You are on page 1of 1

Manirajoo A/L Rajagopal

L-1-02 Pangsapuri Palma


Jalan Palma Raja 3/Ks6
Bandar Botanik
41200 Klang
Selangor Darul Ehsan

Unit Pembahagian Pusaka Selangor Tengah


Persiaran Bukit Raja 1/KU 1
Bandar Baru klang
41150 Klang
Selangor Darul Ehsan 16 ogos 2023

Puan,

BANTAHAN KEPADA PERMOHONAN PETISYEN BERNOMBOR: JKPTG/PK/10/01429/2023

Merujuk kepada perkara di atas, saya (720425-10-5381) ingin memohon kepada pihak puan agar
membatalkan permohonan adik saya iaitu Sivanesan A/L Rajagopal untuk memindahkan hak milik
rumah arwah ibu saya kepada miliknya.

2. Untuk makluman pihak puan, pada Khamis bersamaan 10 Ogos 2023, saya beserta adik
perempuan saya Sumathi A/P Rajagopal telah menghadiri perbicaraan berkaitan pindah milik harta
tersebut. Pada awalnya kami bersetuju agar harta tersebut dipindah milik ke atas nama adik lelaki
saya Sivanesan sahaja.

3. Namun kami terkejut bahawa adik lelaki saya iaitu hanya meminta persetujuan dua adik-
beradik sahaja sedangkan kami mempunyai dua lagi adik-beradik lain yang tidak dipanggil untu hadir
pada hari tersebut. Antara pihak yang tidak dipanggil adalah waris dan juga anak lelaki si mati,
Ganesan A/L Rajagopal yang merupakan abang sulung kami dan juga Subramanian A/L Rajagopal
yang merupakan abang kedua kami.

4. Pada pendapat saya, setiap adik-beradik kami mempunyai hak yang sama rata terhadap
harta milik arwah ibu kami. Saya kecewa dengan sikapnya yang hanya memberitahu kami berdua dan
mengabaikan dua lagi adik-beradik yang lain dalam hal ini.

5. Justeru, saya memohon agar pihak puan meneliti semula permohonan ini dan ulang bicara
kes petisyen tersebut. Kerjasama serta pertimbangan dari pihak puan amatlah saya harapkan dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_____________________
(Manirajoo A/L Rajagopal)
No Tel: 0163509394

You might also like