You are on page 1of 22

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

FAKULTI UNDANG-UNDANG, GOVERNAN DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

UNDANG-UNDANG TATACARA JENAYAH SYARIAH


(SHA 2183)

TAJUK:
BIDANGKUASA KETUA PENDAKWA SYARIE

NAMA AHLI KUMPULAN:


1) NUR AIN SYAWANI BINTI AHMAD (D1920049/DPS 5)
2) NURUL DIAYANA BINTI HAMDAN (D1920052/DPS 5)

DISEDIAKAN UNTUK:
CIK. NURUL SHARMIN BINTI AHMAD ZAHARI
KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGENALAN 1-2

DEFINISI 2

PELANTIKAN DAN KUASA PENDAKWA SYARIE 3-4

BIDANG KUASA KHUSUS KETUA PENDAKWA SYARIE 5-8

PROSEDUR PENDAKWAAN BAGI KES MAL 8-10

PERBEZAAN PENDAKWA RAYA DAN PENDKAWA 11-16


SYARIE
CONTOH KES-KES PENDAKWA SYARIE 16-17

KESIMPULAN 18-19

RUJUKAN 20
PENGENALAN
Undang-undang prosedur jenayah syariah menggariskan prosedur dan proses yang perlu
diikuti apabila melibatkan penguatkuasaan kesalahan-kesalahan yang diperuntukan di bawah
kesalahan jenayah syariah negeri-negeri. Undang-undang prosedur jenayah syariah merupakan
rujukan utama bagi kesalahan jenayah syariah yang mengandungi peruntukan kesalahan-
kesalahan terhadap agama, akidah, kesalahan tatasusila dan kesalahan berkaitan matrimoni yang
menyalahi hukum syarak serta prosedur perkahwinan. Undang-undang prosedur membabitkan
proses-proses yang perlu dilaksanakan dan diikuti oleh pihak penguatkuasa. Demikian, tujuan
utama penggubalan undang-undang prosedur adalah untuk mengatur prosedur yang perlu diikuti
bagi melicinkan pengurusan di dalam kesalahan jenayah syariah. Dalam aspek pendakwaan
jenayah pula bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia membabitkan iltizam dan kesungguhan
dalam menegakkan keadilan, tambahan pula proses ini melibatkan masa hadapan suspek. Dalam
banyak hal, sesuatu pendakwaan banyak bergantung kepada kesempurnaan fail kes yang
disediakan oleh pihak penguatkuasa agama. Jika kes sempurna, yakni, maklumat mencukupi,
bahan bukti juga wujud yang boleh mengaitkan suspek dengan sesuatu kesalahan, maka
keyakinan pendakwa membawa kes juga akan meningkat. Justeru, terdapat keperluan yang
mendesak agar diwujudkan garis panduan penguatkuasaan dan pendakwaan yang standard dan
mudah diikuti agar segenap langkah dan tindakan penguatkuasaan dan juga pendakwaan dilihat
sebagai standard dan tidak kucar-kacir.

Maksud ‘kesalahan’ dalam konteks jenayah syariah ialah sebarang bentuk perbuatan yang
boleh dihukum ke atasnya di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Secara umumnya,
undang-undang prosedur ini merangkumi beberapa aspek iaitu pertama, membabitkan kuasa
Pegawai Penguatkuasa Agama dan fungsi Bahagian Penguatkuasaan dalam menjalankan tugas.
Kedua, kuasa Pendakwa Syarie dalam mendakwa kes jenayah syariah dan melibatkan Bahagian
Pendakwaan, dan Ketiga, kuasa Mahkamah Syariah dan Jabatan Kehakiman Syariah negeri-
negeri dalam mentadbir, menguruskan kes dan membicarakan kes-kes jenayah syariah. Di dalam
perbincangan ini, fokusnya adalah kepada peranan ketua pendakwa syarie di mahkamah syariah.

(1)
Justeru, tujuan utama prosedur jenayah syariah dan pendakwaan di dalam kes-kes yang
melibatkan kesalahan jenayah syariah pada umumnya adalah untuk mengatur prosedur yang
perlu diikuti bagi melicinkan urusan pentadbiran khususnya melibatkan Mahkamah Syariah. Ia
membabitkan kuasa pegawai penguatkuasa agama, kuasa pendakwa syarie dan kuasa Mahkamah
Syariah dan Jabatan Kehakiman Syariah negeri-negeri dalam mentadbir, mengurus dan
membicarakan suatu kes yang melibatkan prosiding pendakwaan dan jenayah yang tersendiri.

DEFINISI KETUA PENDAKWA SYARIE


Pendakwa adalah wakil undang-undang pendakwaan di negara-negara yang sama ada
sistem penentangan hukum umum, atau sistem penyidikan undang-undang sivil. Pihak pendakwa
adalah pihak yang bertanggungjawab untuk membentangkan kes itu dalam perbicaraan jenayah
terhadap tertuduh individu melanggar undang-undang. Biasanya, pendakwa mewakili kerajaan
dalam kes yang dibawa terhadap orang yang dituduh. Manakala, ketua pendakwa syarie
merupakan orang yang dilantik oleh sultan untuk menjalankan tanggungjawab mendakwa yang
tertuduh di dalam kes jenayah serta.

