You are on page 1of 3

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬.

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬.

dan salam sejahtera.

Yang Berusaha, PUAN ZEMRUD BT ZAINUDIN,Guru Besar SK Bintulu,


Yang Dihormati, EN. HASBI BIN BUGGUI Penolong Kanan Kurikulum ,
PN. MET AK NYUAWE, Penolong Hal Ehwal Murid,
PN. NORJANAH BT BUJANG, Penolong kanan Kokurikulum ,
Barisan guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Memulakan perhimpunan rasmi kita pada pagi ini,marilah kita bersama-sama berdiri dan
menyanyikan lagu Kebangsaan,iaitu Negaraku dengan penuh bersemangat.

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyayian lagu Negaraku Itu tadi.

Para guru dan rakan sekalian,

Dipersilakan para guru yang ingin membuat sebarang pengumuman dan pemberitahuan untuk hadir
ke hadapan.

Trima kasih diucapkan kepada cikgu __________________ atas pengumuman itu tadi.

Para guru dan rakan sekalian,

Ramai orang membeli ragi

Buat tapai lalu diikat

Ilmu dicari tak akan rugi

Buat bekalan dunia akhirat

,Bagi memberkati pencarian ilmu kita di SK Bintulu yang tercinta ini..marilah sama-sama kita
menadahkan tangan megaminkan doa yang akan disampaikan oleh adik _________________..

Terima kasih diucapkan kepada adik _____________ atas bacaan doa itu tadi..Mudah-mudahan
Allah memakburkan doa kita semua.
Para guru dan rakan sekalian..

Pastinya kita tidak lupa untuk mendengar laporan daripada guru yang bertugas pada minggu lepas
iaitu minggu sebelum kita cuti.Justeru majlis dengan sukacitanya menjemput ketua guru bertugas
pada minggu lepas iaitu ________________ untuk menyampaikan laporan beliau..

Dengan segala hormatnya dipersilakan..

Terima kasih pada __________________ itu tadi.Kepada murid-murid yang dikasihi sekalian,
Semoga kita sama-sama dapat memperbaiki kesilapan yang telah kita lakukan demi memastikan
kelancaran pengurusan disiplin demi kecemerlangan SK bintulu ini.

Para guru dan rakan sekalian,

Diteruskan pula majlis pada pagi ini dengan ucapan daripada PN. MET AK NYUAWE ,Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih kepada PN. MET AK NYUAWE atas ucapan itu tadi.

Mencari buluh membuat pagar

Jangan terpotong batang durian;

Cari guru tempat belajar,

Supaya jangan sesal kemudian.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput EN. HASBI BIN BUGGUI,Penolong kanan kurikulum ,untuk
menyampaikan ucapan.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada EN. HASBI BIN BUGGUI atas ucapan yang disampaikan.

Para guru dan rakan sekalian,

Detik yang kita tunggu-tunggu pada saban minggu sememangnya tidak lain dan tidak bukan adalah
amanat dan nasihat yang akan disampaikan oleh insan yang kita semua sayangi iaitu Guru Besar SK
Bintulu. Justeru tanpa membuang masa,majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, PUAN
ZEMRUD BT ZAINUDIN untuk menyampaikan ucapan.Dengan segala horrmatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Guru besar yang kita sayangi...
Terima kasih daun keladi

minggu depan kita dengar lagi...

Para guru dan rakan sekalian,

Seterusnya majlis menjemput adik _______________ untuk mengetuai bacaan Ikrar.Dipersilakan...

Terima kasih diucapkan kepada ________________ atas bacaan ikrar itu tadi.

Para guru dan rakan sekalian,

Kita telah sampai ke penghujung majlis perhimpunan kita pada pagi ini..Sebelum majlis
bersurai,marilah kita berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku dengan penuh
semangat demi "Bumi Kenyalang" dan lagu Sekolah SK bintulu yang kita kasihi..

Ahir kata daripada saya.

wahai rakan tanamkan harapan

Tingkatkan diri untuk maju

Hidup harus penuh harapan

Jadikan itu jalan yang dituju

Mohon ampun dan maaf andai ada keterlanjuran kata atau susunan bahasa dan kekurangan itu
datangnya dari saya sendiri.. sekian, terima kasih

You might also like