You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

TUARAN, SABAH

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


(PISMP)
[BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH]
(AMBILAN JUN 2020)

PENTAKSIRAN BERTERUSAN

NAMA PELAJAR : JALIANAH BINTI LONG


NO KAD PENGENALAN : 010716-12-0286
ANGKA GILIRAN : 2020062340123
KUMPULAN/UNIT : PISMP Bahasa Melayu (SK) 3 Ambilan Jun 2020
SESI/TAHUN : FEBRUARI – JUN 2022
KOD/NAMA KURSUS : EDUP3073 – BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

TUGASAN
TAJUK TUGASAN
Tugasan 1 : Laporan Temubual

TARIKH MULA 4/04/2022

TARIKH HANTAR 21/04/2022

NAMA PENSYARAH: EN. MOHD SAID BIN JULPIN


TANDATANGAN TARIKH
Dengan ini saya mengaku
bahawa saya telah menerima
maklum balas dari pensyarah
kerja kursus ini dan saya telah
merujuk dan memahaminya.
BIODATA PELAJAR

NAMA JALIANAH BINTI LONG

NO.KAD PENGENALAN 010716-12-0286

UNIT/OPSYEN PISMP BM SK 3 AMBILAN JUN 2020

TARIKH LAHIR 16 JULAI 2021

TEMPAT TINGGAL KG. PAGASAON 89100 PITAS SABAH

BANGSA BAJAU SUNGAI

AGAMA ISLAM

NO.TELEFON 0145641548

EMAIL jalianahlong@gmail.com

MOTO HIDUP :

Semakin kita mengetahui sesuatu, semakin kita tidak


mengetahui sesuatu yang lain.

2
PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, saya memanjatkan rasa penuh kesyukuran kehadrat illahi


dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan
penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada ENCIK MOHD SAID BIN
JULPIN, Pensyarah Matapelajaran BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN (EDUP3073), di
atas kesudian beliau memberikan tugasan ini kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Beliau
juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini dijalankan. Saya
juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya
secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan.

Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan
pendidik di negara ini merungkai pelbagai ilmu di muka bumi ini. Dewasa ini, banyak
pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu para pendidik haruslah tergolong dalam
golongan manusia yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat sekali.
Sebelum mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renung-
renungan dan selamat beramal.

“Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan
semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-
menerus”

3
ISI KANDUNGAN

Halaman

Laporan Temubual 4-6

Transkrip Temubual 7–9

Lampiran 10

Sumber Rujukan 11

4
LAPORAN TEMUBUAL PENGETAHUAN DAN KESEDARAN GURU DI SK ST JAMES
KUDAT TERHADAP KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI DALAM BILIK DARJAH DAN
IMPLIKASINYA TERHADAP PROSES PDP SERTA PERANAN GURU SEBAGAI AGEN
MESRA BUDAYA

Kepelbagaian etnik dan sosiobudaya mampu mewujudkan persekitaran yang mesra dan
harmoni di dalam bilik darjah. Bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang mesra, guru
hendaklah mempunyai kesedaran mendalam terhadap aspek kebudayaan ini. (Noriati A.
Rashid et. al., 2017). Oleh itu, bagi memenuhi kehendak tugasan kerja kursus Budaya dan
Pembelajaran, saya telah menjalankan temu bual bersama tiga orang guru di SK St James
Kudat semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa Ke-3. Tujuan utama sesi temu bual ini
adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai kesedaran kepelbagaian sosiobudaya serta
implikasinya dan cara guru tersebut menghadapi kepelbagaian dalam proses PdP mereka.
Umumnya, saya mengetahui bahawa majoriti kaum murid di SK St James ini ialah Ubian,
Bajau diikuti Rungus.