Di negara kita hari ini, terdapat sejumlah 14 orang Ketua Pendakwa Syarie, 81 orang
Pendakwa Syarie dan hampir 534 orang pegawai penguatkuasa agama. Oleh itu, dalam konteks
undang-undang jenayah syariah dan sistem keadilannya, penguatkuasaan dan pendakwaan
berpaksikan akta/enakmen tatacara jenayah syariah yang jelas mengandungi segala aspek
prosedural berkaitan menguruskan tindakan-tindakan berkaitan kesalahan yang dilakukan.
Dengan peruntukan yang sedia ada, pihak penguatkuasa dan pihak pendakwa tidak akan tersasar
dalam melaksanakan tugas masing-masing. Oleh kerana pentadbiran keadilan jenayah syariah
perlu dilihat menjunjung keadilan dan berkesan dalam pelaksanaannya, pegawai-pegawainya
juga mestilah terlatih dan yang penting sekali celik undang-undang.

(2)
PELANTIKAN DAN KUASA PENDAKWA SYARIE
Peranan utama seorang pendakwa syarie ialah melaksanakan pendakwaan bagi kesalahan
jenayah syariah di mahkamah syariah. Pendakwaan di mahkamah syariah adalah berpandukan
tiga undang-undang utama, iaitu Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah, Undang-undang
Keterangan Mahkamah Syariah dan Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah. Selain itu,
terdapat juga Arahan Amalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sejak
tahun 2000 serta Arahan Ketua Pendakwa Syarie negeri yang telah diterima pakai di seluruh
negeri sejak tahun 2008. Ia lebih bersifat arahan kerja bagi memudahkan tugas pendakwa syarie.
Ketua pendakwa Syarie dilantik oleh pihak berkusa agama negeri masing-masing.

Pelantikan Ketua Pendakwa Syarie bagi negeri Melaka adalah mengikut seksyen 66
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 di dalam bahagian Ketua Pendakwa
Syarie dan Pendakwa Syarie memperuntukan perlantikan ketua pendakwa dan pendakwa-
pendakwa syarie adalah melalui

(1) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis, boleh melantik seorang yang layak menjadi
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi Ketua Pendakwa Syarie.
(2) Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut
budi bicaranya bagi memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding
bagi sesuatu kesalahan di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah.

Justeru, kuasa menggunakan budibicara ini dilihat begitu besar. Selain itu seksyen 181 Enakmen
Tatacara Jenayah Syariah (Melaka) juga menetapkan bahawa

 Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kawalan dan arahan ke atas segala
pendakwaan dan prosiding jenayah di bawah Akta ini.
Jika posisi seorang ketua pendakwa syarie adalah sedemikian rupa, soalnya apakah
landasan atau prinsip yang digunapakai oleh Ketua Pendakwa Syarie sebelum memutuskan sama
ada untuk mendakwa sesuatu kes jenayah syariah atau tidak. Tanpa adanya sebarang prinsip,
polisi atau dasar yang praktikal dan berorientasikan tindakan (action-oriented policy), barangkali
boleh menimbulkan persoalan tentang sistem pendakwaan syarie di negara ini.

(3)
Bukanlah bermakna ketiadaannya boleh menyebabkan sistem pendakwaan dipertikaikan
kerana kuasa budibicara tadi. Adanya polisi dan standard pendakwaan bermakna kuasa
budibicara yang besar dianugerahkan kepada Ketua Pendakwa Syarie mampu dilihat sukar untuk
disalahgunakan. Apabila ada panduan, ia boleh meletakkan parameter sejauhmana perlu dan
boleh kuasa budibicara itu digunakan. Keputusan sama ada untuk mendakwa sesuatu kes atau
tidak adalah satu langkah yang amat penting dalam proses pendakwaan. Ini kerana tidak semua
kes yang disiapkan oleh bahagian penguatkuasaan berakhir dengan pendakwaan. Pertimbangan
yang wajar harus diberikan kepada kepentingan pengadu, orang yang disyaki dan masyarakat
seluruhnya bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah betul. Hakikatnya, dalam membuat
keputusan sama ada untuk menjalankan atau memberhentikan mana-mana prosiding, ia tidak
boleh berlaku sewenang-wenangnya. Keputusan tersebut lazimnya tertakluk kepada hasil
siasatan yang ada yang telah dikemukakan oleh Unit Siasatan/Bahagian Penguatkuasaan jabatan
agama negeri.

Dari segi tugas pendakwaan pula, menurut Seksyen 182. Ketua Pendakwa Syarie
hendaklah hadir sendiri atau diwakili oleh Pendakwa Syarie. Selain itu dari segi peraturan dan
penguatkuasaan merujuk kepada Arahan Ketua Pendakwa Syarie 2011. Arahan ini merupakan
satu garis panduan bagi tugas pendakwaan undang-undang syariah yang dibuat untuk semua
Pendakwa Syarie seluruh Malaysia. Arahan ini telah dipersetujui oleh Mesyuarat Ketua Penguat
kuasa Agama dan Ketua Pendakwa Syarie seluruh Malaysia dan Persidangan Ketua-Ketua
Jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri seluruh Malaysia. Kandungan arahan ini merangkumi 8
bahagian iaitu bahagian permulaan, penyediaan buku daftar dan buku rekod, penerimaan dan
penyemakan kertas siasatan, prinsip pendakwaan, penyediaan pertuduhan, prosiding pendakwaan
dan perbicaraan, rayuan dan bahagian am. Secara prinsipnya, arahan ini banyak merujuk kepada
Pendakwa Syarie.

