You are on page 1of 6

TAJUK TUGASAN:-

“LATAR BELAKANG JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT”

TEMPAT:-
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH MANJUNG
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

TARIKH:-
14 – 16 APRIL 2021

NAMA NO KAD PENGENALAN

MUHAMMAD SYAHMI FITRI BIN KHAIRIZAN 970206085749


1.0 Apakah Visi, Misi, Moto dan Objektif Jabatan Kebajikan Masyarakat?1

a) VISI
= Peneraju utama kebajikan dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.

b) MISI
= Memperkasa masyarakat yang memerlukan ke arah kesejahteraan social.

c) MOTO
= “BERKAT BERJASA”

d) Objektif Jabatan Kebajikan Masyarakat

i) Meningkatkan kompetesi, prestasi, produktiviti dan daya inovasi pekerja


sektor kebajikan.
ii) Meningkatkan keupayaan dan memberi nafas baharu kepada organisasi.
iii) Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan
kebajikan.
iv) Memperluas jaringan kerja dan kolaborasi strategik (multiple helix) dalam
dan luar negara.
v) Membudayakan patriotisme, nilai-nilai murni, etos dan integriti.

2.0 Huraikan Logo Rasional Jabatan Kebajikan Masyarakat.

= Logo ini dicipta sebagai memenuhi aspirasi bangsa yang progresif dan membangun.
Justeru itu, keseimbangan yang berterusan antara infrastruktur dan pembangunan
kebajikan dapat dicapai.

Logo dalam bentuk hati membayangkan masa depan dan pemodenan jabatan serta
pendayaupayaan yang maksimum dalam menyediakan perkhidmatan kebajikan secara
menyeluruh. Pendayaupayaan ini disokong oleh rasa kasih sayang dan kefahaman yang
positif daripada kumpulan sasaran dan masyarakat secara keseluruhannya.

Bulatan berwarna jingga di atas hati merupakan simbolik yang mewakili usaha
kemanusiaan yang dijalankan dalam merealisasikan misi dan visi jabatan, manakala
warna unggu melambangkan sifat semulajadi jabatan yang proaktif dan dinamik selaku
sebuah organisasi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan
Masyarakat.

1
https://www.jkm.gov.my
Sebagai rasa kebanggaan terhadap usaha yang dijalankan, warna-warna jalur gemilang
seperti merah, putih, biru dan kuning telah dipilih sebagai asas terhadap integrasi,
integriti, dedikasi serta komitmen individu, masyarakat dan bangsa keseluruhannya.2

3.0 Berikan 3 Strategik Jabatan Kebajikan Masyarakat.


a) Memastikan aspek Kebajikan di integerasikan dalam perancangan ke arah
mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang menyeluruh.
b) Memantap dan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan Kebajikan di semua
peringkat.
c) empertingkatkan pengurusan dan penggunaan sumber manusia secara optimum.
d) empertingkatkan kualiti perancangan dan pengurusan kewangan serta teknologi
maklumat dan komunikasi secara profesional.

4.0 Nyatakan Golongan sasaran Jabatan Kebajikan Masyarakat.


a) Kanak-Kanak.
b) Warga Emas.
c) Orang Kurang Upaya.
d) Keluarga.
e) Orang Papa.
f) Mangsa Bencana.
g) Mangsa Keganasan Rumah Tangga.
h) Pesalah Muda.
i) Komuniti Rentan.
j) Mangsa Pemerdagangan Orang.

5.0 Nyatakan jenis Skim Bantuan Kewangan yang terdapat di jabatan kebajikan
masyarakat?
a) Bantuan Kanak-Kanak.
b) Bantuan Anak Pelihara.
c) Bantuan Orang Tua.
d) Elaun Pekerja Cacat.
e) Bantuan Am Persekutuan.
f) Bantuan Am Negeri.
g) Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja.
h) Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar.

2
https://www.jkm.gov.my
6.0 Nyatakan 3 kategori Institusi Kebajikan yang terdapat di Jabatan Kebajikan
Masyarakat?
a) Institusi Kebaikan Rumah kanak-kanak.
b) Institusi Kebajikan rumah tunas harapan.
c) Institusi Kebajikan rumah perlindungan (RP) ATIP
d) Institusi Kebajikan Asrama Akhlak.