Berdasarkan sesi temu bual, ke semua responden telah memberikan konsep mudah
bagi kepelbagaian etnik dan sosiobudaya. Menurut Cikgu Falin selaku responden pertama,
etnik merupakan sekumpulan individu yang dikategorikan mengikut keturunan yang sama
manakala sosiobudaya pula berkait rapat dengan kehidupan dan budaya sesebuah
masyarakat. Responden berpendapat bahawa kepelbagaian etnik dan sosiobudaya
merupakan aspek yang perlu difahami oleh guru-murid kerana kesedaran yang mendalam
terhadap kepelbagaian mampu mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. Ini selari
dengan pendapat Noraini Omar et. al. (2014) yang menyatakan bahawa implikasi
kepelbagaian kebudayaan mampu membina suasana sejahtera di dalam bilik darjah.
Menurutnya, cara yang sesuai dalam menghadapi kepelbagaian ini adalah dengan
meningkatkan kefahaman dan pengetahuan mengenai adat resam sesebuah kaum.
Kenyataan responden mempunyai persamaan dengan pendapat Abd Aziz A’zmi et. al. (2017),
yang menyatakan bahawa kefahaman dan pengetahuan mendalam bagi sesebuah
masyarakat mampu menghalang perselisihan antara kaum. Jika dikaitkan dengan PdP,
pengetahuan guru yang luas mengenai sesebuah kaum mampu menghidupkan suasana PdP
kerana guru boleh memberikan contoh yang hampir dengan diri murid. Tambahan lagi,
menurut responden kepelbagaian sosiobudaya ini bukan sahaja berkaitan kaum, malahan
sistem ekonomi dan sosial seorand individu.

Menurut Cikgu Suhaimi selaku responden kedua, dengan cara menghormati dan
memahami adat resam sesebuah kaum juga merupakan antara satu langkah menghadapi

5
kepelbagaian dalam proses PdP dan menunjukkan kita faham apa itu kepelbagaian
sosiobudaya. Hal ini selaras dengan pendapat Mohd Anuar Ramli et. al., (2019), yang
menyatakan bahawa salah faham akan dapat dielakkan melalui sikap menghormati adat
resam dan kepercayaan kaum lain. Menurut responden, guru perlulah mengelak dari
menyentuh isu sensitif semasa proses PdP kerana isu sensitif seperti adat resam boleh
menjarakkan jurang antara murid. Melalui isu ini, dapat dilihat bahawa sistem pendidikan di
Malaysia sangat berusaha dalam merapatkan jurang kaum dengan mendedahkan murid
mengenai adat resam sejak di bangku sekolah.

Kemudian, responden ketiga iaitu Cikgu Siti Saadiah turut menyatakan kesedaran
guru terhadap kepelbagaian murid sememangnya memberikan impak yang mendalam yang
mana melalui kepelbagaian ini guru dapat merancang aktiviti PdP yang sesuai serta mampu
mengeratkan hubungan antara murid. Dalam hal ini, guru perlulah merancang kaedah
pembelajaran yang mampu melibatkan murid secara menyeluruh di dalam bilik darjah.
Tambahan lagi, kefahaman guru terhadap kepelbagaian ini akan menjadikan guru lebih positif
dan berhati-hati dalam mengujarkan sesuatu yang menyentuh perkauman atau isu-isu
sensitif. Justeru, kesannya apabila PdP berjalan dengan lancar akibat perkongsian idea dan
pendapat dari suku yang berbeza. Hal ini kerana, perbezaan sosiobudaya akan membawa
kepada perbezaan pendapat, idea, pengalaman dan sebagainya. (Faridah Nazir et. al., 2017).

Secara keseluruhannya, kepelbagaian etnik dan sosiobudaya bukanlah sebuah


penghalang kepada guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra budaya.
Guru yang ditemu bual telah berhasil membantu saya dalam memahami konsep kepelbagaian
etnik dan sosiobudaya serta cara menghadapi kepelbagaian dalam proses PdP. Dalam hal
ini, guru sangat memainkan peranan sebagai agen mesra budaya dalam menimbulkan
kesedaran terhadap kepelbagaian etnik dan sosiobudaya supaya murid mampu membina
persefahaman yang kukuh di samping mewujudkan sebuah bangsa yang bermoral tinggi.
(Yong, et. al., 2018). Perkara ini bertepatan dengan Teori Perkembangan Kanak- kanak
Vygotsky yang menekankan bahawa guru merupakan individu yang sangat membantu dalam
perkembangan kognitif murid. (Wong, et. al., 2017). Oleh itu, guru yang efisien akan mampu
mewujudkan sebuah persekitaran bilik darjah yang mesra bagi membentuk sikap resilien
dalam kalangan murid.