(4)
BIDANG KUASA KHUSUS KETUA PENDAKWA SYARIE
Dalam konteks undang-undang jenayah syariah, penguatkuasaan dan pendakwaan
berpaksikan akta atau enakmen tatacara jenayah syariah yang jelas mengandungi segala aspek
tatacara berkaitan tindakan-tindakan bagi kesalahan yang dilakukan. Dengan peruntukan yang
sedia ada, pihak penguat kuasa dan pihak pendakwa tidak akan tersasar dalam melaksanakan
tugas masing-masing. Seksyen 183. pendakwaan merujuk kepada Enakmen Tatacara Jenayah
Syariah (Negeri Melaka) 2002 memperuntukan

(1) apa-apa pendakwaan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dijalankan oleh
Ketua Pendakwa Syarie atau seseorang Pendakwa Syarie.
(2) Pendakwaan di hadapan Mahkamah Rendah Syariah bolehlah dijalankan oleh
(a) Ketua Pendakwa Syarie atau seseorang Pendakwa Syarie
(b) seorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang diberikuasa secara bertulis oleh Ketua
Pendakwa Syarie untuk bertindak bagi pihaknya, atau
(c) seorang pengadu sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah.

1. Permulaan Tugas Pendakwaan


Tugas pendakwaan bermula sebaik sahaja kertas siasatan yang disempurnakan oleh bahagian
penguatkuasaan diserahkan kepada bahagian pendakwaan untuk diambil tindakan lanjut. Tugas
utama pendakwa syarie ialah meneliti segenap aspek siasatan yang telah dilakukan terutama
yang melibatkan bukti dan keterangan. Hal ini perlu sebelum memutuskan sama ada segenap
bukti dan keterangan yang diperlukan sudah mencukupi untuk menegakkan kes itu. Semua
pendakwaan kes jenayah dijalankan atas nama pendakwa syarie.

2. Penerimaan dan Penyemakan Kertas Siasatan


Di bahagian pendakwaan ini, proses yang akan dilakukan bermula dengan pendaftaran
penerimaan kertas siasatan dari bahagian penguatkuasaan. Seterusnya, penyemakan ke atas
kertas siasatan akan dilakukan. Penyemakan yang akan dilakukan adalah berkaitan tiga aspek
utama iaitu aspek-aspek teknikal proses siasatan, kesaksian dan keterangan. Arahan Ketua
Pendakwa Syarie menetapkan bahawa pendakwa syarie hendaklah memastikan bahawa fail
siasatan mengandungi perkara yang berikut

(5)
a. Salinan pengenalan diri suspek.
b. Perintah menyiasat suspek daripada Ketua Pendakwa Syarie.
c. Borang maklumat kepada Pegawai Penguat Kuasa Agama.
d. Pernyataan dalam pemeriksaan orang yang disyaki.
e. Laporan tangkapan.
f. Laporan operasi.
g. Pernyataan dalam pemeriksaan saksi.
h. Laporan penyiasatan Pegawai Penguat Kuasa Agama.
i. Senarai barang yang disita.
j. Buku laporan operasi; dan
k. Dokumen lain yang berkaitan.

Dari segi kesaksian, Pendakwa Syarie perlu memastikan bahawa pemilihan saksi adalah
terdiri daripada saksi yang berkualiti, kompeten dan berkredibiliti. Saksi juga mepunyai
kelayakan yang bersesuaian yang mengikut hukum syarak dan sekurang-kurangnya dua orang.
Dari segi keterangan pula, antara perkara yang perlu ada ialah gambar, laporan pakar, lakaran
tempat kejadian, rekod kesalahan lampau (jika berkaitan), laporan perubatan dan laporan
sokongan lain yang relevan. Selain itu, pendakwa syarie juga perlu memastikan fakta-fakta
penting seperti masa, tarikh dan tempat kejadian ada dinyatakan di dalam Kertas Siasatan. Begitu
juga perlu dipastikan bahawa barang-barang kes sememangnya ada dalam simpanan dan
disenggarakan dengan baik di tempat yang dikhaskan.

Setelah semakan terhadap kertas siasatan selesai dilakukan dan sekiranya kertas siasatan
itu didapati tidak lengkap dimana bukti yang terkumpul yang diperoleh oleh Pihak Penguatkuasa
Agama tidak memuaskan pada pandangan pihak pendakwa, dalam hal ini kertas siasatan
berkenaan akan dikembalikan kepada pihak penguatkuasa bagi melengkapkannya semula. Jika
kertas siasatan didapati telah lengkap, maka pihak pendakwa akan mengambil langkah
berikutnya iaitu menentukan jenis kesalahan yang dilakukan, seksyen berkaitan kesalahan itu,
serta merangka pertuduhan yang sesuai. Maksud lengkap disini ialah merujuk bukti dan
keterangan yang diperoleh yang bukan sahaja menepati elemen peruntukan kesalahan jenayah
syariah yang berkenaan, tetapi juga mencapai suatu tahap bahawa kes itu diyakini kuat untuk
diteruskan dengan pendakwaan.

(6)
3. Keputusan dan Kuasa untuk Mendakwa
Arahan atau keputusan untuk membuat pendakwaan terhadap sesuatu kes yang telah sempurna
siasatannya mestilah dibuat oleh Ketua Pendakwa Syarie seperti yang telah dinyatakan di dalam
seksyen 181. Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan
menurut budi bicaranya bagi memulakan, menjalankan dan memberhentikan apa-apa prosiding
bagi sesuatu kesalahan di hadapan Mahkamah Syariah. Walaubagaimanapun, keputusan untuk
memulakan, menjalankan atau memberhentikan mana-mana prosiding tidak boleh berlaku
sewenang-wenangnya, tetapi tertakluk kepada pertimbangan perundangan yang mendalam.

Ketua Pendakwa Syarie perlu membuat pendakwaan atau sebaliknya dari aspek bidang kuasa,
antara pertimbangan yang perlu dibuat ialah:

(a) menentukan bahawa kes itu berlaku di dalam wilayah di mana dia mempunyai
bidang kuasa untuk mendakwa.
(b) menentukan Mahkamah yang akan membicarakan kes berkenaan sama ada
Mahkamah Rendah atau Mahkamah Tinggi.

