You are on page 1of 24
KEI ENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Tel 082-473473 Jalan Diplomatik, Off Jalan Bako Faks 082-473428 Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak ‘Laman Web —: _jpnsarawak,moe.gov.my Rujukan kami JPNSW13.100-1/3/2 (4-2) Tarikh : a¢ Oktober 2023 SEPERTI DI SENARAI EDARAN Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 11 TAHUN 2023 GARIS PANDUAN NILAI DAN ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk dan surat daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia rujukan KPM.100- 1/3/1 Jid.9 (15) bertarikh 4 Oktober 2023 adalah berkaitan. 2, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial Guru dan Murid pada 23 Jun 2017 bertujuan mengelakkan penyalahgunaan media sosial yang membawa kepada pelbagai keburukan terutamanya penyebaran fitnah dan perkongsian maklumat yang kurang tepat. 3. Garis panduan ini telah ditambah baik dan diselaraskan dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM): Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam Versi 1.0 (2022) : Ceraian UP. 7:2:10 Peraturan Berkaitan Pernyataan Awam oleh Pegawai Awam. MyPPSM telah menggugurkan dua (2) perkara seperti yang berikut : i. Perkara 9 : Peraturan dan Perundangan (i) Surat Arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 7 Jun 2013 bertajuk ‘Tanggungjawab Pegawai Awam dalam Memelihara Integriti Perkhidmatan Awam Semasa Menggunakan Kemudahan Media Sosial di Internet”; dan ii. Perkara 9 (i) Surat Arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 15 Julai 2016 bertajuk “Larangan Membuat Pernyataan Awam oleh Pegawai Awam”. wDe MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK” [RLY KENYALANG FLY,PLY HIGH" JPNSW13.100-1/3/2 (4) 4. _ Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 17 Tahun 2023 bertarikh 13 Julai 2023 telah meluluskan Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial Kementerian Pendidikan Malaysia. 5. — Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) ini berkuat kuasa serta merta pada tarikh SPI ini dikeluarkan. ..6, Bersama-sama ini juga disertakan salinan surat Pekeliling Ikhtisas tersebut untuk makluman dan rujukan tuan. Kerjasama tuan adalah dimohon untuk memanjangkan surat Pekeliling Ikhtisas tersebut kepada sekolah-sekolah di bawah seliaan masing-masing. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” ' = BevABAT FENDIDIARN DAERAH “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” eee 2023 Saya yang menjalankan amanah, [DATW Dr. HAJI AZHAR BIN HAJI AHMAD] Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak NMA JPNSW13.100-1/3/2 ( 6A SENARAI EDARAN Edaran Dalaman : 1. Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Sektor Pengurusan Sekolah Sektor Pembangunan Murid Sektor Pembelajaran Rona 2. Ketua Penolong Pengarah Kanan 2.1 Sektor Pendidikan Islam 2.2 Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan 2.3 Sektor Pendidikan Khas 2.4 Sektor Infrastruktur dan Perolehan 2.5 Sektor Pengurusan 2.6 Sektor Sumber Manusia 3. Ketua Penolong Pengarah Kanan 3.1. Sektor Pengurusan Maklumat 3.2 Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan 3.3. Sektor Integriti 4, Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri 4.1 Sektor Psikologi dan Kaunseling JPNSW13.100-1/3/2 (Ue) - Edaran Luar : 1. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kuching Jalan Diplomatik Off Jalan Bako Petra Jaya 93050 Kuching 2. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Padawan Lorong 17, Off Jalan Kapor Sungai Maong Hilir 93150 Kuching 3. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Bau D/A SMK Singai Jalan Kampung Apar-Singai 94000 Bau Pejabat Pendidikan Daerah Lundu Jalan Sekambal 94500 Lundu 5. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman Tingkat 1-3, Wisma Persekutuan Jalan Abang Aing, 95007 Sri Aman 6. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Lubok Antu Jalan Batu Kaya 95900 Lubok Antu 7. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Sibu 1 Tingkat 6, Wisma Persekutuan Blok 3, Lot 462, Brooke Drive 96000 Sibu JPNSW13.100-1/3/2 (4A) 8. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Selangau Lot 363, Blok 15, New Township Selangau 96000 Sibu 9. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit Jalan Access 96700 Kanowit 10. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Miri Tingkat 2, Blok 1, Wisma Persekutuan Jalan Kipas 98000 Miri 11. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Baram Lot 2241 Jalan Marudi / Ulu Linei 98050 Marudi 12, Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Subis 98150 Bekenu 13. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Limbang Tingkat 1, Wisma Persekutuan Jalan Muhibbah 98700 Limbang 14. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Lawas Tingkat Bawah, Wisma Persekutuan 98850 Lawas 15, Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei Tingkat 1, Wisma Persekutuan Jalan Bangunan Kerajaan 96100 Sarikei JPNSW13.100-1/3/2() 16. 20, 21 22. 23. 24, Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Julau 96600 Julau Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Meradong Jalan Berjaya 96500 Bintangor Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kapit Tingkat 1 & 2, Wisma Persekutuan 96800 Kapit Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Belaga Jalan Dian Ding 96900 Belaga Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Song Jalan Mission 96850 Song Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu KM 5, Jalan Sultan Iskandar 97000 Bintulu Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Tatau / Sebauh Jalan Kampung Dagang 97200 Tatau Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan Jalan Dato Mohd Musa 94300 Samarahan Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Serian Batu Satu, Jalan Serian/Sri Aman 94700 Serian 6 JPNSW13.100-1/3/2 (47> 25 26. 27. 28. 29. 30. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan 94800 Simunjan Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Mukah Jalan Haji Mohd Fauzi 96400 Mukah Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Dalat 96300 Dalat Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Daro 96200 Daro Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Betong Jalan Yong Shau Nen 95700 Betong Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Saratok Tingkat 1, Wisma Persekutuan Batu 1, Jalan Saratok 95400 Saratok KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Director General of Education Malaysia ARAS 8, BLOK E8 Level 8, Block E8 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E Government Complex Parcel E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tol: 03-8884 6077 Federal Government Administrative Contre Feks: 03-8889 4548 62604 PUTRAJAYA Laman Web: wwnw.moa.gov.my Ruj, Kami: KPM.100-1/3/1 Jid.9 (15) Tarikh —-: Of@ Oktober 2023 ‘Semua Ketua Bahagian ‘Semua Pengarah Pendidikan Negeri ‘YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 11 TAHUN 2023 GARIS PANDUAN NILAI DAN ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TUJUAN Surat Pekeilling Ikhtisas (SPI) ini bertujuan memaklumkan berkenaan pelaksanaan Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial Kementerian Pendidikan Malaysia. LATAR BELAKANG 2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial Guru dan Murid pada 23 Jun 2017 bertujuan mengelakkan penyalahgunaan media sosial yang membawa kepada peloagai keburukan terutamanya penyebaran fitnah dan perkongsian maklumat yang Kurang tepat. 