You are on page 1of 7

Hal Ehwal Murid: Kepimpinan Disiplin Murid

AKTIVITI BERASASKAN SEKOLAH


(ABS)
(Peserta)

Pentaksiran Kompetensi:
Memimpin Perubahan

1
AKTIVITI BERASASKAN SEKOLAH
NPQEL: KEPIMPINAN HAL EHWAL MURID
TUGASAN 1

Baca situasi di bawah dengan teliti dan jawab soalan yang disertakan.

Cikgu Adnan mengajar matematik di kelas 5 Seroja. Sewaktu kelas matematik pada hari
Khamis, beliau mendapati lima orang murid tidak membuat kerja rumah. Tahun ini sahaja
sudah tiga kali mereka didapati tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Cikgu Adnan
telah memberikan teguran dan nasihat sebanyak tiga kali. Cikgu Adnan telah merekodkan
kesalahan kelima-lima murid tersebut dalam buku kawalan kelas dan mencatatkan teguran
yang telah diberikan sebanyak tiga kali.

Seperti biasa, pada hari akhir persekolahan setiap minggu, guru kelas 5 Seroja, Cikgu Kamal
akan memeriksa buku kawalan kelas dan mendapati ada catatan pada hari khamis iaitu kelima-
lima murid tersebut gagal membuat kerja rumah yang diberikan. Cikgu Kamal telah berjumpa
dengan dengan Cikgu Adnan untuk mendapatkan kepastian tentang sikap murid-murid tersebut
terhadap tugasan matematik yang diberikan. Cikgu Kamal juga turut menghubungi beberapa
orang guru mata pelajaran yang lain dan mendapati beberapa murid lain dalam kelas 5 Seroja
turut culas membuat kerja rumah. Cikgu Kamal telah membuat laporan kes salah laku murid
dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) pada hari tersebut.

Pada setiap hari Isnin pula, guru disiplin telah membuat semakan salah laku murid melalui
SSDM dan mendapati terdapat lima murid kelas 5 Seroja telah melakukan kesalahan pada hari
Khamis yang lepas. Guru disiplin telah memaklumkan kepada guru Bimbingan dan Kaunseling
(BnK). Setelah guru BnK menemubual beberapa orang guru kelas 5 Seroja dan mendapati
ramai lagi murid kelas tersebut yang tidak membuat kerja rumah yang diberikan. Cikgu Kamal
berasa tertekan kerana banyak catatan yang dibuat oleh guru mata pelajaran dalam Buku
Kawalan Kelas sehingga terlepas pandang untuk merekodkan kesalahan murid dalam SSDM.
Guru BnK telah memaklumkan hal berkenaan kepada Guru Besar.

Hasil siasatan guru besar mendapati wujud salah faham dalam kalangan guru berkaitan
pelaksanaan SSDM Versi 2. Sepatutnya guru mata pelajaran yang merekodkan kesalahan dan
amalan baik dalam SSDM dan bukannya guru kelas yang tidak berada dalam kelas berkenaan
semasa murid melakukan kesalahan atau perbuatan baik. Guru besar telah mencadangkan
kepada guru BnK agar diadakan taklimat kali kedua kepada semua guru dan taklimat tersebut
akan dilaksanakan oleh PK HEM.

Guru besar juga dimaklumkan oleh PK HEM iaitu terdapat rekod status ‘sahsiah perlu
perhatian’ dan status ‘perlukan perhatian serius’ masih lagi belum dibuat pengesahan tindakan
dan hukuman yang menyebabkan guru disiplin tidak dapat mengambil tindakan dan hukuman
terhadap murid yang membuat salah laku.

2
Soalan

Apakah peranan pengetua atau guru besar (PGB) dalam pelaksanaan SSDM Versi 2
berdasarkan dua surat siaran dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bil. KPMSP.600-
14/1/59 Jld.2(14) bertarikh 10 Mei 2016 dan surat bil. KPM.600-17/1/21 Jld.3(17) bertarikh
02 Januari 2020?

TUGASAN 2

Anda bersama semua guru BnK diminta menganalisa instrumen SKPM Kualiti@Sekolah
(SK@S) Aspek 3.3.2 Pengurusan Disiplin Murid untuk mendapatkan data dan maklumat
berkaitan pelaksanaan Pengurusan Disiplin Murid sementara itu anda dan guru disiplin perlu
menganalisa data SSDM untuk mendapatkan data dan maklumat berkaitan jenis kesalahan
yang sering dilakukan oleh murid.

Anda perlu meminta Penolong Kanan HEM, sebahagian guru kelas dan mata pelajaran, semua
guru disiplin dan semua guru BnK untuk mengisi instumen SK@S Aspek 3.3.2 untuk
mendapatkan data pelaksanaan Pengurusan Disiplin Murid (Lampiran 1) dan Borang Analisa
disertakan (Lampiran 2) sementara data SSDM perlu dijana dari sistem SSDM dan dianalisa
oleh guru disiplin untuk mendapat jenis kesalahan yang kerap dilakukan dengan dipantau oleh
PK HEM. Dapatan analisa SK@S Aspek 3.3.2 (peranan guru) dan dapatan analisa SSDM
(amalan murid) perlu dikaitkan dalam merancang dan melaksanakan program intervensi.

