sciences. 12 Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved. International Journal of Education nd Pedagogy note eISSN: 2682-8664 | Vol 2, No.2, 109-123, 2020 Wy ‘pigs moe govsyindesphpjeap Tan. G. K. (2018). Kepimpinan distributif dalam kalangan pengurusan sekolah rendah daerah Muar (tesis sarjana pendidikan). Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Tanridgen, A.; Iscan, S. (2016). Effect of distributive leadership behaviours of foreign language schools’ principals on the job satisfaction of instructors. International Journal of Educational Administration and Policy Studies, 8(6), 48-56. Zoolaiha Abd Rahman. (2015). Amalan kepimpinan distributif dalam kalangan pengeta dan Inubunganmya dengan kepuasan kerja guru di Selangor (tesis doktor falsafah). Fakulti Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Zuraidah Muda & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2018). Amalan Kepimpinan Distributif Hubungannya Dengan Modal Psikologi di Sekolah Menengah Daerah Putrajaya (prosiding intemational conference on global education v). Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Zuraidah Juliana Mohamad Yusoff, Yahya Don & Siti Noor Ismail. (2016). Pengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Pengurusan Konflik dalam Kalangan Pemimpin Sekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41(2), 168-171 123 Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.

You might also like