You are on page 1of 3

BUTIRAN PROGRAM LONJAKAN TAHAP PENGUASAAN MATEMATIK

PROGRAM PULIH DAN KUKUH

OBJEKTIF : MEMBERI PENGUKUHAN KEPADA MURID MELALUI PENYELESAIAN LATIHAN-


LATIHAN ASAS MATEMATIK

SASARAN : SEMUA MURID TAHAP 1 SKPP

KAEDAH PELAKSANAAN :

1. Setiap murid akan dibekalkan dengan modul Pulih dan Kukuh.


2. Murid akan menyelesaikan latihan-latihan di dalam modul tersebut.
3. Guru akan membimbing murid untuk menyemak jawapan.

MY HANDS ON

OBJEKTIF :

1. MEMBANTU MURID UNTUK MEMAHAMI SESUATU KONSEP MELALUI PENGALAMAN


SENDIRI
2. MERANSANG DAYA KREATIVITI MURID UNTUK MELALUI AKTIVITI MATEMATIK

SASARAN : SEMUA MURID TAHAP 1 SKPP

KAEDAH PELAKSANAAN :

1. Guru akan melaksanakan aktiviti hands on bersama murid Ketika pdpc


2. Aktiviti hands on yang dijalankan adalah berpandukan tajuk yang ada pada sukatan guru
masing-masing

KELAS RANCANGAN KHAS MATEMATIK (KRKM)

OBJEKTIF :

1. MEMBIMBING MURID UNTUK MENGUASAI OPERASI MATEMATIK


2. MEMBIMBING MURID UNTUK MENGUASAI KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PENTING DALAM
MATEMATIK SEPERTI KEMAHIRAN MENGUMPUL LAZIM, SUSUN ATUR BENTUK LAZIM.

SASARAN : MURID TAHUN 2 DAN MURID TAHUN 4 (Rujuk Lampiran)

KAEDAH PELAKSANAAN :

1. Murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kelas.


2. Setiap kumpulan kelas akan dibimbing oleh 2 orang guru dari pukul 8 pagi hingga 12
tengah hari bagi sesi pagi. Manakala dari pukul 1.30 petang hingga pukul 5.30 petang bagi
sesi petang.
3. Guru-guru akan membimbing murid berdasarkan topik yang telah ditetapkan.
4. Murid akan dimbing secara berkumpulan atau pun individu.
CONGAK DAN MENANG

OBJEKTIF : MENYEDIAKAN KEMAHIRAN KOGNITIF MURID DALAM MENGIRA OPERASI MUDAH


DALAM MASA YANG SINGKAT

SASARAN : MURID TAHUN 3

KAEDAH PELAKSANAAN :

1. Sebelum memulakan aktiviti pdpc, guru akan mengajukan beberapa soalan mudah kepada
murid.
2. Murid dikehendaki untuk mengira jawapan secara kiraan mental dengan cepat dan tepat.
3. Murid yang berjaya menjawab dengan cepat dan betul, akan menanda tanda ‘tick’ pada
buku Power Congak.
4. Murid yang memperoleh jumlah ‘tick’ yang paling banyak akan diberikan ganjaran.

LATIH TUBI HARIAN

OBJEKTIF : MEMBERI KESEDIAAN KEPADA MURID DALAM MENGIRA OPERASI MUDAH


SEBELUM PDPC

SASARAN : MURID TAHUN 4

KAEDAH PELAKSANAAN :

1. Sebelum memulakan aktiviti pdpc, guru akan memberikan lima soalan mudah kepada
murid untuk diselesaikan.
2. Murid akan menyelesaikan soalan tersebut dalam tempoh masa 5 minit.
3. Ini bertujuan untuk memberikan kesedian kepada murid sebelum pdpc bermula
4. Murid boleh menyelesaikan soalan tersebut secara individu dan juga berkumpulan

LATIH TUBI RUTIN DAN BUKAN RUTIN

OBJEKTIF : MEMBIASAKAN MURID UNTUK MENYELESAIKAN SOALAN RUTIN DAN SOALAN


BUKAN RUTIN.

SASARAN : MURID TAHUN 5 DAN TAHUN 6

KAEDAH PELAKSANAAN :

1. Murid akan dibekalkan dengan modul latihan soalan penyelesaian masalah.


2. Murid akan menyelesaikan 2 soalan rutin dan bukan rutin setiap minggu.
3. Guru akan membincangkan jawapan bagi soalan-soalan tersebut sebelum pdpc bermula.
4. Murid boleh menyelesaikan soalan tersebut secara individu dan juga berkumpulan.

You might also like