You are on page 1of 3

TERHAD

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2020


REKA CIPTA 3763/2
Kertas 2
TEMA TUGASAN KERJA KURSUS
April 2019 – Mac 2020 Satu tahun

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi satu tema tugasan kerja kursus Reka Cipta.

2. Calon wajib melaksanakan tugasan ini mengikut aspek yang ditetapkan dalam
Manual Pentaksiran Kerja Kursus (MPKK).

Kertas peperiksaan ini mengandungi 3 halaman bercetak.


[Lihat halaman sebelah
3763/2 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 2 3763/2

ARAHAN TUGASAN

1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta wajib melaksanakan kerja
kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir
bagi mata pelajaran Reka Cipta.

2. Kertas ini mengandungi satu tema tugasan kerja kursus Reka Cipta.

3. Tempoh pelaksanaan kerja kursus adalah selama satu tahun (bermula 1 April 2019
hingga 31 Mac 2020).

4. Calon dikehendaki mengemukakan evidens kerja kursus iaitu Artifak (prototaip atau
model) dan Folio (dokumen bertulis atau bercetak tentang penghasilan artifak).

5. Artifak dan folio mestilah dihasilkan sendiri oleh calon di bawah pengawasan serta
bimbingan guru. Pengemukaan artifak yang dihasilkan daripada jenis alat pasang siap
(ready-made) / kit / tempahan adalah tidak diterima.

6. Calon hendaklah merujuk dan mematuhi Manual Pentaksiran Kerja Kursus (MPKK)
terkini sepanjang penghasilan evidens kerja kursus.

7. Calon hendaklah merancang, melaksana dan mendapatkan bimbingan guru sepanjang


pelaksanaan kerja kursus.

8. Calon hendaklah menghantar dan mendapatkan pengesahan daripada guru pada setiap
peringkat evidens yang dikemukakan. Calon perlu akur arahan masa penghantaran
yang ditetapkan.

9. Penskoran kerja kursus calon menggunakan Rubrik Penskoran mengikut aspek yang
ditetapkan di dalam MPKK.

10. Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan kelengkapan peralatan asas untuk


murid menyiapkan kerja kursus. Evidens calon perlu disimpan di tempat yang selamat
sehingga 6 bulan selepas keputusan SPM diumumkan.

[Lihat halaman sebelah


3763/2 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 3 3763/2

TEMA TUGASAN REKA CIPTA


SPM 2020

MENGEMBARA : TIDAK LAGI MERUMITKAN

Mengembara merupakan aktiviti yang melibatkan pergerakan


pengembara ke suatu destinasi sama ada di dalam atau di luar negara.
Mengembara memerlukan pelbagai persiapan, kelengkapan atau
keperluan supaya pengembaraan yang akan dilalui tidak merumitkan.
Contohnya apabila pergi bekerja, melancong atau pulang ke kampung,
pengembara perlu membawa pelbagai barang keperluan atau kelengkapan
yang banyak, besar atau berat. Keadaan ini sering menyebabkan ada
barang yang tertinggal, rosak atau hilang.

Sebagai seorang pereka cipta muda, anda dikehendaki mereka


cipta alat yang dapat membantu untuk memberi kemudahan, mencegah
kehilangan, menyenangkan kendalian atau boleh dipelbagaikan
kegunaan sama ada sebelum, semasa atau selepas aktiviti mengembara.

Penerangan
1. Pengembara : terdiri daripada individu, berkeluarga atau
berkumpulan.
2. Merumitkan : menyukarkan, menyulitkan, menyusahkan,
tidak mudah, kepayahan, tidak lengkap.

TEMA TUGASAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


3763/2 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

You might also like