You are on page 1of 5

Isu Etika penyelidikan

Penyelidikan biasanya dilakukan menggunakan manusia yang mempunyai


perasaan dan pengalaman. Kaedah penggumpulan data dalam sesetengah kajian
pula menyentuh rasiah, emosi, hak, hal peribadi, dan kebenaran subjek kajian.
Responden mempunyai maklumat rahsia atau sesuatu yang sulit, yang tidak boleh
diketahui oleh orang lain. Apabila didedahkan atau diumumkan akan
mendatangkan kesan yang negatif kepada pihak-pihak tertentu, pengkaji perlu
mengetahui etika penyelidikan sebelum merancang dan menjalankan kajian.

Etika diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘Ethos’ yang


bermaksud budi perkerti yang lazim dipadankan dengan kajian sistematik
berkenaan konsep nilai ‘baik’,’tidak baik’, ’betul’ dan ‘salah’. Konsep yang disebut
ini menjadi perhatian dalam kehidupan seharian manusia termasuk para
professional termasuk peguam, doctor, guru dean lain-lain termasuklah penyelidik.

Pengkaji perlu melihat dua perkara utama dalam etika penyelidikan:


1.Aspek-aspek penting dalam etika penyelikan
a.penyertaan sukarela:responden adalah subjek sukarela.Pengkaji boleh
menyediakan borang jaminan kajian dan surat persetujuan menjadi
reponden.
b.Penentuan diri:pengkaji perlu mengetahui individu yang responden
mempunyai hak untuk menilai maklumat kajian sebelum membuat
keputusan sebelum memutuskan untuk mengambil bahagian atau tidak.
c.Kecerdasan fizikal dan psikologi/mental:pengkaji beusaha untuk
memastikan keselamatan responden terjamin.
d.rahsiah peribadi:3jenis rahsia peribadi(Diener dan Grandall,1978)
#kepekaan maklumat yang diberi-merujuk kepada darjah keperibadian atau
potensi ancaman atau ugutan terhadap responden setelah maklumat
didedahkan.
#keadaan persekitaran responden-persekitaran khas responden seperti
tempat tinggal, kenderaan, tempat bekerja, dan tempat-tempat yang
sering dilawati yang berkaitan dengan kewangan dan hak harta benda.
#keupayaan menyebarkan maklumat- keupayaan sesuatu maklumat
responden disebarkan.
e.Identiti pengkaji: perlu diberitahu kepada responden secara ikhlas dan jujur
sebelum meminta kebenaran responden untuk mengambil bahagian dalam
kajian.
f.Ketanpanamaan: keadaan di mana orang lain tidak mengenali siapakah
subjek kajian yang membekalkan data atau maklumat kajian. Pengkaji perlu
merahsiahkan segala maklumat yang dibekalkan oleh pembekal maklumat.
g.Perjanjian sulit: Segala maklumat responden haruslah dirahsiahkan.
h.Pembelotan:kejadian pecah amanah harus dielakkan oleh pengkaji.
i.Pengabui mata dan penipuan:Pengkaji harus memberitahu maklumat yang
benar dan mengelakkan maklumat palsu.
j.Hak cipta: Pengkaji menggunakan hasil kerja pengkaji lain dengan
kebenaran bertulis.
Prinsip etika penyelidikan:
Prinsip
 Ciri-ciri kesamaan
o Tidak memutar-balikkan data
 Humanistik
o Pertimbangan perasaan dan emosi responden
 kebebasan
o Subjek membuat keputusan
 Sulit
o Maklumat responden tidak didedahkan
o ketanpanamaan
o Nama tidak diberitahu
 Keadaan asal reponden
o Tidak menimbulkan kesan –ve/+ve responden
 Kejujuran
o Data dianalisis dengan tepat dan jujur
 Plagiarism
o Data dipungut sendiri bukan tiruan

Kod etika penyelidikan.


Antara kod etika penyelidikan
• Pengkaji perlu menunjukkan sepenuh identiti dan latar belakangnya
kepada responden.
• Tujuan dan prosedur kajian perlu dijelaskan sepenuhnya kepada
responden kajian.
• Kajian yang dijalankan mestilah tidak memberi ancaman kepada
responden.
• Dapatan kajian perlu dilaporkan secara asit dan ikhlas/
• Rahsia dan kepentingan responden harus dihormati.
• Pengaburan mata subjek kajian hanya boleh digunakan sekiranya tidak
mendatangkan kesan negatif kepada responden, dimana ia amat
diperlukan.
• Subjek kajian mempunyai hak menarik diri drp megambil bahagian dan
hak untuk berhenti menjadi responden.
• Apabila masalah etika timbul, pengkaji perlu mendapatkan asita daripada
pengkaji yang lain.

Senarai semak prosedur penyelidikan.

• Meminta kebenaran secara bertulis drp pihak dan individu yang akan
dijadikan sebgai responden.
• Menghubungi pihak dan individu responden kajian.
• Menyerahkan garis kasar projek kajian kepada pihak responden untuk
menyatakan tujuan prosedur kajian.
• Memberi jaminan kepada pihak responden kajian bahawa segala
maklumat mereka adalah sulit.