Bagi kes-kes yang terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, pendakwaan akan
dilakukan sama ada oleh Ketua Pendakwa Syarie atau Pendakwa Syarie. Sementara bagi kes-kes
Mahkamah Rendah, pendakwaan boleh dibuat oleh mana-mana Pendakwa Syarie atau seorang
Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pengadu yang dibenarkan. Perkara ini selaras dengan
peruntukan seksyen 183 yang telah dijelaskan terdahulu. Bagi pengendalian kes rayuan, hanya
Ketua Pendakwa Syarie yang akan mengendalikannya. Seksyen 182 menyebut bahawa dalam
apa-apa rayuan Ketua Pendakwa Syarie hendaklah hadir sendiri atau diwakili oleh Pendakwa
Syarie. Ketua Pendakwa Syarie dibantu oleh beberapa orang Pendakwa Syarie dalam
melaksanakan tugas pendakwaan.

(7)
Perlantikan mereka adalah selaras dengan peruntukan seksyen 66(3) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Melaka) 2002 iaitu Ketua Pendakwa Syarie bolehlah melantik orang-
orang yang layak dan sesuai daripada kalangan anggota perkhidmatan am Persekutuan menjadi
Pendakwa-Pendakwa Syarie yang hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua
Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletak
hak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.

PROSEDUR PENDAKWAAN BAGI KES MAL

Di dalam dunia undang-undang di malaysia ialah, malaysia mengamalkan dua


kedudukan kesahatarafan undang-undang iaitu undang-undang syariah dan undang-undang sivil.
Undang-undang syariah adalah undang-undang khas yang dutubuhkan atau kes yang diputuskan
melibatkan hal-hal orang islam sahaja yang berkaitan dengan kes jenayah syariah dan kes mal.
Di mana segala hal yang melibatkan kesalahan atau kelakuan orang islam hanya tertakluk dan
dibawah bidang kuasa mahkamah syariah dan mahkamah sivil tidak akan mencampur tangan
atas segala keputusan yang diberikan atau dikeluarkan oleh hakim mahkamah syariah kerana
mahkamah sivil tiada hak atau tiada bidang kuasa untuk mencampur tangan. Namun di sini saya
akan menerangkan prosedur-prosedur bagi pihak pendakwa syarie di dalam kes mal iaitu yang
pertama, Prosedur pengurusan permohonan memfailkan kes sama dengan permohonan di
Mahkamah Rendah

 kesalahan dilakukan oleh seorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen
berkuatkuasa
 kesalahan dilakukan atau akibat kesalahan itu di dalam bidangkuasa tempatan
Mahkamah
 hukuman maksimum yang diperuntukan Enakmen melebihi Ringgit Malaysia Tiga Ribu
(RM3,000.00) atau penjara bagi tempoh yang melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya
sekali

(8)
 permohonan disertakan dengan kertas pertuduhan, borang permohonan mendaftarkan
kes, salinan kad pengenalan Orang Kena Tuduh sekiranya kes jenayah, tangkapan tanpa
waran dan tiada jaminan.

Yang kedua, pendaftar tetapkan tarikh sebutan. Yang ketiga, jika Saman atau waran
tangkap telah sempurna dan Orang Kena Tuduh hadir, perbicaraan dimulakan dengan

 baca pertuduhan kepada Orang Kena Tuduh;


 pastikan Orang Kena Tuduh faham dengan tuduhan dikenakan ke atasnya;
 jika Orang Kena Tuduh tidak faham dengan pertuduhan, perlu dibacakan sekali lagi
sehingga faham;
 Orang Kena Tuduh diminta pengakuan sama ada mengaku bersalah atau minta
dibicarakan
 Jika mengaku salah hendaklah secara sukarela dan faham akibat pengakuan salah
 Pendakwa Syarie diminta membentangkan fakta kes yang berkaitan;
 Sekali lagi pengakuan Orang Kena Tuduh terhadap fakta kes yang dibentangkan iaitu

1. jika bersetuju, Orang Kena Tuduh disabitkan dengan pertuduhan yang dikenakan,

2. Orang Kena Tuduh diberi peluang merayu agar diringankan hukuman yang akan dikenakan,

3. Pendakwa Syarie diberi peluang berhujah balas di atas rayuan Orang kena Tuduh.

 Hakim menjatuhkan hukuman.

Yang keempat, jika Orang Kena Tuduh tidak mengaku bersalah, Hakim perintah kes
dibicarakan dengan dengar pemeriksaan utama saksi Pendakwa Syarie

 Dengar pemeriksaan balas saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada)


 Dengar pemeriksaan semula saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada)
 Hakim perintahkan Orang Kena Tuduh mengemukakan hujah penggulungan dan
kemudian diikuti dengan hujah Pendakwa Syarie
 Jika kes tidak mencapai ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh tidak perlu dipanggil
membela diri dan dibebaskan

(9)
 Jika kes mencapai tahap ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh diperintah membela diri
dengan tiga (3) cara iaitu memberi keterangan bersumpah;
atau memberi keterangan tidak bersumpah atau pun dengan cara berdiam diri.
 Sekiranya Orang Kena Tuduh membela diri dengan cara (a), Orang Kena Tuduh
boleh disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan Orang Kena Tuduh berhak
memberi keterangan semula (jika ada)
 Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (b), tiada proses keterangan soal balas dan
soal semula.
 Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (c), Hakim terus perintah saksi-saksi Orang
Kena Tuduh memberi keterangan (jika ada), disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika
ada) dan disoal semula oleh Orang Kena Tuduh (jika ada)
 Setelah selesai sesi Orang Kena Tuduh memberi keterangan, Hakim perintah
Pendakwa Syarie mengemukakan hujah terakhir dan diikuti hujah Orang Kena
Tuduh
 Hakim memberi keputusan sama ada Orang Kena Tuduh bersalah atau tidak
 Jika Orang Kena Tuduh tidak bersalah, dilepas dan dibebaskan. Sekiranya Orang
Kena Tuduh bersalah, Hakim jatuhkan hukuman
 Mana-mana pihak yang terkilan, boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah
Rayuan Syariah dalam tempoh empat belas (14) hari.

