You are on page 1of 7

PERLEMBAGAAN

UNIT UNIFORM/
PERSATUAN/KELAB/
PERMAINAN

Perkara 1 : NAMA DAN ALAMAT _____________________________

1.1 Nama Persatuan..............................................................................

........................................................................................................

........................................................................................................

Perkara 2 : TUJUAN

2.1 Tujuan Am

2.1.1. Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk


mengembangkan potensi secara seimbang dan
menyeluruh dalam setiap aspek. Dari segi JERI dan
sosial.

2.1.2. Pemupukan unsur-unsur nilai, kepimpinan dan


sahsiah.

2.1.3. Memberi pendedahan dan pengalaman kepada


keadaan sebenar agar setiap pelajar dapat
menfaatkannya dalam kehidupan seharian.

2.1.4. Mengisi masa lapang dengan kegiatan yang


terancang dan berfaedah.

2.1.5. Mempertingkatkan keyakinan diri dan disiplin para


pelajar.
2.2. Tujuan Khusus (Senaraikan – Berdasarkan kepada objektif
penubuhan __________________)

............................................................................................................

............................................................................................................

............................................................................................................

............................................................................................................

............................................................................................................

............................................................................................................

Perkara 3: KEAHLIAN

3.1. Dibuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Khir


Johari, 35900 Tanjong Malim.

3.2. Mereka mesti menerima dan bersetuju berpegang kepada


perlembagaan ini dan akan mengambil bahagian dengan cergas
bagi menjayakan tujuan-tujuan persatuan ini.

Perkara 4: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

4.1. Pemilihan Jawatankuasa (AJK)

4.1.1. Perlantikan Jawatankuasa mesti dipilih melalui satu


Mesyuarat Agung Tahunan.

4.1.2. Pemilihan hendaklah melantik jawatan-jawatan berikut :-

4.1.2.1. Pengerusi
4.1.2.2. Naib Pengerusi
4.1.2.3. Setiausaha
4.1.2.4. Penolong Setiausaha
4.1.2.4. Bendahari
4.1.2.5. Penolong Bendahari
4.1.2.6. Ahli Jawatankuasa (Wakil Tingkatan)
4.1.3 Nama-nama untuk setiap jawatan di atas hendaklah
dicadangkan, disokong dan diundi.

4.1.4. Perlantikan boleh dibuat secara undi sulit atau terbuka.

4.1.5. Jika berlaku kekosongan jawatan, Guru Penasihat berhak


melantik pengganti di kalangan ahli biasa dengan
persetujuan AJK.

4.2 Membentang Penyata Kewangan Tahunan.

Perkara 5 : MESYUARAT AGUNG TERGEMPAR

Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan jika perlu oleh jawatankuasa


atau dengan permintaan ahli-ahli.

Perkara 6 : MESYUARAT JAWATANKUASA

Tiap-tiap mesyuarat persatuan sekolah atau jawatankuasa hendaklah


dihadiri oleh Guru Penasihat dan mana-mana guru lain yang telah dilantik
oleh Pengetua / Penolong Kanan Kokurikulum bagi maksud itu.

Perkara 7 : YURAN

Kadar yuran dan tempoh boleh ditetapkan dalam Mesyuarat Agung


(Tertakluk kepada persetujuan Pengetua / Penolong Kanan Kokurikulum)

Perkara 8 : LAPORAN

8.1. Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah


mengemukakan secara bertulis kepada Pengetua / Penolong Kanan
Kokurilum laporan yang lengkap mengenai perkara-perkara
berikut:

8.1.1. Perlembagaan dan peraturan-peraturan.


8.1.2. Senarai ahli jawatankuasa persatuan dan
8.1.3. Senarai aktiviti utama persatuan.
8.2. Laporan itu hendaklah dikemukan dalam tempoh empatbelas hari
mula berkuatkuasanya Peraturan-peraturan ini atau dalam hal
persatuan yang ditubuhkan selepas Persatuan-Persatuan ini ini
berkuatkuasa dalam tempoh empat belas hari selepas mesyuarat
pertama persatuan tersebut.

8.3. Perlembagaan dan peraturan persatuan sekolah hendaklah


diluluskan oleh Pengetua/ Penolong Kanan Kokurikulum.

Perkara 9 : PERUBAHAN DALAM PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN


JAWATANKUASA SEKOLAH

9.1 Jawatankuasa tiap-tiap persatuan hendaklah mengemukan secara


bertulis kepada guru besar atau penegtua, laporan yang lengkap
mengenai apa-apa perubahan dalam perlembagaan, peraturan,
jawatankuasa atau ahli persatuan.

9.2 Laporan ini hendaklah dikemukan dalam tempoh empat belas hari
dari tarikh laporan tentang perubahan ini dibuat dan hendaklah
disahkan dengan tanda tangan pengerusi dan setiausaha persatuan
berkenaan.

9.3 Pengetua atau Penolong Kanan Kokurikulum boleh menerima atau


enggan untuk menerima perubahan yang dinyatakan dalam
perkara 9.

