You are on page 1of 2

Kelebihan Dan Kebaikan Buah-Buahan Tempatan Kelebihan Dan Kebaikan Buah-Buahan Tempatan

Sebagai warganegara Malaysia, kita seharusnya bersyukur kerana dikurniakan dengan Sebagai warganegara Malaysia, kita seharusnya bersyukur kerana dikurniakan dengan
pelbagai hasil sumber alam yang boleh dinikmati. Kesuburan kawasan tanah-tanih dan pelbagai hasil sumber alam yang boleh dinikmati. Kesuburan kawasan tanah-tanih dan
sumber perairan yang mencukupi telah memberikan kita pelbagai jenis buah-buahan sumber perairan yang mencukupi telah memberikan kita pelbagai jenis buah-buahan
tempatan yang sedap lagi menyelerakan. Menjelang musim buah-buahan tempatan, seluruh tempatan yang sedap lagi menyelerakan. Menjelang musim buah-buahan tempatan, seluruh
rakyat Malaysia pasti akan berasa gembira dan memenuhi ruangan pasaraya atau warung rakyat Malaysia pasti akan berasa gembira dan memenuhi ruangan pasaraya atau warung
yang menjual buah-buahan tersebut. Selain buah durian dan rambutan, kemunculan buah yang menjual buah-buahan tersebut. Selain buah durian dan rambutan, kemunculan buah
harum manis daripada negeri Perlis semakin mendapat sambutan daripada masyarakat harum manis daripada negeri Perlis semakin mendapat sambutan daripada masyarakat
tempatan. Kita dapat lihat bahawa buah-buahan tempatan sebenarnya digemari oleh tempatan. Kita dapat lihat bahawa buah-buahan tempatan sebenarnya digemari oleh
penduduk setempat berbanding buah-buahan import. Persis peribahasa Melayu, hujan emas penduduk setempat berbanding buah-buahan import. Persis peribahasa Melayu, hujan emas
di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Persoalannya, di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Persoalannya,
apakah kelebihan dan kebaikan buah-buahan tempatan kepada kita sebagai konsumer apakah kelebihan dan kebaikan buah-buahan tempatan kepada kita sebagai konsumer
utama komiditi tersebut? utama komiditi tersebut?

Antara kebaikan yang akan diperoleh sekiranya kita membeli buah-buahan tempatan Antara kebaikan yang akan diperoleh sekiranya kita membeli buah-buahan tempatan
adalah dapatan khasiat dan kualiti terbaik daripada buah tersebut. Seperti sedia maklum, adalah dapatan khasiat dan kualiti terbaik daripada buah tersebut. Seperti sedia maklum,
buah-buahan tempatan ditanam, tumbuh dan dituai secara lokal. Makanya, ia mudah untuk buah-buahan tempatan ditanam, tumbuh dan dituai secara lokal. Makanya, ia mudah untuk
didapati dan dapat dimakan secara segar dari ladang-ladang petani. Jika dibandingkan didapati dan dapat dimakan secara segar dari ladang-ladang petani. Jika dibandingkan
dengan buah-buahan dari negara luar, faktor logistik yang memakan masa yang lama dengan buah-buahan dari negara luar, faktor logistik yang memakan masa yang lama
menjejaskan kualiti dan kondisi buah tersebut. Kita sebagai pengguna akan kerugian kerana menjejaskan kualiti dan kondisi buah tersebut. Kita sebagai pengguna akan kerugian kerana
kandungan vitamin dan nutrien dalam buah terbabit sudah berkurangan dan tidak kandungan vitamin dan nutrien dalam buah terbabit sudah berkurangan dan tidak
memberikan manfaat. Sebagai contoh, buah betik yang digelar sebagai “buah bidadari” memberikan manfaat. Sebagai contoh, buah betik yang digelar sebagai “buah bidadari”
merupakan buah-buahan iklim tropika yang mengandungi vitamin A, C, E dan K. Selain itu, merupakan buah-buahan iklim tropika yang mengandungi vitamin A, C, E dan K. Selain itu,
buah ini juga mengandungi ciri-ciri antioksidan yang baik untuk tubuh badan kita serta bagus buah ini juga mengandungi ciri-ciri antioksidan yang baik untuk tubuh badan kita serta bagus
untuk kesihatan kulit dan rambut. Berdasarkan kajian saintifik, enzim yang terkandung dalam untuk kesihatan kulit dan rambut. Berdasarkan kajian saintifik, enzim yang terkandung dalam
buah betik mampu menghilangkan tanda-tanda penuaan, mengurangkan jerawat, meransang buah betik mampu menghilangkan tanda-tanda penuaan, mengurangkan jerawat, meransang
pertumbuhan dan kekuatan rambut. Terbuktilah bahawa buah-buahan tempatan juga pertumbuhan dan kekuatan rambut. Terbuktilah bahawa buah-buahan tempatan juga
mempunyai kualiti dan khasiat yang tinggi, bak kata pepatah diam-diam ubi berisi. mempunyai kualiti dan khasiat yang tinggi, bak kata pepatah diam-diam ubi berisi.

