You are on page 1of 8

Peranan Kerajaan sebagai Pengeluar dan Majikan

1. Kerajaan berperanan sebagai unit ekonomi yang menjalankan aktiviti ekonomi untuk
meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.
2. Peranan Kerajaan sebagai Pengeluar
a. Kerajaan berperanan sebagai pengeluar barang awam dan barang sosial kerana barang ini tidak
disediakan oleh pihak swasta kerana tidak menguntungkan.
b. Kebajikan masyarakat akan terjejas jikalau barang-barang ini tidak disediakan.

Barang Awam Barang Sosial


• Tidak dikenakan bayaran atau bayaran • Memerlukan perbelanjaan dan tindakan
minimum kerajaan untuk mengeluarkannya
• Penawaran terhad dan penggunaannya • Contoh, : Air terawat dan perkhidmatan
dikongsi. pendidikan percuma
• Contoh, : jalan raya, padang awam, sekolah
dan klinik kerajaan.

c. Sebagai pengeluar tunggal dalam industri, kerajaan boleh mengawal harga barang keluaran
dengan bertindak sebagai monopoli semula jadi.
i. Satu firma saja
ii. Keluaran tidak ada pengganti
iii. Penentu harga pasaran
iv. Tiada kebebasan keluar masuk industri.
d. Ciri-ciri pasaran monopoli semula jadi:
e. Pengawalan harga barang tersebut dapat menjamin kebajikan masyarakat.
3. Peranan Kerajaan sebagai Majikan
a. Kerajaan berperanan majikan terpenting dalam negara yang berperanan menawarkan peluang
pekerjaan dalam perkhidmatan sektor awam
b. Perkhidmatan awam merupakan tulang belakang ekonomi yang melicinkan pengeluaran sektor
ekonomi lain.
c. Peluang pekerjaan oleh kerajaan dapat:
i. menjana pendapatan kepada penjawat awam
ii. meningkatkan taraf hidup kerana kuasa beli meningkat
iii. permintaan barang dan perkhidmatan tinggi
iv. menjana pertumbuhan ekonomi dalam negara
d. Faedah sampingan oleh kerajaan:
i. Elaun perumahan dan elaun sara hidup (COLA)
ii. Kemudahan pinjaman perumahan dan kenderaan
iii. Imbuhan Tetap Khidmat Awam
iv. Pencen selepas bersara
v. Cuti tahunan mengikut kelayakan
vi. Cuti bersalin

PERANAN KERAJAAN UNT UK MENCAPAI OBJEKT IF


MAKROEKONOMI NEGARA
1. Makroekonomi merujuk kepada kajian mengenai ekonomi secara menyeluruh dalam isu umum
seperti pendapatan atau keluaran negara, guna tenaga dan masalah pengangguran.
2. Objektif makroekonomi kerajaan yang selaras dengan objektif untuk memaksimumkan kebajikan
masyarakat adalah seperti:
a. Guna tenaga penuh
b. Kestabilan harga
c. Pertumbuhan ekonomi
d. Kestabilan Imbangan Pembayaran

Guna Tenaga Penuh

1. Guna tenaga penuh - kadar pengangguran di sesebuah negara kurang daripada 4% .


2. Guna tenaga mengukur jumlah tenaga buruh yang digunakan dalam sesebuah negara untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
3. Penggangguran - jumlah guna tenaga yang tidak digunakan atau tidak terlibat dalam sebarang
kegiatan ekonomi.
4. Guna tenaga yang tinggi menggambarkan pengangguran yang rendah.
5. Kegiatan ekonomi banyak dijalankan dengan jumlah barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan
yang banyak.
6. Tingkat pendapatan negara meningkat dan pertumbuhan ekonomi akan lebih baik.
7. Guna tenaga penuh berlaku apabila tenaga buruh digunakan secara optimum dan jumlah
keluaran negara adalah maksimum.
8. Kerajaan ingin mencapai guna tenaga penuh kerana guna tenaga penuh membantu meningkatkan
taraf hidup rakyat dan pendapatan negara.
Kestabilan Harga

1. Ketidakstabilan harga boleh menjejaskan taraf hidup masyarakat.


2. Terbahagi kepada 2:

a. Inflasi
Tingkat harga umum Kuasa beli pengguna
Kos sara hidup naik
naik berterusan menurun

b. Deflasi /Kemelesetan ekonomi

Firma mengalami
Tingkat harga umum kerugian dan Kadar pengganguran
jatuh berterusan terpaksa membuang meningkat
pekerja

3. Kestabilan harga menjamin kestabilan kuasa beli dan kos sara hidup pengguna

Pertumbuhan Ekonomi

1. Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada peningkatan jumlah keluaran barang dan perkhidmatan
dalam sesebuah negara pada sesuatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya.
2. Pertumbuhan ekonomi akan mendorong:
a. Perkembangan aktiviti dalam ekonomi
b. Penciptaan lebih banyak peluang pekerjaan (kadar pengangguran menurun)
c. Peningkatan pendapatan isi rumah dan negara
d. Peningkatan kuasa beli dan permintaan agrgat
e. Peningkatan taraf hidup masyarakat.

