You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Membulu


Peti Surat 240,
89007 Keningau, Tel: 013 – 876 0142
Sabah, Malaysia. e-mail:xba1031sk.membulu@gmail.com

Rujukan Kami : XBA1031/800-05


Tarikh : 5 Disember 2023

Pengarah,
Sekolah Henry Gurney Keningau,
Peti Surat 111,
89007 Keningau, Sabah.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH SEMPENA PROGRAM UNIT DISIPLIN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sebagai makluman pihak tuan, SK. Membulu Keningau akan menjalankan Program Unit Disiplin.
Justeru itu, pihak kami menjemput pihak tuan bagi menyampaikan ceramah seperti maklumat berikut:

Tajuk : Kesalahan Jenayah Juvana


Tarikh : 14 Disember 2023
Hari : Khamis
Masa : 8.00 – 12.00 Tengahari

3. Pihak kami juga memohon untuk diadakan mini pameran berkaitan alatan jenayah dan video
hukuman sebatan sebagai kesedaran kepada murid-murid. Atas perhatian pihak tuan, kami dahului
dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘MALAYSIA MADANI’
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

(FAIZAL @ PALANIUS MICHAEL)


Guru Besar
SK Membulu

SK. Fail

hw/081223

You might also like