(10)
PERBEZAAN PENDAKWA RAYA SIVIL DAN PENDAKWA SYARIE

Semua kes-kes jenayah yang serius memerlukan penglibatan tiga individu iaitu: hakim,
peguam untuk melaksanakan pendakwaan, dan peguam untuk tertuduh(peguambela). Jika
mana-mana satu daripada mereka ini tidak menghadirkan diri semasa prosedur perbicaraan di
Mahkamah, sistem keadilan jenayah sudah pasti tidak akan lengkap. Kedudukan pendakwa
berada pada kedudukan yang amat penting dalam sistem keadilan jenayah serta memainkan satu
peranan yang penting sebelum, semasa dan selepas perbicaraan. Pendakwa mempunyai fungsi
yang banyak sepanjang proses prosedur jenayah. Perkara pertama yang mesti difahami adalah
mengenai tugas pendakwa ialah untuk mencari keadilan, bukan sekadar untuk mensabitkan.
Kewajipan pendakwa ialah untuk melindungi mereka yang tidak bersalah serta untuk
mensabitkan mereka yang bersalah, mengawal hak-hak bagi tertuduh serta untuk
menguatkuasakan hak-hak bagi orang awam. Pendakwa seharusnya mengetahui banyak ilmu
berkaitan dengan tugas polis dalam siasatan jenayah dan dalam penguatkuasaan undang-undang,
dan bagi syariah tugas penguatkuasa. Pendakwaan dimulakan oleh pihak polis atau pegawai
penguatkuasa bagi kes syariah apabila suatu laporan (juga dikenali sebagai laporan maklumat
pertama) dibuat berkenaan sesuatu kesalahan yang dilakukan. Jika kesalahan itu merupakan
kesalahan boleh tangkap, pihak polis atu pegawai penguatkuasa akan membuka kertas siasatan
dan menyiasat kes itu. Jika laporan itu berhubung dengan kesalahan tidak boleh ditangkap, pihak
polis akan sama ada merujuk pemberi maklumat kepada Majistret yang akan meneruskan
tindakan di bawah seksyen 133 ke 136 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) dan Enakmen Tatacara
Jenayah Selangor 2003 atau memohon untuk mendapatkan suatu perintah untuk menyiasat
daripada Pendakwa Raya atau pendakwa Syarie sebelum mereka boleh meneruskan penyiasatan
itu. Begitu juga halnya dalam prosedur bagi syariah berdasarkan enakmen yang ada.

Yang pertama ialah perbezaan dari segi jawatan dan fungsi am, iaitu menurut Undang-
undang Islam yang dikuatkusakan melalui Mahkamah Syariah yang ada pada hari ini, Ketua
Pendakwa Syarie yang mengetuai pendakwaan kes-kes jenayah di Mahkamah Syariah adalah
terdiri dari suatu badan atau jabatan yang dilantik khusus untuk menjalankan tugas pendakwaan
di Mahkamah Syariah.

(11)
Dalam kata lainnya suatu badan ditubuhkan secara berasingan untuk menjalankan tugas
pendakwaan kes-kes Syariah.Kemudian di bawah Ketua Pendakwa Syarie tersebut dilantik
pihak-pihak yang berkelayakan untuk melaksanakan tugas pendakwaan dan hanya mereka sahaja
berhak untuk mendakwa untuk kes-kes Syariah tanpa dibolehkan dengan kuasa mereka memberi
keizinan secara lisan mahu pun bertulis untuk membuat pendakwaan tanpa kehadirannya.
Pendakwa Raya-Pendakwa Raya yang berada dibawah Ketua Pendakwa Raya adalah terdiri dari
pihak yang tertentu dan dilantik mengikut negeri-negeri di Malaysia sebagaimana yang
diperuntukkan didalam Enakman Mahkamah Syariah. Seterusnya, menurut Undang-undang Sivil
pula, Ketua Pendakwa Raya adalah diketuai oleh Peguam Negara sendiri. Ini jelas diperuntukkan
didalam Seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah Akta 593. Yang mana Ketua Pendakwa Raya
yang diketuai oleh Peguam Negara sendiri berhak untuk mengawal dan mengarahkan segala
pendakwaan dan prosiding jenayah dibawah Kanun tersebut.

Selain itu, ia jelas juga diperuntukkan didalam Perlembagaan Persekutuan


didalam Perkara 145 fasal (3) yang memperuntukkan Peguam Nagara adalah mempunyai
kuasa, dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budi bicaranya, bagi membawa,
menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan tentang sesuatu kesalahan lain
daripada perbicaraan di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Bumiputera atau
Mahkamah Tentera. Selain itu, untuk kes-kes jenayah dan sivil adalah terdiri daripada
pendakwa raya yang berbeza. Contohnya didalam kes-kes jenayah pihak yang boleh
menjadi pendakwa raya adalah terdiri daripada seperti
 Pendakwa Raya
 Timbalan Pendakwa Raya
 Seorang Peguambela
 seorang plider yang diambil oleh pengadu atau seorang pegawai
polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor.
Dalam keadaan seperti kedua akhir diatas ialah, tugas pendakwaan mereka mesti jelas
dibenarkan secara bertulis oleh Pendakwa Raya atau Timbalan Pendakwa Raya.

