You are on page 1of 1

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES

Rujukan Kami : UPM/FPP/CPE5601


Tarikh : 19 Oktober 2022

Pengarah Hospital
Hospital Bahagia Ulu Kinta,
31250 Tanjung Rambutan,
Perak Darul Ridzuan.

Ybhg. Dr.,

PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE HOSP. BAHAGIA


ULU KINTA, TG. RAMBUTAN PERAK

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak Ybhg. Dr., kursus CPE5601 Diagnosis dalam Kaunseling
yang ditawarkan kepada pelajar Master Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dan CPE3217
Perundingan Kesihatan Mental untuk pelajar Bacelor Kaunseling dari Universiti Putra
Malaysia, bertujuan memberi pengetahuan dan kefahaman kepada bakal kaunselor
membuat perancangan intervensi kaunseling berkaitan kesihatan mental.

3. Sehubungan itu, program lawatan ini dianjurkan bertujuan untuk mendedahkan


pelajar kepada situasi dan cabaran dalam proses diagnosis dan pemberian rawatan
kesihatan mental di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

4. Bersama ini disertakan butiran berkaitan lawatan tersebut untuk perhatian dan
pertimbangan Ybhg. Dr.

TARIKH : 9 NOVEMBER 2022 (RABU)


MASA : 10 PAGI – 1.00 PETANG
PESERTA : 40 ORANG PELAJAR & 2 PENSYARAH PENGIRING

5. Bagi memastikan keselamatan kesihatan, pematuhan SOP dan pemakaian pelitup


muka sepanjang tempoh lawatan akan di beri keutaamaan dalam hal ini. Jika terdapat
pertanyaan berkaitan program ini, boleh berhubung dengan Puan Noor Azuren binti
Mohd Taib di talian 017-6804363.

6. Besarlah harapan kami agar permohonan ini dipertimbangkan dan diluluskan. Segala
kerjasama yang pihak Ybhg. Dr. berikan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

“BERILMU BERBAKTI”

Saya yang menjalankan amanah,

DR. ENGKU MARDIAH BINTI ENGKU KAMARUDIN


Pensyarah Kanan
Fakulti Pengajian Pendidikan
engkumardiah@upm.edu.my

You might also like