You are on page 1of 12

2

Bahagian A [ 20 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1. Barang percuma merupakan barang yang

A tidak mempunyai kos lepas


B diberikan percuma oleh kerajaan
C tidak memberikan kepuasan kepada pengguna
D diberikan percuma oleh pengeluar kepada pengguna

2. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah negara
yang mengeluarkan barang makanan dan barang pakaian.

Makanan
R

S
U
T

0 Pakaian

Titik manakah merupakan kombinasi pengeluaran pada tingkat guna tenaga penuh?
A R sahaja
B U sahaja
C R dan S sahaja
D R, S dan T sahaja

3. Bagaimanakah masalah ‘apa yang hendak dikeluarkan’ diselesaikan dalam sistem ekonom
campuran?

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamatSULIT*


3

A Kerajaan mengeluarkan barang awam manakala sektor swasta mengeluarkan barang yang
menguntungkan.
B Kerajaan mengenakan cukai dan hasilnya digunakan untuk memberikan subsidi
pengeluaran sektor swasta.
C Kerajaan mengeluarkan barang yang bermanfaat manakala sektor swasta mengeluarkan
barang yang menguntungkan.
D Kerajaan memberikan subsidi penggunaan barang awam manakala sektor swasta
mengeluarkan barang persendirian.

4. Yang manakah BUKAN menyebabkan peralihan keluk permintaan dari D0D0 ke D1D1?

Harga (RM)
D0 D1

D0 D1
0 Kuantiti (unit)

A Peningkatan harga barang pengganti


B Penurunan harga barang barang penggenap
C Peningkatan citarasa
D Penurunan tingkat harga barang yang diminta

5. Jadual di bawah menunjukkan harga dan jumlah perbelanjaan seorang individu terhadap
sesuatu barang.

Harga Jumlah perbelanjaan individu


(RM) (RM)

1.00 8.00

2.00 12.00

3.00 12.00

4.00 8.00

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamatSULIT*


4

5.00 0.00

Fungsi permintaan individu terhadap barang tersebut ialah

A Qd = 10 - P
B Qd = 10 - 2P
C Qd = 8 - P
D Qd = 8 - 2P

6. Apabila berlakunya peningkatan dalam penawaran lebih besar daripada penurunan dalam
permintaan pada masa yang sama maka

A. harga dan kuantiti keseimbangan menurun


B. harga dan kuantiti keseimbangan naik
C. harga keseimbangan naik dan kuantiti keseimbangan turun
D. harga keseimbangan turun dan kuantiti keseimbangan naik

7. Dalam gambar rajah di bawah, DD ialah keluk permintaan bagi barang X dan diwakili oleh
persamaan Qd = 20 – 2P

Harga (RM)
D

5.00

0 Kuantiti (unit)

Jika harga barang X ialah RM5.00 per unit, berapakah jumlah lebihan pengguna?

A RM10.00
B RM15.00
C RM20.00
D RM25.00

8 Fungsi penawaran untuk suatu barang ialah Qs = 5P dan fungsi permintaan ialah
Qd = 25 - 5P dengan P ialah tingkat harga. Pada tingkat harga RM4.00, pasaran akan
mengalami

A lebihan penawaran sebanyak 15 unit


B lebihan permintaan sebanyak 15 unit
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamatSULIT*
5

C lebihan penawaran sebanyak 20 unit


D kurangan permintaan sebanyak 20 unit

9. Jadual di bawah menunjukkan harga barang M dan kuantiti diminta barang M dan barang N

Harga M Kuantiti diminta (unit)


(RM) Barang M Barang N Barang O
5.00 10 12 30
10.00 8 15 25

Jika harga barang M meningkat daripada RM 5.00 kepada RM 10.00, keanjalan permintaan
silang barang N dan barang O masing-masing ialah

A 0.25 dan - 0.17


B 0.12 dan - 0.2
C - 0.5 dan 0.85
D - 4 dan 6

10. Dasar harga minimum yang dilaksanakan terhadap keluaran pertanian akan menyebabkan

A. kuantiti diminta bertambah


B. kuantiti ditawarkan bertambah
C. kebajikan pengguna meningkat
D. jumlah hasil pengeluar berkurang

11. Dalam proses pengeluaran barang X, firma menggunakan 20 orang buruh untuk
mengeluarkan 2 000 unit barang X. Jika firma menambah 2 orang buruh lagi, keluaran
sutnya ialah 200 unit barang X.
Berapakah jumlah keluaran apabila 22 orang buruh digunakan?