7.0 Berikan 5 nama Institusi Kebajikan (Warga Emas dan OKU) yang terdapat di
Jabatan Masyarakat.
a) Persatuan Kebajikan Ti-Ratana, Kuala Lumpur.
b) Pusat Jagaan Rumah Victory
c) Pusat Jagaan Rumah Mentari (Warga Emas Lelaki/Berpenyakit).
d) Persatuan Kebajikan Orang Cacat Manjung.
e) Persatuan Untuk Insan Bermasalah Intelek Perak (Sekolah Semangat Maju, Ipoh).
f) Rumah Sri Kenangan
g) Rumah Ihsan.

8.0 Apakah takrifan Pusat Pemindahan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat?

= Bangunan atau kawasan yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana


Daerah (JPBD) dan boleh digunakan untuk menempatkan mangsa-mangsa Bencana.
Bangunan/kawasan ini perlu dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti
ruangan, bekalan air bersih, elektrik, kemudahan membersih diri dan sentiasa selamat
digunakan.

9.0 Apakah yang dimaksudkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK)?

= Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based


Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual
dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini.
Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif
dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis
PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya
(OKU).

10.0 Apakah yang dimaksudkan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) di Jabatan


Kebajikan Masyarakat?

= Maksud Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) ialah merupakan hukuman alternatif


kepada pemenjaraan. Selain itu, ia juga merupakan hukuman yang diperintahkan oleh
mahkamah, melaksanakan kerja-kerja komuniti tanpa bayaran, Community Payback,
Behavioral Correction, dan Program Pemulihan Sosial.
11.0 Nyatakan Objektif penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).
a) Meluaskan kemudahan-kemudahan untuk kesejahteraan dan pembangunan warga
emas.
b) Ruang kepada warga emas rasa dihargai melalui perkongsian pengalaman &
kepakaran mereka.
c) Menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak.
d) Memberi alternatif kepada kumpulan warga emas daripada kategori keluarga
berpendapatan rendah.
e) Meningkatkan kualiti hidup warga emas selari dengan konsep warga emas aktif dan
produktif.

12.0 Apakah peranan JKM dalam membantu mangsa keganasan rumahtangga?

= Peranan JKM dalam membantu mangsa keganasan rumahtangga ialah Membantu


mendapatkan perintah perlindungan interim (Interim protection order) dan perintah
perlindungan (protection order) daripada mahkamah. Selain itu, JKM juga berperanan
dalam Menyediakan tempat perlindungan, memberikan perkhidmatan kaunseling
memberikan khidmat nasihat dan bimbingan. Akhir sekali, JKM juga berperanan untuk
merujuk agensi lain jika berlakunya keganasan rumahtangga dalam kalangan
masyarakat.

13.0 Nyatakan 3 terma pemilihan Sukarelawan JKM.


a) Berumur 18 tahun ke atas.
b) Keahlian terbuka kepada semua ahli masyarakat yang berminat kepada kerja-kerja
kebajikan masyarakat.
c) Kesediaan memberi masa untuk menjalankan kerja sukarela tanpa mengira masa
d) Keyakinan untuk berkongsi kemahiran dan pengetahuan dengan orang lain dan
bersungguh-sungguh untuk membantu dengan keupayaan yang ada.
e) Mempunyai kesediaan mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran bertugas.
f) Sedia berkhidmat dengan penuh komited, komitmen dan rasa tanggungjawab.

14.0 Bagaimana aduan penderaan/pengabaian kanak-kanak boleh dilakukan oleh orang


ramai?

= Aduan penderaan/pengabaian kanak-kanak boleh dilakukan oleh orang ramai ialah


dengan cara yang pertama, aduan boleh dibuat dengan cara melaporkan kes penderaan
kepada JKM/Polis. Kedua, pelaporan kes penderaan boleh dibuat kepada Pejabat
Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal atau membuat
aduan melalui Talian Kasih 15999 ATAU Whatsapp ke nombor 019-26 15999. Akhir
sekali, aduan juga boleh dibuat melalui Twitter, Facebook KPWKM, JKM, dan
Instagram.
15.0 Apakah yang dimaksudkan dengan PSYCHOLOGICAL SUPPORT TEAM (PST)?

= Psychological Support Team (PST) bermaksud pasukan sukarelawan yang


ditubuhkan untuk memperkasakan keperluan perkhidmatan kaunseling dan psikologi
kepada komuniti. Ia juga merupakan platform untuk memperkasa kepakaran
sukarelawan Kaunselor dan Pegawai Psikologi dari pelbagai lapangan. Inisiatif ini
adalah untuk membantu mengurangkan isu-isu yang berkaitan dengan masalah
sosial/krisis dalam komuniti.

You might also like