You are on page 1of 5
RDS ADVOCATES & SOLICITORS ‘constants ROSLI DAHLAN SARAVANA PARTNERSHIP Level 15, Menara 1 Dutamas, Slats Outamas Nov Jalan Dutamas 1, 50460 Kala Lumpur, Malaysia 4603-6209 5400 F603 6209 Sait © erqury@rdsawpaters com Ws wor tiawparers-com Please quote our reference when replying Ourreference:— RDS/RDINSV/EM/202¥1537 Yourreference: Please advise 18 July 2023 YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM Serahan Tangan No. 7, Jalan SL 3/3 Bandar Sungai Long 43000 Kajang, Selangor Dan YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM. Serahan Tangan / Pejabat Perdana Menteri Secara Emel Blok Utama, Bangunan Perdana Putra (anwaribrahim@pmo.gov.my) Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya YAB Dato’ Seri, PER: PELUPUSAN HUTANG PENEROKA FELDA KENYATAAN FITNAH OLEH DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM TERHADAP TAN SRI DATO’ HAJI MAHIADDIN @ MUHYIDDIN BIN MD. YASIN Kami merujuk kepada perkara di atas di mana kami bertindak bagi pihak Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin @ Muhyiddin Bin Md. Yasin (‘Anakguam kami’). 2. FAKTA 2.1 Semasa Anakguam kami menjadi Perdana Menteri dari 1.3.2020 sehingga 16.8.2021, berbagai inisiatif ekonomi telah dilaksanakan untuk membantu rakyat. Antara inisiatif tersebut ialah pelupusan hutang peneroka Felda kepada Felda yang bemilai RM8.3 bilion. Hal ini diketahui umum dan disahkan oleh ramai peneroka Felda yang telahpun menikmati faedah pelupusan tersebut. 2.2. Hal nidinyatakan pada 2021 dalam pemberitahuan pertanyaan buken lisan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua, penggal keempat di Parlimen Ke-14 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed bahawa 87.54% daripada keseluruhan 112,638 peneroka Felda telah menandatangani Perjanjian Penghapusan Pinjaman dan Pengurusan Kebun antara Felda dan Peneroka 2.3. Hal ini juga disahken pada 23.2.2023 dalam pemberitahuan pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama, penggal kedua di Parlimen Ke-15 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformesi Institusi), YB Dato’ Sri Azalina Binti Othman Said bahawa pelupusan hutang peneroka Felda telahpun diluluskan pada Julai 2021. RDS ADVOCATES 8 SOLICITORS 18 July 2023 24 34 32 33 34 35 Fakta ini dikukuhkan lagi pada 24.2.2023 oleh kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sti Idris Jusoh bahawa “pelupusan sebahagian huteng peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion daripada jumleh keseluruhan sebanyak RM12.1 bilion telah selesai dilaksanakan pada tahun 2021". FITNAH, Sebaliknya, sebagai Perdana Menteri Ke-10 merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri telah membuat kenyataan fitnah terhadap Anakguam kami dengan niat mencemar, menjatuhkan dan/atau merosakkan reputasi Anakguam kami seperti dinyatakan di bawah ini Pada 7.7.2023, semasa majiis sambutan Hari Peneroka Felda 2023 di Serdang, Dato’ Seri telah membuat kenyataan-kenyataan palsu dan mengelirukan berkenaan pelupusan hutang peneroka Felda yang mana petikannya adalah seperti berikut: a) “Orang politik ini banyak bicara, banyak janji tetapi mengamalkannya tu tidak. Pimpinan silih berganti, Perdana Menteri sillh berganti. Menteri bertanggungjawab soal Felda juga silih berganti. Dan baru-baru ini, 3 tahun berdegar-degar mereka bicara nak jaga orang melayu, nak jaga Islam tetapi hutang pun tak dilupuskan sehingga kita ambil alih baru-baru ini. Ya, memang diumumkan. Saya tengok fail, berapa keperluan? 