6
LAMPIRAN
TRANSKIP TEMU BUAL

TEMU BUAL BERSAMA 3 ORANG GURU SK ST JAMES, KUDAT SABAH


TARIKH : 05/04/2022
TEMPAT : BILIK GERAKAN SK ST JAMES, KUDAT
MASA : 09.30 PAGI
NAMA ORANG YANG DITEMUBUAL : Petunjuk ;

CIKGU SUHAIMI J – Jalianah

CF – Cikgu Falin
CIKGU FALIN
CST – Cikgu Siti Saadiah
CIKGU SITI SAADIAH
CS – Cikgu Suhaimi

Soalan & Jawapan

J Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu, Saya Jalianah.


CF Waalaikumsalam. Oh, ini lah Jalianah, murid yang PBS seminggu sini kan?

J Ya cikgu, saya lah tu (senyum). Saya akan menemual cikgu berkaitan kerja
kursus saya.
CST Ok Jalianah, teruskan sahaja. Tanya sahaja apa yang kamu mahu tahu. Selagi
cikgu boleh jawab, cikgu jawab (nada ketawa)
J Baiklah, berapa lama sudahkah cikgu bertugas menjadi seorang guru?
CF Kalau cikgu ni tidaklah berapa lama, dalam 12 tahun sudah cikgu mengajar. Tapi
menjadi seorang cikgu ini memang mencabar lah lagi-lagi musim pandemik 2
tahun ni
CSS Cikgu pula 29 tahun. Banyak sudah sekolah cikgu ganti-ganti mengajar. Cikgu
Suhaimi ni lagi lama ni kan cikgu hahaha.
CS Saya memang lama sudah, cikgu mula mengajar 1986, kurang lebih 35 tahun
sudah menjadi seorang guru.
Ok baiklah. Seterusnya, bolehkah cikgu kongsi apakah kaum ataupun etnik
yang terdapat di SK St James ini?
Majoriti kaum atau etnik di sekolah ni memang kaum Ubian dan Bajau lah.
CS
Kebanyakan pelajar-pelajar kita datang dari Kampung Landung Ayang.

CF Tapi ada juga pelajar Rungus yang datang dari Kampung Perpaduan Ria dan
Kampung Gumpa. Tapi kaum ini memang jelas nampak sedikit.

7
CSS Ya betul tu, kalau dalam satu kelas tu tidak sampai 5 orang kaum rungus ni.
Majoriti Ubian dengan Bajau.
J Ohh begitu, terima kasih atas respon cikgu semua. Kita pergi ke soalan yang
seterusnya.

J Pada pandangan cikgu, apakah yang cikgu boleh gambarkan dengan


kepelbagaian sosiobudaya dan kaitannya dengan PdP di bilik darjah?
CF Pada pandangan cikgu, etnik ni adalah sekumpulan individu yang dikategorikan
mengikut keturunan yang sama manakala sosiobudaya pula berkait rapat dengan
kehidupan dan budaya sesebuah masyarakat. Kepelbagaian etnik dan
sosiobudaya merupakan aspek yang perlu difahami oleh guru-murid kerana
kesedaran yang mendalam terhadap kepelbagaian mampu mewujudkan bilik
darjah yang mesra budaya.
CS Dari cikgu pula, kepelbagaian sosiobudaya ini bukan sahaja dari kaum, tapi dari
ekonomi pelajar dalam bilik darjah. Memang tidak dinafikan tahap ekonomi pelajar
di sekolah ini berbeza dan sangat ketara. Macam yang cikgu cakap tadi,
kebanyakan pelajar dari Kampung Landung Ayang, maka ekonomi lebih tertumpu
kepada nelayan.
CST Ya betul tu yang dikatakan cikgu Suhaimi. Tapi ada juga ibu bapa murid yang
guru, polis dan kerja di bahagian kesihatan. Namun begitu, kepelbagaian ini tidak
menghalang murid berinteraksi dalam bilik darjah. Pandangan cikgu, etnik
merupakan sekumpulan individu yang dikategorikan berdasarkan keturunan dan
budaya yang sama Manakala, sosiobudaya pula mempunyai sangkut paut antara
sesebuah masyarakat dan budaya. Secara ringkasnya, kepelbagaian etnik dan
sosiobudaya merupakan perkara penting yang wajib diketahui murid kerana
kesedaran yang mendalam mengenai kepelbagaian ini mampu menjamin
keharmonian di dalam bilik darjah. Kepelbagaian sosiobudaya ini boleh
memudahkan cikgu untuk memudahkan kawalan kelas dan pengajaran sesuai
dengan murid.