(12)
Dan sekiranya pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada pangkat Sarjan
dan mendapat kebenaran secara bertulis oleh Pendakwa Raya untuk tempoh yang
tidak melebihi empat belas hari daripada tarikh kebenaran bertulis demikian. Ini
bermaksud untuk tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah Sivil, selain Pendakwa Raya
dan Timbalanya, tugas-tugas pendakwaan juga boleh dilakukan oleh mereka yang
layak dan mendapat keizinan secara bertulis daripada Pendakwa Raya atau Timbalan
Pendakwa Raya yang berhak menggunakan kuasa mereka untuk menggantikan
mereka dalam tugas pendakwaan dengan pihak yang tidak dilantik secara tetap
sebagai pendakwa raya sebelum itu dan boleh terdiri daripada mereka yang menjadi
pegawai polis yang tidak rendah dari pangkat Sarjan.

Yang kedua, pemisahan tugas penguatkuasaan dan pendakwaan iaitu menurut Undang-undang
Islam yang dikuatkuasakan melalui Mahkamah Syariah yang wujud pada hari ini ialah,
tugas-tugas pendakwaan adalah berasingan dari penguatkuasaan Undang-undang Syariah.
Memang pada asalnya tugas pendakwaan adalah menjadi tugas qadi atau mana-mana
pihak yang menguatkuasakan Undang-undang Islam. Tetapi sejak beberapa tahun
kebelakangan ini, Badan Kehakiman Mahkamah Syariah telah mengasingkan pihak yang
akan menjadi satu badan yang mana dikhususkan tugas mereka hanya untuk tugas-tugas
pendakwaan sahaja dan di tubuhkan secara berasingan didalam Badan Kehakiman
Mahkamah Syariah. Hal ini berlaku untuk mengelakkan fitnah yang berlaku terhadap
kes-kes yang telah dilengkapkan oleh penguatkuasa untuk dibicarakan di Mahkamah
Syariah melalui pembuktian dan kesaksian yang dibenarkan oleh hukum syarak. Ini
bermakna, tugas-tugas penguatkuasaan atau penangkapan dan tugas pendakwaan adalah
dilaksanakan oleh mereka yang berbeza. Mereka yang melakukan penangkapan didalam
kes-kes jenayah Syariah akan tampil menjadi saksi kepada pendakwa raya untuk kes yang
dibicarakan. Hal ini jelas menunjukkan pihak yang menjadi pendakwa raya dan pihak
yang menangkap dan menguatkuasakan undang-undang adalah terdiri dari pihak yang
berbeza tetapi mereka bersatu atas satu slogan iaitu amar ma’ruf nahi munkar.

(13)
Manakala didalam Undang-undang Sivil, mereka yang menjadi pendakwa raya boleh
menjadi penguatkuasa undang-undang dan menangkap tertuduh-tertuduh dan membawa
tertuduh tersebut ke muka pengadilan. Namun, sebagaimana yang dibahaskan sebelum ini
mereka juga boleh menjalankan tugas-tugas pendakwaan sekiranya mendapat keizinan
bertulis dari Pendakwa Raya dan Timbalan Pendakwa Raya. Hal ini jelas menunjukkan
tidak ada pengasingan badan penguatkuasaan undang-undang dan pendakwaan didalam
undang-undang sivil. Walau bagaimana pun, sekiranya mereka yang menjalankan tugas
pendakwaan tanpa keizinan bertulis oleh Ketua Pendakwa Raya atau Timbalannya
sesuatu pendakwaan tersebut adalah menyalahi undang-undang dan tidak sah. Manakala
didalam Mahkamah Syariah hal tersebut tidak akan berlaku kerana pendakwaan yang
dibuat oleh pendakwa raya adalah jelas mereka mempunyai kuasa untuk berbuat
demikian dan tidak akan dipertikai pendakwaan mereka kerana tugas mereka hanyalah
untuk mendakwa pihak yang bersalah semata-mata dan tidak mempunyai tugas-tugas lain
yang boleh dipertikaikan kuasa dan bidangkuasa mereka.

Yang ketiga, perbezaan dari segi keperibadiaan dan dasar yang dipegang ialah hakikat
yang perlu diketahui bahawa peranan Pendakwa Syarie kini tidak lagi terhad kepada
menguatkuasakan undang-undang syariah semata-mata, bahkan turut berperanan sebagai
penasihat serta pendidik kepada masyarakat Islam dalam mematuhi hukum agama, selain
menunaikan syariatnya atau dalam erti kata yang lain membantu ketua agama bagi
menjadikan syariat Islam sentiasa dipatuhi oleh mereka yang tertakluk di bawahnya di
samping menjadi tunggak tertegaknya kalimah Allah di muka bumi ini bagi menghalang
serta mencegah berlakunya kemungkaran atau jenayah yang mana jenayah merupakan
kesalahan yang menyalahi hak Allah dan hak manusia. Maka dengan terhijab hak
manusia untuk memperolehi apa yang dikatakan sebagai menjaga kemaslahatan
menghalang kefasadan.

(14)
Berbeza hal ini dengan Pendakwa Raya peranan mereka hanya semata-mata memberi
hukuman atau terlibat dalam procedure apabila berlaku suatu jenayah tanpa didasari
dengan roh Islamiayah kerana rujukan mereka adalah kepada undang-undang yang d
igubal oleh manusia, seperti yang diketahui setiap apa yang dibuat atau dicipta oleh
manusia itu mempunyai seribu satu kelemahan yang nyata berbanding apa yang
datang dari syariat Illahi. Hal ini kerana prinsip hukuman yang dikenakan dalam Islam
adalah berunsur memberi pengajaran bukannya menghukum semata-mata seperti dalam u
ndang-undang Sivil.