8.3 bilion ringgit. Mana kelulusan? Tidak ada. Tapi dah umum. Saya check fail, kebetulan saya Menteri Kewangan, bila nak Juluskan? Belum. Tapi mana pejuang-peluang melayu? Pejuang-pejuang Islam hebat-hebat ini, ke mana mereka menghilang?” b) —“Buka fail, semak balik dan saya siap bulan alu saya luluskan pelupusan hutang 80%, 8.3 bilion ringgit. Dia bukan jumlah kecil, sebab itu bila dia nak umum dia umum saja. Dari mana wang itu? Ke mana disalurkan? Hutang 1.5 trilion ringgit yang kita tanggung sekarang. Defisit belanjawan 5.6%, maknanya pendapatan tak boleh tampung perbelanjaan. Tapi, beban hutang peneroka meningkat.” °) “Saya nak tanya, kamu 3 tahun atau 33 bulan kamu buat apa? Mengapa tak selesaikan masalah hutang Felda? Kami ni di atas pentas ini yang tolong menyslesaikan masalah hutang Felda.” Keseluruhan ucapan Dato’ Seri di majlis sambutan Hari Peneroka Felda 2023 itu telah diterbitkan secara siaran langsung melalui sidang ‘Facebook Live’ akaun Facebook milik Dato’ Seri sendiri yang menggunakan nama Anwar Ibrahim dan telah dipetik semula dan disebarkan secara meluas oleh media massa dan media sosial. Setakat 18.7.2023, terbitan tersebut telah ditonton dalam jumlah lebih 63,900 kal. (Pautan: _https:/hwmw_facebook.com/anwaribrahimofficial/videos/578513624354844/) Pada 8.7.2023, Anakguam kami telah menyangkel kenyataan-kenyataan palsu dan mengelirukan oleh Dato’ Seri melalui akaun Facebooknya. Anakguam kami juga telah memberikan penjelasan berkenaan pelupusan hutang peneroka Felda tersebut yang telahpun dilaksanakan semasa beliau menjadi Perdana Menteri pada 2024 Walaupun mengetahui penjelasan Anakguam kami, pada 8.7.2023, Dato’ Seri masih meneruskan fitnah terhadap Anakguam kami di sesi dialog di Universiti Utara Malaysia yang mana petkannya adalah seperti berikut: 3.6 37 38 39 ‘DS £5 8 SOLICTTORS 18 July 2023 a) “Hari ini mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin buat kenyataan Perdana Menteri ‘berbohong kerana perkara ini sudah selesai sejak tahun 2021. Inilah masaleh. Bila ada kuasa, ‘kerja nak cari kontrak untuk anak pinak.” b) —“Sekarang kamu kata dah selesai ini. Saya baru signed (tanda tangan) akhir Jun. Sign ini. Menteri Kewangan sign kelulusan ini. Jadi kamu kata dah selesai 2021 bagaimana, selesai di mana?” c) — ‘Memang ada persetujuan dulu, tapi tak selesai. Belanjawan 2021 bawah Perikatan Nasional, 2022 bawah Perikatan Nasional tidak ada peruntukan untuk menyelesei dan melupuskan hutang Felda." 4) “You cannot depend on the former corrupt leaders to help resolve the problems of this nation.” Keseluruhan ucapan Dato’ Seri di sesi dialog di Universiti Utara Malaysia itu juga telah diterbitkan secara siaran langsung melalui sidang ‘Facebook Live' akaun Facebook milik Dato’ Seri sendiri yang menggunakan nama Anwar Ibrahim dan melalui sidang ‘YouTube Live’ akaun YouTube milik Dato’ Seri sendiri yang menggunakan nama Anwar Ibrahim. Kedua-duanya telah dipetik semula dan disebarkan secara meluas oleh media massa dan media sosial. Setakat 18.7.2023, kedua-dua terbitan tersebut telah ditonton dalam