3. Garis panduan ini telah ditambah baik dan diselaraskan dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM): Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam Versi 1.0 (2022): Ceraian UP. 7:2:10 Peraturan Berkaitan Pernyataan ket anther deo surat eat upd eR pp Sut eAGh- Te 4 laf 7 saat Bache Dh HOSSEN BIN app FA PW) | KetuaPerctong Feraeen ke PR LDL, Serena an om *#Rbatan Penckan Negor Sarawak [the DITERIMA iE 11 OCT 2023 SEKTOR iNTEGRITI ‘Awam oleh Pegawai Awam, MyPPSM telah menggugurkan dua (2) perkara seperti yang berikut: i. Perkara 9: Peraturan dan Perundangan (i) Surat Arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 7 Jun 2018 bertajuk "Tanggungjawab Pegawai Awam dalam MemeliharaIntegriti Perkhidmatan Awam Semasa Menggunakan Kemudahan Media Sosial i internet’; dan i Perkara 9 {j) Surat Arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 16 Julai 2016 bertajuk “Larangan Membuat Pemyataan Awam oleh Pegawai Awarn’ 4, Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 17 Tahun 2023 bertarikh 13 Julai 2023 telah meluluskan Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial Kementerian Pendidikan Malaysia. PELAKSANAAN 5. YBhg, Datuk/Dato/Tuan/Puan hendaklah memastikan Garis Panduan Nilei dan Etika Penggunaan Media Sosial Kementerian Pendidikan Malaysia disebarluaskan untuk pemakluman semua pegawai dan anggota kumpulan pelaksana KPM. Perlakuan seperti memuat naik kandungan fucah, sumbang, paisu, mengkritik dasar kerajaan, memuat naik dokumen sulitkerajaan, menimbuikan provokasi dan isu sensitifmerupakan kesalahan serta boleh dikenakan tindaken tatatertib selaras dengan penguatkuasaan MyPPSM 6. Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial Kementerlan Pendidikan Malaysia yang disertakan bersama-sama SPI ini adalah sebagai rujukan kepada semua. pegawai di bahagian KPM, jabatan pendidikan negeti (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan bawah KPM, Sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM digalakkan untuk merujuk dokumen ini sebagai panduan bagi mengelakkan penyalahgunaan media sosial, TARIKH KUAT KUASA, 7. SPI ini berkuat kuasa serta-merta pada tarikh SP! ini dikeluarkan. PEMBATALAN 8 Dengan berkuat kuasa SPI ini, maka Surat Pekellling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2017: Garis Panduan Nilai dan Etika Media Sosial Guru dan Murid bertarikh 23 Jun 2017 adalah terbatal TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 8. YBhg. Datuk/Deto/Tuan/Puan hendaklah mengambll tindakan dan memastikan kandungan SPI ini dilaksenakan oleh semua pegawal yang bertanggungjawab di bahagian KPM, JPN, PPD dan institusi pendidikan bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato'/tuan/puan. Sekian, terima kasih “MALAYSIA MADANI? “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalknkan amanah, merangkap Pendaftar Institusi Pendidikan dan Gura Kementerian Pendidikan Malaysia sk 4 YB Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2. YB Timbalan Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 3. Kelua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 4, Semua Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia ‘Semua Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Penasihat Undang-Undang Kemenierien Pendidikan Malaysia GARIS PANDUAN NILAI DAN ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA IS! KANDUNGAN Kandungan Halaman 1. Pendahuluan 2 2. Tujuan 2 3. Tafsiran 2-4 4, Tatacara Pemilihan Kandungan Media Sosial untuk Tatapan Umum 4-5 5. Etta Penggunaan Media Sosial oleh Kakltangan Awam KPM 5-6 6. Etika Penggunaan Media Sosial oleh Murid 7-8 7. Penggunaan Akaun Peribadi Media Sosial 8 8 Peraturan 8-9 9. Rujukan 9 1.0 Pendahuluan Penggunaan media sosial seperti aplikasi blog, Facebook, YouTube, Twitter, TikTok, Instagram dan sebagainya tidak sekadar menjadi ruangan sembang atau ‘meluangkan masa lapang tetapi telah menjadi satu keperiuan kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat dengan mudah, cekap dan pantas. 