Kestabilan Imbangan Pembayaran

1. Imbangan pembayaran ialah satu penyata kewangan yang merekodkan aliran wang masuk dan
keluar kesan daripada perdaganngan antarabangsa dalam tempoh satu tahun.
Lebihan Imbangan Defisit Imbangan
pembayaran pembayaran
• aliran wang masuk ke sesebuah negara lebih • aliran wang ke luar ke sesebuah negara
tinggi daripada aliran wang keluar ke negara melebihi aliran wang masuk ke dalam negara.
lain.

3. Imbangan pembayaran lebihan boleh:


a. meningkatkan nilai eksport barang dan perkhidmatan
b. menggalakkan kemasukan pelaburan asing
c. penerimaan mata wang asing lebih banyak daripada pembayaran mata wang tempatan ke luar
negara
d. meningkatkan rizab pertukaran mata wang asing dalam bank pusat.
e. Nilai mata wang tempatan semakin meningkat.
f. Kegiatan ekonomi dalam Negara semakin pesat.

PERANAN KERAJAAN DALAM MENGAWAL SELIA


PENGELUAR DAN EKST ERNALIT I NEGAT IF
1. Aktiviti-aktiviti firma dengan matlamat untuk memaksimumkan keuntungan mungkin
menjejaskan kebajikan masyarakat dengan:
a. Mengeksploitasi pengguna
b. Menimbulkan kesan eksternaliti negatif
2. Pengeluar mungkin mengeksploitasi pengguna dengan:
a. Menetapkan harga yang tinggi
b. Menjual barang yang tidak selamat atau tidak berkualiti
3. Maka, kebajikan pengguna akan terjejas.
4. Eksternaliti negatif merujuk kepada kos luaran yang ditanggung oleh masyarakat selain
pengeluar dan pengguna barang tersebut.
5. Eksternaliti negatif boleh menjejaskan kehidupan serta kesihatan mesyarakat dan
mempengaruhi taraf hidup mereka.
6. Kerajaan berkuasa mengawal dan memantau aktiviti pengeluar melalui pelaksanaan
a. Undang-undang dan peraturan
b. Pemberian subsidi
c. Pelaksanaan Cukai

Undang-Undang Dan Peraturan

1. Kerajaan menetapkan undang-undang dan pertauran untuk mengawal selia aktiviti pengeluar
dan menjaga kebajikan masyarakat.
2. Undang-undang yang digubal oleh kerajaan mesti dipatuhi oleh masyarakat.
3. Peraturan merujuk kepada segala yang telah ditentukan dan harus dipatuhi. Pengeluar yang
tidak mematuhi peraturan akan dikenakan hukuman.
4. Pengeluar wajib mempamerkan bahan yang digunakan dalam penyediaan makanan dan tarikh
luput.
5. Mengawal eksploitasi pengguna
a. Kerajaan mengisytiharkan sesetengah barang asas sebagai barang kawalan
b. Peniaga tidak dibenarkan mengubah harga tanpa persetujuan kerajaan
c. Kerajaan melaksanakan dasar harga dan kuota untuk mengawal harga
pasaran supaya rakyat mampu membeli dan juga tidak merugikan pengeluar

Dasar Definisi Kesan


Dasar harga • Penetapan harga lebih rendah • Kebajikan pengguna dapat dijaga.
maksimum daripada tingkat harga • pengguna dapat membeli barangan
keseimbangan dengan harga yang berpatutan
Dasar harga • Penetapan harga lebih tinggi • Kebajikan pengeluar dapat dijaga.
minimum daripada tingkat harga • pengeluar mendapat keuntungan
keseimbangan lebih tinggi.
Kuota • Had penawaran sesuatu barang • Mengatasi masalah lebihan atau
pada suatu tingkat kuantiti yang kurangan barangan di pasaran
tertentu

6. Mengawal kesan eksternaliti negatif


a. Kerajaan mengawal aktiviti pengeluaran firma melalui pemberian lesen
b. Lesen ditarik balik jika firma tidak mematuhi peraturan
c. Kerajaan menentukan kawasan perindustrian, kawasan perumahan, kawasan industri berat dan
kawasan industri ringan
d. Kerajaan mempunyai agensi yang menjalankan pemantauan aktiviti pengeluaran firma supaya
tidak mengancam alam sekitar dah mematuhi peraturan

