You are on page 1of 2
PiJ HOLDINGS Kepada ‘Semua Pegawai & Anggota Pekerja Kumpulan PlJ Holdings Salinan Kepada Pengarah Urusan Pld Holdings Daripada Jabatan Pentadbiran Dan Penjawatan Tarikh 16 Mei, 2023 / 25 Syawal 1444 KEMASKINI TERMA DAN SYARAT SYARIKAT KUMPULAN PIJ HOLDINGS SDN BHD MENGIKUT PINDAAN AKTA KERJA 1955 (2023) Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2, Selaras pindaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2023) berkuatkuasa dan terpakai mulai 1 Januari 2023 bagi semua syarikat berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), berikut merupakan perubahan dan kemaskini bagi mana - mana perkara yang dipinda mengikut pindaan bagi rujukan dan makiuman anggota pekerja Kumpulan PlJ Holdings Sdn Bhd. SEKSYEN E — TARIKH PERLANTIKAN, GAJI PERMULAAN DAN PERGERAKAN GAJI ‘TAHUNAN Perkara 4— 4.11 Pembayaran gaji bulanan akan dibayar sebelum atau pada atau satu (1) hari selepas 25 hari bulan bagi setiap bulan mengikut keadaan atau situasi seperti tarikh jatuh pada Hari Rehat atau Hari Cuti Am. SEKSYEN L~KEMUDAHAN CUTI Perkara 7 ~ Cuti Paterniti Cuti Paterniti (cut! isteri bersalin) layak diberikan kepada anggota pekerja lelaki secara automatik bermula tarikh kelahiran selama TUJUH (7) hari termasuk hari rehat dan hari pelepasan am untuk membantu menguruskan isteri bersalin dan lanya dihadkan kepada lima (5) kelahiran sepanjang tempoh perkhidmatan di dalam Kumpulan Ply Holdings. SEKSYEN M - CUTI KECEDERAAN Perkara 4 — Cuti Materniti 4.1 Cuti Materiti yang layak bermula dari tarikh bersalin adalah sebanyak sembilan puluh lapan (98) hari berbayar termasuk bayaran gaji seperti biasa dan ianya dihadkan sebanyak 5 kali sahaja di dalam tempoh perkhidmatan seorang anggota pekerja wanita Pindaan yang di kemaskini ini adalah selaras dengan Pindaan Akta Kerja 1955 yang mesti dipatuhi oleh semua anggota pekerja. Sekian, terima kasih, Dengan hormatnya, PlJ HOLDINGS SDN, BHD. nd MOHAMMAD SHAKIB BIN IDRUS Pengurus Pentadbiran & Perjawatan

You might also like