2.0 Tujuan Garis panduan ini menerangkan tatacara, peraturan dat kawalat katdunigan media sosial yang perlu dipatuhi oleh kakitangan awam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tujuan seperti yang berikut i. Menyampaikan makiumat yang sahih, jelas dan tepat. i Mengawal penyebaran dan perkongsian maklumat, lil, Mengelakkan isu salah laku dan penyebaran maklumat tidak beretika, Wv, Melindungi deripada pelanggaran hak cipta daripada_mana-mana penerbitan, v. Menjaga kedaulatan negara dan kepentingan perkhidmatan awam, Vi. Memelihara sistem pendidikan di Malaysia 3.0 Tafsiran Dalam garis panduan ini, tafsiran yang diguna pakai adalah seperti yang berikut: i “nila?” ialh kepercayaan yang mendorong seseorang atau institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yeng berasaskan nilal utama masyarakat seperti sejarah, ilmu, kebijaksanaan, keadilan dan kesederhanaan. ii “etika” jalan satu set tatakelakuan yang perlu dikuti dan ditaati. Etika merupakan satu tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat_ Anggota perkhidmatan awam berkewajipan untuk memahami tanggungjawab tehadap peranan dan perilaku seseorang pekerja datam kerajaan. 2 it vil “bull siber (cyberbully)” ialah perbuatan menghantar mese] dan ime] menerusi telefon pintar dan komputer melalui aplikasi media sosial yang boleh memberikan kesan negatif seperti trauma, gangguan emosl, gangguan fizikal, menjatuhkan maruah diri dan menganoam keselamatan individu. “salah laku juvana” ialah perlakuan jenayah yang pelakunya terdiri daripada kanak-kanak dan remaja yang berumur 10 hingga 18 tahun. “kakitangan awam KPM® jalsh semua pegawal dan anggota kumpulan pelaksana KPM, “guru” ialah seseorang yang ()) mengajar murid di sesebuah institusi pendidikan; atau (i) menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan, diberikan atau melalui pusat pendidikan jarak jauh, dan termasuklah guru besar, pengetua, ketua jabatan dan pensyarah. “pegawai awam’” ialsh seseorang yang memegeng sesuatu jawatan atau pekerjaan dalam atau bawah sesuatu perihidmatan awam. Bagi tujuan garis panduan ini, pegawai awam merujuk guru, “murid” jalah seseorang tanpa mengira umumya yang kepadanya pendidikan atau latihan sedang diberiken di sesebuah institusi pendidikan. “jnstitusi pendidikan” ialah sekolah atau mana-mana tempat lain yang menjalanken kerja sesebuah organisasi atau institusi, orang lazimnya diajar,sama ada dalam satu kelas atau lebih, dan termasuklah tadika dan pusat pendidikan jarak jauh tetapi tidak termasuk (I) mana-mana tempat yang pengajarannya terbatas kepada pengajaran mana-mana agama semata-mata; atau (il) mana-mana tempat yang diisytiharkan olen Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta sebagai bukan institusi pendicikan bagi maksud Akta Pendidlican 1996. “maklumat secara bertulis atau lisan” merujuk buku teks, cerita, berita, ip video, infografik, gambar, ime] dan iain-lain, 4.0 xi “media sosial” ialah sejenis saluran komunikasi dalam talian yang Memboiehkan pengguna berinteraksi dengan mudah secara bebas, berkongsi dan membincangkan maklumat dengan menggunakan gabungan multimedia yang terdiri daripada teks, gambar, imej, video dan audio seperti yang berikut: CE @ OBO onic Om Bag ccs ® ELF ‘Tatacara Pemilihan Kandungan Media Sosial untuk Tatapan Umum ‘Tatacara yang perlu dipatuhi