You are on page 1of 12

SEKOLAH AGAMA MENENGAH MUHAMMADIAH PEKAN SABAK

45200 SABAK BERNAM , SELANGOR

LAPORAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 2022

TAJUK :
AMALAN KITAR SEMULA DI
TAMAN SAUJANA PUCHONG, PUCHONG, SELANGOR

NAMA : NURADRIANA QISTINA BINTI MOHAMED NOOR AIZAM


KELAS : 3 IBNU ARABI
NAMA GURU : MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN WAKIRAN
JADUAL KERJA

TARIKH HARI PERKARA CATATAN


30 RABU Mendengar Taklimat Kerja Lapangan Geografi, Guru Mata
NOV Tingkatan 3 di kelas . Pelajaran
Geografi
7 RABU Perbincangan tentang : Kelas
DIS bersemuka
- Tajuk Kajian (60 minit)
- Jadual Kerja / Pengagihan Kerja
- Penghargaan
- Objektif Kajian
- Kawasan Kajian
- Penentuan Kaedah Kajian
- Hasil Kerja Lapangan
- Rumusan
- Rujukan
- Sediakan Lampiran
10 SABTU Murid menyediakan muka depan kerja lapangan Di rumah
DIS . (60 minit)
10 SABTU Murid menulis pendahuluan , penghargaan , Di rumah
DIS objektif dan kaedah kajian . (60 minit)
10-11 SABTU- Murid mencari dan mengumpul maklumat . Di rumah
DIS AHAD (60 minit)
11 AHAD -Menghuraikan konsep Di rumah
DIS (60 minit)
11 AHAD -Menghuraikan factor yang mempengaruhi Di rumah
DIS amalan kitar semula di Kawasan kajian . (60 minit)
11 AHAD -Menghuraikan kesan amalan kitar semula di Di rumah
DIS kawasan kajian . (60 minit)
11 AHAD -Mencadangkan usaha-usaha untuk mengatasi Di rumah
DIS amalan kitar semula di kawasan kajian . (60 minit)
- Membuat rumusan tentang tajuk kajian
4 RABU PEMBENTANGAN Di rumah
JAN -Murid membentangkan hasil kajian (60 minit)
SENARAI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT


Penghargaan 1
Pendahuluan 1
Objektif Kajian 1
Kawasan Kajian 2
Kaedah Kajian 2
Hasil Kajian 3-5
Rumusan 5
Rujukan 5
Lampiran 6-9
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Khirul Anuar Bin Lakimin,
Pengetua Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Selangor kerana memberi
kebenaran dan sokongan untuk menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan
ucapan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya, iaitu Muhammad
Zahiruddin bin Wakiran kerana telah membantu saya dalam penyediaan laporan kerja
lapangan ini. Hasil tunjuk ajar beliau sepanjang penyediaan laporan ini merupakan hasil
komitmen yang jitu daripada beliau .
Saya juga ingin mengucapkam terima kasih kepada ibu saya, iaitu Puan Siti NorQolbi binti
Shahardin yang telah memberikan dorongan dan sokongan dalam menjayakan kerja lapangan
ini. Tidak ketinggalan juga terima kasih kepada rakan saya Iffah Humaira` , Zafrynn Amni dan
Raidah Qistina kerana turut sama menyumbangkan tenaga dan masa dalam proses
melaksanakan kerja lapangan ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua
responden yang sudi menjawab soalan-soalan dalam boring soal selidik .

PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kerja lapangan tentang “Amalan Kitar Semula di Taman Saujana
Puchong, Selangor”. Saya memilih tajuk ini kerana masalah amalan kitar semula merupakan
isu utama yang membawa banyak kesan kepada penduduk taman ini. Saya menjalankan kerja
lapangan ini selama lapan minggu untuk mengumpul data serta maklumat yang diperlukan
dan menulis laporan ini di rumah saya semasa cuti persekolahan .

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kerja lapangan ini adalah :
a ) Mengenalpasti konsep dan elemen kitar semula .
b ) Menjelaskan amalan kitar semula serta kepentingan amalan tersebut untuk dipraktikkan
dalam kehidupan seharian di Taman Saujana Puchong.
C ) Mengkaji dan menghuraikan halangan serta permasalahan yang dihadapi untuk
melaksanakan amalan kitar semula dalam diri penduduk di Taman Saujana Puchong .
D ) Mencadangkan usaha yang dilakukan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan
penduduk di Taman Saujana Puchong untuk mengamalkan kitar semula .

