You are on page 1of 4

Soalan Tambahan : PERCUKAIAN

1. Encik Izz memperoleh pendapatan tahunan berjumlah RM85 750 termasuk beberapa jenis elaun
yang berjumlah RM9 860 yang dikecualikan daripada cukai. Setiap tahun dia alam memperuntukan
sejumlah RM300 untuk sumbangan kepada masjid di taman perumahannya dan membayar zakat
fitrah untuk 4 orang tanggunganya pada kadar RM6.50 setiap orang. Diberi pelepasan cukainya bagi
tahun tersebut berjumlah RM11 245. Hitung pendapatan bercukai Encik Izz pada tahun tersebut.

2. Puan Aisya mempunyai jumlah pendapatan bercukai sebanyak RM45 172 pada tahun 2020. Dia telah
membayar zakat berjumlah RM105 dan sumbangan kepada sebuah rumah anak yatim dan miskin
berjumlah RM300 pada tahun tersebut. Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Puan Aisya
pada tahun tersebut.

[4 Markah]

3. Berikut adalah maklumat pendapatan tahunan Encik Norman.

• Pendapatan gaji tahunan RM105 895


• Elaun – elaun RM13 870

Semasa mengisi borang Cukai Pendapatan, beliau mendapat pelepasan cukai yang berikut :

• Individu RM9 000


• Isteri dan seorang anak RM6 000
• Insurans hayat (had RM3 000) jumlah potongan gaji RM1 820
• Simpanan SSPN-I (had RM7 000) jumlah simpanan semasa RM8 500

Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Norman dengan mengambil kita rebat cukai
sekiranya layak.
[5 Markah]
4. Gaji tahunan boleh cukai Encik Imran ialah RM92 000 pada tahun 2020. Dia menuntut pelepasan
yang berikut semasa mengisi BNCP :

• Pelepasan individu RM9 000


• Isteri dan anak-anak RM8 000
• Insurans hayat dan KWSP RM6 500
• Perbelanjaan perubatan ayah RM1 500
• Derma RM1 000
Setiap bulan dia membuat Potongan Cukai Berjaduan (PCB) berjumlah RM325.

(a) Hitung jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar pada tahun 2020.
[4 Markah]

(b) Adakah Encik Imran perlu membuat bayaran baki cukai pendapatan? Jelaskan jawapan anda dengan
menunjukkan pengiraan yang betul.
[3 Markah]

5. Berikut adalah beberapa maklumat berkaitan Encik Zharif dan isterinya.

Encik Zharif Isteri


(RM) (RM)
Gaji tahunan 98 675 115 200
Bonus 3 500 8 000
Elaun-Elaun 42 000 35 000
Insurans & KWSP 3 500 5 800
Potongan Cukai Berjadual (PCB) sebulan 400 875
Derma dan Hadiah 3 500 6 000

Berikut adalah pelepasan cukai yang hendak dituntut oleh Encik Zharif dan isterinya.

Encik Zharif Isteri


(RM) (RM)
Individu 9 000 9 000
Isteri/Suami dan 4 anak 12 000 12 000
Manfaat Perubatan (maksima (RM3 000) 3 560 2 860
Gaya Hidup (maksima RM2 500) 3 500 5 750
(a) Hitung jumlah cukai pendapatan bagi Encik Zharif dan isterinya dengan menggunakan cara taksiran
cukai bersama dan taksiran cukai berasingan. Lengkapkan jadual taksiran cukai di bawah.
[10 Markah]

Taksiran cukai Taksiran cukai berasingan


Perkara bersama
(Suami dan Isteri) Suami Isteri

Jumlah pendapatan

Jumlah pengecualian cukai

Pelepasan
Individu RM9 000 RM9 000 RM9 000
Insurans Hayat & KWSP
(maksima RM7 000)
Manfaat perubatan
(maksima RM3 000)
Gaya Hidup
RM2 500 RM2 500 RM2 500
(maksima RM2 500)
Pendapatan Bercukai

Cukai Dasar

Cukai atas baki

Rebat Cukai

Cukai pendapatan perlu dibayar

(b) Taksiran cukai manakah yang lebih sesuai digunakan oleh mereka? Berikan alasan anda.
Jadual : Kadar Cukai Pendapatan Individu Untuk Tahun Taksiran 2020

You might also like