TUGASAN 3
Berdasarkan dapatan analisa data dan maklumat, anda telah merancang dan melaksanakan satu
program intervensi yang sesuai bagi menangani isu utama yang telah dikenal pasti melalui
analisa instrument SK@S dan data SSDM bagi mencapai matlamat kemenjadian sahsiah murid
iaitu meningkatkan peratusan amalan terpuji murid seperti dalam instrument SK@S Aspek
5.3.2 iaitu Pencapaian Sahsiah Murid dalam Tahun Penilaian.
Sebagai PGB, tulis satu laporan ringkas program intervensi yang lengkap dengan menunjukkan
keupayaan anda melakukan tindakan untuk perubahan dengan melaksanakan penilaian
program, memberi sokongan, keupayaan memimpin, menggunakan data untuk membuat
keputusan serta berupaya mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan.

3
Lampiran 1
Borang SK@S Aspek 3.3.2 Pengurusan Disiplin Murid

4
Lampiran 2
Borang Analisa Aspek 3.3.2 Pengurusan Disiplin Murid

Bil. responden menanda Jumlah


Mengurus disiplin murid dengan; skor Responden
4 3 2 1 0
a. menyebarluaskan peraturan sekolah
b. menguatkuasakan peraturan sekolah
c. menganalisa data disiplin
d. merancang program pendidikan disiplin
e. melaksanakan program pendidikan disiplin

• Jumlah responden mesti sama dengan jumlah borang yang dikumpulkan.


• Program intervensi untuk guru dirancang berdasarkan bil responden yang memilih skor
rendah daripada skor 3 hingga 0
• Anda boleh menggunakan Analisa Jurang untuk mendapatkan maklumat tentang aspek yang
perlu dilaksanakan intervensi.

5
Lampiran 4
Untuk Rujukan Pensyarah Penilai
RUBRIK
DOMAIN Menerajui Perubahan
KOMPETENSI
KOMPETENSI Memimpin Perubahan
Keupayaan untuk menerima dan memandu perubahan dengan mengadaptasi
DESKRIPSI tindakan melalui sokongan warga organisasi bagi memacu pembangunan dan
pencapaian.

ARAS PENILAIAN
TAHAP DESKRIPSI TAHAP ILUSTRASI TAHAP CATATAN
KOMPETENSI KOMPETENSI KOMPETENSI
Tahap 1 Memahami Perubahan • Mempamerkan keterbukaan
Kesedaran terhadap perspektif
Mempamerkan sikap yang perubahan berasaskan data/
positif untuk berubah yang - maklumat.
Bersedia mendengar • Bersedia mendengar
pandangan orang realistik pandangan orang lain.
berasaskan maklumat/ data
yang diperolehi
Tahap 2 Memikirkan Perubahan • Mempamerkan penerimaan
Asas terhadap perubahan sebagai
Menyampaikan mesej terhadap cabaran yang positif
keperluan perubahan kepada • Mengadaptasi pemikiran
pelbagai lapisan kendiri berasaskan data/
maklumat dengan
menyatakan rasional
terhadap perubahan

Tahap 3 Menerima Perubahan • Berkongsi matlamat


Pertengahan terhadap keperluan
Memahami perubahan bagi perubahan dengan orang
memulakan Tindakan lain.
perubahan • Menentukan bidang focus
perubahan melalui tafsiran
penilaian terhadap
perubahan.
• Menyatakan perancangan
Tindakan dan rasionalisasi
(asas) terhadap Tindakan
perubahan.

Tahap 4 Mengadaptasi Tindakan • Berkongsi reality semasa


Lanjutan dan matlamat akhir yang
Menilai perubahan bagi hendak dicapai.
mengadaptasi Tindakan sendiri • Mengadaptasi dan
untuk memandu perubahan menyesuaikan Tindakan
organisasi. kendiri terhadap perubahan
dengan mempamerkan

6
ARAS PENILAIAN
TAHAP DESKRIPSI TAHAP ILUSTRASI TAHAP CATATAN
KOMPETENSI KOMPETENSI KOMPETENSI
usaha mengisi keperluan
perubahan.

Tahap 5 Memacu Perubahan • Menyemak semula untuk


Mahir mengubahsuai Tindakan dan
Mempamerkan kepercayaan aktiviti merujuk perubahan
dan kebertanggungjawaban persekitaran dan data/
kepada warga organisasi untuk maklumat dikumpulkan.
memacu perubahan dalam • Mengupayakan orang
mencapai pencapaian bidang bawahan untuk
focus yang diputuskan. melaksanakan perubahan
berasaskan bidang focus.
• Menjelaskan kaedah
pemantauan dan kawal selia
yang dilaksanakan berserta
data/ maklumat yang
dikumpulkan.

You might also like