You are on page 1of 2

SKIM BANTUAN PESAKIT KRONIK (SBPK)

Skim Bantuan Pesakit Kronik (SBPK) ini adalah untuk memberi kemudahan bantuan kewangan
kepada warga kerja RISDA / Syarikat Milikan RISDA (SMR) / pesara RISDA atau keluarga terdekat
yang telah disahkan menghidap 36 jenis penyakit kritikal seperti di Lampiran 1.

Syarat dan Kelayakan Memohon

SYARAT KADAR

Pemohon yang sah menghidap salah satu atau lebih daripada 36 jenis RM1000
penyakit kritikal seperti dalam senarai Lampiran 1. (one-off)

KELAYAKAN

1. Staf RISDA / SMR, pesara RISDA (termasuk keluarga terdekat seperti suami / isteri /
anak kandung / anak tiri / anak angkat).
2. Tiada had pendapatan.
3. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan iaitu bawah 18 tahun dan 21 tahun bagi
yang masih belajar. Tiada had umur bagi anak yang berstatus OKU.

CARA MEMOHON

1. Menggunakan borang Permohonan Skim Bantuan Yayasan RISDA (pindaan 2022).


2. Kemukakan salinan dokumen berikut :
a. Kad pengenalan / sijil lahir pemohon/pesakit
b. Kad pengenalan ibu bapa /penjaga yang sah
c. Kad Pekerja/ Pesara (warga RISDA/SMR/ Pesara)
d. Laporan / Surat Pengesahan Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan Malaysia atau
Hospital Pakar yang dikitiraf oleh Kementerian Kesihatan berkaitan penyakit yang
dihidapi

NOTA

1. Semua permohonan dibuat melalui dan disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab
(PRN / PRD / PRJ / PRB atau Pengarah Bahagian / KPE SMR).
2. Permohonan yang tidak lengkap / mematuhi syarat tidak akan dipertimbangkan.
3. Keputusan Jawatankuasa Penilai adalah muktamad dan tidak tertakluk memberi
alasan kepada sebarang penolakan permohonan.
LAMPIRAN 1

BIL NAMA PENYAKIT


1 Anaemia Aplastik
2 Distrofi Otot
3 Ensefalitis
4 Hepatitis Virus Fulminan
5 Hilang Keupayaan Diri
6 Hilang Pendengaran
7 Hilang Penglihatan
8 Hilang Pertuturan
9 Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
10 Kanser
11 Kardiomiopati
12 Kegagalan Buah Pinggang
13 Koma
14 Luka Terbakar Teruk
15 Lumpuh
16 Lumpuh Paraplegia
17 Meningitis Bakteria
18 Pembedahan Aorta
19 Pembedahan Otak
20 Pemindahan Organ Utama
21 Penggantian Injap Jantung
22 Penyakit Aizheimer
23 Penyakit Arteri Koronari
24 Penyakit Arteri Koronari yang Serius
25 Penyakit Hati Kronik
26 Penyakit Neuron Motor
27 Penyakit Parkinson
28 Penyakit Paru- Paru Kronik
29 Penyakit Terminal
30 Poliomielitis
31 Serangan Jantung
32 Sindrom Apalik
33 Sklerosis Berbilang
34 Strok
35 Trauma Kepala Utama
36 Tumor Otak Benigna

You might also like