You are on page 1of 5

SK.

JALAN TIGA
BANDAR BARU BANGI
43650 BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
CADANGAN PEMASANGAN KABINET DI DALAM
SURAU AL-MAWADDAH
KERTAS KERJA
PEMASANGAN KABINET SURAU

1. PENDAHULUAN
Musolla/Surau Al-Mawaddah telah diwujudkan pada tahun 1997 di blok A.
Pada asalnya musolla ini merupakan sebuah dewan sekolah. Musolla ini dilengkapi
dengan kemudahan asas seperti kipas, bilik wudhuk perempuan, ruang wudhuk lelaki,
pentas serta ruang solat yang agak luas dan boleh memuatkan 100 hingga 200
jemaah murid-murid bagi satu masa. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran dua hingga
tiga kelas boleh dijalankan secara serentak.
Aktiviti dakwah dan perayaan Hari Kebesaran Islam turut diadakan di sini
seperti ceramah dan khatam Al-Quran. Kem bestari solat, solat hajat perdana juga
menggunakan musolla ini. Selain dari itu musolla ini juga digunakan sebagai dewan
peperiksaan semasa UPSR berlangsung.
Pembinaan penambahan Surau Al-Mawaddah ini telah dirancang pada tahun
2016. Bagi memenuhi tujuan tersebut pada 2018, PIBG mencari dana melalui kutipan
Surauthon. Hasil dari kutipan tersebut dana yang terkumpul adalah sebanyak
RM155,000.00.
Pada akhir tahun 2019 musolla ini telah dinaik taraf dengan penambahan dan
pembesaran ruang yang sedia ada bagi menampung bilangan murid yang semakin
ramai menggunakan dana dari Surauthon. Perbelanjaan membesarkan dan
membaikpulih musolla ini adalah lebih kurang RM160,000.00. Namun begitu beberapa
prasarana bagi membantu melancarkan aktiviti yang dijalankan di musolla ini masih
belum lengkap disebabkan kekurangan dana. Prasarana asas yang diperlukan
termasuklah pembinaan almari kabinet untuk penyimpanan bahan yang lebih teratur dan
kemas.

2. TUJUAN
Cadangan Kertas Kerja ini bertujuan:
a) Memohon kelulusan daripada pihak sekolah dan PIBG untuk kerja pemasangan
kabinet di dalam surau untuk kemudahan penyimpanan bahan.
b) Memohon peruntukan dan bantuan kewangan daripada pihak PIBG bagi
pemasangan kabinet.
3. MATLAMAT
1) Pembinaan almari kabinet merupakan salah satu perancangan di bawah
program baikpulih dan keceriaan Surau Al-Mawaddah yang akan menjadi medan
dakwah yang selesa kepada semua warga SK. Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi
2) Memberi keselesaan kepada guru-guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
3) Menjadi tempat ibadah yang lengkap dengan prasarana kepada semua warga
SK. Jalan Tiga.

4. OBJEKTIF
Antara objektif baikpulih dan keceriaan Surau Al-Mawaddah adalah :
1) Memasang almari kabinet untuk kemudahan penyimpanan Al-Quran, rehal,
sejadah, buku dan peralatan agar lebih teratur dan kemas.
2) Memasang langsir penghadang sebagai pembahagi antara jemaah wanita dan
lelaki supaya aurat lebih terjaga..
3) Menambah/membaiki PA sistem bagi menggantikan PA sistem lama yang telah
uzur untuk kegunaan murid.
4) Melengkapkan keperluan LCD dan Skrin bagi memudahkan penggunaan
pengajaran dan pembelajaran serta program keagamaan yang dijalankan di
surau.
5) Memasang alat penghawa dingin bagi tujuan memberi keselesaan kepada
semua pengguna surau.
6) Memasang rak kasut besi di luar surau untuk penyusunan kasut yang lebih
kemas.

5. KUMPULAN SASARAN
Semua warga SEJATI
6. JAWATANKUASA PROJEK PEMASANGAN ALMARI KABINET SURAU AL-
MAWADDAH
PENGERUSI PN. ROZITA BT. AHMAD

TIMBALAN PENGERUSI PN. NUR SYAHIDAH AISYAH SOMCHIT

NAIB PENGERUSI 1 EN. NIK MOHD. RAMADHAN B. NIK ABDULLAH

NAIB PENGERUSI 2 PN. HAIRUNISAH BT. ROSLAN

NAIB PENGERUSI 3 PN. NORAZLINA BT. NIZAL@NIZAR

PENYELARAS EN. MUHAMMAD RAHAWALUDDIN B. ISMAIL

SETIAUSAHA PN. NIK HUSNIAH Bt. NIK IDRIS

PENOLONG SETIAUSAHA PN. NAZILATUL ARFAH BT. SHAMSUDDIN

AJK SEMUA GURU PAI DAN BAHASA ARAB

7. JENIS PRODUK
Memasang almari kabinet di dalam Surau Al-Mawaddah, Blok A.

8. SUMBER KEWANGAN
a) Surauthom (Tumpang akaun PIBG sekolah) – RM 12, 983.55
b) Sumbangan warga SEJATI – RM 1, 016.45

9. ANGGARAN PERBELANJAAN
Memasang almari kabinet jenis melamine di 4 sudut dinding di dalam Surau Al-
Mawaddah, Blok A.
BIL BUTIRAN KERJA KUANTITI HARGA/RM JUMLAH/RM

1. Memasang perabut rak Al-Quran 1 Unit 7,000.00 7,000.00


berukuran 23’-0” X 3’-0”

2. Memasang perabut rak Al-Quran 1 Unit 2,500.00 2,500.00


dan sejadah berukuran 7’-0” X 7’-0”

3. Memasang rak sebelah bilik 2 Unit 2,250.00 4,500.00


wudhuk berukuran 7’-0” X 6’-3”

JUMLAH 14,000.00
10. PENUTUP

Diharapkan projek ini mampu menjadikan Surau Al-Mawaddah sebagai sebuah pusat
pembentukan ilmu dan akhlak kepada seluruh warga SEJATI yang cemerlang.
Seterusnya berupaya meningkatkan keselesaan dan mengeratkan kerjasama antara
guru dan ibu bapa .

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………….... ……………………………………………
(NIK HUSNIAH BT. NIK IDRIS) (NUR SYAHIDAH AISYAH
SOMCHIT)
Setiausaha, Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Surau Al-Mawaddah , Sek. Kebangsaan Jalan 3,
Sek. Kebangsaan Jalan 3, Sekolah Berprestasi Tinggi, KPM
Sekolah Berprestasi Tinggi, KPM

Disahkan oleh, Diluluskan oleh,

………………………….. ……………………………………………
(ROZITA BT. AHMAD) (WAN AZIZAH BT. ABDUL
RAHMAN)
Guru Besar, Yang Dipertua PIBG,
Sek. Kebangsaan Jalan 3, Sek. Kebangsaan Jalan 3,
Sekolah Berprestasi Tinggi, KPM Sekolah Berprestasi Tinggi, KPM

You might also like