Adakah cikgu mengalami dan merasai sendiri kepelbagaian etnik dan


sosiobudaya?
Ya, betul. Kepelbagaian etnik dan sosiobudaya ini sudah semadi dengan diri saya
CS
sendiri kerana sering berlegar di persekitaran sekolah.

8
J Baiklah, semua guru pernah merasai kepelbagaian etnik dan sosiobudaya
dalam bilik darjah. Pada pendapat cikgu, bagaimanakah cara menghadapi
kepelbagaian etnik dan sosiobudaya di dalam bilik darjah?
CST Pada pandangan saya, cara yang paling sesuai bagi menghadapi kepelbagaian
etnik dan sosiobudaya adalah dengan menggunakan bahasa standard sepanjang
proses PdP di dalam bilik darjah. Hal ini kerana dalam proses PdP, terdapat murid
yang bukan berbangsa Melayu lalu mencetuskan isu jika guru tidak menggunakan
bahasa Melayu standard yang mudah difahami murid.
CF Betul tu, penggunaan bahasa Melayu standard dapat mewujudkan suasana yang
harmoni kerana dapat mengelakkan salah faham antara murid yang selalu
tercetus apabila guru menyentuh isu adat resam. Contohnya, saya menggunakan
bahasa ibunda saya iaitu bahasa Ubian sedangkan dalam bilik darjah saya ada
murid berbangsa Cina dan sebagainya. Perkara ini tidak relevan kerana
menyukarkan dan menjejaskan proses PdP. Oleh itu, guru hendaklah
mengelakkan penggunaan bahasa ibunda sewaktu proses PdP berlangsung
kerana boleh menyukarkan proses penyampaian maklumat di samping
menghalang integrasi dan adaptasi sosial di dalam bilik darjah.
CS Sebenarnya kepercayaan juga mendorong dalam kepelbagaian etnik dan
sosiobudaya di dalam bilik darjah. Tetapi tidak berlaku di sekolah ini kerana
hampir kesemua murid beragama Islam.

J Baiklah, soalan yang terakhir, pada pandangan cikgu, apakah implikasi


kepelbagai sosiobudaya ni dalam prpses PdP?
CST Sebenarnya, banyak implikasi kepelbagaian sosiobudaya ni. Paling jelas kita
tengok dari aspek perancangan aktiviti PdP. Di sini, kami sebagai guru perlul
merancang kaedah pembelajaran yang mampu melibatkan murid secara
menyeluruh di dalam bilik darjah agar hubungan erat antara murid terjalin dan
proses PdP berjalan dengan lancar.
CF Pada pandangan cikgu pula, kesannya di mana kelancaran PdP apabila murid-
murid berbincang dan saling berkongsi pendapat antara satu sama lain.
J Wah, terima kasih atas respon cikgu semua. Banyak pengalaman dan
pengetahuan berharga yang saya dapat daripada guru. Semoga kita
berjumpa lagi.
CS Sama-sama Jaliana.
CF Kalau ada apa-apa lagi, kamu tanya sahaja cikgu.
CST Betul tu, kami sentiasa menjawab pertanyaan kamu. Jangan malu-malu!

9
GAMBAR DENGAN GURU YANG DITEMUBUAL

Gambar bersama Cikgu


Suhaimi

Gambar bersama Cikgu Falin


(ditengah) dan Cikgu Siti
Saadiah (kiri)

10
SUMBER RUJUKAN

Noriati A. Rashid, Boon P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid (2017).
Budaya dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Wong K. W., Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Rashinawati Abd Rashid & Azlina Ahmad
(2016). Perkembangan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin & Amran Bakar (2016). Kaedah Pengajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Yong, H. H., Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang & Adlina Ab
Halim (2018). Peranan Guru sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan
Kaum di Sekolah. Akademika, 88(2): (95-108). Dimuat turun daripada:
https://ejournal.ukm.my/akademika/article/viewFile/18914/8265 (15 April 2022)

Noraini Omar & Mohd Aderi Che Noh (2017). Kepelbagaian Elemen Budaya dalam
Pengajaran Pendidikan Islam: Isu dan Kepentingan. The Online Journal of Islamic
Education. 3. (1-11). Dimuat turun daripada:
https://ojie.um.edu.my/article/view/5285/3079 (16 April 2022)

11

You might also like