semasa memilih kandungen media sosial untuk kegunaan rasmi institusi pendidikan adalah seperti yang berikut 44 42 Pengesahan Akaun i. Kenal pasti rakan media sosial anda, ii, Pastikan alamat e-mel dan kata laluan rasmi tidak digunakan dalam akaun peribadi media sosial li, Sekiranya e-mel rasmi digunakan, sila pastikan log keluar (log out) daripada akaun media sosial pada semua peranti (log cut all devices) apabila tidak lagi digunakan. Pengesahan Maklumat i. Berhati-hati menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi supaya tidak mendedahkan sebarang maklumat rasmi li, Maklumat yang dikongsikan perlu tepat, sahih dan tidak mempunyai unsur fitnah lil, Jangan membenarkan individu lain menggunakan identiti dan kata laluan akaun e-mel dan akaun media sosial, 43 44 AS 46 Muat Naik (upload) atau Mutat Turun (download) Bahan i. Bahan rasmi yang hendak dimuat naik hendaklah disemak dan ‘mendapat pengesahan serta kelulusan daripada guru besar atau pengetua atau ketua jabatan masing-masing fi, Bahan rasmi yang dimuat turun (download) daripada Laman Web Rasmi KPM yang hendak dimuat naik (upload) semula untuk disebarluaskan, tidak perlu disemak dan disahkan sekiranya tlada penambahan maklumat, Muat Turun (download) Aplikast Elakkan daripada memuat turun (download) aplikasi yang tidak diketahul tahap keselamatannya. Porbincangan dan Perkongsian Awam Serhati-hati terhedap setiap pemyataan atau makiumat yang dikongsiken dalam media sosial bagi menjaga imej dan kesejahteraan negara, Penggunaan Wi-Fi Elakkan daripada menggunakan WiFi umum yang tidak diketahui tahap keselamatannya untuk melaksanakan kerja rasmi, 5.0 Etika Penggunaan Media Sosial oleh Kakitangan Awam KPM 54 Penggunaan media sosial secara positf boleh dimanfaatkan untuk tujuan seperti yang berikut: i, Membolehkan komuntkasi dalam medium penyampaian yang pantas, ii, Menghasilkan dan memuat naik maklumat secara bertulis atau lisan bagi tyjuan pembelajaran, ii, Meningkatkan keberkesanan penyampaian sistem pendidikan. 52 53 Sekiranye terdapat kesilapan pada sebarang maklumat yang telah dlihebahkan, permohonan maaf secara terbuka hendaklah dilakukan dengan segera Tatacara dan kriteria penggunaan media sosial hendaklah dipatuhi berdasarken Peraturan-Poraturan Penjawat Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang berkuat kuasa dengan tidak melakukan perkara seperti yang berikut i, vi vil vii. Mendedahkan maklumat rasmi yang terkandung dalam dokumen sulitdokumen terhad kerajaan kepada pihak umum. Memberixan atau berkongsi komen negatif tentang isu yang melibatkan arahen KPM, jabatan pendidikan negerl, pefabat Pendidikan daerah dan pentadbir sekolah. Membuat atau berkongsi sebarang pemyataan yang menyentuh Perkara yang boleh menjejaskan ime] dasar kerajaan, maklumat yang tidak sahih, makiumat berbentuk fitnah, hasutan dan lucah, Membuat sebarang pemyataan, provokasi sesuatu isu yang menyalahi peraturan dan undang-undang atau perkara yang menyeniuh sensitiviti individu atau kumpulan tertentu yang boleh menimbulkan suasana yang tidak harmori Berkongsi kenyataan yang menyentuh isu sensitif berkaitan dengan institusi diraja, agama, kaum, politk dan individu terutamanya isu yangboleh mengancam keselamatan negara Memuat naik kandungan multimedia yang berkaltan dengan Pentadbir sekolah, guru, murid, ibu bapa atau penjaga tanpa kebenaran, Bertindak balas terhadap pihak yang membuat provokasi Welibatkan diri dengan aktiviti yang boleh membewa kepada Jenayah sosial dan seksual, Menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu bekerja Melioatkan iri dengan aktiviti yang boleh menjurus kepada buli ser, Melibatkan diri dengan periagaan dalam tallan tanpa kebenaran 6.0 Etika