1
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya adalah di sekitar Taman Saujana Puchong , Selangor . Lingkungan
Kawasan kajian saya lebih kurang 3 kilometer persegi . Kawasan ini dibawah pentadbiran
Majlis Pembandaran Subang Jaya (MPSJ). Kawasan terletak dalam daerah Puchong di negeri
Selangor. Jumlah penduduk di Kawasan kajian adalah kira-kira 4000 orang. Bentuk muka
buminya berbukit. Kawasan kajian berada di pusat bandar.

KAEDAH KAJIAN
A ) RUJUKAN – Saya membuat rujukan di internet untuk mengetahui konsep amalan kitar
semula .
B ) PEMERHATIAN – Saya membuat pemerhatian tentang amalan kitar semula yang diamalkan
di Kawasan kajian .
C ) SOAL SELIDIK – Saya telah menjalankan soal selidik dengan mengedarkan borang soal
selidik secara maya melalui “google form dan QR kod” kepada 20 orang responden yang
tinggal di Kawasan selidik .

2
HASIL KERJA LAPANGAN
- KONSEP DAN ELEMEN KITAR SEMULA
Kitar semula adalah proses menukar bahan buangan menjadi bahan dan objek baru. Kitar
semula bahan bergantung pada kemampuannya untuk mendapatkan semula sifat yang ada
pada keadaan asli atau asal . Ini adalah alternatif untuk pembuangan sampah “konvensional”
yang dapat menjimatkan bahan dan membantu menurunkan pelepasan gas rumah hijau .
Ia merupakan komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan tiga komponen
bagi 3R ialah : Reduce (Kurangkan) , Reuse (Guna semula) dan Recycle (Kitar semula).
Contohnya bahan keluli yang tidak lagi terpakai seperti kereta rosak, akan diambil kelulinya
dan menjadi bahan mentah untuk membuat kereta baru. Selain itu, sisa makanan atau
buangan organik lainnya dapat mereput menjadi baja organik yang boleh digunakan untuk
pertanian mahupun kegunaan rumah tangga.
Kitar semula dilakukan untuk mengurangkan pencemaran , mengurangkan barang buangan ,
mengurangkan penggunaan tenaga dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau. Kitar
semula juga dapat menjimatkan penggunaan bahan mentah baru.
Kitar semula juga merupakan kaedah pelupusan buangan yang mesra alam dan dapat
menjaga warisan generasi yang akan datang di masa hadapan nanti.

- AMALAN KITAR SEMULA DAN KEPENTINGAN AMALAN KITAR SEMULA


A) Mengitar semula barangan
Penduduk Taman Saujana Puchong akan mengitar semula barangan mengikut warna
tong kitar semula yang biasa dilihat di tempat awam. Seterusnya, amalan menjual
bahan kitar semula juga diamalkan oleh penduduk Kawasan kajian saya. Antara bahan
yang dikitar semula adalah botol plastik dan akhbar-akhbar lama. Wang akan
diperoleh mengikut berat bahan yang dijual . Hal ini menunjukkan bahawa mereka
amat bersyukur kerana dapat menikmati alam sekitar anugerah tuhan.

B) Mendermakan pakaian dan barangan yang masih elok


Penduduk Taman Saujana Puchong telah berganding bahu untuk mendermakan
pakaian dan barangan yang tidak digunakan kepada beberapa pusat kebajikanyang
kerap datang ke Kawasan ini. Hal ini menunjukkan bahawa mereka amat prihatin dan
bersedia membantu sesiapa yang memerlukan pertolongan.

C) Penggunaan beg mesra alam menggantikan beg plastic


Penduduk di Taman Saujana Puchong juga mula menggunakan beg mesra alam untuk
menggantikan beg plastik Ketika membeli barangan di pasar raya. Ini dapat
menjimatkan duit kerana beg plastik akan dicaj dan mereka dapat menjaga alam
sekitar juga.

3
Kepentingan amalan kitar semula di Taman Saujana Puchong , Selangor adalah seperti yang
berikut :
1. Mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa
Apabila sisa pepejal dan sisa domestik diasingkan dan dilupuskan dengan kaedah yang
betul, persekitaran Kawasan perumahan tersebut akan menjadi lebih bersih.
Penduduk akan hidup dengan lebih selesa dan mempunyai tahap kesihatan yang
berkualiti.

