You are on page 1of 1

LDK 2

TAJUK: Mengenali rakan baru

MASA: 40 minit

BILANGAN AHLI: 4 orang

BAHAN / ALAT : Kertas dan Pen

OBJEKTIF

1. Menggalakkan ahli mengenali rakan dengan lebih dekat


2. Menggalakkan ahli supaya tidak berasa takut atau malu berinteraksi dengan ahli lain.
3. Memberi peluang kepada setiap ahli untuk bergaul dan bertukar-tukar maklumat dalam
kumpulan.

LANGKAH

1. Ahli akan berpasangan dengan seorang ahli yang lain yang mereka paling tidak kenali didalam
kelompok.
2. Mereka diberikan masa 5 minit hingga 10 minit untuk mengenali antara satu sama lain. Pada
pertengahan masa tersebut, pengenalan akan diberhentikan agar setiap pasangan tersebut boleh
menulis catatan tentang pandangan pertama mereka terhadappasangan mereka.
3. Setelah mereka selesai berbuat demikian, mereka dibenarkan menyambung semulaperbualan
mereka sehingga tamat masa tersebut.
4. Setelah tamat sesi pertama ini, pasangan kedua tadi digabungkan dengan satupasangan kumpulan
yang lain untuk membentuk kumpulan berempat.
5. Dalam kumpulan ini, seorang ahli dari pasangan A tadi perlu mengenalkan pasangannyakepada
pasangan B. Mereka akan bergilir-gilir memperkenalkan pasangan masing-masing.
6. Sesi kedua ini mungkin mengambil masa 10 hingga 15 minit iaitu sehingga keempat-empatahli tadi
mengenali antara satu sama lain.
7. Seterusnya, dua daripada kumpulan berempat tadi akan bergabung dengan membentuk 8 ahli.
8. Fasilitator akan member peluang kepada kumpulan yang lebih besar ini berinteraksi secara bebas
tanpa peraturan tertentu.
9. Masa yang ditetapkan untuk menjalankan sesi yang ketiga ini ialah 15 minit.

REFLEKSI:

Teknik ini amat berguna bagi menggalakkan peserta mewujudkan rasa percaya antara satusama lain dan
seterusnya timbul rasa untuk lebih mengenali peserta-peserta lain secara lebih mendalam.

You might also like