jumiah lebih 142,000 kali (Pautan: _httos:/iwww.facebook.com/anwaribrahimofficiallvideos/1240654533257211/; dan httos://wwnw. youtube,com/watch?v=HuSYxpul-sY) Kenyataan-kenyataan di perenggan 3.2, 3.3, 3.5 dan 3.6 di atas dirujuk sebagai “Kenyataan Fitnah Tersebut” Kenyataan Fitnah Tersebut telah dipetik semula dan disebarkan secara meluas dalam berbagai bentuk rencana, klip video dan terbitan lain di media massa dan media sosial termasuk Facebook, Instagram, Twitter, TikTok serta YouTube yang boleh diakses oleh pengguna internet di Malaysia dan di seluruh dunia. Kami diarahkan oleh Anakguam kami bahawa Kenyataan Fitnah Tersebut adalah secara menyeluruh tidak benar, tidak berjustifikasi, berniat jahat dan dibuat tanpa sebarang asas sekalipun. Kenyataan Fitnah Tersebut dalam maksud biasa dan semula jadinya atau secara sindiran, secara berasingan dan/atau bersesama, adalah fitnah jahat terhadap Anakguam kami yang membawa maksud seperti berikut: a) Bahawa Anakguam kami berbohong berkenaan pelupusan hutang peneroka Felda; b) — Bahawa Anakguam kami adalah seorang yang tidak beramanah dengan memungkir, mengkhianati janji dan tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri untuk melupuskan hutang peneroka Felda; ©) Bahawa Anakguam kami tidak melaksanakan pelupusan hutang peneroka Felda sehingga menyebabkan beban hutang peneroka Felda meningkat; d) —_ Bahawa Anakguam kami telah menyelewengkan saluran peruntukan hutang peneroka Felda; e) — Bahawa Anakguam kami telah memanipulasikan duit rakyat; RDS ‘Aovocares souicrToRs 18 July 2023 3.10 44 42 f) Bahawa Anakguam kami adalah pengkhianat yang telah menodai perjuangan untuk orang Melayu dan Islam; 9) Bahawa Anakguam kami menjadi Perdana Menteri selama tempoh 3 tahun atau 33 bulan dan selama tempoh itu, tidak berbuat apa-apa untuk membantu atau menyelesaikan masalah hutang peneroka Felda; hh) Bahawa Anakguam kami ialah orang yang korup; i) Bahawa Anakguam kami membuat kenyataan bohong pada 8.7.2023 dalam penjelasannya berkenaan pelupusan hutang peneroka Felda pada tahun 2021; i) Bahawa Anakguam kami menyalahgunakan kuasa sebagai Perdana Menteri untuk memberikan kontrak kepada anak pinak; k) Bahawa Anakguam kami berbohong berkenaan pelupusan hutang peneroka Felda sehingga menyebabkan Dato’ Seri sebagai Perdana Menteri Ke-10 dan Menteri Kewangan terpaksa tandatangani kelulusan pada Jun 2023; 1) Bahawa Anakguam kami adalah pemimpin korup yang menyebabkan masalah kepada rakyat dan negara; m) — Bahawa atas sebab perkara yang disebutkan di atas, Anakguam kami tidak layak menjadi pemimpin Melayu Islam, ‘Anakguam kami menyatakan bahawa Kenyataan Fitnah Tersebut oleh Dato’ Seri yang membawa maksud yang dinyatakan di atas telah dibuat secara semberono yang menunjukkan kejahilan Dato’ Seri sebagai Menteri Kewangan yang tidak memeriksa fakta sebenar sehingga mengakibatkan Dato’ Seri membuat kenyataan yang palsu, bohong dan mengelirukan. TUNTUTAN Kenyataan Fitnah Tersebut yang merupakan pembohongan serta palsu dan mengelirukan, dalam maksud biasa dan semula jadinya atau secara sindiran telah mencemar dan merosakkan nama baik dan reputasi Anakguam kami serta mencalar imej dan integritinya sebagai seorang mantan Perdana Menteri dan pemimpin negara. Kenyataan Fitnah Tersebut juga menimbulkan