You are on page 1of 3

KEMBARA KEUSAHAWANAN

(HPD 118A)

TAJUK:
BAHAN BUANGAN DIINOVASIKAN MENJADI PRODUK

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIKS
NUR AINNATASHA BINTI AHMAD RIDZUAN 2023384935
NURIN AISYAH BINTI MOHD SHAFIAN 2023160237
WAN NAJIBAH BINTI MOHAMED 2023300811

DISEDIAKAN UNTUK:
MADAM NUR HAZELEN BINTI MAT RUSOK
BAHAN BUANGAN DIINOVASIKAN MENJADI PRODUK

KAIN TERPAKAI MENJADI BEG SERBAGUNA

PENGENALAN

Seperti yang kita sedia maklum, setiap orang pasti mempunyai baju atau seluar terpakai yang telah
tidak lagi digunakan. Kebanyakkannya, baju-baju atau seluar terpakai ini digunakan untuk dijadikan
sebagai kain buruk atau ada juga sebahagian daripada kita yang membuang dan melupuskannya.
Tanpa kita sedari yang baju terpakai ini boleh dijadikan sebagai beg serbaguna melalui beberapa cara
yang mudah. Melalui cara ini, kita dapat menyelamatkan bumi daripada peratusan pelupusan sampah
yang tinggi serta memberhayakan.
Beg tote kain kitar semula yang diperbuat daripada jeans, bahan ini popular dipasaran beberapa tahun
yang kebelakangan ini.

KEGUNAAN PRODUK
Beg ini direka dengan ukuran bervariasi, beg ini menepati namanya kerana ia dipakai secara
‘disangkut’ pada bahagian bahu. Apa yang lebih menariknya mengenai beg ini adalah mempunyai
ruang yang luas dan boleh muat semua keperluan dan barang-barang lain serta boleh dibawa ke pasar
atau kemana-mana sahaja. Selain itu, beg sandang ini juga sesuai digunakan oleh semua pengguna
samada lelaki atau perempuan.
APA ITU 4P’?
Untuk mencapai tahap jualan yang maksimum, strategi pemasaran merupakan faktor yang paling
penting bagi penentuan tersebut. Dalam aktiviti memasarkan produk, kami telah membuat keputusan
dan menggunakan berbagai kaedah untuk mendapatkan respon positif daripadan pelanggan sasaran.
Produk kami iaitu tote denim telah mengklasifikaskan kebanyakan kaedah tersebut kepada Kumpulan
utama iaitu product, price, place dan promotion yang merupakan bauran pemasaran yang biasa
digunakan oleh pemasar atau peniaga. Bauran ini juga dikenali sebagai 4p.
Selain itu, untuk mencapai objektif pemasaran melalui 4p kami sebagai pemasar
memanipulasikan dengan cara yang paling efektif di antara variables yang terdapat di dalam bauran
pemasan tersebut supaya menghasilkan respon yang optima di kalangan pelanggan sasaran. Secara
ringkasnya antara variables yang dimaksudkan bagi setiap p berkenaan ialah:
1. Product
Di era pemasaran yang banyak persaingan pada masa ini, keupayaan mengemukakan produk yang
lebih kompetitif sangat penting sebagai strategi pemasaran. Melalui penggunaan teknologi dan
kepakaran yang tinggi, pengeluar boleh menghasilkan produk yang berkualiti, namun untuk memiliki
kelebihan kompetitif dikalangan pesaing, Ianya memerlukan berbagai inisiatif tambahan oleh pemasar
ataupun peniaga.
2. Place
3. Price
4. Promotion

You might also like