Yang keempat daripada perbezaan dari segi akhlak, ingkah laku dan agama

Pendakwa Syarie mestilah seorang Islam, hal ini kerana ia berkaitan dengan kes-kes
Syariah yang mana bidangkuasanya adalah tertakluk kepada orang Islam. Merujuk
kepada akhlak ia adalah suatu perkara yang sangat subjektif kerana terletak di dalam diri
manusia dizahirkan melalui perbuatan, akhlak salah satu aspek penting dalam mendepani
apa-apa perkara, perbuatan dalam roh Islamiah. Perkara ini sangat ditekankan maka
dengan sebab itu sebagai orang Islam kita perlu menyelidik dahulu khabar berita yang
dibawa oleh orang fasik, kerana takut akan berlaku kefasidan yang jelas jika tidak
diselidiki terlebih dahulu. Pendakwa Raya dalam Undang-undang Sivil langsung tidaak
ditekankan berkaitan agama, akhlak dan tingkah laku ini. Tumpuan yang lebih diberi
hanya kepada bidang tugas mereka tanpa mereka sedari ketiga-tiga aspek ini adalah
penting tidak kira agama apa yang dipegang oleh Pendakwa Raya tersebut. Hal ini kerana
jika dia dari kalangan India atau Kristian dia perlu berpegang dengan agama dia, apabila
agama dipegang teguh setiap gerak laku dalam apa-apa perbuatan, bidang atau apa-apa
yang dilakukan akan dibuat dengan penuh amanah, bertanggungjawab berdasarkan
kekuatan pegangan kepada agama tersebut yang boleh menghalang seseorang keluar dari
garisan atau landasan yang telah ditetapkan.

(15)
Yang kelima, perbezaan dari segi prinsip pendakwaan yang dipegang iaitu, asas atau
prinsip pendakwaan dalam Islam berdasarkan lexim-lexim atau kaedah fiqhiah yang ada
seperti al-Baiyinnah cala Mudaci wal Yamin cala man ankara (keterangan atas pihak yang
mendakwa dan sumpah ke atas pihak yang ingkar) di samping al-Asl baraatul
zimmah (seseorang itu adalah bebas pada asalnya tanpa apa-apa tanggungan).
Prinsip-prinsip ini adalah prinsip yang dipegang oleh Pendakwa Syarie apabila
membuat suatu pendakwaan di mahkamah, berbeza dengan Pendakwa Raya mereka
perlu membuktikan suatu kes tersebut hingga tiada Prima Facie kes, iaitu sehingga
ke tahap tiada menjadi lemah. Perkara-perkara ini adalah melibatkan jenis atau bentuk-
bentuk keterangan yang akan digunakan apabila membuat suatu sabitan.

CONTOH KES PENDAKWA SYARIE

Terdapat beberapa contoh kes yang melibatkan pendakwa syarie, kes ini ialah kes Abdul
Kahar Bin Ahmad V Ketua Pendakwa Syarie Selangor. Kes ini melibatkan kes rayuan yang
telah diputuskan di Mahkamah Rayuan Syariah. Fakta kes ini ialah, kes ini adalah kes rayuan
terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah, perayu telah merayu terhadap keseluruhan
keputusan hukuman yang dijatuhkan oleh YPA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam
pada 21/10/2010. Terdapat 5 perkara kesalahan jenayah syariah yang dilakukan oleh pihsk
perayu iaitu bagi kesalahan

i) Kesalahan Doktrin Palsu dibawah seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah


Negeri Selangor 2003, selepas ini disebut sebagai ETJNSNS. Kes jenayah No 10200-
107-0042-2005 perayu telah dihukum dengan dipenjarakan selama 3 tahun dan 6 kali
sebatan

ii) Kesalahan dibawah dakwaan palsu iaitu dibawah seksyen 8. Kes jenayah iaitu perayu
dihukum dengan denda RM450.000 dan dipenjara 2 tahun, jika pihak perayu gagal untuk
membayar denda boleh dikenakan penjara selama 1 tahun. Perayu juga diperintahkan
juga mengikuti program permuniaan akidah.

(16)
iii) Kesalahan Menghina Atau Menyebabkan Dipandang Hina dalam Agama Islam. Kes
jenayah perayu dihukum dengan denda sebanyak Rm4,500.00 dan dipenjarakan selama 2
tahun, jika gagal untuk membayar denda dan boleh dipenjarakan selama 1 tahun.

iv) Kesalahan Menghina Pihak Berkuasa Agama, perayu dihukum denda RM 300,00 dan
dipenjara 1 tahun. Jika pihak perayu didapati gagal untuk membayar denda, maka pihak
perayu boleh dipenjarakan selama 1tahun.

v) Kesalahan Pendapat Yang Bertentangan dengan fatwa iaitu perayu dihukum denda
dengan RM4,500,00 dan dipenjarakan selama 2 tahun. Jika pihak perayu gagal untuk
membayar denda pihak perayu boleh dipenjarakan selama 1 tahun.