Di samping itu, buah-buahan tempatan mempunyai kelebihan berbanding buah-buahan Di samping itu, buah-buahan tempatan mempunyai kelebihan berbanding buah-buahan
import kerana harganya yang berpatutan. Buah-buahan import lazimnya dijual pada harga import kerana harganya yang berpatutan. Buah-buahan import lazimnya dijual pada harga
yang agak mahal disebabkan kos logistik yang perlu ditampung oleh pembekal. Kos ini yang agak mahal disebabkan kos logistik yang perlu ditampung oleh pembekal. Kos ini
termasuk kos tuaian, kos pembungkusan dan kos penghantaran. Tetapi, buah-buahan termasuk kos tuaian, kos pembungkusan dan kos penghantaran. Tetapi, buah-buahan
tempatan tidak memerlukan kos logistik yang banyak kerana bekalan boleh didapati secara tempatan tidak memerlukan kos logistik yang banyak kerana bekalan boleh didapati secara
dekat dan pasaraya sudah mempunyai ruangan khas bagi buah-buahan tempatan. Golongan dekat dan pasaraya sudah mempunyai ruangan khas bagi buah-buahan tempatan. Golongan
usahawan tani dan peniaga juga lazimnya akan menjual secara terus dari ladang kerana usahawan tani dan peniaga juga lazimnya akan menjual secara terus dari ladang kerana
masyarakat gemar untuk mendapat buah-buahan yang segar dan mudah didapati. Secara masyarakat gemar untuk mendapat buah-buahan yang segar dan mudah didapati. Secara
tidak langsung, harga akan menjadi lebih murah dan pembeli dapat menikmati buah yang tidak langsung, harga akan menjadi lebih murah dan pembeli dapat menikmati buah yang
segar dan berkualiti tanpa perlu berbelanja lebih. Kesannya, masyarakat konvensional akan segar dan berkualiti tanpa perlu berbelanja lebih. Kesannya, masyarakat konvensional akan
memilih buah-buahan tempatan berbanding import kerana mendapat harga yang murah serta memilih buah-buahan tempatan berbanding import kerana mendapat harga yang murah serta
kesegaran dan kualiti yang terbaik. kesegaran dan kualiti yang terbaik.

Pada masa yang sama, kebaikan buah-buahan tempatan adalah ia dapat membantu Pada masa yang sama, kebaikan buah-buahan tempatan adalah ia dapat membantu
pertumbuhan ekonomi domestik. Hal ini demikian kerana kadar kebergantungan bekalan pertumbuhan ekonomi domestik. Hal ini demikian kerana kadar kebergantungan bekalan
makanan negara secara amnya mempunyai peratusan yang banyak terhadap bekalan makanan negara secara amnya mempunyai peratusan yang banyak terhadap bekalan
import. Andainya berlaku bencana atau pandemik dunia di mana aktiviti import dan eksport import. Andainya berlaku bencana atau pandemik dunia di mana aktiviti import dan eksport
terpaksa dihentikan, bekalan makanan negara akan berkurangan. Justeru, bagi mencapai terpaksa dihentikan, bekalan makanan negara akan berkurangan. Justeru, bagi mencapai
satu tahap keberdikarian bekalan makanan dalam negara, pemerkasaan bidang pertanian satu tahap keberdikarian bekalan makanan dalam negara, pemerkasaan bidang pertanian
dan pembuatan makanan perlulah dilaksanakan. Oleh itu, kita hendaklah menyokong segala dan pembuatan makanan perlulah dilaksanakan. Oleh itu, kita hendaklah menyokong segala
usaha meningkatkan bekalan makanan dengan mewujudkan permintaan yang banyak. Bak usaha meningkatkan bekalan makanan dengan mewujudkan permintaan yang banyak. Bak
kata pepatah, di mana ada gula, di situ ada semut. Tamsilnya, membeli buah-buahan kata pepatah, di mana ada gula, di situ ada semut. Tamsilnya, membeli buah-buahan
tempatan dapat membantu perkembangan usahawan tempatan dan melonjak produk tempatan dapat membantu perkembangan usahawan tempatan dan melonjak produk
keluaran tempatan. Mutakhir ini, buah yang dikenali sebagai raja segala buah semakin keluaran tempatan. Mutakhir ini, buah yang dikenali sebagai raja segala buah semakin
mendapat permintaan daripada negara luar. Izharnya, buah-buahan yang dahulunya menjadi mendapat permintaan daripada negara luar. Izharnya, buah-buahan yang dahulunya menjadi
hidangan setempat kini sudah mempunyai nilai komersial dan berpotensi besar dalam hidangan setempat kini sudah mempunyai nilai komersial dan berpotensi besar dalam
pasaran antarabangsa. pasaran antarabangsa.

