You are on page 1of 4

SK TANAH KEBUN

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


KALI KEDUA
TAHUN 2022/2023

Tarikh : 18 Julai 2022


Hari : Isnin
Masa : Pukul 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SKTK

Kehadiran :

Bil. Nama Jawatan


1. En. Sanusi bin Hamid Guru Besar
2. Pn. Siti Sanisah bt Husain PK Pentadbiran
3. Pn. Siti Hasmah bt Idris PK Kokurikulum/AJK
4. Pn. Norhedayatul Akmal bt Abd Samad PK Hal Ehwal Murid/AJK
5. Cik Norlam Farrah bt Lam Rasol Pengerusi
6. En. Saiful Rahman bin Mohamad AJK
7. Pn. Noryana bt Abdul Razak AJK
8. Cik Norhaslinda bt Zainon AJK

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan
Jasmani Kali Kedua bagi sesi 2022/2023

1.2 Mengucapkan selamat datang kepada ahli baru iaitu Pn Siti Hasmah Bt Idris yang
baru berpindah menggantikan Pn Misbah Nor.

1.3 Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang
dirancang dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

(Tindakan: Makluman semua guru)

2.0 UCAPAN PENASIHAT

2.1 Guru besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.

2.2 Guru besar memaklumkan tentang kedatangan pegawai daripada KPM yang
diriringi oleh pegawai JPN dan PPD.
2.3 Kehadiran mereka adalah bertujuan untuk membuat kajian penutupan sekolah.

2.4 Pemantauan ini melibatkan 4 subjek teras iaitu BM,SN,MT dan BI.

2.5 Selain itu, guru besar memaklumkan bahawa 4 orang guru terlibat dengan olahraga
daerah iaitu Puan Mahanum, Cik Farrah, En Azman dan En Hafiz.

(Tindakan: Makluman semua guru)

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Cadangan : En. Saiful Rahman bin Mohamad


Sokongan : Pn. Noryana bt Abdul Razak

(Tindakan: Makluman semua guru)

4.0 KAJIAN PENUTUPAN SEKOLAH

4.1.1 Pn Siti Sanisah memaklumkan pemilihan murid adalah sepert iberikut:

4.1.1.1 15 orang murid tahap 1 dan 15 orang murid tahap 2. Murid perlu
dipilih dalam 3 tahap iaitu cemerlang, sederhana dan lemah.

4.1.1.2 Pemilihan murid haruslah sama untuk setiap subjek.

(Tindakan: Makluman semua guru)

6.0 PENGURUSAN FAIL PANITIA

6.1 Pn Siti Sanisah memesan supaya mengemaskini fail panitia secepat mungkin.

6.2 Terdapat 3 fail yang perlu iaitu fail utama, fail sokongan dan fail arkid.

(Tindakan: Makluman semua guru)

7.0 UJIAN PERTENGAHAN TAHUN

7.1 Pn Siti Sanisah memaklumkan bahawa ujian akan diadakan pada 15/8/22 untuk
semua subjek.
7.2 Soalan ujian perlu dibuat sendiri oleh semua panitia. Tarikh tutup penyerahan
soalan ialah pada 5/8.

7.3 Cik Farrah menetapkan guru-guru yang terlibat untuk membuat soalan seperti
berikut:

7.3.1 Tahun 1 – Cik Farrah


Tahun 2 – Cik Norhaslinda
Tahun 3 – Pn Siti Hasmah
Tahun 4 – Cik Farrah
Tahun 5 – Pn Noryana
Tahun 6 – En Shaiful

(Tindakan: Makluman semua guru)

8.0 PENGISIAN PBD

8.1 Pn Siti Sanisah menyampaikan bahawa ’link’ untuk mengisi PBD telah diberikan
dan guru perlu mengisi PBD mengikut kelas masing-masing.

8.2 Keputusan akan dicetak dan guru kelas perlu memasukkan ke dalam fail peribadi
murid. Salinan juga perlu untuk diserahkan kepada ibu bapa.

(Tindakan: Makluman semua guru)

9.0 HAL-HAL LAIN

9.1 Tiada

(Tindakan: Makluman semua guru)

10.0 UCAPAN PENANGGUHAN

10.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

10.2 Tarikh mesyuarat akan datang akan mengikut keperluan dan merujuk kepada
takwim.

10.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.


Disediakan oleh, Disemak oleh,

____________________________ _______________________________
(PN NORYANA BT ABDUL RAZAK ) ( CIK NORLAM FARRAH BT LAM RASOL)
Setiausaha Panitia Pendidikan Jasmani Pengerusi Panitia Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Kesihatan
SK Tanah Kebun SK Tanah Kebun

Disahkan oleh,

______________________________
(PN SITI SANISAH BT HUSAIN)
PK Pentadbiran
SK Tanah Kebun

You might also like