You are on page 1of 12

PENGHARGAAN

Kami mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada pengetua SMK Methodist (A.C.S) Sitiawan dan guru pendidikan sivik dan kewarganegaraan dan yang paling utama ialah ibu bapa kami yang telah sanggup meluangkan masa kepada kami untuk menyiapkan kerja khusus ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kerana tidak jemu-jemu menberi sokongan dan dorongan moral kepada kami serta sanggup mengeluarkan wang ringgit kepada kami untuk siapkan projek kami ini.Dan juga kepada rakan-rakan yang turut membantu menyiapkan folio ini. Kami berharap projek khidmat masyarakat yang menjadi salah satu aktiviti dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini boleh mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan pelajar. Terima kasih sekali lagi kepada semua yg memberi dorongan serta tunjuk ajar untuk menjayakan projek ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Untuk menceriakan bilik darjah Untuk membersihkan bilik darjah Untuk memupuk semangat kerjasama antara rakan serta guru Untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dengan murid-murid

PERLAKSANAAN PROJEK
a) MEMBUAT PERANCANGAN
Projek ini telah dirancang sejak pertengahan bulan Jun 2011. Projek Menceriakan Bilik Darjah ini dipilih kerana kebelakangan ini, isu sekolah tidak ceria dan kotor sering dibangkitkan oleh pengetua sekolah kami. Selain itu, ibu bapa pelajar jugak sering mengadu bahawa sekolah kurang bersih punca anak-anak mereka sakit. Bilik kelas yg tidak ceria juga boleh menyebabkan pembelajaran menjadi bosan serta tidak menarik. Dengan itu, kami telah memilih projek ini sebagai Projek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan kami. Tujuan projek ini diadakan adalah untuk menceriakan dan membersihkan kelas agar semua murid akan lebih selesa untuk belajar. Selain itu, projek ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara murid-murid dan guru. Nilai kerjasama juga dapat dipupuk melalui projek ini. Setelah berbincang dengan pengetua, guru Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan, dan murid-murid kelas, kami telah menetapkan tarikh pada 24 Jun 2011 ialah tarikh pelaksanaan Projek Menceriakan Bilik Darjah tersebut. Projek ini telah dianggotai oleh 22 orang murid kelas 5sc4 dan seorang Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan iaitu Puan Nurul Aini. Projek ini akan bermula pada pukul 3 petang. Pelajar-pelajar telah diagih kan kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah, mengecat dinding, mengecat pintu dan tingkap, mengelap pintu dan tingkap, serta menceriakan kelas.

b) TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Nama Ahli


Ahmah Hummaidi Amirul Azzhariff Cheong Shee Rong Muhammad Ridwan Muhammad Izzul Mohamad Izzat Muhammad Affiq Jeshua Arnon Yuvaraj Lai Kai Haw Naim Alya Athirah Ang Pei Fern Haslinda Azuanie Nur Hasmida Chou Kai Sing Tan See Mei Nurnajihah Siti Nur Nazurah Nurul Fadhilah Fatihah

Tugasan

Mengecat Dinding Kelas Mengecat Pintu dan Tingkap Menceriakan dan Membersihkan Kelas

c) PERBELANJAAN PROJEK
PERALATAN
CAT DINDING (HIJAU) CAT TUPERTINE (PERANG) ROLLER (BESAR) ROLLER (KECIK) BERUS CAT PLATE CAT PERALATAN KECERIAAN JUMLAH

KUANTITI
7 LITER 3 LITER 2 2 4 2 -

HARGA (SEUNIT)
RM 4.20 RM 4 RM 8 RM 3 RM 2 RM 2 -

HARGA
RM 30 RM 12 RM 16 RM 6 RM 8 RM 4 RM 25 RM 101

d) LAPORAN PROJEK
Tempat Tarikh Masa : : : Kelas 5s4 24 Jun 2011 3 Petang

3 Petang

Semua murid berkumpul di kelas 5s4 dan bersedia untuk memulakan projek. Pelajar lelaki mula menydiakan alat untuk mengecat, membancuh cat dan bersedia untuk mengecat. Pelajar perempuan mula membuat papan bulletin dan menghias meja guru. 3.15 Petang : Pelajar lelaki mula mengecat dinding, pintu dan tingkap kelas. Pelajar perempuan pula menghias papan bulletin. 4.30 Petang : Rehat. 4.45 Petang : Semua pelajar sambung melakukan kerja masing-masing. 6 Petang :

Semua aktiviti mengecat telah berjaya dia siapkan. Dan pelajar permpuan menampal poster di dinding yang telah dicat. 6.30 Petang : Semua tugasan berjaya dia siapkan dan pelajar-pelajar dibenarkan bersurai.

REFLEKSI
Setiap pelajar di minta menilai projek yang dijalankan dari awal perancangan hinggalah pada akhir projek dijalankan. Kami telah membuat refleksi diri dengan meneliti faedah kekurangan dan kekuatan projek yang dilaksanakan. Pada keseluruhannya projek ini telah berjaya dilaksanakan.Setiap pelajar telah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan baik. Daripada refleksi ahli-ahli kumpulan, kami merumuskan bahawa banyak faedah yang telah kami perolehi daripada projek khidmat masyarakat ini. Antara faedah yang kami dapat daripada projek ini ialah : Kami dapat mempelajari prosedur untuk mengendalikan sesuatu projek melibatkan ramai pihak Dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar, guru dan ibu bapa Kami juga dapat mempelajari sikap bekerjasama dan bertolak ansur antara satu sama lain Saya juga dapat meningkatkan keyakinan diri untuk mengendalikan sesuatu projek Disamping itu ahli-ahli kumpulan juga telah mengenal pasti beberapa masalah semasa menjalankan projek ini. Antaranya ialah: Kekurangan masa untuk meneliti kekurangan selepas projek dijalankan Kekurangan peruntukan untuk menceriakan kelas Kekurangan kakitangan untuk menyelesaikan projek Walaupun menghadapi masalah,kami berjaya menjalankan projek ini seperti yang telah di rancang.Paling menggembirakan apabila usaha kami dihargai rakanrakan,ibu bapa dan guru-guru

CADANGAN
Kami mencadang agar projek begini sering dijalankan agar keadaan sekeliling kita lebih besih dan tidak tercemar serta pelajar dapat belajar dgn keadaan yg bersih dan selesa. Saya berharap agar pihak sekolah akan memperuntukkan lebih sumber kewangan dalam hal-hal yg membabitkan sekolah ini agar sekolah lebih ceria dan kelihatan menarik. Saya juga bercadang agar semua pihak sanggup mengembleng tenaga, masa dan wang untuk menjayakan program seperti ini.

LAMPIRAN

Folio pendidikan sivik dan kewarganegaraan

projek menceriakan dan membersihkan kelas

Nama Nama sek. Tingkatan No k/p Nama guru

: : : : :

azzhariff b. awang hazizan Smk Methodist acs sitiawan 5s4 940417-12-5627 puan nurul aini

ISI KANDUNGAN
Nombor
1 2 3 4 5 6

Isi Kandungan
Penghargaan Objektif Kajian Perlaksanaan Projek Refleksi Cadangan Lampiran

Muka Surat
1 2 36 7 8 9-10

You might also like