Perkara 10 : REKOD PERSATUAN SEKOLAH

Pengetua atau Penolong Kanan Kokurikulum hendaklah menyimpan atau


menyebabkan supaya disimpan suatu rekod tentang ahli-ahli persatuan
sekolah dalam tempoh tiga puluh hari selepas berkuatkuasanya Persatuan-
Persatuan ini dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksa atau Pendaftar.

Perkara 11 : PENASIHAT

Pengetua atau Penolong Kanan Kokurikulum hendaklah melantik seorang


atau beberapa orang guru untuk bertindak sebagai penasihat atau
penasihat-penasihat bagi setiap persatuan sekolah atau Pengetua /
Penolong Kanan Kokurikulum itu hendaklah menyimpan atau
menyebabkan supaya disimpan suatu rekod bertulis tentang maklumat itu
dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh Pendaftar.
Perkara 12 : PERANAN JAWATANKUASA

12.1. Tugas jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan aktiviti-


aktiviti Persatuan /Kelab.

12.2. Jawatankuasa bertanggungjawab membuat keputusan atau perkara-


perkara mengenai perjalanan Persatuan / Kelab dengan tidak
terkeluar dari Perlembagaan ini dan dasar umum yang ditetapkan
oleh Mesyuarat Agung.

12.3. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali


dalam satu tahun.

12.4. Ahli jawatankuasa yang gagal menghadiri mesyuarat


Jawatankuasaa dua kali berturut-turut tanpa alasan yang
memuaskan akan digugurkan dan dianggap sebagai telah meletak
jawatan.

Perkara 13 : TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA

13.1. Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Agung


dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Beliau mempunyai
undi pemutus dan hendaklah menandatangani peringatan-
peringatan mesyuarat bersama dengan Guru Penasihat bila telah
diputuskan.

13.2. Naib Pengerusi hendalah memangku jawatan Pengerusi semasa


ketiadaanya.

13.3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja Persatuan mengikut


peraturan kelab. Beliau bertanggungjawab menguruskan hal-hal
surat menyurat dan menyimpan semua dokumen kecuali dokumen
kewangan. Beliau hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan
membuat catatan.

13.4. Penolong setiausaha bertanggungjawab membentuk Setiausaha


menjalankan tugas dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan
Setiausaha.

13.5. Bendahari bertanggungjawab di atas semua hal kewangan Kelab


dan bertanggungjawab di atas kebetulannya.
13.6. Wakil Tingkatan adalah ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab
berkenaan semua hal ahli jawatankuasa yang lain dan hal keahlian
tingkatan berkenaan.

Perkara 14 : KEWANGAN

14.1. Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi


undang-undang ini, wang Kelab ini boleh digunakan untuk perkara
yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Kelab, termasuk
belanja pentadbiran.

14.2. Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih


daripada RM ........................... Pada suatu masa. Wang yang lebih
daripada jumlah ini mestilah di serahkan dalam tempoh tujuh hari
kepada Guru Penasihat.

14.3 Segala pengeluaran wang dari kira-kira kelab hendaklah ditanda


tangani bersama oleh Pengerusi (atas ketiadaan nya Naib
Pengerusi) Setiausaha (atas ketiadaannya oleh Penolong
Setiausaha).

14.4 Perbelanjaan yang lebih daripada RM.................. bagi sesuatu


masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu
oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada
RM...................... bagi sebulan tidak boleh dilakukan tanpa
kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu.

14.5 Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan beserta


imbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan dan
diperiksa oleh Guru Penasihat dan Pemeriksa kira-kira dengan
seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata
kewangan yang telah diaudit itu hendaklah dikemukan untuk
kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinan-
salinannya hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli.

Perkara 15 : PEMATUHAN PENGURUSAN PERSATUAN SEKOLAH


DAN SEBAGAINYA

Pendaftar, Pengetua atau Penolong Kanan Kokurikulum boleh mengarah


mana-mana persatuan sekolah mematuhi peraturan tentang pengurusan
aktiviti, keahlian atau yang selainnya berkenaan dengan persatuan itu.
Perkara 16 : PEMERIKSA KIRA-KIRA

16.1. Dua orang ahli yang bukan Jawatankuasa Persatuan boleh dilantik
di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira
Kehormat. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan
tidak boleh dilantik semula.
16.2 Pemeriksa-pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa
kira-kira Kelab bagi setahun dan membuat laporan atau
pengesahan untuk Mesyuarat Agung.

Perkara 17 : PEMBUBARAN PERSATUAN

17.1. Pendaftar, Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum boleh


secara bertulis mengarah mana-mana persatuan sekolah dibubarkan
jika dia berpuas hati bahawa persatuan itu mungkin digunakan bagi
maksud :

(a) yang tidak memberi manfaat kepada guru atau murid.

(b) Propaganda politik yang memudaratkan kepentingan


Malaysia dan awam;

(c) yang memudaratkan kepentingan murid; atau

(d) yang melanggar mana-mana peruntukkan Peraturan-


Peraturan ini.

17.2. Sekiranya kelab hendak dibubarkan maka segala hutang


tanggungan Kelab yang sah mengikut undang-undang hendaklah
dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan
mengikut cara yang dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung.

You might also like