A 2 400 unit
B 2 300 unit
C 2 200 unit
D 2 100 unit

12. Yang berikut ialah faktor pengeluaran yang digunakan dan jumlah kos yang ditanggung oleh
pengeluar X.

Faktor pengeluaran Jumlah kos (RM)


Buruh 4000

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamatSULIT*


6

Bahan mentah 10 000


Kilang yang dimilikinya 3000
Mesin 2000
Lori yang dimilikinya 3000

Berapakah kos eksplisit dan kos implisit?

Kos eksplisit Kos implisit


A RM6 000 RM16 000
B RM8 000 RM14 000
C RM14 000 RM8 000
D RM16 000 RM6 000

13. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos berubah purata
(AVC) , keluk kos sut (MC), keluk hasil purata (AR) dan keluk hasil sut (MR) bagi sebuah
firma.

Harga/Kos
(RM) MC AC
2.60 MR= AR
AVC

1.90

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamatSULIT*


7

1.32
0.80

0 23 40 50 Keluaran (unit)

Berapakah jumlah kos berubah apabila firma tersebut memaksimumkan untung?

A RM18.40
B RM42.00
C RM66.00
D RM76.00
.
14. Firma pasaran persaingan sempurna mencapai kecekapan pengeluaran kerana firma itu

A memperoleh untung maksimum


B mengeluarkan output yang paling banyak
C mengeluarkan output pada kos purata minimum
D mengeluarkan output pada tingkat harga paling rendah

15. Pernyataan yang manakah menunjukkan penyesuaian keseimbangan jangka panjang firma
dalam pasaran persaingan sempurna?

A Untung lebih normal, firma baru akan masuk, penawaran bertambah, harga menurun dan
firma mendapat untung normal.
B Untung kurang normal, firma rugi akan keluar, penawaran berkurang, harga menurun, dan
firma mendapat untung normal.
C Untung lebih normal, firma baru akan masuk, penawaran bertambah, harga meningkat, dan
firma mendapat untung normal.
D Untung kurang normal, firma rugi akan keluar, penawaran bertambah, harga meningkat
dan firma mendapat untung normal.

16. Ciri persamaan antara firma pasaran persaingan sempurna dengan pasaran persaingan
bermonopoli ialah kedua-dua firma

A mengeluarkan barang yang sama


B memperoleh untung normal dalam jangka panjang
C menentukan jumlah pengeluaran dan harga yang sama
D mencapai keseimbangan pada titik minimum kos purata

17. Gambar rajah di bawah menunjukkan sebuah firma dalam pasaran monopoli. (MC) ialah
keluk kos sut, (AC) ialah keluk kos purata, (MR) ialah keluk hasil sut dan (AR) ialah keluk
hasil purata.

Harga (RM)
MC
P4 AC

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamatSULIT*


8

P3
P2

AR

P1

MR
0 Q1 Q2 Q3 Kuantiti (unit)

Andaikan bahawa kerajaan mengawal monopoli dengan menetapkan harga sama dengan
kos sut. Ini menyebabkan

A harga naik daripada 0P1 kepada 0P3


B harga naik daripada 0P3 kepada 0P4
C kuantiti bertambah daripada 0Q1 kepada 0Q2
D kuantiti bertambah daripada 0Q1 kepada 0Q3

18. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan jumlah keluaran bagi
sebuah firma pasaran persaingan sempurna.

Kuantiti buruh Jumlah keluaran


(orang) (unit)
1 20
2 38
3 54
4 67
5 77
6 83

Jika keluaran di pasaran ialah RM5.00 per unit dan upah ialah RM50.00 per orang buruh,
pengeluar akan menggunakan buruh sebanyak

A 3 orang
B 4 orang
C 5 orang
D 6 orang

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamatSULIT*


9

19. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk keluaran hasil sut (MRP), keluk keluaran hasil
purata (ARP) dan keluk kos sut faktor (MCF) bagi sebuah firma.

Upah (RM) U
W2

W1 V S

R T
W0 MCF
ARP
MRP

0 L0 L1 Kuantiti buruh (unit)

Pada tingkat keseimbangan, jumlah keuntungan firma ini ialah

A W0W1ST
B W0W2UR
C W0W1VR
D W1W2UV

20. Perolehan pindahan diperoleh sepenuhnya oleh pemilik tanah apabila

A permintaan terhadap tanah anjal


B penawaran tanah anjal sempurna
C permintaan terhadap tanah tak anjal
D penawaran tanah tak anjal sempurna

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamatSULIT*


10

Bahagian B [40 markah]


Jawab empat soalan sahaja.

