You are on page 1of 8

STESEN 1

LOKASI: BELAKANG MAKMAL SAINS

AKTIVITI: TEKA-TEKI LIDI

Kamu diberikan 12 batang lidi yang membentuk 4


segi tiga.

ARAHAN TUGASAN:
Angkat 2 batang lidi. Kemudian, pindahkan lidi
tersebut untuk membentuk 3 segi tiga sahaja.
Pastikan lidi tadi kekal 12 batang.

Selesaikan tugasan dalam masa 10 minit.


STESEN 2
LOKASI: TIANG BENDERA MALAYSIA

AKTIVITI: NEGARAKU

ARAHAN TUGASAN
Lengkapkan lirik lagu Negaraku dan serahkan
kepada fasilitator.

Kemudian, peserta perlu berdiri tegak untuk


menyanyikan lagu Negaraku tanpa iringan muzik.
Pada waktu sama, Jalur Gemilang perlu dinaikkan
semasa menyanyikan lagu Negaraku.
STESEN 3
LOKASI: DEWAN BESTARI

AKTIVITI: SAYA ANAK MALAYSIA

ARAHAN TUGASAN
Anda diberikan set soalan silang kata.

Berdasarkan pembayang yang diberikan,


lengkapkan silang kata dengan tepat. Anda boleh
berbincang bersama ahli kumpulan.

Selesaikan tugasan dalam masa 10 minit. Dilarang


bertanya kepada orang lain.
STESEN 4
LOKASI: HADAPAN BILIK PEMULIHAN

AKTIVITI: APA YANG PENTING?

ARAHAN TUGASAN
Kelihatan batang paip besar mempunyai banyak
lubang.

Mengikut kreativiti sendiri, kamu dikehendaki


mengisi batang paip tersebut dengan air sehingga
penuh.

Selesaikan tugasan dalam masa 10 minit.


STESEN 5
LOKASI: BILIK SAKIT

AKTIVITI: PERTOLONGAN CEMAS

ARAHAN TUGASAN
Lakonkan situasi di bawah:
Kamu dibekalkan 2 kain anduh.

2 orang ahli kumpulan kamu cedera di bahagian


tangan.
Sementara menunggu bantuan perubatan atau
kecemasan, tunjukkan cara pertolongan cemas
yang betul dengan menggunakan kain anduh.
STESEN 6
LOKASI: TAPAK PASIR GELANGGANG

AKTIVITI: JENTIK GULI

ARAHAN TUGASAN
Setiap seorang akan mendapat 1 biji guli. Manakala,
24 biji guli lagi berada di dalam bulatan.

Secara bergilir, jentik guli yang diberikan ke


kawasan bulatan agar semua guli tersebut keluar.
Seorang perlu keluarkan 3 biji guli.

Permainan dianggap selesai sehingga semua guli


terkeluar atau masa telahpun tamat selama 10
minit.
STESEN 7
LOKASI: TEPI KANTIN

AKTIVITI: BOLA ITU BULAT

ARAHAN TUGASAN
Kamu dibekalkan 1 bola getah & 8 batang pen.

Bola getah berada di kawasan A.


Kamu dikehendaki memindahkan bola getah
tersebut ke kawasan B dengan menggunakan pen
secara berkumpulan.
STESEN 8
LOKASI: PONDOK PENGAWAL KESELAMATAN

AKTIVITI: CARI HARTA KARUN

ARAHAN TUGASAN
Kamu diberikan kompas digital. Kamu dikehendaki
mencari lokasi harta karun.

Harta karun tersebut berada di kedudukan

__________________

You might also like