Kelima-lima hukuman pemenjaraan tersebut, diperintahkan oleh YA Hakim bicara berjalan


secara berasingan menjadikan hukuman pemenjaraan yang perlu dilalui oleh perayu adalah
selama 10 tahun. Manakala hukuman denda keseluruhanya adalah RM16,500,00 dan sebatan
sebanyak 6 kali. Namun pada mulanya, pihak perayu mengaku tidak bersalah dan beliau telah
dilepaskan dengan jaminan dua orang penjamin bagi memastikan kehadiranya dalam prosiding
perbicaraan. Walaubagaimanapun beliau telah menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan
selama lebih kurang 2 tahun. Namun waran tangkap telah dikeluarkan terhadap beliau YA
Hakim bicara. Akhirnya, perayu dapat ditangkap dan dibawa ke Mahkamah pada 16/9/2009 dan
telah diperintahkan oleh YA Hakim ditahan dipenjara Sg. Buloh selama 8 hari.

(17)
KESIMPULAN
Pendakwaan ialah suatu langkah yang diambil oleh pihak pendakwa untuk membuktikan
orang yang dituduh telah melakukan kesalahan jenayah seperti yang terkandung dalam
pertuduhan di Mahkamah. Pendakwaan lazimnya diselenggarakan oleh pendakwa raya bagi kes-
kes di Mahkamah Sivil dan Ketua Pendakwa syarie untuk kes-kes di Mahkamah Syariah atau
oleh pegawai-pegawai yang bertugas di bawah bidangkuasanya. Dalam konteks jawatan Ketua
Pendakwa Syarie, beliau dilantik untuk menjalankan tanggungjawab serta tugasnya untuk negeri
masing-masing di Malaysia. Pelantikannya berada di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam
Negeri yang berkaitan. Dalam konteks undang-undang prosedur, pengkanunan undang-undang
tatacara jenayah syariah di dalam negara ini di peringkat negeri-negeri pada masa ini adalah satu
usaha murni yang patut diberi sanjungan. Usaha murni ini membabitkan kuasa Pegawai
penguatkuasa Agama, kuasa pendakwa syarie dan kuasa Mahkamah Syariah dan Jabatan
Kehakiman Syariah negeri dalam mentadbir, mengurus dan membicarakan suatu kes jenayah
syariah. Selain itu juga, dari segi perbezaan pula terdapat banyak perbezaan yang amat ketara
antara Pendakwa Raya dan Pendakwa Syarie. Perbezaan ini mungkin tidak terlalu banyak pada
aspek bidang tugas kerana tugas kedua-dua individu ini berdasarkan kepada apa yang tertakluk
dalam Akta yang telah dikanunkan.

Hal ini kerana Enakmen Tatacara Jenayah di setiap negeri adalah dihasilkan daripada
Kanun Prosedure Jenayah Malaysia. Cuma yang berbeza sedikit perkara yang berhubung atau
menyalahi syariat dibuang seperti dalam hal yang berkaitan dengan penahanan, tangkapan atau
lain-lain. Walau bagaimanapun, yang menjadi perbezaan antara kedua-dua individu ini adalah
dari segi akhlak, tingkah laku, moral, agama dan etika yang mana Islam sangat mementingkan
hal-hal ini. Dengan menjaga hal-hal ini akan dapat melahirkan individu yang adil iaitu individu
yang mampu meletakkan sesuatu yang berhak ke atas dirinya sendiri maka sudah tentu dia juga
mampu memegang tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepanya sebaik mungkin. Apa-
apa yang didasari oleh agama hasilnya akan menjadi baik. Pendakwa Syarie salah satu peranan
mereka adalah sebagai pendidik kepada masyarakat agar mematuhi garis sempadan yang telah
ditetapkan oleh syariat Islamiyah.

(18)
Justeru itu, perbezaan antara Pendakwa Syarie dan Pendakwa Raya perlulah diperhalusi
dengan jitu berdasarkan realiti semasa yang berlaku di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah
sendiri. Akhir sekali, di peringkat pendakwaan, sesuatu aduan atau dakwaan yang telah
sempurna syarat-syaratnya hendaklah dikemukakan secara terperinci kepada Hakim atau
mahkamah tertentu yang mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dakwaan tersebut.

Pada kebiasaannya, sesuatu aduan atau dakwaan dibuat dalam borang aduan yang
mengandungi butiran-butiran mengenai diri pihak yang menuntut atau mendakwa, yang kena
tuntut atau yang kena dakwa, tarikh tuntutan atau dakwan dibuat, fakta-fakta tuntutan atau
dakwaan serta sandaran-sandarannya. Penyataan butiran-butiran ini bertujuan untuk memberi
peluang kepada pihak yang kena dakwa mendapat gambaran awal mengenai dakwaan yang
dihadapkan ke atasnya dan dengan ini membolehkannya membuat persediaan yang secukupnya.
Di samping itu, ia juga akan membolehkan pihak hakim mendapat gambaran yang jelas
mengenai fakta sesuatu dakwaan dan ini dapat membantunya menetapkan tarikh memulakan
prosiding perbicaraan.

(19)
RUJUKAN
Dasar Penguatkuasaan Dan Pendakwaan Jenayah Syariah Di Malaysia oleh Siti Zubaidah Ismail
file:///C:/Users/USER/Downloads/49342%20(3).pdf
Persediaan Pendakwaan Dan Peranan Ketua Pendakwa Syarie Di Mahkamah Syariah (July 2019)
Oleh Taufiq Rashid & Tuan Nurhafizah Raja Abdul Aziz.
https://www.researchgate.net/publication/336999809_PERSEDIAAN_PENDAKWAAN_DAN_
PERANAN_KETUA_PENDAKWA_SYARIE_DI_MAHKAMAH_SYARIAH
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/100ae747c72
508e748256faa00188094/817784e286fdc229482572f100107466?OpenDocument
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Ori.nsf/100ae74
7c72508e748256faa00188094/04df130daf2e0498482572e2002e3a2a?OpenDocument

(20)

You might also like