Reynolds (1979) menyatakan 5 unsur-unsur dalam kod etika penyelidikan:


1) nilai – mengingatkan pengkaji untuk memegang kepada nilai moral tertentu
sebelum, semasa dan selepas kajian.
2) kesedaran diri – kesedaran tentang tingkah laku yang dilarang dan
tangunggjawab diri terhadap responden kajian.
3) profesionalisme – mengingatkan pengkaji untuk merancang dan
menggunakan kaedah kajian yang tidak mendatangkan kesan negatif
kepada responden.
4) kebolehpercayaan – mebgingatkan pengkaji agar tidak memanipulasikan
data dan hasil kajian, serta membuat laporan secara jujur dan ikhlas.
5) panduan disiplin – mengingatkan supaya pengkaji untuk mematuhi
peraturan-peraturan penyelidika, bahawa pengkaji tanpa disiplin akan
menghasilka dapatan kajian yang tidak sah.
@Etika dan proses penyelidikan@
Peringkat pemilihan permasalah kajian.

# kajian tersebut tidak melanggar nilai-nilai:tidak melanggar norma- norma


sejagat.
# peniruan kajian lepas tanpa pengiktirafan:menyertakan sumber rujukan.
# sifat objektiviti:menentukan tujuan dan hipotesis yang dibuat.
Peringkat menentukan kaedah penyelidikan
# memelihara hak privacy dan dignity responden:subjek tidak didedahkan
daripada sebarang ancaman maruah mereka.
# melindungi mereka daripada sebarang ancaman fizikal dan mental:tidak
meninggalkan kesan sosial.
Peringkat penggumpulan data.
# penyalahgunaan peranan status pengkaji:menjaga nama baik bidang
kajiannya.
Peringkat penganalisisan data
# berasaskan tujuan jujur dan berobjektif:tidak mengubahsuai data untuk
membuktikan hipotesis.
# keselamatan data:identitiresponden tidak didedahkan dan data responden
dijaga dengan selamat secara sulit.

Kesimpulan.
Isu penyelidikan sering menjadi perkara yang dititikberatkan dalam proses
menjalankan kajian. Aspek penting, Kod etika penyelidikan dan langkah-
langkah haruslah diambil berat dalam setiap kajian agar kajian yang dilakukan
berjalan dengan lancar dan menepati kehendak kajian.

Rujukan:
Tuckman, B. W. (1999). Conducting educational research (5th ed.). Ft. Worth,
TX:HARCOURT
York, R. O. (1998). Conducting social work research: An experiential approach.
Boston:
Allyn & Bacon.
Isu-isu etika sangat penting dalam penyelidikan sebagai panduan untuk
melengkapkan setiap kajian yang dijalankan. Penyelidik yang tidak mematuhi etika
penyelidikan akan merosakkan reputasi penyelidikan sosial.
Tingkah laku beretika diberikan perhatian yang serius dalam sains sosial
kerana ia melibatkan manusia sebagai subjek. Ia memberi kaitan langsung
terhadap kehidupan subjek yang dikaji. Elemen penting dalam etika ini ialah:
1. Bahasa – penyelidik menyediakan maklumat lengkap dan bahasa yang
mudah difahami. Penerangan juga perlu supaya responden memahami apa
yang diinginkan oleh penyelidik.
2. Perasaan responden – beri masa yang cukup untuk responden menjawab
soalan dan tidak boleh bertanya soalan-soalan yang memalukan,
menyebabkan kekacauan emosi atau pengalaman yang tidak
menyenangkan. Secara umum, penyelidik tidak boleh mendedahkan
responden kepada tekanan mental atau fizikal.
3. Etika dalam semua peringkat kajian – penyelidik harus pentingkan etika
pemilihan permasalahan kajian, tentukan kaedah penyelidikan,
pengumpulan data, penganalisisan data, interpretasi dan melaporkan kajian.
4. Mengetahui tahap pendidikan responden – mengambil kira tahap pendidikan
sampel yang ingin dikaji. Tidak boleh memberi tugas yang tidak wajar atau
rumit kepada responden. Keadaan ini jika berlaku akan menyukarkan proses
penyelidikan dan akan mendatangkan tindak balas yang negatif daripada
sampel yang dikaji.
5. Berterus-terang dengan responden – berikan penjelasan kepada responden
tentang matlamat dan tujuan kajian. Semua maklumat perlu dijelaskan
termasuk prosedur yang terlibat dalam kajian. Dengan itu, responden akan
secara sukarela melibatkan diri dalam kajian berkenaan.
6. Utarakan data yang tepat – bertindak memberikan data yang tidak lengkap,
terkeluar dari konteks, memalsukan penemuan atau kemukakan fakta yang
mengelirukan dianggap melanggar tatasusila penyelidikan.
7. Menjaga kerahsiaan responden – penyelidik sama sekali tidak boleh
mendedahkan maklumat mengenai sampel kajian sehingga ia boleh
menggugat keselamatan atau maruah responden. Hak-hak peribadinya
harus dipelihara dan tidak boleh jatuh ke tangan pihak ketiga.

Mematuhi etika penyelidikan adalah tanggungjawab penyelidik. Kegagalan


mematuhi etika berkenaan akan menggugat kesahan dan kebolehpercayaan
kajian yang dilakukan.

You might also like