INVENTORI nilai kerjayaInventori Nilai Pekerjaan Sidek atau singkatan INPS adalah satu inventori yang digunakan untuk mengenalpasti nilai-nilai yang dianggap penting oleh seseorang individu. Ujian Nilai Pekerjaan Sidek misalnya, dapat mengukur 6 kategori nilai pekerjaan iaitu konteks, hubungan, fungsi, ganjaran, citarasa dan monotoni yang terdiri daripada 21 nilai pekerjaan. Ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A : Deskripsi Pekerjaan dan Bahagian B : Perbandingan Nilai Pekerjaan. Berikut adalah deskripsi pekerjaan yang akan dinilai.