Penggunaan Media Sosial oleh Murid 64 62 Penggunaan media sosial secara positif oleh surid boleh dimanfaatkan untuk tujuan seperti yang berikut i. Meningkatkan keberkesanan pembelgjaran li. Berkomunikasi dan mendapatkan maklumat secara pantas serta meluas. Tatacara dan kriteria penggunaan media sosial yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: i. Menggunakan media sosial untuk iujuan peribadi pada waktu persekolahan sama ada menerusi peralatan komputer/alat mudah alt yang dibekatkan oleh sekoleh ataupun melalui peralatan peribadi dengan kebenaran pihak pentadbir sekoleh. ii, Menggunakan media sosial secara peribadi di luar waktu persekolahan secara beretika Tatacara dan kriteria penggunaan media svslal hendaklah dipatuhi dengan tidak melakukan perkara seperti yang berikut: i. Mendedahkan maklumat rasmi yang terkandung dalam dokumen sulidokumen terhad Kerajaan kepada pihak umum. li, Berkongsi kenyataan yang menyentuh isu sensitif berkaltan dengan institusi diraja, agama, kaum, politk dan individu Berkongsi komen berbaur negatif iv. Menyebarkan maklumat yang tidak sahih, v. Bertindak balas terhadap pihak yang membuat provokasi vi. Melibatkan dir dengan aktiviti yang boleh membawa kepada salah laku juvana, vil. Memuat nak makiumat peribadi yang bolen membahayakan dir vil. Memberikan kandungan yang berunsurkan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau bersifat jelik untuk tujuan dan niat mengganggu, mengacau, mendera atau mengugut mana-mana orang Seperti pormograti, pedofilia, menghantar virus, menyebarkan fitnah mahupun berita paisu. in ix. Melibatkan ditt dengan aktivti buli siber seperti yang berkkut: a. Memberikan gelaran dan mengejek. Menghantar/menggunakan mesej kasar atau kurang sopan, Menyebarkan pembohongan atau khabar angin. Mengecualikan atau mengabaikan individu, Menggodam akaun, Memuat naik gambar yang memalukan Memuat naik maklumat sull. Fereagg Mengugut atau memaksa individu melakukan sesuatu tanpa kerelaan, 7.0 Penggunaan Akaun Peribadi Media Sosial Penggunaan akaun peribadi media sosial tertakluk pada peraturan yang sedang berkuat kuasa bagi memastikan penggunaan media ini tidak menjejaskan perkhidmatan awam, pegawai awam dan keselamatan murid, 8.0 Poraturan Garis panduan ini terikat dengan etika, terma dan syarat yang terkandung dalam akta dan perundangan yang sedang berkuat kuasa melibatkan kakitangan KPM sebagai penjawat awam. Sehubungan dengan itu, prinsip penggunaan media sosial oleh pegawai awam sama ada dalam urusan rasmi atau pun peribadi, sama seperti yang terpakal pada media yang lain. Selain itu, setiap salah laku yang berkaitan boleh dirujuk melalui saluran seperti yang berkut 8.1 Sebarang salah laku kakitangan KPM bethubung dengan nilai dan etika penggunaan media sosial boleh diadukan melalui saluran rasmi KPM, faitu Sistem Pengurusan Aduan Awam, KPM (SISPAA) melalui ime 01 8.2 Murid pula tertakluk pada peraturan disipiin sekolah atau mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa. 9.0 83 Bagi guru dan murid di institusi pendidikan swasta, sebatang salah laku penggunaan media sosial tertakluk pada peraturan dan undang-undang berkaitan yang berkuat kuasa, Namun, institusi pendidikan swasta digalakkan untuk merujuk garis panduan ini. Rujukan vi. vil vill Akta Mahkamah Juvana 1947 (Afta 90) Akta Hasutan 1948 Akta Rahsia Rasmi 1972 Institut Tadbiran Awam Negara (1991)-Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam_ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1983 ‘Akta Pendidikan 1996 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM): Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam Versi 1.0 (2022) KEMENTERIAN PENDIDIKAN

You might also like