Akhir sekali, kelebihan yang ada pada buah-buahan tempatan adalah keselamatannya Akhir sekali, kelebihan yang ada pada buah-buahan tempatan adalah keselamatannya
yang terjamin. Mungkin ada di antara kita yang tidak tahu-menahu bahawa terdapat yang terjamin. Mungkin ada di antara kita yang tidak tahu-menahu bahawa terdapat
penggunaan bahan kimia seperti natrium yang diaplikasikan kepada buah-buahan import. penggunaan bahan kimia seperti natrium yang diaplikasikan kepada buah-buahan import.
Hal ini demikian kerana ia adalah bahan kimia yang dapat membantu mengekalkan kualiti Hal ini demikian kerana ia adalah bahan kimia yang dapat membantu mengekalkan kualiti
buah-buahan yang terpaksa disimpan lama sebelum sampai ke ruangan jualan di pasaraya buah-buahan yang terpaksa disimpan lama sebelum sampai ke ruangan jualan di pasaraya
dan kedai. Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa orang yang tidak bertanggungjawab dan kedai. Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa orang yang tidak bertanggungjawab
yang menggunakan bahan kimia secara berlebihan dan tidak menepati piawai yang yang menggunakan bahan kimia secara berlebihan dan tidak menepati piawai yang
ditetapkan bagi mendapatkan keuntungan semata-mata. Akibatnya, pengguna akan ditetapkan bagi mendapatkan keuntungan semata-mata. Akibatnya, pengguna akan
mendapat kesan dari segi kesihatan sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang. mendapat kesan dari segi kesihatan sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.
Masyarakat kita mungkin tidak lagi mempunyai kesedaran akan kepentingan keselamatan Masyarakat kita mungkin tidak lagi mempunyai kesedaran akan kepentingan keselamatan
makanan tetapi pihak berkuasa seharusnya bersikap proaktif dalam mengekang bahaya makanan tetapi pihak berkuasa seharusnya bersikap proaktif dalam mengekang bahaya
yang mengancam kesihatan rakyat. Intihannya, wajar untuk kita mengelakkan diri daripada yang mengancam kesihatan rakyat. Intihannya, wajar untuk kita mengelakkan diri daripada
risiko makanan yang tidak selamat dengan memilih produk atau buah-buahan tempatan risiko makanan yang tidak selamat dengan memilih produk atau buah-buahan tempatan
kerana ingat antara belum kena, hemat antara belum habis. kerana ingat antara belum kena, hemat antara belum habis.

Konklusinya, pelbagai kelebihan dan kebaikan buah-buahan tempatan yang akan Konklusinya, pelbagai kelebihan dan kebaikan buah-buahan tempatan yang akan
diperoleh sekiranya kita kekal membeli dan mencipta permintaan yang tinggi. Masyarakat diperoleh sekiranya kita kekal membeli dan mencipta permintaan yang tinggi. Masyarakat
kita masih mumpunyai stigma bahawa produk keluaran negara luar mempunyai kualiti dan kita masih mumpunyai stigma bahawa produk keluaran negara luar mempunyai kualiti dan
khasiat yang lebih tinggi berbanding produk keluaran tempatan. Sebagai generasi muda, kita khasiat yang lebih tinggi berbanding produk keluaran tempatan. Sebagai generasi muda, kita
seharusnya mengubah pemikiran tersebut dan bersikap lebih terbuka dan seterusnya seharusnya mengubah pemikiran tersebut dan bersikap lebih terbuka dan seterusnya
menyahut cabaran dalam membuktikan kebolehan usahawan tempatan. Semoga pihak menyahut cabaran dalam membuktikan kebolehan usahawan tempatan. Semoga pihak
berkenaan sedar akan potensi buah-buahan tempatan serta mencari mekanisma terbaik berkenaan sedar akan potensi buah-buahan tempatan serta mencari mekanisma terbaik
dalam mengembangkan jumlah permintaan serta menyediakan infrastruktur yang lengkap dalam mengembangkan jumlah permintaan serta menyediakan infrastruktur yang lengkap
untuk petani dalam membekal permintaan yang semakin bertambah. Peribahasa Melayu untuk petani dalam membekal permintaan yang semakin bertambah. Peribahasa Melayu
berkata, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Berbekalkan ilmu dan berkata, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Berbekalkan ilmu dan
usaha untuk memajukan industri tani tempatan kita pasti dapat merencana sesuatu yang usaha untuk memajukan industri tani tempatan kita pasti dapat merencana sesuatu yang
terbaik demi pembangunan negara dan kesejahteraan hidup masyarakat setempat. terbaik demi pembangunan negara dan kesejahteraan hidup masyarakat setempat.

You might also like