2. Mengurangkan pencemaran
Amalan kitar semula dapat mengurangkan sampah di tempat pelupusan kerana sisa
akan diurus dengan sistematik. Jadi, pencemaran baru dapat diatasi.

- MASALAH / HALANGAN AMALAN KITAR SEMULA


Ketika menjalankan kerja lapangan ini, beberapa masalah telah dikenalpasti iaitu :
1. Ketiadaan pusat pengumpulan barangan kitar semula
Melalui pemerhatian saya, oleh kerana tiada pusat kitar semula di sekitar Taman
Saujana Puchong, penduduk membuat keputusan untuk tidak mengumpulkan
barangan yang boleh dikitar semula dirumah. Keadaan ini juga dalam masa yang sama
tidak mewujudkan Kerjasama antara penduduk untuk mengamalkan amalan ini .

2. Penduduk tidak mempunyai kesedaran


Melalui pemerhatian saya juga , penduduk di Kawasan kajian saya kebanyakkanya
tidak mempunyai kesedaran dalam mengamalkan amalan kitar semula ini . Hal ini
mungkin disebabkan mereka kurang pengetahuan dan tidak didedahkan tentang
amalan kitar semula . Bagi mereka , perkara ini tidak penting kerana lebih mudah
membuang bahan buangan di dalam tong sampah .

3. Kurang pengetahuan tentang alam sekitar


Hasil daripada kajian saya , kebanyakan penduduk taman yang membuang bahan kitar
semula ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya
amalan kitar semula . Mereka lebih senang membuang bahan tersebut daripada
mengitarnya semula. Bagi mereka , amalan kitar semula ini hanya membuang masa
dan tidak mempunyai apa-apa kepentingannya.

4
- LANGKAH-LANGKAH YANG DILAKUKAN BAGI MENGGALAKKAN AMALAN KITAR
SEMULA
1. Mengadakan kempen kitar semula
Semangat untuk menjaga alam sekitar dapat disuntik kepada masyarakat dengan
mengadakan kempen cintai alam sekitar. Dalam kempen tersebut , kepentingan
serta cara-cara untuk menjaga alam sekitar akan diterangkan supaya penduduk
akan lebih faham dengan amalan kitar semula . Maka, pihak kerajaan dan bukan
kerajaan perlu berganding bahu untuk memastikan misi ini terlaksana.

2. Menambah / menyediakan tong kitar semula


Dengan menyediakan atau menambah lebih banyak tong kitar semula di Taman
Saujana Puchong , penduduk tidak perlu bersusah payah untuk membawa
barangan yang berat ke pusat pengumpulan kitar semula. Selain itu , mengganti
semua tong sampah dengan tong kitar semula merupakan kaedah yang berkesan
untuk memudahkan orang mengamalkan amalan kitar semula. Jadi , semua
buangan yang boleh dikitar semula akan pergi ke pusat kitar semula , dan bilangan
sampah yang keluar setiap tahun akan berkurang secara signifikasi.

RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya, kerja lapangan yang saya jalankan membolehkan saya
mengetahui konsep dan elemen kitar semula , amalan kitar semula yang
diamalkan , kepentingan amalan kitar semula , masalah / halangan yang dihadapi
oleh penduduk dan Langkah-langkah yang dilakukan bagi mengalakkan amalan
kitar semula di Taman Saujana Puchong , Puchong , Selangor . Kesedaran
masyarakat dalam melaksanakan program kitar semula perlu ditingkatkan demi
mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa . Sokongan semua anggota
masyarakat sangat penting untuk menangani masalah ini .
Saya berbangga dan bersyukur serta berterima kasih kerana penduduk di
tempat tinggal saya saling bekerjasama dalam menjaga alam kebersihan Kawasan
sekitar .

RUJUKAN
BUKU
Ahmad Ridzuan bin Abdul Rahman , Rajini Gauri Muthusamy , Pau Anak Utek
(2018). Geografi Tingkatan 3.
Johor: IMS Books Trading Sdn. Bhd.

INTERNET
Google maps Taman Saujana Puchong
https://anyflip.com/jmfrp/keht/basic

5
LAMPIRAN

6
7
8
9

You might also like