You are on page 1of 1

SENARAI TUGAS GURU

AHMAD AS-SAUQAY BIN MOHAMAD

Peringkat : Rendah

Jawatan : Guru Data Sekolah DG41

Waktu Bertugas : Mengikut waktu persekolahan

1. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang ditetapkan
oleh Guru Besar/Pengetua (PGB).

2. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan oleh
Bahagian-Bahagian di KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (Gabungan) dan
sekolah dan lain-lain agensi kerajaan.

a) Bertanggungjawab bagi pengurusan data di bawah sistem aplikasi seperti EMIS iaitu melaksanakan
pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran
data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan
dengan:

i. Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar;

ii. Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain;

iii. Staf bukan guru;

iv. Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah;

v. Pendaftaran PTK;

vi. Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

b) Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data dan maklumat pendidikan seperti
HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), KWAMP,
peperiksaan, asrama, kokurikulum, Buku Teks dll.

c) Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer; bagi sekolah Bestari


tanggungjawab teknikal dibuat oleh Penyelaras IT.

d) Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data dan maklumat peringkat sekolah bagi
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP.

3. Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat peringkat
sekolah.

4. Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Sekolah (JMPS).

5. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa ke semasa.

You might also like