Subsidi dan Cukai

Subsidi Cukai
Definisi • Bantuan kewangan yang diberikan • Satu mekanisme yang
oleh kerajaan kepada sesuatu mengumpulkan hasil daripada
perniagaan atau sektor ekonomi. individu atau syarikat dan entiti
• Bermotif menstabilkan harga dan lain untuk membangunkan negara
mengurangkan kos pengeluaran. dengan menyediakan pelbagai
kemudahan awam demi
kesejahteraan rakyat
Mengawal a) Kerajaan memberi subsidi untuk a) Menambahkan kos pengeluaran
eksploitasi mengawal harga barang . pengeluar
pengguna b) Apabila kos pengeluaran b) Jumlah penawaran akan merosot
meningkat, pengeluar akan c) Kerajaan mengenakan cukai
memindahkan beban kos terhadap barang yang
tersebut kepada pengguna membahayakan kesihatan
dengan menaikkan harga. pengguna
c) Maka, kerajaan beri subsidi d) Contoh: Rokok dan minuman keras
untuk menampung kenaikan kos
tanpa menaikkan harga barang.
Mengawal kesan a) Pemberian subsidi menggalakkan a) Terhadap barang dan
eksternaliti pengeluaran sesuatu barang dan perkhidmatan yang membawa
negatif perkhidmatan serta sesuatu kepada pencemaran alam sekitar
teknik pengeluaran. b) Cukai dapat meningkatkan kos
b) Subsidi dapat mengurangkan kos firma
pengeluaran c) Maka firma akan lebih prihatin
c) Pengeluar yang ingin menikmati terhadap alam sekitar
faedah daipada subsidi kerajaan, d) Contoh: Cukai Karbon telah
akan mengeluarkan barang yang dilaksanalan di negara-negara
digalakkan oleh kerajaan atau barat seperti Australia, England,
menggunakan teknik pengeluaran Amerika Syarikat.
yang diperkenalkan.
d) Contoh: Kaedah teknologi hijau
yang mesra alam

MAT LAMAT KERAJAAN UNT UK MENJAGA KEBAJIKAN


DAN MENINGKAT KAN KEMAKMURAN NEGARA
1. Kerajaan memainkan peranan berikut bagi mencapai matlamat:
a. Sebagai pengeluar dan majikan
b. Mencapai objektif makroekonomi negara
c. Mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negatif
2. Ketiga-tiga peranan di atas saling berhubung kait

Analisis hubung kait antara ketiga-tiga peranan kerajaan

Peranan Kerajaan • Kerajaan mengeluarkan barang awam dan barang sosial yang tidak
sebagai Pengeluar dikeluarkan oleh swasta untuk meningkatkan kesejahteraan dan taraf
hidup masyarakat
• Kemudahan infrastruktur juga disediakan bagi tujuan ini.minuman keras
Peranan Kerajaan • Kerajaan mencipta peluang pekerjaan dalam sektor awam dalam inisiatif
sebagai Majikan menyediakan barang-barang tersebut.
Mencapai • Kadar pengangguran berkurang dan guna tenaga penuh boleh dicapai.
Objektif Guna
Tenaga Penuh
Mencapai • Kemudahan infrastruktur yang lengkap boleh menarik pelaburan asing.
Objektif • Kemasukan aliran modal ke dalam negara memperbanyakkan aktiviti
Pertumbuhan pengeluaran dan merangsang pertumbuhan ekonomi
Ekonomi
Mencapai • Dapat dicapai jika pengaliran wang masuk melebihi pengaliran wang keluar
Objektif
Imbangan
Pembayaran
Lebihan
Peranan Megawal • Aktiviti pengeluaran dalam ekonomi yang semakin rancak memerlukan
Selia Pengeluar pemantauan daripada kerajaan untuk mengelakkan pengeluar menindas
dan Eksternaliti pengguna.
Negatif • Maka, kerajaan mengenakan undang-undang dan peraturan
Mencapai • Kerajaan dapat campur tangan dalam ekonomi untuk mengawal kuasa
Objektif pasaran supaya harga barang dapat distabilkan.
Kestabilan Harga

1. Penunjuk ekonomi merupakan data-data makroekonomi yang digunakan oleh penganalisis untuk
mentafsir prestasi sesebuah ekonomi secara keseluruhan atau mengkaji peluang pelaburan semasa
dan akan datang.
2. Penunjuk-penunjuk ekonomi terdiri daripada:
a. Indeks Harga Pengguna (IHP)
b. Inflasi
c. Pengangguran
d. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
e. Pertumbuhan Ekonomi Malaysia
1. Alat dasar ekonomi adalah instrumen kerajaan untuk mencapai objektif makroekonomi.
2. Dua jenis dasar iaitu:
a. Dasar Fiskal
b. Dasar Kewangan
3. Kedua-dua dasar ini digunakan untuk mengawal kesatbilan ekonomi dan mencapai objektif
makroekonomi serta memberikan kesan yang berbeza apabila digabungkan

HASIL KERAJAAN
1. Hasil kerajaan adalah semua jenis pendapatan yang diterima oleh kerajaan dalam bentuk cukai,
yuran, lesen dan perkhidmatan serta digunakan untuk membiayai perbelanjaan kerajaan.
2. Hasil kerajaan terbahagi kepada dua iaitu:
a. Hasil Cukai
b. Hasil Bukan Cukai

You might also like