21 (a) Terangkan bagaimana sistem ekonomi pasaran bebas dan sistem ekonomi perancangan
pusat
menyelesaikan masalah asas ekonomi berikut

(i) Bagaimana barang hendak dikeluarkan


(ii) Untuk siapa barang dikeluarkan [4]

(b) Terangkan tiga peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam sistem ekonomi campuran.
[6]

22. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan permintaan silang? [2]

(b) Dengan memberikan contoh barang, terangkan perkaitan antara nilai keanjalan permintaan
silang dengan jenis barang. [8]

23. (a) Apakah tujuan kerajaan mengenakan cukai? [2]

(b) Bezakan cukai yang ditanggung oleh pengguna dan pengeluar dalam keadaan

(i) keluk penawaran anjal harga


(ii) keluk penawaran tak anjal harga [8]

24. (a) Huraikan perbezaan antara konsep jangka pendek dengan jangka panjang dalam
pengeluaran. [4]

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan hubungan antara keluk kos purata jangka
pendek dengan keluk kos purata jangka panjang. [6]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamatSULIT*
11

25. Dengan menggunakan gambar rajah, bezakan keadaan di mana sebuah firma pasaran
persaingan sempurna menghentikan operasi pengeluaran dalam jangka pendek dan jangka
panjang. [10]

26 (a) Jelaskan perbezaan antara upah wang dengan upah benar. [2]

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana firma pasaran persaingan
sempurna menentukan kuantiti buruh yang digunakan untuk memaksimumkan untung.
[8]

Bahagian C [20 markah]

Jawab dua soalan sahaja.

27. Jadual di bawah menunjukkan kuantiiti ditawar bagi suatu barang pada pelbagai tingkat
harga.
Harga Kuantiti ditawar
(RM) (unit)
1 120
2 140
3 160
4 180
5 200

Jika persamaan permintaan barang tersebut ialah


Qd = 200 - 20P
dengan
Qd = Kuantiti diminta (unit)
P = Harga (RM)

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang tersebut. [3]

(b) Sekiranya kerajaan memberi subsidi sebanyak RM2.00 seunit kepada pengeluar,hitung
harga dan kuantiti keseimbangan baharu. [3]

(c) Berapakah jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan ? [1]

(d) Hitung jumlah faedah subsidi yang dinikmati oleh pengguna. [1]

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamatSULIT*


12

(e) Hitung keanjalan permintaan barang tersebut apabila harga keseimbangan lama berubah
kepada harga keseimbangan baharu. [2]

28. Diberi persamaan kos bagi sebuah firma adalah seperti yang berikut :

TC = 320 + 120P
dengan
TC = Jumlah kos (RM)
Q = Jumlah output (unit)

(a) (i) Berapakah kos tetap, kos berubah, jumlah kos dan kos purata firma tersebut pada
tingkat keluaran 10 unit ? [4]

(ii) Nyatakan perbezaan antara kos tetap dengan kos berubah. [1]

(b) Sekiranya firma ini berada dalam pasaran persaingan sempurna dan harga keluaran
di pasaran ialah RM 200.00 perunit, berapakah kuantiti keluaran yang membolehkan
firma mendapat untung normal ? [2]

(c) Hitung kos sut firma tersebut jika output meningkat daripada 10 unit kepada 15 unit.
[3]
29. Jadual di bawah menunjukkan jumlah hasil keluaran sebuah firma dalam pasaran
persaingan sempurna pada pelbagai tingkat penggunaan buruh.

Buruh (unit) Jumlah Hasil Keluaran


(RM)
1 340
2 620
3 860
4 1060
5 1200
6 1300
7 1360

(a) Pada setiap tingkat penggunaan buruh, hitung:

(i) keluaran hasil purata buruh [2]


(ii) keluaran hasil sut buruh [2]

(b) Jika upah buruh ialah RM100.00 , hitung :

(i) kuantiti buruh yang digunakan [1]


(ii) jumlah keuntungan atau kerugian firma pada tingkat keseimbangan. [2]

(c) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan buruh bagi firma tersebut.
[3]

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamatSULIT*


13

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamatSULIT*

You might also like