kebencian dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap Anakguam kami sehingga menyeret Anakguam kami ke dalam kehinaan dan skandal awam. Kenyataan Fitnah Tersebut telah mengakibatkan Anakguam kami mengalami kerosakan dan kerugian serta prejudis apabila masyarakat awam memandang serong terhadap Anakguam kami dan keluarganya. ‘Anakguam kami berasa kesal kerana Kenyataan Fitnah Tersebut disebarkan dalam berbagai variasi walaupun palsu, bohong dan mengelirukan dan diulang-ulangi sehingga dipercayai oleh rakyat awam (‘Repeat a lie often enough and it becomes the truth” — Joseph Goebbels). Anakguam kami menyatakan bahawa Dato’ Seri juga telah berbohong sebelum ini apabila mencipta fitnah bahawa ‘Anakguam kami telah menyelewengkan RM600 bilion yang berubah kepada RMS30 bilion dan kemudian menurun menjadi RM92.5 bilion kemudian turun lagi kepada RM4.5 bilion dan jatuh merudum ke RM300 juta seperti dinyatakan dalam permohonan Semakan Kehakiman BERSATU RDS ADVOCATES & SOLICITORS 18 July 2023 4.3. Malah, Tun Dr. Mahathir juga memanggil Dato’ Seri seorang ‘pathological liar’ dalam suratcara mahkamah tuntutan fitnah terhadap Dato’ Seri. Hal ini amatiah dikesali apabila seorang negarawan seperti Tun Dr. Mahathir tergamak melabelkan Dato’ Seri sebegitu. Anakguam kami menyatakan bahawa amatlah malang apabila Dato’ Seri yang merupakan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mengamalkan propaganda pembohongan dan fitnah. 4.4 Oleh yang demikian, kami diarahkan oleh Anakguam kami untuk menuntut daripada Dato’ Seri seperti berikut a) Bahawa dalam tempoh 24 jam dari penerimaan surat ini, Dato’ Seri mengemukakan surat atau dokumen yang Dato’ Seri katakan Dato’ Seri tandatangani sebagai Menteri Kewangan pada akhir Jun 2023 bagi meluluskan pelupusan hutang peneroka Felda bernilai RM6.3 bilion yang kononnya telah gagal dilaksanakan oleh Anakguam kami; b) — Bahawa dalam tempoh 24 jam dari penerimaan surat ini, Dato’ Seri menarik balik kesemua Kenyataan Fitnah Tersebut dan memadamkan semua penylaran Kenyataan Fitnah Tersebut dari akaun Facebook Dato’ Seri dan semua laman web dan platform di mana Kenyataan Fitnah Tersebut disiarkan; c) Bahawa Dato’ Seri membuat permohonan maaf tanpa syarat dan terbuka secara bertulis kepada Anakguam kami dan menyiarkan yang sama di akaun Facebook Dato’ Seri dan semua laman web dan platform di mana Kenyataan Fitnah Tersebut disiarkan; d) _ Bahawa Dato’ Seri memberi aku janji yang Dato’ Ser’ tidak akan mengulangi Kenyataan Fitnah Tersebut dan/atau membuat apa-apa kenyataan lain dan/atau lanjut yang memfitnah ‘Anakguam kami; ) _ Bahawa permohonan maaf dan aku janji tersebut dibuat tertakluk kepada kepuasan dan/atau syarat-syarat seperti dipersetujui oleh Anakguam kami, f) Bahawa Dato’ Seri membayar ganti rugi dalam jumiah yang dipersetujui oleh Anakguam kami AMBIL PERHATIAN bahawa sekiranya Dato’ Seri gagal untuk mematuhi tuntutan-tuntutan di sini dalam tempoh yang dinyatakan di atas, kami diarahkan untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Dato’ Seri termasuk tetapi tidak terhad kepada menuntut ganti rugi dan relif injunksi tanpa notis lanjut kepada Dato’ Seri. 6. Semua hak Anakguam kami adalah dirizabkan sepenuhnya. Yang benar, RAS ROSLI DAHLAN SARAVANA PARTNERSHIP

You might also like