You are on page 1of 1

Ruj. Kami : SIRAJSUBA.

100-6/1 ( )
Tarikh : 12 Disember 2023

Kepada:

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,


Menara MAIWP,39, Lorong Haji Hussein 2,
50300 Kuala Lumpur.

Tuan,
MEMOHON PENGANGKUTAN BAS MAIWP BAGI PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT
BERUNIFORM SEKOLAH SIRAJ SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN

Dengan segala hormatnya, saya ingin menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa, sekolah akan mengadakan program Perkhemahan Unit


Beruniform pada butiran berikut:

Tarikh :15 - 17 Disember 2023


Tempat :Photon Valley Eco Resort Hulu Langat
Penglibatan :Semua murid tahun 4,5,6

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan rendah hati memohon jasa baik tuan
dapat mempertimbangkan untuk memberikan pengangkutan bas MAIWP pada program
tersebut. Sebanyak 3 buah bas yang diperlukan oleh sekolah untuk membawa murid ke
tempat perkhemahan tersebut.

4. Besarlah harapan kami untuk mendapatkan sumbangan di atas bagi melancarkan lagi
program tersebut. Semoga jasa baik tuan mendapat ganjaran sebaik-baiknya di sisi Allah
SWT.

5. Segala maklum balas tuan berkaitan perkara ini boleh menghubungi Puan Haifaa’
Syazwani Binti Ejazi ditalian 011-33718651 atau melalui emel sekolah wpe012@jawi.gov.my.
Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam perkara ini, kami dahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………..
PUAN HAIFAA’ SYAZWANI BINTI EJAZI
SETIAUSAHA PIBGK SIRAJ SUBA

You might also like