Professional Documents
Culture Documents
01 Disember 2022
06 Jamadilawal 1444
Kepada
Guru Besar SRITI Negeri Kedah,
Guru Penolong Kanan (Akademik)
Tuan/Puan,
MAKLUMAN PENETAPAN TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (PAT) 2022
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Sektor Pembangunan Akademik (SPA) Jabatan SRITI
Negeri Kedah telah bersetuju bagi melaksanakan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) 2022 secara
serentak di seluruh SRITI di negeri Kedah. Oleh yang demikian, pihak SPA Jabatan SRITI Negeri
Kedah telah menetapkan tarikh bagi Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) 2022 adalah seperti berikut:
Tarikh : 8 Hingga 19 Januari 2023
Tempoh : Dua minggu
3. Sehubungan itu, diwajibkan kepada seluruh SRITI Kawasan melaksanakan PAT bagi silibus
KSSR, Diniah, Kaffah, dan TQS mengikut tarikh yang telah ditetapkan di atas. Jabatan SRITI Negeri
Kedah akan menyediakan soalan Diniah dan Kaffah manakala silibus KSSR dan TQS disediakan
oleh pihak SRITI (Sekolah).
4. Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun akan dicetak oleh pihak SRITI Negeri Kedah
mengikut enrollmen terkini (rujuk dilampiran A) dan harga kertas peperiksaan (rujuk dilampiran B).
5. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan / puan amat dihargai dan didahului dengan
ucapan jutaan terima kasih & “Jazakumullah Khairan Kathira”.
Sekian, terima kasih.
“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”
“KE ARAH MEMBINA GENERASI SOLEH PINTAR MUROBBI RABBANI”
Yang menjalankan amanah,
…………………………………………….
MUHAMMAD MUAZ MUMTAZ BIN MARZUKI
Pengarah
Jabatan SRITI Negeri Kedah
LAMPIRAN A
MURID (TAHUN)
NAMA SRITI
T1 T2 T3 T4 T5
AL-FATEH, JERLUN 19 24 23 0 0
AL-FATEH, KULIM 26 22 12 0 0
AS-SAFWAH, SIK 54 49 44 46 37
TAFAQUHFIDDIN, BALING 30 27 29 22 0
ZUBAIDIYAH, MERBOK 33 31 26 28 25